Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Sunday, May 19, 2013

Melayu 7 Kotak

Pasca PRU-13: Ke mana Melayu selepas ini...

Oleh Zaini Hassan

RAMAI yang ternanti-nanti apa yang akan saya tulis mengenai sikap orang Cina hasil keputusan PRU-13, Ahad lepas. Oleh kerana semua orang sudah tahu warna kulit sebenar orang Cina Malaysia, maka saya enggan mengulas mengenai mereka.

Saya telah membuat ramalan sejak beberapa tahun lalu mengenai sikap mereka. Orang Cina Malaysia: Apa lagi yang anda mahu (28 April 2010), kini telah bertukar menjadi: Anda mahu kesemuanya?

Saya mengakui orang Cina cukup bijak. Mereka adalah bangsa yang cerdik dan pintar. Perlu diingat, darah yang mengalir dalam tubuh mereka adalah darah ketamadunan 5,000 tahun bangsa itu. Hakikatnya mereka merasakan mereka boleh hidup tanpa orang Melayu di bumi Malaysia ini.

Kehidupan mereka adalah wang, sekolah Cina, bahasa Cina dan budaya Cina. Itu sudah cukup bagi orang Cina Malaysia. Yang lain-lain tidak penting.

Saya tidak mahu bercakap mengenai orang Cina Singapura, kerana pemikiran Cina di Singapura tidak setaraf orang Cina Malaysia.

Di Singapura mereka tidak ekstrem kepada pendidikan kecinaan, kerana dasar kerajaan Cina Singapura sendiri yang tegas dan enggan melayan permintaan bangsa mereka sendiri di situ. Lee Kuan Yew ternyata berjaya apabila menyingkirkan legasi pemikiran kolot Cina Tanah Melayu ke dalam sistem awal pemerintahan Republik Singapura.

Di Malaysia, malangnya pemikiran itu berterusan sehingga ke hari ini. Pemimpin terdahulu Malaysia tidak setegas Kuan Yew. Pemimpin Melayu terlalu apologetik, tak apalah.

Sepanjang yang kita maklum, orang Melayulah yang sepatutnya terasa hati apabila pentadbiran Najib selama empat tahun ini, menggunakan pelbagai pendekatan ‘jaga hati’ kepada orang Cina.

Oleh kerana itulah corak pemikiran dan sikap mereka yang tidak cukup-cukup, maka saya tidak berminat mahu membincangkan mengenai soal Cina dan kecinaan dalam minggu ini.

Tinggalkan mereka. Lagipun, mereka telah memilih untuk menyisihkan diri mereka sendiri, akibat termakan tipu daya DAP yang mengatakan Malaysia kali ini adalah milik mereka.

Akibatnya, hari ini saya mendengar ada antara tokoh-tokoh Cina merungut, kemungkinan akan hilang perwakilan mereka dalam kerajaan kerana dengan izin Allah Taala sekali lagi memperkenankan kerajaan Malaysia (terus) diterajui oleh orang Melayu.

Sekarang saya mahu bercakap mengenai bangsa saya. Bangsa saya yang tidak putus-putus saya leterkan sejak saya mula menulis kolum ini empat tahun lalu. Saya tidak akan putus asa untuk bercakap mengenai bangsa itu sehinggalah hayat dikandung badan.

Selagi saya hidup, selagi itu saya akan bercakap mengenai bangsa saya, orang Melayu, walaupun ada yang akan menuduh saya sebagai assabiyah, rasis dan ultra.

Saya amat kasihan melihat orang Melayu. Satu bangsa yang cukup layu dari segi pemikiran mereka. Satu bangsa yang cukup beremosi dari segi perasaan mereka. Satu bangsa yang cukup merendah diri dari segi pergaulan mereka. Satu bangsa yang cukup apologetik (satu istilah yang cukup popular sekarang ini) terhadap orang lain.

Bangsa Melayu yang cukup pemalas dari segi berusaha (itu bukan saya cakap tetapi orang yang mula menjajah Tanah Melayu ini dahulu). Bangsa yang tak kaya-kaya, walaupun segala macam diberikan kepada mereka hasil Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Satu bangsa yang tidak peduli apa pun yang akan berlaku kepada tanah air sendiri walaupun terpaksa akhirnya merempat.

Itulah Melayu. Melayu yang telah berpecah kepada tujuh golongan.

Selama ini orang Melayu Bumiputera di Tanah Melayu Malaysia ini, terutamanya orang UMNO mendabik dada mengatakan bangsa Melayulah bangsa majoriti negara ini. Mereka bangga dengan ungkapan itu. Dalam buku-buku sekolah, fakta itulah yang dicanangkan.

Tapi benarkah? Benarkah orang Melayu majoriti? Saya sudah menulis beberapa kali mengenai perkara ini, tetapi saya masih mahu mengulanginya. Bagi saya tidak salah untuk mengulanginya sehinggalah orang Melayu sendiri bosan mahu mendengarnya.

Atas kertas pun orang Melayu hanya kira-kira 67 peratus sahaja. Kita bukannya 70 peratus atau lebih 80 peratus seperti Cina di Singapura. Apa besarnya 67 peratus itu? Daripada 67 peratus itu Melayu berpecah kepada tujuh golongan, yang tidur sebantal mimpi lain-lain.

Melayu UMNO dan Melayu Pas adalah satu-satunya fraksi atau pecahan sejak zaman pasca merdeka. Pada peringkat itu hubungan mereka tidaklah sekejam dan sekasar sekarang.

Kini Pas terlalu bermusuh dengan UMNO sehinggakan UMNO dianggap bukan Islam. UMNO pula semasa gergasi, tidak pandang pun Pas. Pas hanya mahu dibawa berunding atas nama perpaduan ummah ketika UMNO tersepit, itu kata oranglah.

Pas dalam era Nik Aziz menganggap golongan mereka bukan Melayu, mereka hanya Islam.

Sekitar era awal 1990-an timbul pula duri dalam daging Melayu, maka lahirlah PKR yang cukup ekstrem tetapi hanya berjuang untuk menyelamatkan maruah seorang insan bernama Anwar bin Ibrahim. Melayu telah pecah tiga.

PKR yang pada mulanya tidak mempunyai falsafah perjuangan yang jelas kini semakin kuat. Ia hidup atas semangat populis.

PKR hidup di atas suara lantang Anwar Ibrahim. Malam ini dikhabarkan Anwar mahu membuat perhimpunan besar-besaran, sekali lagi saya beranggapan dia mahu menyelamatkan tengkoknya sendiri.
PRU-13 ini Anwar kalah, buat kesekian kalinya. Jika dia kalah, maka kes liwatnya akan terus dibicarakan. Dia amat takut dengan perkembangan itu. Itu sahaja perjuangannya.

Kini ada orang Melayu pun sudah memasuki DAP, satu parti yang kecenderungannya cukup jelas kepada perkauman. Namun orang Melayu tidak kisah itu semua, asal gelora hatinya terubat. Saya kenal dengan beberapa orang Melayu yang berada dalamnya. “Aku marah kepada UMNO, aku masuk DAP".

Melayu Liberal, melahirkan Melayu yang tidak peduli. Yang menerima pelakuan seks bebas dan sejenis. Mereka ini kononnya berakalkan Barat bebas yang ada antaranya tidak percayakan ketuhanan, apa lagi kebangsaan.

Melayu Atas Pagar yang gagal membuat keputusan dan ada antara keputusan mereka berdasarkan emosi sosial media mutakhir.

Akhir sekali ialah Melayu NGO yang tumbuh bagaikan cendawan di kala wujudnya kelemahan dalam UMNO. Golongan ini biasanya mempunyai mindset yang tersendiri, yang kadang kala tidak jelas sama ada ia bergerak seiring dengan aliran perdana atau untuk kepentingan sendiri.

Terkini, kecelaruan orang Melayu semakin menjadi-jadi apabila wujud pula kumpulan yang bukan-bukan dalam masyarakat itu. Fahaman Syiah kini dikatakan berkembang, begitu juga Wahabi, begitu juga Al-Arqam dalam bentuk yang samar-samar dan begitu juga dalam aliran-aliran lain yang menyisihkan terus diri mereka daripada arus perdana induk kemelayuan itu.

Jadi, tidak hairanlah apabila 25 peratus Cina bersatu, maka ia boleh membentuk satu gelombang yang menakutkan orang Melayu. Najib Tun Razak menyaksikan di depan matanya sendiri bagaimana tsunami Cina ini melanda politik Malaysia dalam PRU-13.

Jadi apa penyelesaiannya? Kita bukan mahu menghukum orang Cina, kerana mereka bijak dan cerdik dalam membuat percaturan politik untuk kepentingan bangsa mereka sendiri. Kita tahu mereka kiasu, pentingkan diri sendiri, tamak. Itu adalah ciri-ciri mereka. Dan ia tidak salah.

Masalahnya ialah kita sendiri, orang Melayu. Tanpa pertolongan Allah SWT saya percaya tsunami Cina itu akan menjahanamkan keseluruhan sistem Melayu di negara ini.

Alhamdulillah orang Melayu di Malaysia ini masih dilindungi oleh Yang Maha Esa. Kita harus percaya itu. Orang Pas dan Anwar harus redha dengan ketentuan Illahi itu.

Bukan tembok batu yang menyekat kemaraan tsunami Cina itu, tetapi hasil pertolongan Allah, divine intervension kepada umat-Nya di bumi bertuah ini.

Tetapi sampai bila Allah mahu melindungi umatnya yang lemah ini. Selagi mereka tidak berusaha mengubah diri mereka sendiri, maka Allah tidak akan mengubah nasib mereka. PRU-14 sekiranya mereka masih alpa begini, tunggulah akibatnya. PRU-13 adalah peringatan yang cukup bernilai.

Wahai umat Melayu, ayuh bersatulah. Marilah kita membentuk Malaysia Baru. UMNO Baru. Pas Baru. Melayu Baru.

Ingatlah, Najib mengangkat sumpah sebagai PM kelmarin adalah hasil daripada undi mutlak orang Melayu, orang Melayu dan Pribumi Sabah dan Sarawak yang masih rasional. Bantulah mereka. Angkatlah mereka. Sokonglah mereka. Jangan jauhkan hati mereka. Jangan gundah-gulanakan hati mereka.

Tugas utama Najib, timbalannya Muhyiddin Yassin atau Ustaz Hadi Awang, Ustaz Haron Din, Ustaz Harun Taib atau Ismail Mina atau Dr. Hasan Ali dan sesiapa sahaja yang lain adalah untuk menyatupadukan semula orang Melayu.

Melayu selama ini telah ditipu dan terus ditipu oleh orang lain. Wahai bangsaku sekalian, tahukah anda bahawa istilah “Ini kali lahhh..." adalah loghat slanga Cina! Tetapi ia dibawa dengan megahnya, dengan bersemangatnya oleh orang Melayu, anak-anak Melayu dan muslimah-muslimah Melayu.
Cukuplah. Melayu tidak rela ditipu lagi, disuap lagi. Cukuplah. - Utusan.

***Pak Sedaro tak jadi nak tulis subjek ini kerana Zaini Hassan, UM dah coretkan.***

7 comments:

  1. Kenapa kita jadi apologetic? Ada cara x nak hilangkan rasa apologetik itu?
    Adakah rasa apologetik datang dari rasa kasihan terhadap 'masaalah' kaum lain?

    ReplyDelete
  2. "Saya tidak mahu bercakap mengenai orang Cina Singapura, kerana pemikiran Cina di Singapura tidak setaraf orang Cina Malaysia.

    Di Singapura mereka tidak ekstrem kepada pendidikan kecinaan, kerana dasar kerajaan Cina Singapura sendiri yang tegas dan enggan melayan permintaan bangsa mereka sendiri di situ. Lee Kuan Yew ternyata berjaya apabila menyingkirkan legasi pemikiran kolot Cina Tanah Melayu ke dalam sistem awal pemerintahan Republik Singapura."

    Saya nak komen sikit kenyataan ini. Cina di Singapura tidak ekstrim menentang LKY kerana puncak kepimpinan di Singapura di pegang oleh bangsa sejenis mereka. Soal pendidikan Cina dll tak menjadi isu sangat selagi kepimpinan di tangan Cina. Ini berbeza dengan Malaysia. Raja-raja Melayu dan UMNO yang menjadi teras pemerintahan memang tidak disenangi oleh mereka.Tuntutan untuk pendidikan Cina dibuat hanya kerana ingin mengasak kedaulatan Melayu sahaja. Buktinya kenapa sebahagian besar dari mereka lebih mengutamakan pendidikan Inggeris?

    ReplyDelete
  3. Sekiranya komposisi kaum yang menjadi persoalan, sebuah negara jiran yang tidak pernah hilang ketuanan Melayunya, juga mempunyai komposisi yang hampir sama dengan Malaysia. Namun mereka tidak mengorbankan hak Melayu sesuka hati, dan kerakyatan juga sangat sukar diperolehi. Pemilikan harta oleh bukan warganegara tidak dibenarkan. Bangsa Cina setiap tahun mengulang ikrar taat setia kepada Raja Melayu. Secara simboliknya, ia mengingatkan siapa tuan di bumi Melayu tersebut.

    Sedangkan kita, sudah terlalu jauh untuk berpatah balik, semenjak pengorbanan pemberian warganegara ketika mencapai kemerdekaan, pengorbanan demi pengorbanan, dan tanpa kita sedari kita sedang menuju kehancuran bangsa yang tragis, angkara pemikiran pemimpin Melayu yang berasa malu dan segan silu untuk mempertahankan hak bangsanya sendiri - walau bangsanya sendirilah yang telah membantu mengekalkan kekuasaannya, dengan izin Yang Maha Berkuasa.

    ReplyDelete

  4. Melayu hari ini lembah berpecah dek kerana kegagalan UMNO..

    Pemimpin UMNO yang diamanahkan mengemudi bangsa Melayu menjadi perasuah, perogol, penzina, penggadai, perompak hak orang Melayu..

    Siapa yang menggadaikan tanah gunung genting highland, bukit tinggi, pulau perhentian dan ratusan ribu ekar tanah2 rizab Melayu jika tidak pemimpin UMNO?

    Siapa yang menggadai 52 bilion saham orang Melayu kepada orang Cina dan asing kalau tidak pemimpin UMNO?

    Siapa yang menukar pembelajaran sains dan matematik di sekolah ke bahasa inggeris, jika tidak pemimpin UMNO?

    Siapa yang mengurangkan jumlah kerusi Melayu di Parlimen semasa proses persempadanan semula pilihanraya 2003, jika tidak pemimpin UMNO?

    Siapa yang merampas hak royalti minyak di trengganu dan di kelantan, yang majoritinya Melayu, jika tidak pemimpin UMNO?

    ReplyDelete
  5. Kenapa seruan perpaduan sentiasa dikaitkan dgn penyatuan Pas dan Umno. Jahat betul media dan kaki spin isu perpaduan ini yg terdiri daripada pecacai2 politik semata2. Apakah perpaduan itu bermakna pas dan umno bersatu? Memang betul apa yg mantan PM sebut half past six kebanyakkan pemimpin yg ada. Kenapa umno takut sgt utk jadikan Islam sbg asas perbincangan dan penyatuan bukan kpd parti yg boleh hilang bila bila masa.

    ReplyDelete
  6. Kenapa Melayu dianggap pemalas? Cuba lihat blogger Johanramli61...

    ReplyDelete
  7. Apa yg nikmat sangat di atas penyatuan umat islam melayu nie.Tolong huraikan secara holistik berkaitan geografi politik negara,keamanan negara yg berpanjangan,ekonomi islam,perlembagaan negara yg melindungi hak raja dan hak islam melayu serta dewan ulamak ,perundangan syariah dll.Cuba gambarkan dlm bentuk animasi ttg ekonomi sosial dlm konsep syariah yg di jamin khdpn di dunia dan di akhirat.Kuasa membeli,kuasa ekonomi dr perniagaan kecil sehingga ke tokoh koperat dn sebagainya, dlm sudut makna penyatuan yg lebih menyeluruh.Kita kena ada impian dan gambaran khdpan kaum islam melayu di masa hadapan, utk berganding bahu dgn bangsa lain, dlm apa jua situasi yg menggangu gugat keamanan dan ekonomi ngra.Kita kena tunjuk dan buktikan ekonomi islam adalah penyelamat kepada ketidaktentuan sistem ekonomi kovensional.Negara kita sudah ada bnyak pengalaman dr sudut politik dan ekonomi selama ini ,terutama di era Tun Dr Mahadhtir Mohammad.Kita ada sejarah dan perlu di ambil pengajarannya utk penyatuan umat islam melayu dan bangsa2 lain.Kita kena hormat hak2 bangsa lain yg termaktub di dalam perlembagaan ngra.

    ReplyDelete

Blog Archive