Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Wednesday, January 26, 2011

Dana Belia 1Malaysia kayakan KRONI?

CSR 1 MDB antaranya mewujudkan Dana Belia 1Malaysia dengan poket bernilai RM20 juta. Apakah dicongak bahawa RM1 mewakili 20 juta rakyat? Atau ufti 0.001% daripada dana 1 MDB iaitu RM20 billion?

Difahamkan kini hampir 100 permohonan secara online memasuki kamar lembaga penilai kelulusan Dana ini. Nampaknya banyak daripada kelompok kaum imigran yang minta, apakah Dana Belia 1 Malaysia yang berlatarbelakang perpaduan ialah "penyamaran untuk halalkan kebajikan kaum-kaum lain di Malaysia"?

Siapakah lembaga penilai kelulusan Dana ini? Apakah mereka mengurus pena-pena Perkara 153 dalam urusan kelulusan ini?

1. Berapa banyak permohonan daripada Gerakan Belia 4B Malaysia? Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia "MAYC"? ABIM? PKPIM? GPMS? Persekutuan Pengakap Malaysia? Kelab Rakan Muda? Pertubuhan Belia berkiblat UMNO atau PAS?

2. Berapa banyak insan anak Melayu yang memohon sebagai individu, yang akhirnya gerenti diluluskan permohonannya?

3. Berapa banyak NGO Melayu seperti Persatuan Belia Khairah Pekan atau Ampangan yang memohon dan diluluskan?

Apakah mesej tersirat dalam soal Dana Belia 1Malaysia? Melihat kepada konsep dan infrastruktur perolehan dana ini, ia menjurus kepada kalangan anak-anak belia bandar dan moden. Apakah persatuan belia kampung kendong yang buat projek ternakan lembu dengan penglibatan anak Cina dan Keling boleh dijamin mendapat dana ini?

Melihat kepada kaedah permohonan, ternyata sulit untuk mereka yang masih buta ilmu penyediaan kertas kerja projek komersil. Bahagian Pembangunan Kepimpinan KBS kena buat satu kursus khas untuk pemimpin belia, jika mahu lebih ramai belia dan persatuan belia dapat faedah daripada Dana Belia 1Malaysia.

Datin Amir Rafigah khasnya sudah tidak boleh nyenyak dalam kelentongan sebahagian pegawai KBS yang mabuk dengan dongengan. Kemahiran Ustaz Farid perlu dipergunakan sepenuhnya kerana dia lebih kritikal.

Semoga ada yang baca soal ini dan segera ambil perhatian, khasnya Feriz Omar, Pegawai Khas Belia, YAB TPM.

1 comment:

  1. Bahasa anda "Keling" sudah menunjukkan ketidakpekaan anda dan betapa tak berilmunya anda berhujah

    ReplyDelete

Blog Archive