Perjalanan dari KL ke Seremban yang sepatutnya mengambil masa 40 minit telah bertukar menjadi hampir 3 jam. Lenguh kaki tak payah nak cakaplah. Ni semua pasal orang berebut2 nak isi minyak, macamlah esok mereka akan mati dan tak sempat lagi nak isi minyak. Ataupun macamlah minyak yang diisi masa tu boleh tahan selama setahun. Berbondong2lah kenderaan memenuhi stesen minyak. Siap bawak tong untuk stok simpanan minyak lagi tu. Di mana2 pun jalan penuh sesak. Dah tu bila dah isi minyak, terperangkap pula dalam jem. Akhirnya sampai rumah sama je kuantiti minyak yang diisi dengan kuantiti minyak dalam tangki masa nak keluar rumah sebelumnya. Alangkah kasihannya kepada mereka yang ada kecemasan dan perlu tiba ke destinasi dengan segera, tetapi terperangkap dalam kesesakan jalanraya malam ni. Bayangkan jika mangsa kemalangan tidak dapat dihantar dengan segera dan mati dalam ambulans, ibu2 yang nak bersalin pun terpaksa bersalin dalam kereta dan mereka yang sakit nak terkucil pun terpaksa menahan sehabis daya. Inilah contoh bagaimana prihatinnya rakyat Malaysia akan kepentingan diri mereka sendiri.
Aku tidak berapa percaya dengan alasan2 kurangnya bekalan minyak dunia. Aku sentiasa percaya bahawa kenaikan harga minyak global ini adalah permainan koporat. Apabila pendapatan harian/bulanan mereka merosot, maka mereka akan mencari jalan bagaimana untuk mengekalkan sekurang2nya pendapatan sedia ada, kalaupun tak bertambah. Caranya ialah dengan memastikan beban itu ditanggung oleh pengguna. Maka aku berpendapat sekarang sudah sampai masanya untuk kita menggunakan sepenuhnya kuasa pengguna.
Walaupun OPEC terdiri daripada negara2 Islam, tetapi dibelakangnya adalah tokoh2 korporat Yahudi yang banyak menguasai syarikat2 minyak di seluruh dunia. Mereka memiliki syarikat2 besar sama ada syarikat carigali minyak, pengedar minyak, kapal2 pengangkut minyak sehinggalah kepada syarikat penjual minyak seperti Exon Mobil, Shell, BP, dan sebagainya. Jadi bagaimanakah kita nak menjatuhkan geng keparat yang menentukan harga minyak di pasaran dunia ini?
Aku ingin memberi pandangan bagaimana kita boleh memberi tekanan kepada geng keparat ni. Cadangan aku ialah kita kena mula mengisi minyak dengan syarikat2 kecil seperti Petronas dan BHP misalannya. Apabila semua orang hanya mengisi minyak di syarikat2 kecil ini, maka sudah tentu pendapatan syarikat2 minyak kecil ini akan meningkat dan pendapatan syarikat2 besar seperti Mobil dan Shell akan merosot. Secara tidak langsung ia akan memberi tekanan kepada syarikat2 besar ini. Ini sudah tentu akan menimbulkan rasa panik dikalangan korporat mereka dan sudah tentu mereka akan cuba untuk kembali menyaingi syarikat2 kecil ini. Caranya ialah, mereka akan mula mempertimbangkan untuk menurunkan harga minyak global dan seterusnya harga minyak di kebanyakan negara. Tekanan daripada pengguna sudah pasti akan memberikan impak yang besar.
Cara kedua ialah mungkin kita boleh buat kecoh sepertimana yang pernah dilakukan oleh Korea Utara pada masa lalu. Pernah satu ketika apabila Korea Utara ditekan oleh Israel dan USA berkenaan senjata nuklear, Korea Utara telah berkempen agar semua negara membeli minyak menggunakan matawang EURO dan bukannya bersandar pada US Dolar. Rentetan daripada itu, Israel dan USA terpaksa mendiamkan diri berkenaan isu senjata nuklear Korea Utara. Maka harga minyak dunia pada masa itu menjadi agak stabil. Tetapi agak malang apabila negara2 lain tidak berani mengikut jejak langkah Korea Utara untuk berkempen seperti itu. Mungkin kita boleh berkempen agar negara2 dunia membeli minyak menggunakan matawang Yen; ataupun kita kena mula memikirkan semula penggunaan wang dinar bagi tujuan perdagangan antara negara2 Islam seperti yang pernah disarankan oleh Che Det sedikit masa dahulu.
Seterusnya kita juga perlu memikirkan kaedah untuk menjalinkan kerjasama yang lebih mantap dengan negara pengeluar minyak seperti Venezuella dan Iran kerana kedua2 negara ni dibenci oleh Israel dan Amerika. Lagipun Venezuella tidak menjual minyak mengikut pasaran dunia. Mungkin kita boleh buat tukaran dagangan antara sawit dan minyak mentah dengan mereka. Atau kita boleh membuat pemindahan teknologi dengan negara mereka seperti yang dilakukan negara Cuba yang menghantar pakar2 perubatan mereka ke Venezuella dan Cuba memperoleh timbal balas pulangan minyak dari Venezuella. Ataupun sudah sampai masanya kita membina lebih banyak loji penapis minyak kita sendiri dan tidak perlu lagi mengimport minyak yang banyak untuk kegunaan dalam negara. Cadangan Ku Li bahawa Malaysia perlu dijadikan Hub Penapis Minyak Asia Tenggara mungkin boleh diberi perhatian.
Tapi aku juga tertanya2 apa sudah jadi dengan cadangan Shahrir Samad yang akan menumpukan subsidi kepada jenis minyak yang menjadi keperluan banyak pengguna. Apa jadi dengan cadangan subsidi jenis minyak seperti RON 92, RON 95 dan RON 97? Tindakan kerajaan kini yang menaikkan harga minyak secara pukul rata amatlah membebankan. Mungkin subsidi kepada jenis2 minyak RON tertentu seperti yang dicadangkan sebelum ini perlu dijadikan pilihan kepada rakyat. Maka rakyat ada pilihan sama ada nak pakai minyak power tanpa subsidi dan dibayar dengan harga mahal, ataupun guna minyak biasa yang disubsidi dengan harga yang kurang. Aku rasa cadangan Shahrir Samad sebelum ini perlu dinilai semula agar tidak menjejaskan rakyat. Kita tidak perlu terikut2 dengan kaedah yang digunakan oleh negara2 lain. Bukankah pemimpin kita selalu berkata bahawa kita mentadbir negara mengikut acuan kita sendiri? Sepertimana kita menentang arus dunia semasa krisis ekonomi 1997 dimana kita telahpun membuktikan teori kita berjaya.
Mungkin ada yang merasakan cadangan aku agak mustahil untuk dilakukan. Bagi aku setiap perkara yang besar sentiasa dimulai dengan langkah yang kecil. Jika kita menjadi peneraju dan menjadi contoh, tidak mustahil negara2 lain akan mengikut jejak langkah kita. Apa yang penting mulai saat ini rakyat Malaysia kena patriotik dan hanya mengisi minyak di Petronas sahaja. Tidak mustahil jika pendapatan syarikat minyak tempatan meningkat, maka kerajaan akan mempertimbangkan subsidi yang lebih kepada rakyat.
Mungkin commentators ada cadangan lain yang mungkin kita boleh kongsi bersama di sini. Namun apa yang pasti, kepimpinan utama Malaysia hari ini perlu ditukar kerana sudah terlalu banyak menyusahkan rakyat. Wahai ahli2 UMNO, janganlah jadi orang yang 'palui'.
Note: “Never doubt that a small group of thoughtful, committed citizens can change the world. Indeed, it’s the only thing that ever has.” ~ Margaret Mead ~

Salam,
ReplyDeleteTak der masalah kalau nak consume minyak from Petronas. Takutnya, bila Petronas dah makin maju...dia pun akan jadi macam tokey tokey Yahudi tuh. Dgn keadaan yg "tak seberapa besar" ni pun dah berbilion-bilion ringgit dilaburkan pada benda-benda yg tak langsung memberi manafaat kepada rakyat!!!
Tukar jer kepimpinan negara...kita mahu pemimpin yg berjiwa rakyat...memahami masalah rakyat...menghayati penderitaan rakyat...barulah mereka ini akan melakukan sesuatu yg menguntungkan rakyat....masalahnya, masih adakah pemimpin yg semacam ini di dalam UMNO??????
kami rasa banyak yang telah petronas sumbangkan kepada rakyat. antaranya menaja ramai pelajar2 kita tanpa mengira kaum untuk belajar. itu belum lagi dilihat kepada sekolah2 tajaan petronas. ataupun universiti yang ditubuhkan serta sumbangan sama ada secara langsung atau tidak kepada rakyat yang susah tidak kira dlm atau luar negara.
ReplyDeletetapi bab tukar pemimpin tu kami setuju. paklah sudah tidak relevan, dan hanya kekal menjadi pm utk memastikan business keluarganya terjamin. tak perlu dipertikaikan. depan mata kita ia berlaku. bukan mengaut kekayaan dibelakang rakyat bak kata datuknya, tapi depan2 mata rakyat kekayaan negara dikaut keluarganya.
p/s: kami nak tanya paneh...'palui' tu apa?
Assalamualaikum,
ReplyDeleteMemang semalam kita dapat lihat bagaimana rakyat Malaysia mementingkan diri sendiri.
Hal minyak naik sebenarnya kita dah lama kena hadapi tapi Mamanda Bandahara Malaysia terlampau drastik. Kalau sebulan naik sekupang ok lagi.
Ni dengar bulan Ogos, harga akan ikut pasaran. Kalau ikut US n Singapore, alamatnya RM5.00++ la kene bayar. Kalau ikut UK RM7.00++ kene bayar.
Satu lagi, kenapa perlu ambil subsidi RM625 tu kat pejabat pos. Kan kerajaan cadangkan dulu e-government. Kerajaan kene sokong la langkah tu bukan Back to the PAS (opss silap, Past).Rasanya nak kayakan Kalimullah seterusnya KJ (dulunya Kaki Julang (asyik2 je interframe mana2, kini Kurang Jantan lepas PRU12).
Last, kita perlu isi minyak kat syarikat kecil tetapi hanya kepada Petronas dan BHP. Kenapa lupakan BHP, bukan BHP tu syarikat Malaysia (anak syarikat Bostead Holdings Bhd, corporate arm Lembaga Tabung Angkatan Tentera (off course majoriti Melayu)). Juga disamping tak perlu isi kat Shell (Projet dah tak ade, dibeli Shell), Esso/Mobil (satu kumpulan ExxonMobil) dan BP, kita kena ban juga Caltex, kerana Caltex merupakan jenama bagi Chevron Texaco, syarikat minyak kedua di US dan dunia. Nama Caltex pon gabungan dua state terbesar di US (California & Texas).
Fikir-fikirkan dan selamat beramal.
Lu Fikirlah Sendiri.
Alright.
musnahkan sahaja UMNO itu. penindas rakyat nombor satu.
ReplyDeleteaku tidak setuju untuk musnahkan UMNO..yang perlu dimusnahkan ialah PEMIMPIN no 1 dan sekutu-sekutunya...perjuangan UMNO masih relevan dan utuh untuk seluruh rakyat MALAYSIA tapi HANYA APABILA DOLAH,KJ,NAJIB dan sekutunya KELUAR...
ReplyDeleteterima kasih neo jebat. lupa plak aku pada BHP. terima kasih kerana mengingatkan. we must support our local company & local product.
ReplyDeleteKerajaan umumkan kenaikan petrol sebanyak 78 sen ke RM2.70, kenaikan melebihi 40 peratus.
ReplyDeleteSaya mungkin tersilap, tetapi ternampak kekurangan jumlah kenderaan di jalanraya hari ini. Tetapi kesannya bukanlah terhad kepada itu sahaja. Barangan pengguna, perkhidmatan dan barangan mewah akan mengalami peningkatan harga.
Kos sara hidup sudah tentu meningkat. Dilihat daripada sudut lain akan tercetus inflasi dan taraf kehidupan akan menurun.
Memanglah kenaikan harga petrol di sini jauh lebih rendah daripada di United Kingdom, mahupun Amerika Syarikat. Tetapi pendapatan per kapita kita adalah lebih kurang satu pertiga mereka. Berasas kepada kuasa membeli kita kenaikan harga adalah lebih tinggi dari UK atau Amerika Syarikat.
Kenaikan ini menyakitkan, tetapi sakitnya lebih dirasai bukan kerana kenaikan dari segi peratusan adalah lebih tinggi daripada negara-negara maju, tetapi kerana cara kenaikan tersebut dibuat.
Beberapa hari lepas Kerajaan putuskan untuk haramkan penjualan minyak kepada kenderaan milik asing. Tunggang. Sekarang kenderaan asing dibenar membeli semula. Terbalik!
Mengetahui yang ianya akan menaikkan harga minyak dalam beberapa hari dan orang asing akan dibenar membeli, kenapa Kerajaan tidak menunggu sahaja daripada keluaran arahan larangan dan kemudian benarkan semula.
Namun begitu apakah yang Kerajaan boleh lakukan untuk meringankan beban kepada rakyat hasil daripada kenaikan harga petrol.
Pertamanya, Kerajaan tidak patut mengapungkan Ringgit. Kadar apungan menyebabkan ketidak-tentuan nilai Ringgit dan kita tidak akan meraih apa-apa keuntungan daripada kekuatan Ringgit. Sudah tentu rakyat tidak menikmati peningkatan kuasa membeli walaupun terdapat peningkatan nilai Ringgit dari segi tukaran dengan Dollar Amerika.
Sebenarnya Ringgit mengalami peningkatan lebih kurang 80 sen (daripada RM3.80 ke RM3.08 pada 1 US Dollar) satu US Dollar, melebihi 20 peratus. Jika Kerajaan teruskan sistem tambatan kadar dan menaikkan nilai Ringgit pada kadar 10 peratus pada satu masa, kos import, dalam Ringgit boleh dipantau dan dikurangkan sebanyak 10 peratus. Pada kadar kenaikan 20 peratus, kos import patutnya turun 20 peratus. Tetapi kita tahu harga barangan import dan perkhidmatan tidak kurang. Ini bermakna kita bayar 20 peratus lebih tinggi untuk import termasuk bagi bahan mentah dan komponen untuk industri
Oleh sebab harga minyak disebut dalam Dollar Amerika, kenaikan harga minyak dalam Dollar sepatutnya dikurangkan sebanyak 20 pertaus dalam Ringgit Malaysia.
Tetapi Kerajaan hendak turut Tabung Kewangan Antarabangsa dan Bank Dunia dan telah putuskan untuk mengapung Ringgit. Akibatnya kekuatan Ringgit hanya meningkatkan kos export tanpa memberi sebarang keuntungan kepada rakyat menerusi kekurangan kos import.
Ini bukanlah kecerdikan selepas sesuatu itu terjadi. Saya telah beritahu seorang Menteri Kerajaan supaya Ringgit tidak diapungkan tiga tahun lalu. Memanglah saya bukan pakar dan saya hanya tahu serba sedikit tentang rejim kewangan antarabangsa.
Saya percaya umum terpaksa menerima kenaikan harga petrol. Tetapi apa yang menimbulkan kemarahan ialah jumlah kenaikan serta keadaan tergesa-gesa. Perdana Menteri sebelum ini seolah-olah mencadangkan kenaikan hanya pada bulan Ogos, tetapi ianya datang dua bulan lebih awal, sejurus selepas pengharaman penjualan kepada orang asing.
Jika kenaikan berperingkat, rakyat tidak akan terlalu terasa. Tetapi ini bermakna Kerajaan perlu terus beri subsidi walaupun tahapnya akan menurun.
Mampukah Kerajaan terus beri subsidi? Saya “penasihat” Petronas tetapi saya tahu sedikit sahaja berkenaannya dan tidak lebih daripada apa yang dilaporkan dalam akaunnya yang diumumkan. Apa yang saya tahu mungkin tidak begitu tepat tetapi cukup untuk saya membuat beberapa penilaian.
Malaysia mengeluar lebih kurang 650,000 tong minyak sehari. Kita guna 400,000 tong dan selebihnya 250,000 tong di export.
Tiga tahun lalu minyak mentah dijual pada kadar USD30 satu tong. Hari ini ianya USD130 – kenaikan sebanyak USD100. Hampir tiada peningkatan di dalam kos pengeluaran oleh itu lebihan USD100 boleh dianggap untung bersih.
250,000 tong yang dieksport sepatutnya memberi kita pulangan 250,000 x 100 x 365 x 3 = RM27,375,000,000 (Dua puluh tujuh bilion Ringgit).
Tetapi Petronas untung lebih RM70 billion, yang kesemuanya milik Kerajaan.
Kerajaan ini melimpah dengan wang.
Selain minyak, harga minyak sawit, getah dan timah juga meningkat lebih kurang 400 peratus. Keuntungan syarikat perladangan dan bank-bank juga mencecah sehingga RM3 billion tiap satu. Cukai yang dibayar juga sudah tentu mengalami peningkatan yang tinggi.
Saya percaya jika subsidi dikekalkan dan dikurangkan secara berperingkat ianya tidak akan mengekang kewangan Kerajaan.
Di dalam jangka masa terdekat cara untuk mengurangkan pembaziran dan menaikkan pendapatan mestilah diperkenal. Kita mungkin tidak dapat menetapkan gaji minima, tetapi sudah tentu kita boleh meningkatkan sedikit jumlah gaji minima.
Sebenarnya pendapatan kita tinggi berbanding sesetengah jiran kita. Pelabur yang datang ke sini tertarik bukan dengan harga buruh murah, tetapi faktor-faktor lain termasuk sikap dan pendekatan Kerajaan tehadap komuniti perniaga terutamanya pelabur.
Daripada apa yang saya dengar, sikap mesra peniaga amat berkurangan pada Kerajaan sekarang hinggakan orang Malaysia juga melabur di luar negara. Terdapat cakap-cakap berkenaan hubungan politik mempengaruhi keputusan. Secara amnya ahli politik Kerajaan dikatakan sombong.
Malaysia tidak punyai cukup tenaga kerja. Industri yang memerlukan tenaga pekerja yang ramai tidak menguntungkan Malaysia. Pekerja asing menghantar jumlah wang yang besar ke negara asal mereka.
Polisi industri mestilah bertukar agar teknologi tinggi dapat dipromosikan untuk memberi rakyat Malaysia lebihan pendapatan bagi menampung kos sara hidup yang meningkat.
Dunia sedang menghadapi kecelaruan ekonomi akibat penurunan nilai Dollar Amerika, krisis pinjaman sub-prima, kenaikan harga minyak dan bahan mentah, kekurangan makanan dan akiviti tamak “hedge funds” yang berterusan. Kemungkinan berlakunya resesi ekonomi Amerika Syarikat adalah benar. Sebenarnya Amerika Syarikat sedang mengalami kelembapan ekonomi. Ekonomi dunia akan turut ditarik turun.
Malaysia juga akan terjejas kesan daripada semua masalah ini. Saya tertanya adakah Kerajaan bersedia untuk menghadapi semua ini.
Kita tidak boleh lari daripada akibat negatif tetapi mestilah ada cara untuk mengatasinya agar beban yang terpaksa ditanggung rakyat dapat dikurangkan. Saya harap yang Kerajaan tidak akan melepaskan sahaja segala masalah ini kepada rakyat seperti ynag digambarkan cadangan untuk menilai harga minyak setiap bulan.
Posted by Dr. Mahathir Mohamad at 12:56 PM
Dengan muka selamberland, Dolah Badawi yang memang tiada kelulusan ekonomi, dan Shahrir ‘Kunci’ Samad yang memang ekonomis mengumumkan kenaikan harga BBM (Bahan Bakar Minyak) yang tertinggi dalam sejarah Malaya @ Malaysia.
ReplyDeleteKenaikan kali ini menggila, lebih gila dari gila babi, lebih gila dari gilanya Khir Toyo dan kuncunya yang menyapu tahi babi di muka sendiri bila berdemonstrasi menentang projek babi yang dia sendiri sudah setuju.
HANYA SATU PILIHAN. Naikkan harga minyak! Oppp, berikan rebet tunai. Entah apa niat rebet ini melainkan politik?? Mengapa ia tidak dibahas dahulu di Parlimen?
Petikan berita:
Kabinet hari ini meluluskan satu pakej penstrukturan semula subsidi bahan api yang turut merangkumi mekanisme untuk melindungi golongan berpendapatan rendah dan sederhana, kata perdana menteri.
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata kabinet memutuskan untuk mengambil langkah-langkah berikut, sebagai pakej permulaan program penstrukturan subsidi:
*Bayaran tunai secara langsung kepada pengguna motosikal dan kereta kecil apabila harga minyak
meningkat. Wang itu akan dibayar melalui kiriman wang.
*Tiada peningkatan harga gas memasak dan gas untuk kegunaan teksi.
* Subsidi gas untuk sektor industri penjanaan tenaga akan dikurangkan perlahan-lahan.
*Tenaga Nasional Bhd dibenarkan menaikkan tarif elektrik, kecuali di Sabah dan Sarawak.
*Cukai tambahan ke atas pengeluar tenaga independen dan pengilang minyak sawit.
Langkah-langkah yang diperkenalkan ini dijangka meningkatkan inflasi dan mengurangkan pendapatan negara kasar.
Cuba lihat contoh perkiraan ini:
Harga minyak yang naik ini bukan sekadar 10 atau 30sen, tetapi mencapai ke jumlah RM0.70 pada harga petrol. Manakala minyak diesel melonjak harga kepada 150% dari hari asal. Kegawatan ekonomi yang dahsyat dijangka akan berlaku. Kenaikan BBM ini akan menjalar dan ia adalah adalah punca kepada seluruh aspek kehidupan. Apa pun alasan kerajaan, ia bakal mempengaruhi harga barangan lain.
Kalau harga minyak naik, sudah pasti akan menaikkan harga barangan barangan dan perkhidmatan yang lain.
Ini contoh perkiraan oleh seorang blogger/pembaca radenjowo:
Dalam sehari, berapakah sumbangan kepada rakyat….RM625/365 hari, bersamaan RM1.712 sen.
Andaian sebanyak 62.5 liter untuk seminggu.
Kalau dengan harga baru, akan membelanjakan sebanyak
[62.5 liter x RM2.70]RM168.75/seminggu.
Perbezaannya adalah 168.75 - 120.00, bersamaan dengan RM48.75.
Jika RM48.75/7 hari…..jumlah tambahan yang dibelanjakan adalah RM6.96/sehari.
Itu adalah perbezaan berbanding harga lama dan baru.
Berbanding dengan jumlah 1.712 sen pemotongan harga cukai jalan tadi, masih rugi sebanyak [RM6.96 - RM1.712] RM5.248 sehari.
Ini bermakna, jumlah pemberian rebet yang diberikan oleh kerajaan , tidak setara berbanding, perbelanjaan minyak yang bakal dikeluarkan.
Bagi yang baru membaharui cukai jalan sebelum pengumuman, hak rebet terlepas!
Itu bagi yang menggunakan kenderaan 2500 cc kebawah.
Bagaimana jika anda menggunakan kenderaan melebihi 2500cc? Anda terkecuali dari mendapat sebarang rebet.
Tiada pujian untuk kerajaan BN kerana rebet-rebet yang disebutkan hanyalah gurauan haprak Dolah Badawi.
Aku lebih percaya kenaikan harga minyak ni disebabkan "spekulator" macam Goeorge the Boros Soros buat pada mata wang.
ReplyDeleteAku lebih percaya apa yang Idris Jala kata bahawa kos sebenar minyak cuma USD40 setong (kalau x silap)
Aku lebih percaya penyangak- penyagak minyak ni kumpul minyak banyak-banyak, simpan , lalu dipermainkannya macam main saham. sebab tu si Shahril bongok ni pun nak ikut sama main apung-apung.
Tak percaya tengok reserve minyak amerika, bertong-tong dalam simpanan, nak dijadikannya macam reserve emas.
Yang si PL b-h-l-l ni mudah terpedaya kenapa? tunjuklah sikit semangat nasionalisma anda.
LEPAS NI AKU TAK PEDULI.
NAK NAIK KA , NAK TURUN KA
YANG PENTING PAK LAH DAN SHAHRIL MESTI TURUN DAN TAK NAIK-NAIK
Tarif Letrik
ReplyDeleteAWAS anda yang masih menggunakan meter analog.
Tak perlu tunggu tarif naik, jika meter anda ditukar kepada jenis digital confirm bil anda akan naik mendadak. Ditambah dengan kenaikan tarif + Minyak naik = mamp-- lah kita semua.
Dalam satu dialog dengan TNB aku pernah bangkitkan tentang isu meter digital yang mencekik pengguna ni. TNB beri alasan meter analog meter lama yang kurang baik fungsinya. Yang peliknya bil letrik aku dari mula aku pasang sehingga kini kadarnya antara RM60 hingga RM80 saja. Tetapi sebaik-baik aku tukar kepada meter digital naiknya macam naik minyak semalam. Ini betul-betul perangai kapitalis. Mereka nampak untung sahaja.
AWAS
Depa nak naikkan tarif dulu tak dapat mereka tukar meter digital. Phoooh laju macam air paip.
simpan bil letrik. jika tukar daripada analog kepada digital , buat perbandingan. apa hasilnya?????
Bil aku masa analog sekitar RM60 hingga RM80 , tukar kepada digital bil melambung sekitar RM 130 hingga RM160 sebulan. Dah setahun beb aku seksa. Pada siapa aku nak mengadu? Tunggu PR13, aku nak mengadu kat kertas undi!!!!!!!
DASAR PEMERAS KERINGAT RAKYAT
REBET????
ReplyDeleteHA!!HA!!!HA!!!!!!
LAWAK BODOH SIBADUT PAK LAH DAN SHAHRIL!!
NAK TUNJUK PANDAI !!!!!
HA!!!HA!!!HA!!!!
MEMANGLAH KAU BERDUA TAK PANDAI
TUNGGU JULAI akn taulah nasib kau orang berdua!!!!!!!!!!!