Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Monday, November 24, 2008

PAS PUN RASUAH JUGA

Sebenarnya saya tidaklah ingin berbicara mengenai PAS. Tajuk di atas hanyalah simbolik daripada apa yang ingin saya bincangkan dalam artikel ini. Ramai orang kini bicara mengenai politik wang dan rasuah yang kononnya berlaku dalam pemilihan UMNO. Perkara ini bukan sahaja melibatkan kenyataan pemimpin diluar UMNO, malahan pemimpin UMNO sendiri berebut-rebut untuk mengeluarkan kenyataan mengenai politik wang yang berlaku sehinggakan ada pihak yang telah melebelkan UMNO sebagai sebuah Universiti Rasuah. Kenapa ini semua berlaku? Adakah disebabkan kononnya ingin menunjukkan ketelusan ataupun intergriti dalam UMNO? Atau ada pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk melemahkan parti yang menjadi tulang belakang kerajaan ini? Namun, adakah parti-parti politik selain UMNO sangat ‘bersih’ sehingga tidak langsung mengamalkan politik wang?

Saya berpendapat sudah sampai masanya UMNO serta parti-parti politik lain membuat satu mekanisme baru tentang apa yang dikatakan rasuah politik dan bukan rasuah politik. Ini perlu dijelaskan kerana kita tidak tahu dan tidak jelas mengenai apa yang dibolehkan dan apa yang tidak. Contohnya jika kita belanja seseorang itu minum dan makan, adakah ia boleh dikategorikan sebagai rasuah politik? Jika kita beri duit minyak, tol dan makan kepada perwakilan yang tinggal jauh untuk datang mesyuarat, adakah ia juga akan dikategorikan sebagai politik wang? Bagaimana pula jika seseorang calon itu ingin berkempen dan mengatur pertemuan dengan pengundi sekiranya majlis yang dianjurkan akan dilabelkan sebagai rasuah politik?

Setiap parti politik perlu ada peraturan yang jelas berkenaan perkara ini. Barack Obama sekalipun telah membelanjakan beratus juta USD untuk kempennya. Tetapi mereka mempunyai rekod dan akaun yang diaudit berkenaan segala perbelanjaan kempen. Rakyat akan dimaklumkan mengenai perbelanjaan seseorang calon yang bertanding jawatan politik di Amerika. Lagipun adalah satu perkara yang mustahil jika seseorang calon yang bertanding tidak langsung mengeluarkan belanja. Seseorang calon yang hendak bertanding dalam pilihanraya umum di Malaysia hatta dari parti PAS sekalipun, sudah tentu parti mereka akan mengeluarkan belanja makan, minum, pengangkutan, upah tampal poster, upah gantung bendera, memberi beras pada orang kampung (seperti yang sering diamalkan PAS) dan sebagainya untuk para penyokong mereka. Jadi adakah PAS juga boleh dilebelkan sebagai pengamal rasuah politik?

Ringkasnya, semua parti politik pun sebenarnya terlibat dalam penggunaan wang sebegini. Wang sudah dianggap sebagai sebahagian daripada konsep sesebuah kempen dan pertandingan. Sesiapa yang cuba menafikannya adalah orang yang pandir dan kurang cerdik. Namun kaedah dan mekanisme yang jelas perlu ditetapkan segera agar sesebuah pertandingan itu akan kelihatan ‘bersih’. Perlu dibuat satu dasar dan peraturan tentang tahap yang dibenarkan untuk seseorang calon itu berbelanja dalam kempennya. Pastikan setiap bil dikemukakan dan dijelaskan dalam akaun yang diaudit bagi mengelakkan kekeliruan. Setiap penyata perlu dihantar ke ibu pejabat parti masing-masing untuk pengesahan. Seterusnya buat pembentangan dan kenyataan perbelanjaan setiap calon yang bertanding dalam kempen masing-masing. Ini penting bagi mengelakkan spekulasi negatif orang ramai mengenai rasuah politik yang kononnya diamalkan oleh seseorang calon yang bertanding. Namun saya masih lagi percaya dalam soal pemilihan, pemimpin sepatutnya dinilai berdasarkan kejujuran, kewibawaan dan ketokohan yang dimiliki demi masa depan negara yang lebih gemilang.

3 comments:

  1. Masa terlalu singkat. Mac 2009 hanya tinggal 5 bulan sahaja lagi.
    Sekarangni jika calon was-was samada tindakannya itu dianggap rasuah atau bukan, tindakan yang paling baik ialah mengghindarkan drp melakukannya. Yang demikian calon tersebut tidak akan dipertikaikan oleh Lembaga Disiplin Parti maupun BPR.
    Kalau masih juga sibuk mencadang itu dan ini, maka itu ertinya calon tersebut masih berusaha untuk menggunakan wangnya nak membeli undi.

    ReplyDelete
  2. Politik wang atau daya kepemimpinan yang merosot, akhlak korup dan taasub dunia.

    ReplyDelete
  3. nailed tray, nails scattered.
    gossiping others,himself over-over.

    saya setuju dgn artikel ni. mesti ada mekanisme. takkan semua nak kita kata rasuah. sudahnya nanti sedekah pun org kata rasuah.

    p/s. ini bukan sedekah mcm kat 1 negeri PR tu ye. saya maksudkan sedekah yg termasuk dalam syiar lslam, sedekah utk tujuan baik.

    ReplyDelete

Blog Archive