KUALA LUMPUR 19 Jun – Mesyuarat tergempar Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mencapai lima keputusan secara konsensus.
Keputusan itu yang dibacakan oleh Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ialah:
* Mengutuk kenyataan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee yang tidak berprinsip dan beretika serta bertentangan dengan semangat BN.
* Parti-parti komponen BN menghendaki kesahihan sokongan ataupun penafian ke atas kenyataan Teck Lee.
* Tindakan terhadap SAPP akan diputuskan setelah mendapat penjelasan daripada SAPP secara rasmi mengenai kenyataan Teck Lee.
* Semua ketua parti komponen BN telah diminta memastikan Ahli Parlimen BN daripada kumpulan mereka yang mewakili BN hadir sepanjang masa pada sesi Parlimen dan mereka hendaklah mengikut arahan Ketua Whip BN serta menolak usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri.
* Semua parti komponen BN menyokong kepimpinan Abdullah sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Persoalan:
1. Apa prinsip etika dan semangat BN sebenarnya? Menyokong pemimpin yang lemah atau semua tutup mulut untuk jaga periuk nasi masing2 atau sepaptutnya menyuarakan suara rakyat yang telah memilih mereka sebagai wakil di peringkat kerajaan?
2. Ahli2 Parlimen BN ni tak sedar2 diri ke yang rakyat dah hilang kepercayaan kepada mereka? Atau mereka ni sengaja nak supaya rakyat hilang kepercayaan dan terus memberi sokongan kepada pembangkang?
Ape ni Dolah??? Bukan ke ko yang promote Islam Hadhari??? Macam ni ke gerak kerja yang berlandaskan Islam Hadhari???
Fikir2fikirkanlah!!!

ade ke pemimpin malaysia yang tak diktator? gua rasa zaman TUN dulu pun sama diktator nye!!!
ReplyDeletesaya setuju masa zaman tun dulu dia banyak menyekat kebebasan media di mana media tidak terlalu bebas dalam mengkritik...tetapi jika di amati, apabila tun membuat keputusan sebegitu yang sesetengah orang menyifatkannya sebagai diktator, anda akan sedar that he was trying to avoid the greater harm between the two evils...
ReplyDeleteapa yang kita lihat, rakyat tidak boleh sewenang-wenang mempersoalkan hak2 Melayu, bukan muslim tidak boleh sewenang2 mencabar kedaulatan islam samada di peringkat pelaksanaan undang2 islam di mahkamah syariah mahupun hak2 orang islam untuk mempraktikkan agama islam...siapa yang berani untuk menghina kesucian islam masa zaman tun....
mudahnya sekatan2 yang tun buat adalah untuk melindungi bangsa dan agama....tapi masa zaman dolah, sekata2 yang dilakukan bukan untuk melindungi bangsa dan agama, tetapi untuk melindungi anak-beranak dan kroni2 dia...besar bezanya tu ano!!!!
nak buat perbandingan biar la kena jangan main sebarang2...analisa dulu fakta2...barulah kemukana hujah...kalau tak nanti nampak sangat kelemahannya....
che det pernah berkata untuk selesaikan kemelut di palestin dan iraq, mereka mesti mempunyai pemimpin yang bersifat diktator tetapi baik hati. apabila memikirkan bagaimana Malaysia mencapai kemakmuran, aku bersetuju dengan saranan che det walaupun bukan semuanya. kerana jika dibiarkan semua org bercakap, bila nak setel keja.
ReplyDeleteMemperkecilkan pemimpin sedia ada adalah satu tindakan yang tidak wajar. Pernah saya mendengar satu ceramah yang menyatakan selagi yang memimpin itu adalah beragama Islam maka adalah wajib kita mempertahankan. Cuma kalau pimpinannya telah mula melupakan tanggung jawab kepada bangsa dan agama adakah patut kita mula menentang. marilah kita fikirkan.
ReplyDelete