Masa YDP UMNO pertama Dato' Onn Jaafar (yang sebenarnya YDP pertama mengikut persetujuan Mesyuarat Khas Pekembar ialah Baba Ludek-anak Rembau), UMNO cuba diberi pencerahan akal fikir yang sudah jauh lebih menjurus kepada pembentukan 2 parti besar politik.
Namun percubaan Dato' Onn tidak ke mana, kerana senario semasa itu belum boleh mengHALALkan pemikiran baik Dato' Onn. Maka, Almarhum ambil keputusan wujudkan Parti Negara. Sifat semulajadi untuk longgok semua keturunan dalam sebuah parti. Parti Negara tidak bertahan lama, kerana suasana era dan pemikiran yang begitu meruncing dalam aspek ekonomi dan pengaruh orientalis Inggeris dalam kuasa tubuh pengurusan eksekutif.
Kini, selepas 13 kali Pilihanraya umum, timbul kembali hasrat besar seperti yang disarankan oleh Almarhum Dato' Onn, pada 1954 tersebut. Lahir secara terbuka dari Pulau Pinang oleh pemangku Presiden Gerakan. Gerakan yang dulunya bercemolot dengan DAP dan Parti Buruh hingga mencetus Tragedi Berdarah 130569. Masa Gerakan jahiliyyah, khabarnya. Kemudian selepas, Tan Sri Lim Chong Eu taubat, diterima baik oleh rakyat Penang, jadilah dia KM dari Gerakan di Pulau Pinang. Pak Sedaro konal bonar anak buah eh...Annette yang kahwin dengan Harry Menon. Ini orang-orang hebat, yang faham makna Kenapa Melayu perlu Berkuasa Politik dan Ekonomi di Malaysia!
Apakah BN sudah punya kekuatan fizik dan metafizik dalam mengurus diri sebagai sebuah parti tunggal, jika tidak parti TUNGGUL?
1. UMNO secara keseluruhannya punya wadah fikir sihat lagi menyihatkan orang ramai.
2. MCA secara kolektif taat kepada ukuran pakaian harta dan tidak punya darjah TAMAK HALOBA hingga ingkar kepada perjanjian Tan Cheng Lock-Tan Siew Sin, suku Hai Lam dan suku Ghee Hin bersama Raja-Raja Melayu pada 1909.
3. MIC secara total sedar dengan populasi 8% (maksimum) hanya 3 juta orang, jangan BOSAR BODOBAH hingga merasakan setiap inci Bumi Melayu boleh dilacur sesuka hati sejak 1978 lagi.
Kekuatan fizik 1 Bangsa Teras dan 2 Kaum-kaum Lain ini belum boleh HALAL dipadukan erti dan makna KONGSI MERDEKA dan KONGSI MAKMUR EKONOMI secara mutlak. Hingga hari ini, Kongsi KUASA benar, Kongsi RAYA benar, Kongsi SOSIALISASI benar, Kongsi MERDEKA belum jelas dan amat samar, KONGSI EKONOMI masih terbeban dengan stigma bahawa Cina lebih supra dominan?
BN boleh buat "Makmal Fikir Perubahan Malaysia 2020", namun selagi program dan proses TARBIYAH KEMERDEKAAN berasaskan Falsafah Ahlul Sunnah Wal Jamaah bermazhab Imam As-Syafie tidak diupaya sehabis BAIK dan bersungguh-sungguh POWER-POWER, maka, jangan mimpi BN boleh berjaya sebagai Parti Tunggal (Single Party).
Harus diingat, bahawa dalam pasukan "DAP-Pas-Pkr" sejak mereka berfikir untuk bersama, masih punya bantal lain-lain, mimpi jauh berbeza sama sekali, dan falsafah Merdeka Negara Malaysia terlalu songsang.
Hingga hari ini, semua elemen refomasi Pkr berkiblat Amerika Syarikat, Dunia neo-liberalis yang mendewa fahaman Plural-Liberal-LGBT sebagai subset kepada Freemason. Terlalu banyak penulisan ilmiah dan separa ilmiah baik dicetak dalam Malaysia mahu pun luar negara, mencatat siapa Anwar Ibrahim dan sekutu pasukan berikatnya...Namun, rakyat muda Malaysia masih percaya dengan Anwar Ibrahim. Apakah sehingga Allah Tuhan Maha Penentu, memberi balasan "diterbalik" rumah kediaman Anwar Ibrahim seperti yang dibuktikan atas Bumi Sodomy?
Hingga masa kini, DAP masih tidak menafikan bahawa Deklarasi Setapak 1967 itu palsu. Rancangan 1955 di Baling oleh Chin Peng yang dilanjutkan dengan peristiwa 13 Mei 1969, kemudian beberapa pertemuan kecil DAP di luar negara khasnya Singapura, Australia dan Beijing pada tahun-tahun 1983 hingga 2013 adalah PALSU. Dalam diam-diam, pada 29 April-4Mei 2013, apabila hit akhir Lim Kit Siang di Gelang Patah, kelihatan beribu kenderaan Singapura stand-two di Tambak dan berlonggok di Gelang Patah...merayakan kehadiran Setiausaha Parti Buruh 1969 dan Setiausaha DAP 69 semasa Lee Kwan Yew punya taring dan rahang besar di Semenanjung. Kiblat Komunis dalam DAP, masih bermaharajalela. Terlalu banyak bukti-bukti bertulis, rakaman lisan dan dokumen peringkat terhad, namun dek DAP licik sembunyi bahawa "DAP bawa ajaran Komunis"...DAP diiktiraf oleh pemuda Malaysia sebagai parti super demokrasi semi sosialis. Apakah perlu berlaku peristiwa 12 hari Bintang Tiga @ 18 Mac 1966 (kelahiran DAP)- hingga dimekarkan Deklarasi Setapak 2013 semula, baru(a) Melayu khasnya taubat nasuha, dan kaum-kaum lain yang faham dan PENGANUT AGAMA YANG BAIK insaf?
Sudah tertimpa tempelak pelbagai pihak kepada Pas, namun Pas belum dapat hidayah Allah. Kuasa Allah beri petunjuk dan hidayah mungkin dijemput oleh Pas dalam konteks berbeza. Mungkin secara terjahan dan peristiwa besar seperti Peristiwa KARBALA mungkin, atau peristiwa Perang Mu'tah atau perang Khandak? Pas yang makin didominasi oleh kumpulan ortodoks Syiah dan Khawarij masih melebar dan membarah. Dalam facebook juga, kumpulan ini berkata-kata penuh sombong dan takbur. Sikap mempertikai hakikat, qada dan qadar Allah, tidak ambil pusing fakta-fakta kebenaran, fakta sejarah dan haluan Pas yang makin sesat lagi menyesatkan AMAT-AMAT MERBAHAYA. Kedudukan mereka sebagai "boneka", "keldai", "anjing salakan" Pkr-DAP juga dianggap JIHAD! Apa ke jadahnya menjadi barua-barua kepada pengkhianat Tamadun Bani Jawi!
Perjanjian kongsi kuasa politik antara BN dan Pas pada 1974 semasa Almarhum Dato' Asri, secara jujur penuh integriti TIDAK DISYARAH DENGAN BAIK oleh pemimpin Pas hari ini. Kumpulan Pas (yang menentang kepimpinan Dato' Asri) ialah barisan kepemimpinan Pas hari ini. Sebab itu, mereka malu untuk hujah segala kebaikan dan faedah yang Pas peroleh hingga saat ini. Maklumat (dulu rahsia antara Dr.M dan Nik Aziz) sudah dibuka oleh Datuk Paduka Abu Hassan Hasbullah, namun, ia kekal dianggap RETORIK. Inilah padahnya bila Allah tunjukkan kepada awam, bagaimana sifat dan akal fikir kumpulan yang terpesong daripada Akidah Ahlul Sunnah Wal Jamaah. Sebab itulah tidak ganjil untuk Pas digelar sebagai Parti Ajaran Sesat.
Pak Sedaro fikir, lebih ramai manusia di luar yang rasional. Namun, tidak diasak dan digosok dengan lebih tamadun oleh BN. Barisan Nasional sudah mengamal Tahalluf Siyasi sejak 1948 (semasa kesibukan menulis Draf Pertama Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu). Tahalluf Siayasi Perikatan telah dibahas dengan panjang lebar oleh YM Tan Sri Prof. Dr. Syed Muhamad Naquib bin Ali Al-Attas di Jeddah pada tahun 1972.
Pas kalau benar-benar ahli ilmu dan taat kepada Ahlul Sunnah, bawa Prof. Al-Attas ke pentas Pas untuk syarah secara terbuka tentang Melayu dan Kuasa Melayu, Islam, UMNO-Pas!!! Ada beraniiii?!
DAP kalau yakin bahawa DAP bukan Komunis, tidak bawa Agenda Setapak 1967...panggil Prof. Al-Attas!!!!
Pkr memang tak akan BERANI punya, sebab Anwar Ibrahimlah "Firaun dan HAMLAU" yang menghancurkan institusi pilihan cendiakawan Muslim Dunia di Alam Melayu. Anwar Ibrahim ialah PEROSAK JEMAAH AHLUL SUNNAH dengan MERANAPKAN NAMA BESAR ISTAC. Inilah Anwar Ibrahim "DAJAL MELAYU mengikut penulisan mubaligh-mubaligh Freemason yang terbit di Arizona dan Detroit pada 2001".
No comments:
Post a Comment