Rekod menunjukkan tetamu pernah menunggu beliau selama 1 jam 40 minit untuk memulakan majlis di Seremban, NSDK. Mungkin bidalan masa itu emas tiada dalam kamus hidupnya.
Tidak pernah begitu banyak gambar seorang pemimpin negara yang tertidur dalam majlis2 rasmi di Malaysia dan Paklah telahpun mencipta rekodnya yang tersendiri.
Juga rekod dalam sejarah Malaysia apabila menantu Paklah lebih popular daripada beliau selaku Perdana Menteri. Siapa lagi kalau bukan Mr. KJ. Maka bertambahlah perbendaharaan kata yang popular seperti Bapa Mertua Khairy, Ketuanan Menantu etc.
Rekod menunjukkan minyak naik 5 kali dalam tempoh 4 tahun. Hebat betul Paklah. Harap2 Perdana Menteri selepasnya tidak memecahkan rekod tersebut.
Ni satu lagi hal yang pelik. Paklah sering berdolak dalih mengenai dirinya atau keputusan yang dibuatnya. Tup2 khabar angin itu menjadi betul dalam masa yang singkat. Antaranya menafikan akan menaikkan harga minyak, tapi naik juga. Menafikan akan bubar parlimen dalam masa terdekat tapi esoknya terus bubar parlimen. Mengatakan rakyat Johor tidak setuju pembinaan jambatan bengkok, walaupun sebenarnya rakyat dan Sultan Johor sokong jambatan itu dibina. Banyak lagilah perkara yang sering Paklah nafikan kalau kita prihatin dengan kata2nya. Inilah yang dikatakan bikin tak serupa cakap.
Aku sebenarnya tak berapa faham tujuan suruhanjaya2 ni. Seolah2 dah bertindih peranan dan bidang kuasanya dengan kementerian. Lebih baik tak payah ada kementerian. Antara suruhanjaya yang tertubuh zaman Paklah ni ialah Suruhanjaya Salahlaku Polis, Suruhanjaya Klip Video, Suruhanjaya Perlantikan Hakim, Suruhanjaya Harga Barang etc. Nampak sangat pemimpin dan kementerian di bawah pentadbiran Paklah adalah lemah sehingga terpaksa menubuhkan suruhanjaya untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
Ini juga menjadi rekod baru kerana belum pernah sebelum ini pemimpin pembangkang menyokong serta menghadiri majlis yang dianjurkan Perdana Menteri. Paklah telah menjadi trend setter. Paklah juga kurang menerima kritikan daripada pembangkang berbanding Perdana Menteri sebelum2nya. Tak tahulah aku benda ni baik atau tidak. Macam ada udang di sebalik batu je.
Rekod baru dalam sejarah Malaysia apabila Paklah dikritik hebat dalam tempoh 5 tahun pertama pentadbirannya. Bukan dikritik oleh pembangkang, tetapi oleh orang2 UMNO sendiri dan komponen Barisan Nasional. Entahlah. Dunia nak terbalik agaknya. Baru memerintah dah kena kecam ke Paklah?
Kali pertama dalam sejarah penubuhan Barisan Nasional sejak 1974, parti itu hilang majoriti 2/3 di parlimen. Hebatnya sejarah tercipta zaman Paklah menjadi pengerusi BN ni. Itu belum dikira rekod hilang 5 negeri dan 1 wilayah persekutuan pada pembangkang. Perdana Menteri pula datang dari Pulau Pinang yang turut ditadbir oleh pembangkang. Oh Paklah...! Memang ko layak jadi bench mark.
Ini juga merupakan rekod baru apabila parti komponen Barisan Nasional sendiri iaitu SAPP berhasrat untuk mengusulkan undi tidak percaya kepada Perdana Menteri dan menyokong sebarang usul mengenainya di parlimen. Walaupun dikatakan ia hanya agenda peribadi Presiden SAPP dan bukannya kehendak majoriti parti serta belum diusulkan lagi di parlimen, namun ia telah mencipta sejarah tersendiri kerana belum pernah Perdana Menteri Malaysia sebelumnya menerima tamparan sebegitu. Perlu dicatatkan dalam Malaysia Book of Record pasal hal ni.
perjuangan didasari family interest...menggagaskan islam hadhari...tapi yang di promote terlebih2 ialah batik...ape ke jadah nya tu???
ReplyDeletelepas tu history big mama pulak jgn lupa
ReplyDeletebig mama sedup ratus juta pnya,tak der ringgit2 wang kecil pnya,suaranya kerajaan kena dgr
ReplyDelete