By 2020, Malaysia will have more than enough their 'street performer' which produced by preliminary and secondary school students. This photo show the battle of shuffle dance at open space of Bukit Bintang promenade.
Jika berjalan di sekitar Kuala Lumpur terutamanya di Jalan Bukit Bintang dan Jalan Sultan Ismail, anda pasti akan bertemu sekumpulan anak muda Melayu belasan tahun yang dipanggil Shuffler. Anak muda Melayu ini kebanyakannya suka berpeleseran di hujung minggu dan memiliki kumpulan masing-masing seperti Underground Shuffle Squad (USS), Hardstyle Republic, etc. Aktiviti mereka ialah menari shuffle di kawasan sekitar bandaraya dan dikhabarkan ada syarikat yang menaja mereka untuk menari. Setiap minggu kumpulan shuffle ini akan membuat gathering untuk menunjukkan skill tarian masing-masing yang banyak menggunakan kelincahan kaki. Di Negeri Sembilan, aktiviti shuffle ini juga boleh dilihat di sekitar bandar Seremban terutamanya di kawasan Commercial Park Senawang.
Asal-usul shuffle ini tidak dapat dipastikan, namun diberitakan bahawa tarian shuffle bukan sahaja popular dikalangan remaja, bahkan kini turut menular dikalangan pelajar sekolah rendah di Malaysia. Jangan terkejut jika anda melihat anak-anak kecil atau remaja terutamanya Melayu menari di tepi jalan, terloncat sana, terloncat sini kerana ia adalah trend remaja masa kini. Kumpulan shuffle ini akan menunjukkan bakat menari mereka dengan diiringi muzik daripada portable speaker, MP3 player dan juga cellphones. Sesetengah kumpulan shuffle ini juga memakai topeng untuk menyembunyikan identiti mereka dan dikatakan lebih mudah untuk mereka mengetahui kumpulan mana yang akan beradu tarian.
Setiap kumpulan akan beradu tarian (full battle) sesama mereka untuk mengenalpasti kumpulan mana yang lebih hebat. Kebiasaannya mereka beradu tarian sambil memakai t-shirt yang mempunyai logo atau simbol kumpulan masing-masing. Jika sesebuah kumpulan itu kalah dari segi pergerakan dan idea tarian, maka kumpulan tersebut terpaksa menyerahkan t-shirt yang dipakai kepada kumpulan yang menang. T-shirt itu kemudiannya dibakar bagi menandakan kekalahan mereka dan selepas itu kumpulan yang kalah akan beredar tanpa memakai baju. Habislah jahanam duit mak bapak yang jadi tukang beli baju.
Macam-macam trend baru yang lahir sekarang ni dan apa yang menyedihkan anak-anak muda Melayu sering terlibat dalam aktiviti sebegini. Bermula dengan trend remp-it, mat skut, gothic, emo, shuffle dan yang terbaru ialah parkour yang dikatakan seni lari, lompat dan juga panjat. Pengaruh trend sebegini secara tidak langsung pasti akan memberi kesan kepada anak-anak kecil kini yang semakin membesar. Baik dan buruk adalah kita untuk merencanakan dan terpulanglah kepada mereka untuk membuat penilaian. Teringat lagu M.Nasir bertajuk ’Anak-anak Kita’ dengan bait liriknya ”anak-anak kita yang memikul beban kesilapan kita hingga tak kenal budaya canggung bangsa sendiri”.
p/s: Thanks Pandan.

humangaiii....
ReplyDeletepodeh ghaso tulisan kou jang
kono lak dibaco ea dek mak bapak bobudak tu
apo leh buat,orang cam den gak yang mombaco ea
elok bona la di anta kek surat kaba
First of all, I would like to congratulate my friends on their success of continuing the blog any hesitating. Secondly, recent might be "predictable" nor "unpredictable" UMNO meeting in seremban. Hopefully what happen should be something to ponder for the grassroot. Should it be done in unmanner situations or should it be given to more civilise way. After all, who should be blame for the situations.
ReplyDeleteI'm not trying to judge but, as far as i am concern, I will always be the same. The truth should be prevailed without any prejudis. Fight for your right. And make sure, next time bring along much BIGGER MAN along....
BEST OF LUCK GUYS.
bab ni aku rasa edie mesti tak komen pasal isu kemasyarakatan macam ni dia lembab skit. bab mengutuk dan maki hamun dia handal la.
ReplyDeleteBab diberikan betis hendakkan paha adakah termasuk dalam budaya masyarakat tionghua.
ReplyDelete