Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Saturday, May 28, 2011

Jadi apa bezanya?

Ditanya mengenai keresahan rakyat berhubung kajian rasionalisasi subsidi yang akan dilaksanakan kerajaan, Najib berkata, "Sebenarnya banyak orang tak berapa faham bahawa ini bukan mengurangkan subsidi tapi sebenarnya mengurangkan kenaikan subsidi. Sebab subsidi bukan sahaja diberikan tapi bertambah iaitu daripada RM11 bilion naik kepada RM20 bilion. Jadi maknanya kita terpaksa cari lebih kurang RM8 bilion lagi tambahan...bukan jumlah yang kecil," katanya.

Jadi apa bezanya maksud ayat "mengurangkan subsidi" berbanding "mengurangkan kenaikan subsidi?"

Adakah ayat "mengurangkan subsidi" bermaksud "Kajian Rasionalisasi Subsidi akan potong jumlah subsidi"?

Adakah juga kerajaan maksudkan dengan ayat "mengurangkan kenaikan subsidi" ialah, Kajian Rasionalisasi Subsidi akan mencari pendapatan tambahan negara bagi menampung jumlah subsidi yang semakin meningkat? Atau Kajian Rasionalisasi Subsidi akan tetap potong subsidi bagi mengurangkan kenaikan subsidi? Atau juga Kajian Rasionalisasi Subsidi 'terpaksa' buat adjustment mengurangkan subsidi di sektor-sektor tertentu bagi mengelakkan jumlah subsidi terus meningkat? Tapi bukan ke ia tetap sama maksudnya dengan "Kajian Rasionalisasi Subsidi akan potong jumlah subsidi"?

Ahhh...poning palo den. Susah na nak cari bezo maksud ayat "mengurangkan subsidi" berbanding "mengurangkan kenaikan subsidi". Ni ayat aktif ko...ayat pasif? Atau ado double meaning?

Ado tak agak eh pensyarah atau guru Bahasa Melayu yang boleh jelaskan perbezaan dua ayat ni?

4 comments:

  1. Ko ni sekolah ke tak? Nape bangang sangat?

    Maksud Najib...subsidi dibagi dalam jumlah sekarang la = rm20bilion. kalau minyak naik harga lagi maknanya harga kenaikan takda subsidi...bodoh macam kaldai. hahahahahaha. tu la sokong lagi UMNO. padan muka ko.

    ReplyDelete
  2. semua bodoh........

    cari cara naikkan ekonomi sendiri...

    harga naik...bolih cover...
    harga tak nail....ada lebih....

    nak idup dgn subsidi aja....

    ReplyDelete
  3. Beza kurangkan KENAIKAN SUBSIDI dan kurangkan SUBSIDI. Yg satu adalah kenaikan subsidi itu dikurangkan. Yg lg satu subsidi itu sdiri yang dikurangkan.

    ReplyDelete
  4. Yang penting - harga barang ngan harga minyak naik, kekal atau tu...tak mungkin :)

    ReplyDelete

Blog Archive