Sudah sampai masa untuk Najib digulingkan wahai Tun?
Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.
Recently Popular Posts
- Just an amusing observation..
- Najib & Ahmad Maslan sila pantau KP BTN
- Muhyiddin Sudah Bikin Paneh..
- Tok Mad dah nengok ko bolum video nih...
- Jangan sampai UJUB dah lah..
- Altantuya: PM jawab FITNAH
- Ceghito paneh tang Tampin..
- Dalam banyak gambar KL112, ini paling kelakar...HAHAHA!
- Apa bezanya?
- One happy big family
Saturday, July 12, 2014
Friday, July 11, 2014
Kesian Kak Mah..
"Saya tidur 4 jam sehari dalam bulan puasa"
Mengakui umurnya semakin meningkat dan berasa letih, isteri perdana menteri Rosmah Mansor mengakui beliau hanya tidur selama empat jam sehari dalam bulan Ramadan demi kepentingan rakyat serta negara.
Sehubungan itu, presiden Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri (BAKTI) itu menepis cakap-cakap umum bahawa menjadi isteri seorang pemimpin akan berdepan dengan kesenangan.
"Saya telah pernah pun datang ke bahagian Cheras ini tiap-tiap tahun selama enam tahun."
"Saya tak jemu-jemu datang ke majlis ini. Tapi walaupun tak jemu sebab umur dah meningkat enam tahun lagi, rasa letihlah jugak."
"Jadi bulan puasa ini, saya cakap terang-terang, saya tidur pun tak cukup. Saya hanya tidur empat jam satu hari. Jadi itulah, bukan senang untuk menjadi isteri seorang pemimpin."
"Kita terpaksa berkorban demi untuk rakyat serta negara. Jadi siapa-siapa kata, jadi isteri pemimpin negara senang, saya cakap hari ini tak senang," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan dalam majlis menyampaikan bantuan hari raya anjuran Yayasan Pendidikan Cheras di Jalan Peel. - MKini.
*********
Baguslah tu Kak Mah. Umat Islam yang tawadduk tidurnya lagi singkat daripada tu. Kalau setakat 4 jam Kak Mah dapat tidur sehari tu kira alhamdulillah.
Tapi Kak Mah kena hati-hati, sebab bila tak cukup tidur ni memang akan rasa takde mood, penat dan senang nak marah-marah. Kurang tidur juga akan beri kesan kepada ingatan, kehidupan seks, kesihatan, rupa paras dan lain-lain.
Berikut antara 10 kesan yang mungkin berlaku pada seseorang yang kurang tidur berdasarkan laman WebMD.
1. Kemalangan
Kemalangan jalan raya paling kerap berlaku di musim perayaan terutamanya apabila pemandu tidak cukup tidur kerana memandu jauh atau terlalu lama terperangkap dalam kesesakan trafik. Kajian juga membuktikan pekerja yang kurang tidur atau tidak mendapat tidur yang berkualiti antara faktor utama berlakunya kemalangan di tempat kerja.
Tapi disebabkan Kak Mah tidak memandu sendiri dan ramai pula orang yang melakukan kerja untuk Kak Mah, jadi Kak Mah tak perlu risau akan terlibat dalam kemalangan.
2. Jadi Semakin Bodoh
Tidur memainkan peranan penting dalam proses pemikiran dan pembelajaran manusia. Bila kurang tidur kita sukar nak beri perhatian, tidak peka kepada keadaan sekeliling dan menjadi kurang fokus. Semasa tidur, kitaran tidur yang sempurna akan membolehkan otak mengumpul dan menyimpan memori manusia. Tetapi jika kurang tidur, kitaran ini akan terganggu dan berkemungkinan kita tidak akan dapat mengingati apa yang kita belajar atau alami di siang hari.
Tapi kami pasti Kak Mah tak bodoh...jangan risau!!
3. Kebarangkalian untuk menghidap penyakit kronik berikut adalah tinggi;
Heart disease / Sakit Jantung
Heart attack / Serangan Jantung
Heart failure / Kegagalan fungsi jantung
Irregular heartbeat / Denyutan jantung tidak menentu
High blood pressure / Darah Tinggi
Stroke
Diabetes
Rasanya Kak Mah tiada penyakit-penyakit yang disebut tu kan..kan??
4. Mengendurkan Nafsu Seks
Pakar mengatakan lelaki dan wanita yang kurang tidur didapati kurang bernafsu atau tidak berminat terhadap seks. Antara puncanya disebabkan kurang tenaga, mengantuk, dan tertekan. Kajian lain pula mendapati ketidakpuasan seks antara penyebab utama berlakunya kecurangan.
Err...bab ni segan pulak nak tanya Kak Mah...
5. Kemurungan
America Sleep Poll pada 2005 mendapati seseorang yang mengalami kemurungan (depression or anxiety) dilaporkan tidur kurang dari 6 jam sehari.
Tapi rasanya Kak Mah tak pernah rasa murung. Kalau murung jugak boleh la Kak Mah bawak-bawak bertadarus selain karaoke.
6. Nampak Lebih Tua
Seseorang yang kurang tidur biasanya akan kelihatan pucat dan ada kesan 'panda ayes'. Tapi jika kurang tidur yang berterusan akan menyebabkan kulit menjadi kusam dan lebam di bawah mata (eye bag). Bila kurang tidur, badan akan mengeluarkan lebih banyak stress hormones kortisol. Kortisol yang berlebihan boleh menyebabkan berlakunya 'break down skin collagen'.
Rasanya Kak Mah tak perlu risau sebab ramai kata Kak Mah nampak muda sentiasa dan mata Kak Mah pun tak macam Xing Xing dan Liang Liang walaupun kurang tidur.
7. Pelupa
Bab pelupa ni kalau melibatkan perkara-perkara kecil takpe lagi. Tapi risau juga kalau terlupa tutup suis, terlupa tutup gas masak, terlupa tutup paip air, terlupa gear kereta tak neutral lagi etc. yang semuanya boleh membahayakan kesihatan dan nyawa.
Jangan pulak Kak Mah buat-buat lupa apa yang Kak Mah dah buat ya!!
8. Bertambah Berat Badan
Kurang tidur akan menyebabkan kita lebih cepat lapar dan bertambah selera makan. Mereka yang tidur kurang daripada 6 jam sehari adalah 30% lebih besar kemungkinan untuk menjadi gemuk.
Patutlah berat badan Kak Mah tak berubah! Hmmm...
9. Meningkatkan Risiko Kematian
Kajian Whitehall II pada 2007, mendapati pekerja yang tidur kurang daripada 5 jam sehari akan mengalami risiko 2 kali ganda kematian disebabkan pelbagai penyakit. Kurang tidur juga adalah punca berlakunya risiko kematian disebabkan penyakit kardiovaskular.
InsyaAllah Kak Mah akan panjang umur dan berpeluang main badminton lagi lepas ni...
10. Merosakkan Pertimbangan
Kurang tidur akan memberi kesan bagaimana kita menganalisa sesuatu perkara. Ia akan menyebabkan kita membuat keputusan kurang bijak.
Risau juga kalau Kak Mah sering terbuat keputusan kurang bijak macam suaminya, kerana yang jadi mangsa pastilah rakyat jelata.
P/S: Errr...agak-agak Wan Azizah tidur berapa jam sehari?
Labels:
Najib/Rosmah
Thursday, July 10, 2014
Nasihat PERCUMA Mahathir kepada Najib
Tak perlu dibayar berbillion ringgit macam KonSetan, tak perlu PunahSehat seperti PEMANDU atau MKPN, Dr Mahathir masih mampu memberikan preskripsi ekonomi secara percuma sebagaimana yang diterbitkan Malay Mail di sini. Terjemahannya seperti di bawah. Jom layan...
*********
Dr Mahathir menyatakan kebimbangannya mengenai Malaysia yang dirasakan perlu menghapuskan karenah birokrasi serta pemberian wang (BR1M etc.) dalam satu temu bual dengan Malay Mail.
Beliau membandingkan keunikan Malaysia dalam sektor perindustrian yang pernah membekalkan tenaga kerja murah berbanding negara Asia lain, tetapi beliau turut menegaskan sudah tiba masanya Malaysia menimbangkan semula beberapa dasarnya.
Ketika disoal dasar ekonomi mana yang perlu diutamakan, Dr Mahathir menegaskan, "Karenah birokrasi, mengkaji semula polisi pertanian dan menghentikan penghijrahan keluar tenaga pakar". Dr Mahathir turut membayangkan bahawa pemberian wang (percuma) oleh kerajaan sebagai satu bentuk penafian ekonomi.
Beliau berpendapat, rakyat Malaysia tidak perlu bergantung kepada bantuan wang, dan beliau "tidak menyokong keputusan memberikan wang percuma kepada rakyat" selain menekankan bahawa "karenah birokrasi boleh menyebabkan berlakunya kelewatan dalam pelbagai urusan".
"Saya tidak percaya dengan keputusan memberikan wang kepada rakyat. Hakikatnya rakyat Malaysia mampu meneruskan kehidupan kerana mereka memiliki bakat. Bukannya dengan cara memberi wang yang tidak pun menyumbang kepada ekonomi. Seharusnya rakyat Malaysia dilatih dalam bidang-bidang tertentu,” tegas Dr Mahathir.
Inilah perkara yang perlu diperbetulkan kembali di Malaysia agar negara mampu pergi lebih jauh dalam usahanya untuk bersaing.
Menurut Dr Mahathir, Malaysia sebenarnya mendahului dalam sektor perindustrian yang turut mendapat pengiktirafan dunia berbanding seluruh rantau ini.
Walaupun Singapura turut mengukuhkan kedudukannya dalam membangunkan industri teknologi maklumat kerana faktor geografinya, namun Malaysia telah melangkah jauh berbanding negara yang lebih besar di Asean.
Bermula Januari hingga April tahun ini, indeks pengeluaran perindustrian Malaysia telah berkembang sebanyak 4.6 peratus berbanding tempoh masa sama pada tahun sebelumnya.
Perkembangan tersebut turut disumbangkan melalui kenaikan semua indeks, termasuk sektor pembuatan 6.2 peratus, perlombongan 0.7 peratus dan tenaga 4.2 peratus.
Projek-projek yang diluluskan mengikut sektor industri utama di Malaysia dari Januari hingga Mac 2014 adalah produk kimia dan bahan kimia (RM6.6 bilion), produk elektronik dan elektrik (RM4.4 bilion), produk logam asas (RM2 bilion), pengilangan makanan (RM738 juta), kelengkapan pengangkutan (RM705 juta), produk getah (RM553 juta) dan produk petroleum (termasuk petrokimia) (RM455 juta), sekaligus membuktikan kepentingan sektor perindustrian dalam ekonomi negara.
Malaysia dalam persaingan dengan Asean telah berubah daripada industri yang berorientasikan tenaga buruh kepada pengeluaran industri berketepatan tinggi yang canggih, kata Dr Mahathir.
"Kita sudahpun menjadi negara industri jika nak dibadingkan dengan Vietnam dan Kemboja yang kini digelar 'harimau muda' di rantau ini, tetapi mereka masih bergantung kepada tenaga buruh murah dan proses pemasangan yang mudah. Negara tersebut tidak melakukan rekacipta mahupun R & D," kata Dr Mahathir.
Selari dengan penyertaan Malaysia dalam industri berteknologi tinggi, Dr Mahathir berpendapat bahawa negara ini berupaya mencipta produk yang berkualiti serta gred teknologi yang lebih tinggi bagi menjamin rakyat Malaysia memperolehi pendapatan yang lebih tinggi.
Berdasarkan perspektif Dr Mahathir, walaupun kerajaan telah cuba pelbagai cara untuk mengekalkan rakyatnya yang memiliki kemahiran tinggi dalam bidang-bidang tertentu untuk berkhidmat dalam negara, namun mereka tetap mencari peluang gaji yang lebih tinggi di luar negara.
Beliau bukan bercakap mengenai tenaga kerja asas industri, tetapi rakyat Malaysia yang memiliki kepakaran kebanyakannya lebih tertarik dengan prospek pekerjaan dengan upah tinggi yang ditawarkan di negara-negara lain.
"Kita perlu hentikan kehilangan tenaga pakar untuk Asean dan negara lain," katanya.
Dr Mahathir turut menyatakan kebimbangannya mengenai kecenderungan kerajaan sekarang yang mengejar populariti melalui pelaksanaan polisi-polisi popular.
Salah satu daripada polisi tersebut ialah menggalakkan rakyat memiliki produk murah yang berkualiti, tapi pada masa sama memberi tekanan kepada pihak berkuasa bagi meningkatkan import.
Dr Mahathir mencadangkan sebagai pengganti kepada import besar-besaran, pihak berkuasa sepatutnya menggalakkan pengeluaran produk syarikat tempatan yang pastinya akan menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.
Dr Mahathir berpendapat matlamat ini mampu dicapai melalui latihan dan polisi yang betul sekaligus berupaya membangunkan industri; bukan setakat pelaburan dalam pembinaan bangunan, tetapi juga kepakaran yang diperolehi daripada sektor pembinaan itu sendiri.
Dr Mahathir juga tidak bersetuju dengan dasar kerajaan hari ini yang membenarkan pelaburan asing terlibat dalam sektor perumahan kerana ia tidak membawa apa-apa manfaat kepada negara yang menyebabkan berlakunya pengaliran wang tanpa kawalan. (Nota: Pemaju Hartanah Elit dari China (antaranya Vanke Group) telah berjaya memperolehi tanah seluas 200 hektar tepi laut yang semuanya berhadapan Selat Johor dan menghadap Singapura dengan nilai pelaburan berjumlah RM50 bilion).
Dr Mahathir turut mencadangkan agar Malaysia meningkatkan industri tempatan ke tahap yang lebih tinggi. "Sesetengah orang mungkin mengatakan saya cuba untuk bawa kembali dasar lama, tetapi hakikatnya ia masih relevan dan mampu memberi peluang pekerjaan kepada pakar-pakar kita," katanya.
Namun Dr Mahathir turut memaklumkan bahawa Malaysia perlu berhati-hati agar tidak kehilangan peluang pelaburan terutama dalam sektor berteknologi tinggi.
Walau bagaimanapun, beliau menegaskan kerajaan perlu menilai kembali dasar pertanian negara. "Sungguhpun negara kita telah berubah daripada pertanian ke negara industri, kita perlu sedar bahawa pertanian merupakan satu industri yang sangat penting serta boleh membantu meningkatkan rantaian bekalan makanan tempatan," katanya.
Labels:
Ekonomi
Subscribe to:
Posts (Atom)
