Tanpa kehormatan bangsa, tanpa digniti bangsa, tidak akan ada kebanggaan berbangsa dan bangsa itu akan lenyap dengan sendirinya - Catatan sejarawan Asia
Kesinambungan dunia Melayu terus mendapat perhatian para sejarawan, gembong politik dan pelbagai pihak lain setelah dan manakala mengalami proses perubahan sosial dan cabaran demi cabaran serta perubahan sikap berikutannya.
Menarik perhatian kini ialah ulasan dan analisa politik dalam bahasa Melayu, Cina, Inggeris dan India berikutan pilihan raya umum pada bulan Mac lalu dan juga pilihan raya Amerika Syarikat (AS) yang membawa kemenangan kepada Barack Obama dari golongan minoriti untuk jawatan Presiden.
Seperti telahpun dicatat, tamadun dunia Melayu meliputi gugusan kepulauan Melayu (Malay Archipelago).
Antara catatan penting itu ialah:
1400: Lahirnya Melaka oleh Parameswara
1409: Laksamana Cheng Ho dari negara China mengadakan hubungan diplomatik.
1410: Maharaja China dari Dinasti Ming mengiktiraf kedaulatan Melaka.
1446: Wujudnya Kesultanan Melaka yang kemudian menjadi pusat perkembangan agama Islam di rantau Asia Tenggara.
1511: Portugis menawan Melaka
1641: Belanda menawan Melaka
1824: Inggeris memperoleh Melaka dari Belanda melalui satu perjanjian
Diulangi: Portugis memerintah dari 1511 hingga 1641, Belanda dari 1641 hingga 1824 dan Inggeris dari 1824 hingga 1957. Turut ditakluki ialah India dan China.
Juga disebut bahawa selama penjajahan kuasa-kuasa Barat itu, orang Melayu terus dan tetap beragama Islam. Beberapa penulis Portugis menyebut betapa agama Islam diajar dipelbagai masjid, surau dan madrasah, rumah para pembesar negeri serta juga istana, oleh orang Melayu. Dalam pada itu pengembang-pengembang agama lain cuba bertapak tetapi tidak ada orang Melayu menyertai mereka.
Turut memperteguh pendirian Melayu ialah bahasa mereka yang juga dipanggil bahasa Jawi. Hal ini disebut, antara lainnya oleh Profesor Dr. Teuku Haji Ibrahim Alfian dari Universiti Gajah Mada atas mauduk Sejarah Dan Jati Diri Rumpunan Melayu (Indonesia). Lalu beliau mencatat hal-hal berikut:
Berkunjung
Jan Huygen Van Linschoten, seorang petugas Belanda pada abad ke-16 berkunjung ke Nusantara dan menyaksikan betapa bahasa Melayu terkenal di dunia Timur dan dianggap orang bahasa yang baik “.... siapa di Hindia (Indonesia) tidak tahu bahasa ini, dia tidak boleh mengikut, seperti pada kita bahasa Perancis.”
Ada banyak pakar dan tokoh sama ada pribumi mahupun asing yang telah mengemukakan pendapat mereka mengenai bahasa Melayu sebagai bahasa yang diperlukan untuk penduduk di kepulauan Nusantara pada masa depan.
S. Surya Ningrat yang kemudian terkenal dengan nama Ki Hajar Dewantara mengemukakan di negara Belanda (tahun 1916) bahawa kedudukan bahasa Melayu adalah lebih daripada bahasa-bahasa daerah lain untuk kemajuan bangsa Indonesia.
Muhammad Yamin dalam pidatonya dalam bahasa Belanda dalam Kongres Pemuda Indonesia pertama pada tahun 1926 menyatakan: “Kepandaian bahasa Melayu akan memberi kesempatan kepada siapa sekalipun untuk bergaul dengan bangsa Jawa, Sunda, Melayu dan Arab, yang setiap hari menjadi teman berbicara.... Dalam ekonomi perdagangan dan dalam dunia politik, bahasa Melayu mendapat kedudukan pertama.
Bahasa Melayu atau Jawi yang terjelma inilah yang diangkat oleh para pemimpin pergerakan nasional Indonesia menjadi bahasa Indonesia yang akhirnya setelah proklamasi kemerdekaan Indonesia pada 17 Ogos 1945 menjadi bahasa negara Indonesia.” Demikian antara catatan Profesor Ibrahim Alfian.
Dalam sebuah buku lain mengenai sejarah Indonesia dinyatakan hal berikut: “Belanda menggunakan bahasa Melayu, bukan bahasa Belanda sendiri atau bahasa Portugis, manakala berbicara dengan orang-orang Indonesia di pasar, dalam rundingan-rundingan dengan pihak istana, di tempat-tempat kerja, dalam acara-acara agama dan dalam pelbagai buku.”
Berkaitan dengan tamadun dunia Melayu dan kesinambungannya ialah buku berjudul The Population of Malaysia oleh Profesor Saw Swee Hock yang telah berkhidmat di Universiti Malaya, Universiti Hong Kong dan Universiti Singapura.
Buku diterbitkan oleh Institut Pengkajian Asia Tenggara, Singapura (2007). Antara lain pada bahagian akhirnya disebut: Bilangan warga Bumiputera dijangka meningkat dari 65.9 peratus pada tahun 2005 hingga 72.1 peratus pada tahun 2035. Bilangan warga Cina akan menurun daripada satu suku (25.3 peratus) kepada satu perlima (20.0 peratus) pada waktu yang sama. Bilangan warga India juga akan menurun dari 7.5 peratus kepada 6.6 peratus.

No comments:
Post a Comment