Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Monday, May 6, 2013

Najib lebih teruk daripada Paklah



1. Antara ayat Najib selepas BN diumumkan menang PRU-13 di peringkat persekutuan, "One of the programmes we will undertake is national reconciliation." (Salah satu program yang akan kita laksanakan adalah perdamaian nasional).

2. Tak taulah apa yang dimaksudkan dengan perdamaian nasional (national reconciliation) oleh Najib. Seolah macam nak hapuskan hak istimewa Melayu saja bunyinya, sementelah itu memang pendekatan politik Najib sebelum PRU-13 pun.

3. Tambah Najib lagi,"We (BN) are still trying to absorb the results, but we will be looking forward to reject political and racial extremism, and work towards a more moderate and accommodating environment." (Kami (BN) masih cuba untuk menyerap keputusan, tetapi kita akan melihat ke hadapan untuk menolak pelampau politik dan kaum; dan bekerja ke arah persekitaran yang lebih sederhana serta bertolak ansur).

4. Kan dah cakap...statement Najib ni seolah menjanjikan bahawa kepentingan Melayu akan ditolak beransur-ansur asalkan kaum Cina lebih gembira?!

5. Entahlah...kalau ikut pemahaman kami, itulah yang dimaksudkan oleh Najib. Tiada beza pun dengan pendekatan atau polisi moderate yang diperkenalkan Najib sebelum ni yang ternyata GAGAL mengembalikan majoriti 2/3 Barisan Nasional. Cuma bezanya kali ini Najib berikrar untuk jadi lebih moderate dan liberal?!

6. Pada PRU-12 tahun 2008, Paklah berjaya mengemudi BN hingga menang 139 kerusi parlimen. Tapi di zaman Najib di PRU-13 makin berkurang pulak kerusi BN kepada hanya 133 kerusi parlimen. Malah undi popular di zaman Najib jatuh 2% berbanding di zaman Paklah. Maknanya Najib lebih teruk daripada Paklah?!

7. Perlukah Najib letak jawatan sebagaimana UMNO pernah mendesak Paklah meletak jawatan sebaik keputusan PRU-12 diumumkan dulu?

8. Jika Najib masih berhasrat untuk kekal jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia (memang berhajat pun sebab Najib nak angkat sumpah jam 4 petang ni), hakikatnya ada beberapa perkara yang perlu Najib lakukan;

a - Tak payah la nak bodek, jilat melampau sangat orang Cina.  Selama ni apa saja yang BN buat, bukan kaum Cina ni peduli pun. Sebelum ni apa yang orang Cina mintak...Najib bagi...tak mintak pun Najib bagi. What the hack! Buat menambah sakit hati orang Melayu saja. Lebih bagus selepas ini Najib fokus kepada Melayu dan kalau nak bantu pun lebih baik tolong kaum India yang lebih bermanfaat kepada BN.

b - Pecat semua penasihat yang ada dalam circle Najib sekarang. Ternyata nasihat bangang mereka tu semua memang sah tak boleh pakai. Kalau masih nak kekalkan penasihat yang sama untuk 5 tahun akan datang...elok Najib gali kubur sendiri siap-siap.

c - Tamatkan kontrak serta merta Ketua Pengarah JASA, KEMAS, SERANTA, SB POLITIK, WAR ROOM UMNO/BN, PENASIHAT UMNO/BN; dan yang paling utama PECAT KETUA PENGARAH BTN. Polisi pengurusan mereka semua ni memang tak berguna. Semua laporan kipas saja yang tau.

d - Calon BN PRU-13 mestilah 90% muka baru, sama ada di peringkat DUN serta Parlimen. No more 50% or 30%. Gugurkan semua warlord BN terutama pemimpin UMNO. Orang muda terutamanya dah benci hingga ke tahap meluat tengok warga purba UMNO yang masih bernafsu nak berkuasa; terutama pemimpin UMNO yang dah terpalit dengan skandal. Letak 90% calon muda muka baru untuk PRU-14. Period.

e - Pastikan kawasan majoriti Melayu yang diberikan kepada MCA atau Gerakan dikembalikan kepada orang Melayu. Ada 151 kawasan majoriti Melayu/Islam di Malaysia yang WAJIB diletakkan calon UMNO sepenuhnya di PRU akan datang. Tiada lagi alasan konon 'kongsi kuasa' atau 'kesepakatan' bla..bla..bla..kerana jelas yang MCA dan Gerakan memang ditolak oleh kaum Cina. Biar saja MCA dan Gerakan bertanding 1 lawan 1 dengan DAP di 45 kawasan majoriti Cina, tak perlu masuk campur kawasan Melayu.

f - Suruh Rosmah dok ontok-ontok kek rumah. Orang meluat. Lagi hebat jika Najib boleh paksa Rosmah bertudung, kurangkan shopping, jangan bagi bersosial (karaoke) dan Rosmah hanya boleh muncul di program-program agama saja. Lebih bagus media jangan bagi sebarang publisiti langsung pada Rosmah supaya tidak dijadikan peluru percuma oleh pembangkang . Naik jolak den.

g - BERANI dan TEGAS TANPA TAKUT. Itulah yang kebanyakan rakyat Malaysia dambakan, suatu ketegasan daripada Najib. Ambil tindakan, jangan hanya bagi amaran tak sudah-sudah. Jika Najib berani tunjukkan ketegasan, pasti majoriti rakyat akan menyokong Najib. Rakyat sudah jelak dengan sikap playsafe pemimpin bacul BN selama ni.

h - Tukarlah approach serta polisi yang telahpun Najib gunakan sepertimana sebelum ini. Sangat ketara bahawa polisi yang Najib perkenalkan sebelum PRU-13 ternyata GAGAL menarik sokongan 2/3 rakyat Malaysia. Kalau masih tak faham jugak...tak dapek den nak nolong.

i - Walau apa pun keputusan atau dasar yang bakal diperkenalkan BN selepas ini, JANGAN SERANG POKET RAKYAT. Ada faham?!

j - Slogan politik parti jangan dijadikan slogan nasional macam tema hari merdeka etc. Paling ketara apabila slogan 1Malaysia terlalu dipaksakan kepada rakyat. Semua perkara pun nak di '1Malaysia' kan. Pun masih tak faham lagi ke?!

k - Special request daripada orang N9, tukarlah Menteri Besar N9. Tak guna pun simpan orang macam Mohamad Hasan. Lagi rosak UMNO/BN N9 adalah. Kalau Najib masih sayang lagi Mohamad Hasan, lantik dia jadi senator dan bawa masuk kabinet. Lebih elok Mohamad Hasan duduk persekutuan daripada menyomak di N9 ni.

9. Banyak lagi kami nak tulis, tapi nantilah dulu. Dari semasa ke semasa kami akan kritik pemimpin UMNO /BN ikut suka kami sepertimana yang sering Paneh Miang buat sebelum-sebelum ni.

10. Hakikatnya banyak muhasabah yang perlu dilakukan Barisan Nasional selepas keputusan PRU-13 untuk merangka gerak kerja bagi tempoh 5 tahun mendatang. Pemikiran masyarakat urban seperti di Johor, Selangor, Kuala Lumpur, Perak dan Penang perlu dikaji dan diperhalusi. Bukan semua orang suka apa yang BN buat, dan bukan semua orang sokong apa yang Komplot Pembangkang buat.

11. Apa pun tahniah kepada Barisan Nasional kerana masih kekal sebagai kerajaan Malaysia walaupun Najib yang mengepalai BN buat kali pertama di PRU-13 tidak berjaya mencapai sasaran majoriti 2/3.

12. Berubah dan bersatulah wahai orang Melayu tak kira dari parti apa pun. Masih tak faham lagi ke dengan mesej PRU-13?

38 comments:

  1. Well said... Najib ada dengar ke?

    Tak payah nak tunjuk hero kat cina... Engko bukan hero Cina,,engko hero melayu dan bumiputera... Tunjuk support pada Melayu dan bumiputera BUKANNYA beri peruntukkan pada CINA!!!!!!!

    Aku janji adalah two-way... kaum cina tak terima aku janji tu... tak payah le nak tunaikan. Ada faham!!!!

    ReplyDelete
  2. Teramat le setujunya !!!!

    ReplyDelete
  3. Pukimamak punya bloger..buat penat Umno harbi bagi korang upah je..buat kerja mcm babi..lansung tak berguna pada Umno.Puak bloger celaka inilah yg meruntuhkan sokongan rakyat pada Umno..lain kali kerja pakai otak la..ni bangang tak habis2...korang pikir guna video lucah tu boleh pancing undi ke?....buat habis duit umno je..mampos lagi baik...

    --Enchek Ibraheemm Aleee---

    ReplyDelete
  4. setuju...tak guna layan orang yang tak sudi, lebih baik bina banyak sekolah agama, pusat pengajian tinggi agama, masjid dan surau serta perumahan rakyat untuk orang Melayu, bumiputera dan India yang lebih mengenang jasa. Jangan dok terhegeh-hegeh bina SKJC, buat pesta dan jamu makan habis beribu-ribu. Ingat April 2018!

    ReplyDelete
  5. Pada pemerhatian saya, kemerosotan teruk BN pada kali ini bukan disebabkan oleh Tsunami Cina. Tapi disebabkan oleh sentimen kebencian yang telah ditanam sekian lama oleh puak2 pembangkang terhadap kerajaan. Sentimen ini telah dibiarkan subor sesubornya melalui media parti seperti harakah, keadilan dan lain2 serta juga melalui internet, cd2 ceramah yang diputar setiap masa juga termasuk juga ceramah2 dimasjid dan surau hampir setiap masa sehingga ia menjadi satu virus. Keadaan ini telah tumboh subor dalam organisasi kerajaan sendiri sehingga ramai kakitangan kerajaan dan GLC berfikiran pembangkang. Ditambah pulak sistem liberal yang terlalu liberal sehingga macam-macam fitnah, provokasi terhadap perlembagaan dan agama dibiarkan tanpa sebarang tindakan tegas pihak berkuasa. Ingat tak lagi dengan beribu laporan polis yang telah dibuat oleh rakyat terhadap beberapa isu seperti perhimpunan bersih, dan macam2 termasuklah aduan skandal yang terang2 menyalahi hukum agama tapi tiada sebarang tindakan tegas diambil. Jadi rakyat tengok kerajaan lemah, lama-lama orang rasa penat, jemu dan tak yakin dengan pentadbiran seperti ini. Maka wujudlah gelombang tukar 'ini kalilah' oleh pembangkang.

    ReplyDelete
  6. yang ramai pergi rumah urut cina pu melayu.. so, duit org melayu byk melabur kat DAP utk menang sebenarnya. Aduh, sakit badanlah.. jom pi ngurut.. amoi lah..

    ReplyDelete
  7. Kok apo pun. Timo kasih kek pengundi di Longgeng kerano memilih Tok Sahak. Bakal MB baru kito. Menang tepat pilihan orang Longgeng nie.

    ReplyDelete
  8. saya setuju ngan penulis ni...peranan rosmah dan penampilanya dikurangkan..atau tiada terus di media..BN sebenarnya tewas jika di kira dari jumlah undi..penggunaan media dan agensi..hanya sabah dan serawak..(kita tahu lah tahap mana mereka)yg menyelamatkan BN..isu yg dibawa pengkankan bukan semua fitnah..ada yg betul dan itu menjadi senjata mrk

    ReplyDelete
  9. Njib klo ko lyn lg org cne bndar baik ko brnti jd pm...bg mhydn n zhd hmd naik lak...xpn bg mhtdr nsik blk...

    ReplyDelete
  10. Kalau UMNO/Najib berani praktikan cadangan e - kembalikan kawasan majoriti melayu kepada calon Islam, aku pasti 2018 nanti Umno boleh menang besar... Tapi ada berani ke????? kerat telinga lahhhhh.... Ehhhh, orang pahang ada buat kenduri sup telinga tak????

    ReplyDelete
  11. yang K tu paling ponting untuk N9, tukar Mat Hasan dari jadi MB.

    Bori YB ADUN yang boleh menjago survival Parti dengan mendahulukan Agama, Bangsa dan Negara.

    Bukannya Mat Hasan yang dahulukan survival Politik dio, kekayaan family dan pembunuhan politik musuh2 di N9.

    ReplyDelete
  12. Suggest kena ada agen2 UMNO masuk FB staff kerajaan nie...ramai staff kerajaan yg mcm bangsat menyokong PR...diaorang x takut pun, p bersih dll...bagi amaran, degil buang aje...kesimpulan DS Najib kena tegas

    ReplyDelete
  13. Rosmah najib mesti di wajibkan undur dan menghilangkan dori dari khalayak ramai

    ReplyDelete
  14. Setuju mad hassan berundur.... Mb paling jobo

    ReplyDelete
  15. u nak bagi sikit komen tentang keputusan pilihanraya:

    1. Memandangkan ini adalah onslaught dari parti pembangkang yang paling kuat maka keupayaan mempertahankan kerajaan sediada adalah commendable walaupun jumlah kerusi kurang dari sebelumnya.

    2. Survival Melayu dan Islam dapat di pertahankan.

    3. Juga bermakna masa depan Melayu Islam adalah lebih baik daripada sekiranya BN kalah.

    4.Keputusan menunjukan bahawa PR tidak di terima sepenunya oleh Melayu Islam

    5. Memandangkan komponen PR akan melalui proses penuaan terutama teraju teraju mereka, mereka akan juga menghadapi masalah kepimpinan kronik

    6. Bagaimanapun BN harus melakukan audit kepimpinan d semua peringkat dan juga dalam pentadbiran kerajaan. Kerana orang awam dan penjawat awam hanya dapat memerhatikan ketua ketua mereaka sahaja. Sekiranya ketua /pemimpin mereka tidak dedikasi maka ianya reflect terhadap BN sendiri

    7. Sekarang kita sudah tahu bahawa etnik Cina umumnya menolak BN -- perlu bertanya adakah kekuatan DAP terutamya telah sampai ketahap maksima dalam PRU13 ini? Masih adakah kawasan majoriti etnik Cina dan kawasan yang mereka jadi penentu yang belum mereka tawan?

    8. Keseluruhan -- keputusan ini adalah terbaik untuk BN dalam keadaan yang paling mencabar.-- Allah Taala merahmati orang Islam dan Tanah air kita

    ReplyDelete
  16. setuju dgn paneh....
    Tapi klu najib buat derk jer...
    Sanggupkh paneh promosikn...
    Penyatuan melayu di luar UMNO dan PAS???
    Buang kebangsaan...ambil ISLAM???
    Sekadar cadangan..
    Melayu mesti bersatu....
    ...sekadar cadangan pandangan...
    -sangharimaukumbang-

    ReplyDelete
  17. Sangharimaukumbang

    UMNO dan PAS bakal bersatu atas nama ummah Melayu-Islam. Tiada erti buang Islam, buang kebangsaan. Saudara mungkin belum khatam, beberapa teks hujah dan kitab muktabbar yang mensyarah dengan padat dan berijtihad perihal Keturunan & Agama Keturunan tersebut. Kajilah pandangan 4 mazhab, Ahlul Sunnah Wal Jamaah dengan baik secara bertalaqi dan bersanad. Baru saudara bahas-bincang perihal Islam-Melayu. Period.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf CK..
      Sy cadangkn buang kebangsaan...
      Ambil ISLAM..
      bubar umno..bubar pas..
      Najib nuar hadi n.aziz..bersara..
      Jd penasihat sj..
      Sanggupkh paneh promosikn penyatuan melayu sebegitu..
      CK dh khatam ke..sbb bg sy politik n kehidupan sentiasa evolve..xkn khatam
      -sangharimaukumbang-

      Delete
  18. bagus paneh. teguran perlu diberi dari masa ke semasa utk memastikn RAKYAT DIDAHULUKAN. Namun,setiap mesej yg berguna perlu dipastikan untuk sampai ke pihak yg sepatutnya.klo x memang mcm oghang monyalak bukit yola..tq

    ReplyDelete
  19. Jika DSNajib masih tertipu dengan permintaan Cina yang hanya berniat mempermainkan PM, maka sokongan dari Melayu akan hilang di PRU14...percayalah..sangat mengecewakan.

    ReplyDelete
  20. Aku setuju bahawa blogger pro UMNO punca kekalahan di beberapa kawasan!!

    wahai kaum blogger, lenkali jangan berlagak bagus sangat. Jangan ingat korang ni yang mempengaruhi UNDI!! kalo tak de korang pun lagi bagus la!! Orang lain buat kerja teruk teruk!! korang duduk depan komputer je!! patutla banyak yang jadi obesiti!

    Sakit hati aku tengok undi BN jatuh merundum! dan ingatla! kurangkanlah sentimen perkauman.

    hidup BN!!

    ReplyDelete
  21. suruh la ahli keluargo, sedaro maro yang masih tak mendaftar tu poe mendaftar untuk PRU 14. lopeh tu bila time ngundi nanti turun pangkah bn. ada 4 tahun lagi ...

    ReplyDelete
  22. Umno 100% mesti Islam dan Melayu.

    Langkah pertama - umum kerajaan akan kaji perlaksanaan undang2 hudud dng satu pembetukan jawatankuasa hudud yg bebas dng satu wakil dari pas, umno, dap dan pkr serta parti2 dari sabah Sarawak.

    Buktikan hukum Allah adalah adil untuk semua.

    Kalau itupun tak mampu - umno untuk apakah sebenarnya? Betul le kot kalau org kata umno untuk kumpul Harta?

    ReplyDelete
  23. PANEH MIANG, takkan la ko nak najib ckp dlm tv...ok lepas nie kita tindas cina.... Kan huru hara negara..tp dia dah hint smlm dlm tv kepada org2 cina ckp la tu...nak wat camna...mmgborg cina zahirnya begitu.... Apa yg kjaan perlu buat skrg ialah...penstrukturan semula komposisi kaum di kawasan bandar...salah satunya..byk kan PR1MA di kaw bandar...dan beri kpd org2 melayu...1. Org akan suka dpt umah murah dan terima kasih pd kjaan. 2. Meningkatkan bil pengundi kaum melayu..
    Dr bjb...

    ReplyDelete
  24. Sian den..kjaan n9 jd kjaan kampung...

    ReplyDelete
  25. sbg pengundi dun paroi dan juga parlimen rombau den tak ponah ngundi BN sojak dr mula blh ngundi, tetapi kali ni den tolah berpakat dgn kwn2 sokalah yg blk mengundi pd pru13 utk ngundi BN, apo sobab ehh? yg pertamo faktor mat hassan yg disenangi oleh rakyat walaupun dibonci oleh org umno den peduli apo dgn org umno suko mat hasan ko tdk yg ponting nogori den maju dbwh mat hasan keputusan eh dun paroi tolah monang kek BN dan KJ tlh menambahkan majoriti.. kalau ikut kan hati ni mmg monyampah boto ngan org umno ni perangai tak ubah2..lain kali lom tontu lai..

    ReplyDelete
  26. Apolah bangang ulasan kau....mcm pandai...tp kau tak baco apo yang cina nak? Cino nak kuaso...ado ko pemimpin umno nk bg? Kalau ado pun sorang yo...nuar....

    ReplyDelete
  27. Saya syorkan Kerajaan buat kajian teliti tentang perlaksanaan hukum hudud. Dulu kita takut nak buat hukum hudud kerana nak jaga pengundi cina. Tapi tengoklah dalam nak jaga hati mereka, dia orang tetap tak sokong BN. So apa lagi kita nak jaga. Baik kita umat Islam implement hukum hudud. Insyaallah semua orang Islam akan sokong termasuklah orang2 PAS.

    ReplyDelete
  28. Bonci dongar Najib dan KJ cakap nak kena teruskan dasar liberal, saksama pada org Cina. Dah kena tikam belakang pun nak bagi muka lagi.

    Bonci dengar KJ cakap kat TV3 tadi mesti bagi jugak org Cina jadi menteri wpun MCA sendiri dah tak nak jawatan tu.


    KJ kalau terror sangat pegilah bertanding kat Seputeh lawan Teresa Kok baru hilang cock ekau.

    KJ menang kat Rembau pun pakai duit. 2-3 hari sebelum mengundi KHJ bawa berguni duit turun rembau. Sedara mara aku kek rembau sendiri mengaku. Ada yg dapat sampai 1 k duit dari guni KJ tu. Dasar bacul, nak menang pun pakai duit.

    Sebab melayu mcm KJ ni lah Cina naik tocang. Najib ekau kalau liberal-liberal lagi, eden sumpah ekau jadi cinabeng!

    ReplyDelete
  29. Malays, if we want to be a superior race.. We need to change our mindset because 'special right' won't work if we don't take charge of our own destiny. We cant simply demand for special right just because we are entitled for it. Within the past 55 years, there have been so much special rights given to us the malays. But after 55 years, we are still inferior to chinese economically. 80% of the rakyat still earn below rm3000 household income per mth and malays are the majority. Are we saying that we need another 55 years to be competent and to be able to take charge of our own destiny?

    ReplyDelete
  30. Bagi la breakdown BN tu .. Nak compare apple to apple ngan components of PKR. Call a spade, a spade!?

    ReplyDelete
  31. Paneh miang ni dan nak ugut lagi........tak cukup dapat duit masa PRU 13 lalu....bloger macam kamu nilah yang menyebabkan UMNO kalah kerana asyik nak fikir cadangan haprak .......bodoh dan bangang...semua orang salah ...kamu siapa....

    ReplyDelete
  32. YB Dato Hj Ismail Lasim ADUN Senaling Menteri Besar N.Sembilan yang baru, angkat Sumpah Petang ini.

    ReplyDelete
  33. tengok dulu adik ekau si Nazir tu, bukan main tatang cino kat CIMB, habeh melayu terlopeh ke topi

    ReplyDelete
  34. 4.20 pm kau agak cimb tu jua kopi ko bai, jua kopi boleh lah ngan mamak topi jalan bangang tapi nak bercakap

    ReplyDelete
  35. kalau mengikut pola pengundi baru'muda utk pru 14,andaikata mengikut ragam dan suasana politik pru 13,susah nak kata brapa jumlah kerusi parlimen BN yg akan susut.Sesungguhnya BN dapat merelisasikan pendidikan percuma,kenderaan murah dll mengikut tuntutan pengundi zaman skrg,,masaalah, tempohnya amat pendek hanya 5 tahun dan di ambil kira suasana ekonomi dunia semasa.BN Kena ada usaha serampang 16 mata utk memenangi hati pengundi di pru 14 dan memenangi 2/3 mejoriti di samping dapat menangan dlmi usaha menentang fitnah,manipulasi data,fakta dan angka.Mimpi ngeri pru 14

    ReplyDelete
  36. jadi pembangkang mmg senang,auta sana sini,pusing fakta,data dn angka,membuat fitnah,janji macam2,tol free,pendidikan percuuma,kurangkn cukai dll,sampailah melanggar prinsip agama islam dan perlembagaan negara semata2 utk meraih undi.Bila menang jdi kerajaan,tak boleh nak buat semua janji di atas sebab halangan konsesi ats nama projek swasta dn pusingn modal yg agak terhad utk mentakbir krjaan,maka krjaan baru akan menyalahkn pemimpin2 yg sgt berjasa membangunkn ngra ats sbb mengamalkn dasar kronisme,rundingn terus,perjanjian berat sebelah dll.Secara realitinya peranan pehak swasta amat besar dlm memajukan ngra.Semuanya adalah proses biasa utk mencuci tangan dn menyalahkan pehak lain,hnya utk menduduki kerusi yg sgt selesa.Dari sudut lain pula,penguasaan ekonomi dn kuasa akan berada di tangan ehem2 lantas org melayu akan merempat di negara sendiri.

    ReplyDelete
  37. Suasana sudah bertukar ler bang di alaf tahun baru 2014...

    ReplyDelete

Blog Archive