Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Monday, June 2, 2008

45% BIASISWA?????

Dalam perjalanan ke Melaka terdengar berita di radio Era berkaitan pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri tentang pengumuman kenaikan pemberian biasiswa JPA kepada bukan Melayu dan bumiputra dari 10 % kepada 45%. Mungkin ini berita yang menggembirakan hati bagi yang akan menikmatinya, bagaimanapun sudah tentu akan mengecewakan dan meluluhkan hati bagi yang mereka yang kian terhakis haknya. Terdetik dihati ini tatkala keistimewaan orang Melayu semakin diancam dengan pelbagai tuntutan oleh sebilangan mereka yang mencemburui perkara tersebut, ada pula Pak Menteri melayu yang kononnya memperjuangkan hak istimewa orang Melayu dan ketuanan Melayu itu sendiri dengan tanpa rasa bersalah mencanangkan penambahan peratusan pemberian biasiswa JPA kepada bukan bumiputra.

Teringat pula kata-kata sahabat saya, seorang peguam Melayu yang mengatakan bahawa pemberian biasiswa JPA adalah antara keistimewaan orang Melayu yang telah dijamin dibawah Perlembagaan Persekutuan :

1. Perkara 153 (2) perlembagaan persekutuan yang menyatakan : "Walau apapun yang terkandung dalam Perlembagaan ini,tetapi tertakluk kepada peruntukan Perkara 40 dan peruntukan Perkara ini adalah Yang DiPertuan Agong hendaklah menjalankan tugas-tugasnya dibawah Perlembagaan ini dan di bawah undang-undang persekutuan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang perlu untuk memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputra mana-mana negeri-negeri Sabah dan Sarawak dan juga untuk menentukan perezapan bagi orang Melayu dan bumiputra mana-mana Negeri-negeri Sabah dan Sarawak suatu kadar yang patut oleh Yang DiPertuan Agong mengenai jawatan dalam perkhidmatan awam dan mengenai biasiswa,bantuan dan lain-lain keistimewaan pelajaran atau latihan seumpamanya...".

Sebelum dari ini semua orang tahu, kadar 90% biasiswa JPA direzapkan untuk orang Bumiputra dan 10% untuk bukan Bumiputra dan menurut sahabat saya lagi untuk mengubahkan kadar ini bukan boleh sewenang-wenangnya kerana ia perlu buah fikiran dan persetujuan Majlis Raja-Raja.

2. Perkara 38 (5) Perlembagaan Persekutuan pula yang menyatakan: Majlis Raja-Raja hendaklah diminta fikirannya sebelum dibuat apa-apa perubahan tentang dasar mengenai tindakan pentadbiran dibawah perkara 153 tersebut.

Persoalan yang bermain dibenak fikiranku sekarang:

1. Adakah pengumuman tersebut telah dibawa ke majlis raja-raja untuk dirujuk dan diminta fikiran mereka sebelum perkara tersebut di umumkan?

2. Bagaimana mungkin seorang Menteri yang mewakili parti yang memperjuangkan ketuanan Melayu dan orang Melayu membuat keputusan yang membelakangkan Majlis raja-raja Melayu yang secara jelasnya merugikan orang Melayu itu sendiri dan menghakis hak istimewa mereka?

3. Bagaimana pulak boleh terfikir dek Presiden Majlis Belia Malaysia, Datuk Shamsul Anuar Nasarah, seorang Melayu, boleh menyambut baik langkah JPA menaikkan kuota biasiswa kepada bukan bumiputera. Tak terfikir ke dia orang Melayu akan kehilangan dan kerugian akibat langkah ini?

4. Mengapa Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) yang sepatutnya memperjuangkan hak pelajar Melayu hanya diam membisu seribu bahasa tentang perkara ini? Adakah sebab GPMS kini dipimpin oleh seorang Mamak dan tidak lagi peka tentang hak orang Melayu dalam bidang pelajaran?

Kepada menteri tersebut dan pemimpin-pemimpin Melayu ini insaflah.... jangan kerana inginkan sokongan kita sanggup menggadai hak bangsa sendiri. Janganlah umpama kata orang tua-tua " kerana lonjak kopiah posok".

Ya Allah .... mengapa begini pemikiran pemimpin bangsaku .....

13 comments:

  1. Kenapa nak menghina kawan saya, Datuk Reezal tu lebih melayu dari che din tau

    ReplyDelete
  2. tapi betul apa yang che din cakap.. dah nama pun Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung.. takkan takde langsung "melayu" tulin yang boleh jadi presidennya, kena jugak ke mamak yang pastinya ada keturunan non-bumiputra dalam darahnya.. saya tertarik dengan artikel mengenai prinsip Jus Soli dan Jus Sanguinis tempos hari dan jelas di sini Datuk Reezal benefits from the Jus Soli's application..

    on the topic itself, saya setuju dengan pendapat che din..kerajaan paklah terlalu banyak membuat keputusan yang popular tapi kesannya jangka panjangnya, generasi melayu akan datang yang merasakan kerugian.. paklah masih tak nampak ke, macam2 dah dia ikutkan sebelum PRU12 tapi tsunami politik pula yang berlaku.. don't be a PM who makes popular but unwise decisions.. i am very concerned about the future of the malays - not to be racist but that's a fact.. and no matter what people say about Tun M, i believe he is the only ultra-malay who is brave enough to defend this country and the malays..none of our leaders now are courageous enough.. instead you see the other races now being very frank about reducing our rights as bumiputra.. inilah dia kesan apabila pemimpin itu lemah.. you dont see all this political chaos in the papers everyday during Tun M's days..whether it's because he suppressed the media or not, sometimes certain measures need to be taken to get things done properly.. as the saying goes, "you may have to be cruel in order to be kind"..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum....

    Beginilah kalau sudah menjadi part of generasi subsidi...kita akan merasakan bahawa kita "akan susah" bila sedikit daripada "keistimewaan" itu ditarik!!!!

    Jadi...marilah kita teruskan pergaduhan & pertelingkahan ini. Kita sanggah menyanggah, tuding menuding, tuduh menuduh, fitnah memfitnah.....!!!

    Ya Allah, selamatkanlah ummat Islam (Melayu + Cina + India + etc etc) di bumi bertuah ini.

    Waalahu'alam.

    ReplyDelete
  4. ano kat atas ni,

    saya rasa apabila kita membantah pengurangan hak subsidi atau pun pinjaman atau tajaan pelajaran bukan kerana kita takut susah...sebab dalam diberi keistimewaan ini pun kita masih susah...Tetapi kita bising kerana orang yang tak berhak sudah berani mencabul hak kita...

    ReplyDelete
  5. Biasiswa kan memang dah wujud dari dulu lagi.. rasanya sume tahu tentang hal tu.. Bila kata diketatkan syarat.. ramai mengeluh.. orang kata biasiswa dah dimansuhkan..

    Mana ada.. Petronas, Maybank, KPM, banyak lagi menawarkan biasiswa.. Tetapi nak dapat.. bukan mudah.. kena apply dan yang penting kita mantap dari segi akademik dan kokurikulum..

    Takkan nk bagi gitu je.. tu yang kadang2 bagi pada orang yang tak bertanggungjawab.. dah lah belajar di tanggung kerajaan lepas tu membangkang kerajaan.. Jadi ketua dalam satu2 jabatan lepas tu terus menolak dasar2 kerajaan. Tu yang rakyat selalu bising.. Bila kata jabatan tak cekap.. salahkan parti memerintah.. Kan ke Kerajaan dan parti yang memerintah itu elemen yang berbeza....

    Lagi teruk.. bagi biasiswa pada orang yang tak sepatutnya.. Dah lah habis berpuluh2 ribu.. kena plak belajar luar negara, beratus2 ribu.. lepas tu tak habis belajar.. Kan menyusahkan...

    Apa yang nazri bagitau baru2 ni memang akan dilaksanakan.. Tapi kita dah tahu ke justifikasi pemberian biasiswa tersebut kepada bukan bumiputra...

    Jangan beri pandangan yang sekadar melepaskan emosi.. sebaliknya kita kena tahu juga apa yang boleh menguntungkan bumiputra disebalik polisi tersebut. Renungkan.. Tq

    ReplyDelete
  6. penulis2 paneh miang, tak kan kita nak duduk diam aje...kita kena buat sesuatu...mana boleh biar org amik hak kita sewenang2...

    pasal biasiswa ni, saya nak tambah lagi satu golongan yang bangang, masa nak mintak dulu, kemain lagi la janji macam2...konon da habis blajar akan balik ke negara menyumbang, tapi, da la tak bayar, tak reti2 nak balik...terus kerja di luar negara...dah la ini yg melibatkan bidang2 critical seperti doktor...alasan, gaji di malaysia ni sikit...bangang tahap cucu tenuk...

    memang susah la nak cari doktor yang semacam TUN tu...da la income tak banyak masa dia mula2 jadi doktor dulu, dah tu buat keja free plak masuk ke kampung2 kasi free servis...aiseh man...susah2...yang kerajaan ni pun satu, bodoh, tak reti2 nak amik tindakan ke ke atas golongan2 yang semacam ni???

    ReplyDelete
  7. salam...

    layari
    http://anginperubahan.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. Soal nya sekarang, dimana kesedaran para pemimpin UMNO atas hak-hak istimewa Melayu yang semakin hari dicabul oleh kaum lain.. inilah yang berlaku jika kita lemah, cuma terima apa jua kehendak majoriti kononnya, tanpa fikir kesan kepada bangsa dan agama..

    http://pakubuana.blogspot.com

    ReplyDelete
  9. Menarik perkara yang di bincangkan di sini.

    Tapi bukan ke peratusan agihan biasiswa JPA iaitu Melayu/Bumi 55% dan Bukan Bumi 45% sesuatu yang adil?

    Komposisi kaum di Malaysia pun Melayu 55% dbandingkan Cina 20% India 7.5% & lain-lain kaum 17.5%.Oleh itu bukankah polisi ini mencerminkan pengagihan adil kepada semua kaum di MAlaysia ini?

    Kita perlu sedar bahawa kaum lain asyik bangga mengatakan mereka belajar dan berjaya tanpa bantuan dari Kerajaan.Mereka mengatakan mereka berjaya walaupun dengan polisi yang tidak adil kepada mereka.

    Kini bolehkah mereka kata tidak adil,sedangkan Kerajaan dah beri mereka bahagian mengikut komposisi kaum di Malaysia.Tidak adil kalau kaum hanya 20% nak bagi lebih dari 20%.Takan kaum hanya7.5% nak bagi lebih dari itu?Mungkin lepas ini mereka mahukan agihan dibuat atas dasar meritokrasi pula.Tetapi bila ini dibangkitkan kita semua akan tahu siapa yang melampaui batas-orang Melayu ke atau orang bukan Melayu.

    Kini mereka pun tak boleh dabik dada kata Kerajaan tak tolong mereka untuk berjaya.

    Saya percaya mesti ada yang tersirat di sebalik yang tersurat. Saya percaya Pak lah dan Nazri mempunyai sebab terbaik dalam mengumumkan polisi pengagihan yang baru,walaupun kita amat marah kerana risaukan hak Melayu diusik. Hak orang Melayu tidak diusik-55% cuma bonus 35% sahaja diambil untuk diberikan kepada orang yang memerlukan.

    ReplyDelete
  10. KPD ANONYMOUS

    tukarlah tabiat guna nama ni.

    Subsidi ada dimana-mana negara di dunia ini. Subsidi yang macam mana yang kita nak tolak.

    Apa salahnya. Bukannya subsidi nak jadikan kita malas, atau nak jadikan kita kaya tetapi sekadar tanggung jawab kerajaan yang telah kita dokong dan diberi amanah menjaga kebajikan rakyatnya.

    Aku lagi sakit hati jika tak ada subsidi, sebab orang-orang kecil macam aku ni akan terus hidup susah tanpa subsidi, sedangkan pak-pak menteri jadi kaya raya , hidup senang lenang berkat dokongan kita semua. mereka pun dapat sama subsidi yang kita dapat. Mereka inilah yang tak patut diberi subsidi. Dia orang cakap mudah sebab dia orang tak rasa, sebab duit dah kumpul juta-juta.

    Tentang biasiswa, semalam ada sorang orang kuat GPMS (bukan mamak) memaklumkan bahawa memang ada dalam perlembagaan tentang biasiswa JPS ni. Aku pun tak berapa sedar, sebab aku orang kampung yang selalu kena main dengan pemimpin.

    Kalau dah tertulis dalam perlembagaan tu, akur sajalah. Kan banyak biasiswa lain yang boleh diagihkan. Aku pun setuju juga kalau kaum-kaum lain diberi biasiswa sebab aku taulah mereka ni pun susah juga. Tapi mereka ni jenis yang tak suka gembar-gembur kemiskinan dia orang. Tak macam Melayu, miskin pun nak cerita satu dunia. Nilah perangai wakil rakyat melayu yang nak jadi juara tak bertempat. Bisik-bisik dah lah.

    KESIMPULANNYA

    Inilah akibatnya apabila pemimpin lemah. Semua nak dibongkar. Tak taulah sama ada nak tunjuk telus atau tak tau cara nak telus.

    Sebab tu TDM keluar UMNO sementara Pak Lah berkuasa, sebab malu nak kongsi kebodohan dan kelemahan.

    ReplyDelete
  11. kami rasa ano kedua ni keturunannya tak pernah dpt subsidi kot. kami rasa dia jadi pandai sehingga boleh surfing internet pun sebab takde subsidi agaknya. kalo dia celik sejarah maka dia akan tahu bahawa org cina dan india sudahpun disubsidi oleh british sebelum merdeka lagi. org Melayu baru nak merasa hak mereka. baru 50tahun Melayu nak dpt subsidi sedangkan kaum lain terutama cina dah dpt subsidi sejak kurun ke 19 lagi. takpun dpt subsidi drpd OCA mcm paneh cerita dlm agenda asing. tu pun bumiputra masih tak dpt sepenuhnya hak mereka sebab ada pemimpin2 bingai mcm paklah.

    ReplyDelete
  12. Apa kata kalau kite sesama melayu meng-subsidi-kan sesama kite? ini yang orang cina dan india yang berjaya buat. Rs2nye lepas 50 tahun duduk sekali, boleh la blajar sesama sendiri, ye x?

    Apa pun, Islam jawapan smua pkara.

    Dan tiada janji untuk Melayu jadi maju, bijak, gemilang, terbilang, kalau dpat subsidi. Sama mau bjaya, dia dpt la, ye x? Culture kene tukar...Berusaha terus! dan buerusaha untuk bangunkan agama, bukan untuk duit dan perut anak bini. Biar jelas matlamat.

    Sekian.

    ReplyDelete
  13. yup setuju. org2 melayu yg berjaya perlu membantu sesama bangsa utk sesama maju.

    ReplyDelete

Blog Archive