Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Monday, January 30, 2012

Hadi Awang test market

1. Heboh sekejap bila presiden parti Melayu ke-2 terbesar di Malaysia kata nak berundur dan tidak bertanding di PRU-13. Harakah sendiri pun tak buat liputan besar-besaran kenyataan Hadi itu sebagai suatu berita yang perlu diberi perhatian oleh ahlul Pas. Macam tak penting je Hadi tu.

2. Sudah bermacam analisis dibuat, Hadi bagi signal kat pemimpin lama dari parti lain untuk berundur la...Hadi bagi signal pada Nik Aziz supaya berambus la...Hadi mahu lari daripada tanggungjawab la...Hadi itu...Hadi ini...

3. Kami sentiasa menganggap Hadi seorang yang cerdik. Walaupun tahap kecerdikan Hadi itu bagai langit dengan bumi jika hendak dibandingkan dengan Che Det, jauh sekali mencapai tahap auta dan kelicikan Bapak Anwar Bin Ibrahim, namun Hadi tetap boleh dianggap cerdik. Lagipun Hadi sudah lebih 30 tahun dalam politik dan sudah banyak tahun jadi ahli parlimen serta adun, maka sudah tentu sedikit sebanyak kemampuannya untuk bertahan dalam sepak terajang politik membuktikan bahawa beliau ada jugaklah cerdiknya.

4. Sebelum ini kami berpendapat tersingkirnya Hassan Ali daripada Pas sememangnya rancangan Hadi. Hadi mahu Hassan Ali jadi proksinya untuk berjuang dari luar parti bagi membongkar modus operandi parasit yang semakin membiak dalam Pas. Lagipun Hassan Ali pasti sukar mem'bogel'kan si parasit jika masih bersama Pas kerana terikat dengan aturan parti. Bila dah keluar, bebaslah sikit nak dedahkan tanpa sekatan.

5. Hadi pula akan buat kerja 'pembersihan' dalaman. Langkah pertama ialah mengumumkan pengunduran. Nak tengok siapa ahlul Pas yang akan bagi respon, sama ada menyokong atau membantah. Nak tengok adakah beliau masih ada sokongan yang kuat daripada ahlul Pas. Eleh...macam KJ buat sebelum ni la, yang konon-konon nak berundur jugak tu, malu tapi mahu...

6. Setakat ini kenyataan Salahuddin Ayub, Nizar Jamaluddin, Tuan Ibrahim Tuan Man etc. macam sokong Hadi berambus saja. Nik Aziz dah tentulah keluar kenyataan pura-pura tak setuju sebab kalau betul Hadi berundur nanti, takut orang akan paksa dia berundur jugak dengan alasan dia lagi veteran daripada Hadi.

7. Kenyataan daripada Bapak Anwar Bin Ibrahim dan Lim Kit Sial hanyalah untuk menyedapkan hati ahlul Pas saja. Konon tidak setuju dengan hasrat pengunduran Hadi, tapi yang sebenarnya dalam hati bersorak riang. Keluar kenyataan tolak hasrat Hadi tu pun macam nak tak nak saja. Bagi kenyataan pun pakai sms. Di situ dah nampak PkR dan DAP main wayang, tak bersungguh nak pertahankan Hadi.

8. Jadi sepatutnya Hadi sekarang dah sedar sama ada beliau masih mendapat sokongan majoriti pimpinan Pas ataupun tidak. Mereka yang keluar kenyataan menyokong atau membantah pengunduran, hakikatnya itulah sebenarnya parasit yang sedang membiak dalam Pas. Ahlul Pas patut sedar akan ini. Kepimpinan ulama' sudah 'mati'.

9. Hadi berundur atau tidak, Pas sebenarnya sudah rosak teruk. Sebab tu lah Aspan & Ariff pun tak masuk Pas...hehehe! Pas sudah tidak lagi relevan di PRU-13 disebabkan perpecahan dalaman antara kumpulan ulama' dan erdogan yang sudah tidak mampu lagi disorokkan daripada umum.

10. Pas akan hilang sebahagian besar undi ahlul senyap yang menyokong kumpulan ulama'. Harapan ahlul Pas kini hanya tinggal pada individu seperti Harun Din, Nasharudin, Azizan etc. Ismail Kamus pun dah keluar kenyataan tak berminat dengan politik. Atau sebenarnya tak berminat dengan Pas?! Jika pemimpin seperti ini semua berundur atau dipecat, maka itulah pengakhiran bagi Pas.

11. Selagi Pas tidak transform daripada menjadi tunggangan kepada menjadi jockey dalam Pakatan, makanya Pas akan KALAH di PRU-13!

12. Lagipun rakyat dah nampak, dan ahlul Pas sendiri pun dah sedar bahawa sebenarnya tiada guna pun menyokong Pas yang hanya menjadi kuda tunggangan kepada parti LGBT dan racist.

4 comments:

  1. Kalu Hadi berundur, Pok Nik lagilah kena blah cepat sebab orang dah menyampah. Lagi orang meluat ialah pak liwat, pak singh dan pak siang ikan.

    ReplyDelete
  2. hadi, nik aziz, anwar, karpal, kit siang, ku li is unrelevant. out of date. dah expired.

    ReplyDelete
  3. hadi jadi pemimpin utk cover expenses sebab berbini 4. jadi mb terengganu terus kawin lagi satu. sebab tu orang menyampah. ingat pas ingat seks.

    ReplyDelete
  4. elok la tu kalau nak berundur pun jgn jd mcm sorang tu tua2 menangis kat pentas geli den tgk.

    ReplyDelete

Blog Archive