Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Tuesday, May 14, 2013

Ini bukan artikel RACIST

1. Tidak adillah kalau nak kata semua Cina racist. Sahabat Cina kami yang sama belajar di Sekolah Kebangsaan, yang fasih bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan, yang selalu pakai baju kurung hari Jumaat, yang hormat dengan agama Islam sebagai agama Persekutuan, serta faham akan batas serta hak Melayu/Bumiputera dan kaum-kaum lain etc. tak sepatutnyalah digelar racist.

2. Walaupun hanya 10.8% atau 565,672 undi Cina telah memihak kepada Barisan Nasional di PRU-13 berbanding jumlah pengundi Cina berdaftar di Malaysia yang mencecah 3.87 juta; sekaligus membuktikan bahawa lebih 3 juta undi Cina telah memihak kepada Komplot Pembangkang di PRU-13; maka takdelah "racist sangat Cina ni"...kan?

3. Tambahan pula jumlah 565,672 undi Cina kepada Barisan Nasional adalah kurang separuh berbanding 1.3 juta ahli berdaftar parti MCA. Maknanya ahli MCA sendiri pun tak sokong BN...pun takdelah racist juga kan?..kan?

4. Lagipun, mungkin lebih 3 juta pengundi Cina yang mengundi Komplot Pembangkang di PRU-13 hanyalah Cina yang tak fasih berbahasa Melayu, malah ada yang langsung tak tahu cakap bahasa Melayu, pastu nak cover tak tau cakap Melayu...dibantainya cakap English; yang belajar di sekolah berjenis-jenis, yang 99% kehidupan hariannya hanya bergaul dengan kaum sespesis, yang menghina Islam, yang suruh perlahankan azan, yang padam semua tulisan jawi di signboard jalan, yang nak masukkan kalimah Allah dalam Al-Kitab (bukan bible bahasa Indonesia seperti di Sabah/Sarawak), yang memperjuangkan hak sama rata semua kaum (adil bukan bermaksud sama rata), yang menyokong pluralisme agama dan LGBT, yang halau Melayu balik kampong, yang mengamalkan nepotism dalam parti, CEO Flight bangang yang tak nak beli slot iklan dalam Utusan etc; pun masih tak racist juga Cina ni kan?..kan?..kan?

5. Sungguhpun berjuta undi Cina telah memihak kepada Komplot Pembangkang di PRU-13, namun kami kurang setuju apabila pemimpin BN mengatakannya sebagai 'Chinese Tsunami', tetapi lebih sesuai rasanya dikatakan sebagai 'Urban Tsunami'.

6. Kami ambil contoh di Negeri Sembilan, kebanyakan peti undi yang BN kalah, atau nyaris kalah (undi sedikit) adalah di kawasan yang ramai pengundi luar, iaitu pengundi yang menetap atau bekerja di bandar (urban) seperti di Kuala Lumpur, Selangor, Perak dan Penang. Malah antara negeri yang BN menang tipis atau kalah seperti Kedah, Terengganu, Perak dan Kelantan juga memiliki jumlah pengundi luar (urban) yang ramai.

7. Harap selepas ini BN akan buat analisa terperinci di setiap peti undi terutama di kawasan yang BN menang tipis atau kalah di PRU-13.


8. Komplot Pembangkang kini sedang menghangatkan isu Undi Popular vs Undi Electoral sepertimana gambarajah di atas yang banyak dikongsi dalam laman MukaBuku. Malah isu Undi Popular ini dijadikan modal oleh Komplot Pembangkang untuk meng'halal'kan mereka berdemonstrasi 505. Tapi kami taklah berminat nak ulas perbezaan antara Undi Popular dan Undi Electoral sebab dah ramai yang ulas pasal tu. Cuma sengaja juak pembangkang ni buat-buat dungu tak faham sebab nak jadikannya isu bagi menarik simpati rakyat Amerika dan Israel.

9. Kalau masih tak tahu mengapa Malaysia mengiktiraf Undi Electoral berbanding Undi Popular, bolehlah rujuk sana, atau sini, atau nak lebih ringkas dan padat lagi di sinun.

10. Kami hanya ingin fokus pada sisi kecil yang kurang di'highlight' oleh gambarajah di atas, tetapi 'jarum'nya telah disuntik sekian lama secara halus ke dalam minda rakyat Malaysia, terutama kepada generasi muda Pribumi;


11. Jika anda perasan, kebanyakan kempen DAP sejak PRU-10 pada 1999 ialah "Membahagikan kerusi parlimen dengan lebih sama-rata", dan "Satu Orang, Satu Undi, Satu Nilai". Malah DAP juga kerap mengeluarkan kenyataan mengenai persempadanan semula kawasan pilihanraya berteraskan prinsip "satu orang, satu undi, satu nilai", serta menubuhkan jawatankuasa bagi tujuan itu. Boleh rujuk kenyataan DAP di sini dan di sinun.

12. Persoalannya, adakah orang Melayu/Pribumi terutama generasi muda faham makna tersirat dalam kempen DAP "Satu Orang, Satu Undi, Satu Nilai"?

13. Bagi memudahkan penerangan, kami ambil contoh Negeri Sembilan. Kawasan Parlimen di Negeri Sembilan yang memiliki jumlah daftar pemilih paling kecil ialah Parlimen Jelebu dengan daftar pemilih seramai 44,937 orang; manakala kawasan parlimen dengan jumlah daftar pemilih tertinggi di Negeri Sembilan ialah Parlimen Seremban dengan 102,305 jumlah daftar pemilih.

14. Apa yang dimaksudkan dengan kempen "Satu Orang, Satu Undi, Satu Nilai" ialah DAP memperjuangkan komposisi daftar pemilih yang sama antara semua kawasan parlimen. 

15. Mengambil Parlimen Jelebu dan Parlimen Seremban sebagai contoh, jika jumlah pemilih berdaftar di Jelebu ialah 44,937, maka jumlah pemilih berdaftar di Parlimen Seremban mestilah juga dalam lingkungan 45,000 supaya kelihatan lebih adil. Dan bagi menyamakan jumlah daftar pemilih ini, maka sudah tentulah Parlimen Seremban perlu dipecahkan (dibuat persempadanan semula) dengan pecahan 102,305 ÷ 44,937 dan hasilnya Parlimen Seremban akan dapat sekurang-kurangnya 2 kawasan parlimen (102,305 ÷ 44,937 = 2 parlimen baru).

16. Ambil satu lagi contoh di Parlimen Kapar dengan jumlah daftar pemilih tertinggi di Selangor iaitu seramai 144,159 orang berbanding Parlimen Sabak Bernam yang memiliki senarai daftar pemilih terendah di Selangor dengan jumlah 37,318 orang. Dan berdasarkan kempen "Satu Orang, Satu Undi, Satu Nilai" DAP,  sudah tentulah Parlimen Kapar perlu dibuat persempadanan semula bagi menyamakannya dengan jumlah daftar pemilih terendah di Parlimen Sabak Bernam dan sekaligus bakal mewujudkan 3 parlimen baru di Kapar (144,159 ÷ 37,318 = 3 parlimen baru).

17. Inilah niat sebenar DAP iaitu mewujudkan lebih banyak kawasan parlimen Cina melalui kempen bawah sedar "Satu Orang, Satu Undi, Satu Nilai" kepada rakyat Malaysia.

18. DAP sebenarnya tak peduli pun dengan kempen Undi Popular kerana mereka tahu jika Undi Popular diterima pakai SPR, maka sampai bila-bila pun Cina tidak akan berpeluang memerintah Malaysia kerana bangsa Melayu lebih ramai. Cuma yang kecoh pasal Undi Popular hanya Anwar Ibrahim serta Melayu yang menyokong King LGBT itu saja.

19. DAP hanya mahu menambah jumlah Undi Electoral kerana dengan cara itulah mereka mampu mewujudkan lebih banyak kawasan majoriti Cina.

20. Rasanya ramai maklum bahawa kawasan bandar (urban) kebanyakannya di'kuasai' oleh kaum Cina, dan undi yang BN banyak kalah ialah di kawasan bandar. Majoriti kaum Cina memang mahu PR menang besar, dan kalau boleh mestilah lebih 2/3 kerana dengan cara itu sajalah mereka akan dapat gubal perlembagaan untuk buat pesempadanan semula kawasan pilihanraya urban bagi mewujudkan lebih banyak kawasan majoriti Cina.

21. Jika sebelum ini ada yang berkata konon Cina tak boleh buat apalah, hak Melayu dah termaktub dalam perlembagaan lah, Islam tidak akan tergugatlah, Raja Melayu benteng terakhirlah, TETAPI itu semua tidak akan memberi sebarang makna jika PR berjaya mendapat mandat majoriti lebih 2/3 kerusi parlimen, sekaligus memberi ruang kepada DAP untuk menambah bilangan kawasan majoriti Cina melalui persempadanan semula kawasan parlimen urban.

22. Harus diingat bahawa kawasan majorti Melayu terutama di kawasan luar bandar hanya memiliki kapasiti penduduk yang rendah berbanding kawasan urban majoriti Cina yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi. Dan harus diingat juga masih berjuta orang Melayu yang kurang kesedaran untuk daftar pemilih.

23. Berdasarkan perkiraan kami, jika DAP berjaya dalam misinya membuat persempadanan semula di 45 kawasan urban yang kini dikuasai Cina, pasti akan wujud penambahan lebih 150 kawasan parlimen majoriti Cina yang baru. Malah kawasan majoriti Melayu/Bumiputera Islam yang kini 151, hanya akan bertambah tidak lebih 30 kawasan majoriti Melayu/Bumiputera jika dibuat persempadanan semula kawasan pilihanraya.

24. Seandainya malapetaka ini terjadi, maka jumlah kerusi parlimen majoriti Cina pasti akan lebih banyak berbanding jumlah kerusi parlimen Melayu/Bumiputera. Ketika itu agaknya kaum mana yang akan mendominasi Malaysia? Adakah kita masih nak katakan mustahil Malaysia tidak akan jadi seperti Singapura?


25. Inilah yang dinamakan Chinese New Politics - Urban Tsunami. Bukan 'new politics' tajaan Saifuddin Abdullah yang sengal tu, tapi permainan politik Ultra Kiasu untuk memburu KUASA MUTLAK di Malaysia.

26. Ultra Kiasu tahu bahawa mereka berupaya menguasai Malaysia melalui DAP yang berjaya memperbodohkan Melayu dalam Pas dan Pkr. Ultra Kiasu juga sedar hanya PR saja yang berupaya merealisasikan cita-cita mereka untuk berkuasa di Malaysia. Hajat Karpal Singh untuk melihat seorang Perdana Menteri bukan Melayu pertama di Malaysia bukan sekadar omongan atau angan-angan kosong. PR hakikatnya mampu tunaikan hajat si Singh cacat tu.

27. Kami tak salahkan kaum Cina seratus peratus jika kaum itu benar berhajat menguasai Malaysia, kerana hukum alam dan sejarah telah mengajar kita, "Hanya bangsa yang bijak dan kuat akan menguasai dunia".

28. Cuma kami terkilan dengan sikap orang Melayu terutama pemimpin Melayu yang sanggup bersekongkol untuk menjayakan agenda Ultra Kiasu walaupun sedar akan ANCAMAN yang sedang melanda bangsa Melayu dan Islam ketika ini.

29. Cuba perhatikan jenis Melayu bagaimana yang sanggup diperkudakan demi menjayakan agenda Ultra Kiasu dalam klip di bawah;


30. PRU-14 = Pribumi Survival VS Chinese Deceit?!

35 comments:

  1. Ini idea bodoh ni... logik2 la... kalau tanah sekangkang kera yg berpendudukan cth 100k org nk diba dingkan dgn kwsan yg lebih luas berkali kali ganda tapi penduduk 50k org....kws yg kecil dibahagi2 lagi...maka baik buat 1 rumah 1 ahli parlimen...
    1 lagi ..kalau dh kalah ikut kerusi tu jgn pulak memandai nk kornar tang popular pulak... tak sekolah ke tak faham undang2.

    ReplyDelete
  2. Kito ikut bahaso yang sonang diingat dek fikiran kito la yo...ni maso sonang kito kato you my friend ditatang kehulu kehilir..bilo torsopit kawan jadi setan dihanyak.dikonyok-konyok sampai lumek..lupo dah maso sonang dulu..tidor setikar makan semangkuk..kau lupo tuntang sirah nabi muhamad saw...camnor dio buek kek orang kapir supayo tak bengkang cakap dio...kalau kito tak nak ikut camnor nabi buat makno eh...sendiri fikir la...khaf alif pa ya ra la samo ngan eh...

    ReplyDelete
  3. Aku rasa idea paneh ni x bodoh. Logik tu ada x kisah la kwsn jadi kecil mcm perlis pun kecil juga. Kita kena waspada dgn game cina ni kalo xnk cucu cicit kita merana. Nak kata mustahil teori paneh ni x boleh jugak sbb dulu sultan dan hulubalang melaka igt xde sapa berani jajah mereka, tp akhirnya kena jajah juga. Pusing kut celah mana pun, dgn org kafir kita kena selalu waspada.

    ReplyDelete
  4. Bagi den in theory ni tak mustahil. Cuba tgk pj utara dgn pj selatan 2 parlimen berbeza dlm daerah yg sama. Dulu di seremban memang ada ura2 nak pecahkan kpd 3 parlimen - seremban, seremban 2 dan nilai nak dijadikan 3 parlimen. Daerah tetap sama, cuma parlimen nk wujudkan 3 kawasan. Dah sah2 la itu kawasan cina. Org cina k.pilah pun dulu pernah minta pecah k.pilah jd 2 parlimen sbb nak kerusi cina kat situ. Cha nun alif ni jangan percaya sangat. Tengok la macamana kaum mereka ni bertapak di seluruh dunia. Hampir semua negara ada china town. Tak mustahil akan bertambah china country satu lagi. Jajah cara baru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena ingat walau peratus penduduk cina kat malaysia ni hanya 28% tapi jumlah daftar pemilih mereka lebih 30% dari keseluruhan daftar pemilih. Memang cina ni solid daftar sebab nak undi mereka jadi undi penentu. Orang melayu je kurang kesedaran bab daftar nak jadi pengundi ni. Berapa ramai anak muda melayu yg masih belum daftar pemilih? Berjuta rasanya.

      Delete
  5. Tu yg sedih..org melayu x faham...kata cina pn undi pas n pkr...mana ada rasis....yg lg panas tu...diaorg fhm...tapi bebuat x faham...dr bjb...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tp presiden pas...dah mula memahami...

      Delete
  6. Sambil-sambil berblog
    Jom join aku kempen beli produk orang Islam di TendangTerajang

    Bantuan untuk menambah maklumat diperlukan

    ReplyDelete
  7. Habis buat apa BN nak MCA, Gerakan, MIC dll lagi?

    Perintah Dan lobi undi sendiri PRU14 nanti.

    Harta Karun pun boleh dapat Bahamian lebih besar.

    ReplyDelete
  8. Cuba perati trend pemaju rumah cina. Developer cina ni pelan-pelan buka kawasan baru untuk kaum depa duduk supaya nak tambah besarkan kawasan cina. Kalo majoriti kwsn perumahan tu cina dah duduk mesti orang melayu tak nak dah tinggal situ. Tapi cina tak kisah pun duduk kawasan melayu sebab nak sekat melayu berkembang.

    ReplyDelete
  9. xhabis, dimana2 bolg, dimerata pendapat yg pro dan agak pro kepada BN pasti akan menjadikan Cina sebagai kambing hitam....
    Cubalah bermuhasabah diri, fikirkan kenapa pengundi cina dan bahkan sebahagian melayu pun enolak umno..
    jgn ler dok asyek yg cina rasist, yg melayu lak bodoh...
    Ingat, BN ni umpama seorg bapak atau ketua yg xada tolok bandingnya lagi...
    alih2, pecah skandal lembu sahrizat..cuba baca, apa jawapan yg BN keluarkan utk menerangkan isu ini...???????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon kau ingat cina ni peduli sangat ke pasal lembu shahrizat? Cina ni lagi bapak segala rasuah. Tak heran cina ni pasal kes rasuah. Kaji apa niat sebenar mereka.

      Delete
  10. terbaikk..Byk info..thanks

    ReplyDelete
  11. Syarat Sabah & Sarawak untuk pnubuhan Malaysia. Sabah & Sarawak akn SENTIASA dpt at least 25% kerusi.
    Jd,setiap 3 kerusi yg ditambah di Semenanjung, 1 kerusi akan ditambah di Sabah & Sarawak.
    Kalau tambah 30 kerusi d Semenanjung, 10 kerusi akan ditambah di Sabah & Sarawak

    ReplyDelete
  12. Pergilah sekolah belajar matematik. Orang cina kurang daripada orang melayu. Macam mana kalau ada satu undi sahaja dapat menang apa apa. Lagipun kapar kawasan india la

    ReplyDelete
  13. Kalau satu undi satu orang, orang cina hanya 30 peratus saje la. Takut apa? Takut dengan minoriti? Kalau dapat 30 peratus dalam peperiksaan masuknya GAGAL la. Takut bayang bayang. Takut semut.semangatla sikit.

    ReplyDelete
  14. kapar ramai india tapi bukan kawasan majoriti india sebab india tiada kawasan majoriti. peratus cina dan india hampir sama banyak di kapar tapi india masih kurang dari cina. sapa yang lebih patut pegi sekolah math agaknya?

    ReplyDelete
  15. Awak mahukan cina jadi hamba lulah,itu maksud yg tersirat,takkan

    ReplyDelete
  16. hahaha. bn pr sama saja. macam bagus. konon tak takut minoriti 30% tapi masing2 dok rayu cina mintak undi. sebab cina pandai galak anak2 cukup 21 terus daftar pemilih. anon 210 entah2 keluarga saudara sendiri pun ada yang belum daftar pemilih. sebab tu la pemimpin melayu dalam pas pkr umno pun jadi bangsat sembah cina demi undi.

    ReplyDelete
  17. apa lu olang melayu mahu gado gado. telima saja hakikat kaum wa manyak power sampai melayu mali latang melutut mau wa punya undi maaa. itu melayu boloh najib boloh anwar pun boloh. HAHAHAHAHAHAHAHA.

    ReplyDelete
  18. melayu memang boloh ma lu balu tau ka, mau celita pasal lasuah sapa kasi lasuah wa pun kasi lasuah ma nyanji wua senang ma ..... wa mukan cakap mohong ooo... sekalang lu tgok olang cakap mau boikot wa olang cina mau tengook melayu bolih mikin ka tala ma melayu boloh ma ...

    ReplyDelete
  19. hahaha cina wang mau bawak mati ma.
    hidup mau pakai wang mati pun mau wang. tu pasai mau senang ma.
    masuk kubor mau lasuah tok pekong ma.
    mau upah olang nangis, kolek kubo, hantar kubo, batu lagi mau bikin.
    tara tipu punya. lu cina idup ka mati ka pelangai sama jugak.
    ma ka hai. kahkahkah.

    ReplyDelete
  20. Betapa ceteknya pemikiran penulis blog ini? Atau dia hanya hendak memperbodohkan bangsanya sendiri?

    Inilah masalah orang Malaysia yang mana menerima apa sahaja dari orang yang dianggap "cerdik pandai" tanpa sebarang usul periksa.

    Orang Melayu tidak dijajah orang lain tetapi oleh bangsanya sendiri. UMNO dan sekutunya akan memastikan orang Melayu tidak keluar dari kepompong dengan cara meniup api perkauman dan mewujudkan rasa was-was pada kaum yang lain.

    Mereka telah wujudkan satu senario dimana orang Melayu anggap UMNO dan sekutunya sebagai pembela bangsa dan agama mereka dan tanpa UMNO mereka akan hilang segalanya.

    Hanya orang Melayu sendiri boleh mengubah nasib mereka.

    ReplyDelete
  21. kahkahkah,
    mmg benar cakap kau dik non, ada segelintir bangsa melayu dijajah pemikiran dan pegangan hidup dia oleh bangsa dia sendiri iaitu bro nuar dan parti PAS.
    Aku tgk sendiri dpn mata. Bro nuar duk guna ayat quran nak satukan bani adam kata dia, dah ke dia satukan org dlm parti dia? tapi brp ribu org yg duk percaya bila dia jual ayat quran utk kepentingan dunia dia? ada kau pikir benar salah?
    Pas menjajah pikiran dan kepercayaan pengikut dia, islam itu pas pas tu islam. betul ke? islam makpak dia punya ke?
    sampai 1 tahap kwn aku ckp PAKATAN ADALAH PEGANGAN AKU, HOW??
    pijak bumi nyata lah. kalau keje swasta kau tau lah apa erti perkauman yg diajar oleh bangsa cina. Hidup bukan hanya berkisar di alam maya.

    .

    ReplyDelete
  22. it's not about umno. bukan org heran sgt pun dgn umno.
    Tapi bila org macam anuar ada kat bumi malaysia menggangu ketenteraman hidup org lain yg mau menjalani kehidupan dgn aman damai. itu ancaman bahaya di akhir zaman. dajjal yg ditunggu2 oleh para pengikutnya. kalau kau tak caya, cuba kau tanya puluhan ribu org kat stadium klana jaya hari tu, sapa yg mereka tunggu? apa perasaan mereka? dah ke mereka siasat dgn betul siapa dia? knapa terus percaya? adakah mereka di sihir? sampai masa kebenaran pasti nyata, yg batil takkan berulang.

    ReplyDelete
  23. Bagus Paneh! Saya akan sebarkan link blog kamu ini kepada semua dalam mailing list saya, bagi dia orang tengok betapa benci sebenarnya orang Melayu anti-PR ni (termasuk yang komen-komen di bawah ni) terhadap orang Cina (bukan Cina China, tapi Cina Malaysia lagi tu!)
    Rupa-rupanya pandangan dan kefahaman macam inilah yang berleluasa di sebalik 1Malaysia Perdana Menteri kita. Memang sakit hati orang Malaysia berbangsa Cina yang sedang menulis ni. Pernahkah awak terfikir bahawa ada juga rakyat berbilang kaum, terutamanya generasi baru seperti saya, yang tak mahu perpecahan seperti ini berlaku?
    Dan kepada 'Anonymous' yang berselindung di sebalik bahasa yang sengaja ditulis seperti pertuturan berloghat Cina, terlalu jelaslah engkau ni memang sengaja nak memburukkan keadaan antara bangsa Melayu dan bangsa Cina dengan isi tulisan mu. Tak payahlah tulis begitu, dah ramai orang Cina Malaysia yang pandai menggunakan bahasa Melayu dengan betul.

    ReplyDelete
  24. Saya adalah anak Melayu. Tanggal 13 Mei 1969 memanglah menjadi titik sejarah hitam Negara kita. Itu adalah 44 tahun yang lalu. Tanpa kemudahan media massa dan media sosial waktu itu, kita semua (tidak kira Melayu, China, India dll) mudah sahaja terpengaruh dan termakan dengan macam2 dakyah dan hasutan api permusuhan dan perkauman. Namun, lama-kelamaan, semua bangsa, setelah didedahkan dengan hakikat sejarah dan kenyataan semasa, dapat menerima keadaan seadanya dan dapat hidup dengan aman damai. Kita patut bangga sebagai sebuah Negara dengan begitu banyak latar belakang etnik dapat hidup dengan suasana harmonis, sentosa dan saling bertolak ansur. Tapi keadaan ini hanya dapat bertahan setiap 5 tahun sekali sahaja. Apabila tiba pilihanraya, maka akan bertiup dan bernyala kembalilah api-api yang sebelum ini hanyalah bara yang hampir padam. Siapakah peniup-peniup api ini? Mereka ini adalah orang-orang yg berkuasa dlm politik yang ingin mempertahankan kuasa politik mereka. Apa saja cara adalah halal bagi mereka asal kedudukan mereka SELAMAT! Bakal baik atau buruk untuk bangsa dan Negara, itu belakang kira. Bagi rakyat jelata yang tidak pentingkan kedudukan SELAMAT ini, mcm che gu, petani, penoreh, nelayan, peniaga dan pekerja, jarang kita dengar mereka memulakan tiupan api sentimen perkauman atau racisma ini. Tiupan api ini mudah bersemarak apabila rakyat tidak berpeluang mendapat gambaran atau penjelasan sebenar di sebalik sentimen berkenaan. Kasihanlah rakyat luar bandar yang hanya bersandar maklumat kepada media utama seperti akhbar, siaran radio atau tv yang ada kalanya kurang tepat dan kerapkalinya berat sebelah. Mereka umpama rumput kering yang mudah lembik jika dijirus air dan mudah terbakar bila terpercik api.
    Semua pihak hendaklah bertanggungjawab ke atas ketenteraman dan keselamatan Negara kita yg dicintai ini. Hentikan api-api permusuhan dan perkauman dan marlah kita bersatu padu. Kita semua adalah makhluk Allah, tidak kira apa warna kulit, bangsa dan agama, kita adalah dari keturunan Nabi Adam a.s. Fiman Allah:"...dan kami jadikan kamu berpuak-puak, bersuku-suku supaya kamu saling berkenalan dan saling berkasih sayang ...". Saya sangat setujulah agar 13-5-69 sebagai titik hitam itu kita lupakan dan jadikan titik nokhtah permusuhan. Marilah kita jadikan 13-5-13 sebagai titik putih dan titik permulaan perpaduan dan kasih sayang kita semua rakyat Malaysia ...
    POLITIK ASABBIYAH DAN PERKAUMAN SUDAH TIDAK RELEVAN LAGI DALAM DUNIA MODEN, DUNIA BERTAMADUN, DUNIA BERTEKNOLOGI, DUNIA CYBER, DUNIA GLOBALISASI DAN “DUNIA MENUJU AKHIRAT” INI.

    ReplyDelete
  25. Kita kenalah terima hakikat bahawa Negara Malaysia ini berbilang bangsa, dah tak boleh ubah dah. Dengan itu kita kenalah cari jalan perpaduan & keharmonian, bukannya persengketaan dan perkauman sebab ianya akan berakhir dengan kemusnahan dan kehancuran. Siapa yang perkauman, BN atau PR? Susah nak buat judgement sebab masing2 ada hujah dan bukti tersendiri. Apa kata kita buat rujukan kepada fakta hitam putih yang ada.
    BN majoritinya adalah terdiri dari:
    1. UMNO - United MALAY National Organisation, untuk MELAYU.
    2. MCA - Malaysian CHINESE Asociation, untuk orang CHINA.
    3. MIC - Malaysian INDIAN Congress, untuk orang INDIA.
    Manakala,
    PR majoritinya adalah terdiri dari:
    1. PKR - Parti Keadilan Rakyat, untuk rakyat.
    2. PAS - Parti Islam Semalaysia, untuk orang Islam.
    3. DAP - Democratic Action Party, tidak khusus untuk mana-mana etnik.

    Siapa perkauman, anda tengok dan nilai sendiri ...

    ReplyDelete
  26. Memang Allah suruh kita kenal. kenal apa? kenal diri dulu, kenal bangsa untuk apa? supaya kenal bukan semua bangsa boleh buat kwn,TAPI BUKAN PULAK CARI MUSUH. Ada sebahagian mereka yg memusuhi kamu secara terang dan sembunyi. Dia nak kita waspada hati2. kdg2 musuh tak dtg guna jet, keta kebal dia guna teknoloji tinggi internet, fb, blog, hantar email utk melemahkan kedudukan dan pecah belahkan hati kamu. Jadi Persiapkanlah diri kamu utk menghadapi ancaman yg zahir n ghaib. pikir.
    Politik assabiyah ni politik kaum/puak. Contohnya puak dia lebih mulia, alim, warak, tawadduk, beriman lebih dari yg lain. sedangkan yg lain dikeji, umpat caci. Akulah yg paling islam. Syurga neraka dipolitikkan.
    Bila masa makpak dia ada syurga?
    Duk citer pasal islam, quran, tapi perbuatan sebaliknya. Nak merintah dunia. Islam dah lama berkuasa.
    Cuba tanya diri kita mana tempat dlm dunia takde islam?
    kita skarang blaja tinggi, teknoloji tinggi tapi belum tentu ada ilmu tinggi.
    Kalau nak balik akhirat, kena cari ilmu akhirat. jgn guna ilmu akhirat utk cari kesenangan dunia.

    ReplyDelete
  27. PR majoritinya adalah terdiri dari:
    1. PKR - Parti Keadilan Rakyat, untuk rakyat.
    2. PAS - Parti Islam Semalaysia, untuk orang Islam.
    3. DAP - Democratic Action Party, tidak khusus untuk mana-mana etnik???
    yo ko tak khusus utk mana2 etnik?
    jangan mungak bonar red bean.

    ReplyDelete
  28. Lor ... tak baco berito ko? Calon-calon DAP yg monang PRU13 baru2 ni:
    Zairil Khir Johari Parlimen Bukit Bendera P Pinang, Mohd Ariff Sabri Abd Aziz Parlimen Raub, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji DUN Mentakab Pahang. Yg kalah pun ramai juga ... tapi realitinyo, ado bukti DAP tidak khusus untuk mano-mano kaum ... Apo-apo nak cakap pun biarlah beserto hujah dan bukti, jangan kerano ikut perasaan dan dondam kosumat di hati ajo ....

    ReplyDelete
  29. mari kita fikir dalam2 ttg sejarah.
    knapa dulu british tak tangkap/bunuh chin peng sedangkan mrk boleh buat demikian, bahkan chin peng ada seorg ajen british utk bersama dgn dia.
    Knapa british bunuh mat indera sedangkan ada beratus lagi komunis cina bersama dgn dia?
    knapa komunis ada rejimen 10?
    utk mengguna org melayu berjuang bersama mrk.
    knapa komunis bunuh org kampung?di mana mereka letak senjata?knp tak serah kat kerajaan? apa yg mrk mahu? adakah begitu mudah membodohkan org?
    jgn berdendam, cuma belajar dari sejarah silam. mungkin ada sebahagian boleh menerima helah tipudaya, namun sebahagian sentiasa bersedia.
    Put your friends close, enemy closer. Ask kit siang why he put anwar close to him?

    ReplyDelete
  30. Asalaamualaikum wrmt wbrkt. That was some 50 year ago. At that time all the non-Malays are still considered as immigrants (legal) brought in by the British. The Chinese ran away to the jungle and became terrorist because they were hunted and killed by the Japanese. But when we seek for independence from the British, Tunku had agreed to recognize those immigrant as citizen in return. Like it or not, we have to accept and admit these people to be part of our society, the Malaysian. We cannot change ‘the history’ but we can make history a lesson to us. Since Allah has fixed “it” to be the way, what we need to do is to do the best we can in order to live in peace and harmony in this multiracial and multi religious nation. Do we need to create battle or war if we have lots of other choices. The real fact is that we have to accept all the non-Malays to be our brothers and sisters and in the mean time think and find ways to improve and upgrade the socioeconomic standard of the Malays not just finding others fault to justify our failure. Think and plan wise and clever measures to indoctrinate and to rebuild the new young Malays and not just to blame the Chinese. We cannot just say “Chinese go back to China” because it is against the Constitution. Quarrels is not a solution for what UMNO is facing right now. The current practice is just like pouring oil to put of fire. Let us reunite and build ‘our beloved country’ to be one of the most respectful nation in the world. InsyaAllah ….

    ReplyDelete
  31. tak dinafikan hak utk hidup bersama, sudah diikat janji setia, jgn dilanggar. masing2 ada bahagiannya. kebebasan bersuara tiada batasnya, jgn dilanggar hukum beragama. kelak tak tahu apa akibatnya. kena blajar dalam2 isi maksudnya kisah org yg lalu. kdg2 tak tertulis di buku.
    Dua2 belah pihak harus berpikir. cuma yg pasti yg berniat jahat pasti tersingkir. bermula perbuatan dgn niatnya. tgk sendiri apa berlaku dpn mata. pilihanraya sudah berlalu, tp hasutan masih diseru. berkumpul berhimpun berbuat kacau, kehidupan yg lain tidak dihirau. kdg2 minyak yg dicurah tu byk pada air liur pemimpin pembangkang. man2 sudahlah.
    walaupun sudah 50 tahun berlalu sejarah selalu mengajar kita, samada utk menjadi yg lebih baik, buat perkara yg sama, atau menghancurkan lagi, pikirkanlah?
    buka mata dan pikir luas2 utk menilai. tak dilalui org yg kemudian, melainkan apa yg dilalui org yg terdahulu.
    kalau nak hidup aman damai kurangkan propaganda dan menghasut. jgn tuduh org lain bukan2 sedangkan diri sendiri pun tak pasti ke mana. kdg2 org duk benci pada yahudi, tapi tak sedar fahaman mereka telah disokongi.
    KAMI TAK PERNAH BENCI KAUM CINA. CUMA KAMI KENA HATI2 DGN FAHAMAN DAN GERAKAN KOMUNIS MODEN.
    bersatulah penduduk tanah melayu.
    jgn lupa tanya kit siang, sapa bagi idea nama MALAY SIA pada Tun Razak dulu? sementara dia idup tu. Apa maksudnya? knapa doa org yg tak baik? tapi nak ajak bersatu.
    pikir lagi dalam2. tapi jgn racist ok.

    ReplyDelete
  32. pada pemerintah ada pesanan,
    rakyat di bawah jgn lupakan,
    tolong menolong sesama kita,
    bukan semua senang hidupnya.

    tapi kalau dah pakai iphone 4 ckp susah jugak tak tau lah.

    bayar zakat sudah ditunaikan,
    sampai masa tlg agihkan,
    jgn pula buat simpanan,
    bukan pulak buat perniagaan.

    agihkan pada mana yg perlu,
    jgn pula memilih bulu,
    semoga zakat membawa berkat,
    mudah2an rakyat hidup selamat.

    jgn dibakar Quran sesuka hati,
    nanti hilang bahasa sendiri,
    anak cucu tercari cari,
    apa dia kebenaran yg pasti.

    Quran tetap jadi pedoman,
    kitab hadis kena kurangkan,
    dunia ini hanyalah jalan,
    akhirat pasti tempat tujuan.

    India dan Cina janganlah gusar,
    org melayu baik dan sabar,
    hormat menghormati sesama kita,
    berbuat baik amalan mulia.

    kedai cina selalu di pergi,
    tanda tidak menyombong diri,
    namun jgn ambil kesempatan,
    kalau benar dikata kawan.

    org melayu tinggi budinya,
    selalu menjaga tutur dan kata,
    tidak bermusuh tak tentu hala,
    sekadar mempertahankan agama tercinta.




    ReplyDelete

Blog Archive