Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Saturday, November 15, 2008

Menunggu jawapan Zaid kepada GGMM

Sahabat kami iaitu Khairul Azam selaku Presiden GGMM yang saman Kerajaan Pulau Pinang baru-baru ni telah sms den semalam nak mintak tolong sebarkan cabaran GGMM terhadap Zaid Ibrahim untuk berdebat. Bacolah kek bawah ni.

GABUNGAN GRADUAN MELAYU MUDA (GGMM)
SUITE 2.3 TINGKAT 2
FIMA BUILDING PLAZA DAMANSARA
JALAN MEDAN SETIA 1
BUKIT DAMANSARA KUALA LUMPUR

TARIKH : 11 NOVEMBER 2008

DATO’ ZAID BIN IBRAHIM
TETUAN ZAID IBRAHIM & CO,
LEVEL 19 MENARA MILLENIUM,
PUSAT BANDAR DAMANSARA,
50490 KUALA LUMPUR


KAMU DENGAN INI ADALAH DI JEMPUT UNTUK BERDEBAT BERSAMA PRESIDEN GGMM, SAUDARA MOHD KHAIRUL AZAM BIN ABDUL AZIZ.

MAJLIS DEBAT GGMM TERSEBUT AKAN DI ADAKAN MENGIKUT KETETAPAN BERIKUT:-

TARIKH : 26 NOVEMBER 2008
HARI : RABU
MASA : 8.00 – 10.00 MALAM
TEMPAT : SPORTS PLANET FUTSAL,
LOT 37/38 JALAN P4/6
TAMAN TEKNOLOGI KAJANG,
43500 SEMENYIH,
SELANGOR

KAMU BOLEH HADIR SECARA SENDIRI ATAU MELALUI SEORANG WAKIL KAMU ATAU MELALUI HUJAHAN BERTULIS.

JIKA KAMU MEMILIH UNTUK HUJAHAN BERTULIS, MAKA HUJAHAN BERTULIS KAMU AKAN DI BACAKAN DALAM MAJLIS TERSEBUT TANPA SEBARANG PINDAAN.

HUJAHAN BERTULIS KAMU HENDAKLAH DISAMPAIKAN KEPAA KAMI SECARA POS DAN / ATAU FAKS DAN / ATAU EMAIL KEPADA KAMI PADA TAU SEBELUM TARIKH DEBAT BERKENAAN

KAMU JUGA DI BENARKAN UNTUK MEMBAWA DAN / ATAU MENJEMPUT SEBERANG KAMAI PENYOKONG KAMU.

PIHAK GGMM AKAN MEMANGGIL SEMUA MEDIA CETAK, MEDIA ELEKTRONIK DAN BLOGGER UNTUK MEMBUAT LIPUTAN SECARA LANGSUNG (WEB TV) DI MAJLIS DEBAT BERKENAAN.

KONSEP DEBAT ADALAH SEPERTI BERIKUT :-

PUSINGAN 1

KEDUA-DUA PIHAK AKAN BERHUJAH BERDASARKAN 5 ISU / SOALAN BERIKUT:-

a) Definisikan konsep Ketuanan Melayu jika kamu rasa konsep itu perlu wujud. Jika kamu rasa konsep itu tidak perlu wujud, sila berikan rasional pendapat kamu.
b) Apakah yang kamu faham berkenaan dengan Dasar Ekonomi Baru?
c) Adakah kamu pernah pada bila-bila masa sepanjang kehidupan dan karier kamu menerima apa-apa faedah daripada DEB?
d) Pada pendapat kamu, adakah rakyat Malaysia telah bersedia untuk mempunyai seorang Perdana Menteri selain daripada Perdana Menteri yang berbangsa Melayu dan beragama Islam?
e) Apakah cita-cita dan harapan masa depan kamu terhadap Negara Malaysia dan rakyatnya selaku diri kamu sebagai pemimpin?

KEDUA-DUA PIHAK AKAN DI BERIKAN MASA SELAMA 10 MINIT (MAKSIMUM) BAGI MENYAMPAIKAN HUJAHAN MASING-MASING BAGI MENJAWAB SETIAP ISU/SOALAN DI ATAS. INI BERMAKNA KEDUA-DUA PENDEBAT MEMPUNYAI MASA SELAMA 50 MINIT SETIAP SEORANG

PUSINGAN 2

MAJLIS AKAN DI BUKA UNTUK SESI SOAL JAWAB SELAMA 20 MINIT KEPADA PENONTON.


MAJLIS DEBAT INI DI ADAKAN DI DEWAN TERTUTUP TETAPI ADALAH TERBUKA KEPADA SEMUA YANG MAHU HADIR MENYAKSIKANNYA MELALUI MAKLUMAN SEBARAN SMS, EMAIL DAN PENGUMUMAN DI LAMAN-LAMAN BLOG. TEMAPT ADALAH TERHAD BERGANTUNG KEPADA KAPASITI MAKSIMUM DEWAN

PASUKAN KESELAMATAN GGMM AKAN MENGAWAL KESELAMATAN KEDUA-DUA PENDEBAT DAN KESELAMATAN MAJLIS.

BERSAMA-SAMA NOTIS JEMPUTAN DEBAT INI KAMI LAMPIRKAN MAKLUMAT BERIKUT UNTUK RUJUKAN KAMU :-

a) PROFAIL GGMM9 (makluman lanjut boleh diperolehi melalui http://www.graduanmelayumuda.blogspot.com/)

b) PROFAIL PRESIDEN GGMM

SELEPAS MAJLIS BERAKHIR, KAMU DI JEMPUT KE SIDANG MEDIA GGMM BERSAMA MEDIA-MEDIA YANG HADIR

JIKA KAMU GAGAL HADIR SELEPAS JAM 8.15 MALAM, MAKA MAJLIS DEBAT AKAN TETAP DI TERUSKAN DENGAN ATAU TANPA HUJAHAN BERTULIS DARIPADA PIHAK KAMU.

SETAKAT DETIK NOTIS INI DI BUAT, TARIKH, MASA DAN TEMPAT DEBAT BERKENAAN ADALAH TEPAT DAN BETUL SEPERTI DI PERENGGAN 2. WALAUBAGAIMANAPUN, KAMI AKAN MENGKOMUNIKASIKAN KEPADA KAMU SEKURANG-KURANGNYA 3 HARI LEBIH AWAL TENTANG SEBARANG PERUBAHAN LOGISTIK.

KAMU DENGAN INI TELAH DI MAKLUMKAN BERKENAAN DEBAT BERKENAAN YANG MAKLUMAT TELAH DISAMPAIKAN KEPADA KAMU SECARA POS BERDAFTAR / SERAHAN TANGAN/ FAKS/ HEBAHAN WEB BLOG. TIADA ALASAN BAHAWA KAMU TIDAK TAHU MENAHU TENTANG DEBAT BERKENAAN.

KAMI AKAN MENANTI KEHADIRAN KAMU JIKA KAMU BERANI UNTUK TURUT SAMA MENCATAT SEJARAH NEGARA.

SEKIAN

GGMM Dengan ini menjemput anda semua untuk hadir beramai-ramai menyaksikan acara Debat GGMM yang pertama kali diadakan dalam sejarah negara. GGMM akan menggunakan perkhidmatan sebuah syarikat Penganjur Acara untuk mengendaikan majlis berkenaan. Kepada anda yang berminat untuk menyaksikan debat tersebut pada tarikh dan masa yang tertera (tertakluk kepada perubahan), maka tiket-tiket masuk boleh dibeli dengan harga RM 10. Sila masukan bayaran berkenaan ke akaun berikut:-

MAYBANK (Akaun Semasa)
564801004079
NR Management & Services

Sila bawa slip bank bukti deposit wang untuk di tukarkan dengan tiket masuk pada hari debat berlangsung. Anda berhak untuk mendapatkan pengembalian wang jika anda tidak mendapat tiket masuk kerana kehabisan atau program tersebut dibatalkan atau sebab-sebab lain yang jelas berlaku kerana kesilapan penganjur.

MARI....MARI...MARI.....

3 comments:

  1. Assalamualaikum Paneh,
    Aku rasa Zaid tak berani hadir. Dia akan cari alasan yg sesuai.

    ReplyDelete
  2. wkslm demang.

    memang ramai yang cakap zaid tak akan hadir. kita tgk jelah nanti bentuk alasan yang akan diberikan.

    ReplyDelete

Blog Archive