Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Monday, June 16, 2008

IKTIBAR

Assalamualaikum kepada semua pembaca,

Dua hari lepas saya berkesempatan mendengar ucapan daripada salah seorang tokoh akademik daripada UIAM. Ringkas namun mengandungi peringatan dan pesanan yang sangat penting dan jelas. Malah sangat relevan dalam dunia hari ini yang kian menghampiri pengakhirannya.

Beliau bercerita tentang 'unity' atau bersatu. Betapa pentingnya kita umat islam untuk bersatu demi merealisasikan tanggungjawab yang telah Allah letakkan kepada kita untuk menjadi Khaira Ummah, memimpin manusia, menyeru kepada kebaikan dan meninggalkan kejahatan.

Menyingkap kejatuhan Iraq dan pergelutan ummat Islam yang tak berkesudahan, antara Syiah dan Sunni, sebenarnya, hakikat yang mungkin ramai akan bersetuju dan ramai juga yang akan menidakkan bahawa KEJATUHAN IRAQ BUKAN KERANA PENAKLUKAN DAN SERANGAN AMERIKA SYARIKAT namun IA BERMULA APABILA UMAT ISLAM DI IRAQ TELAH LUPA BAHAWA KELOMPOK SYIAH, SUNNI, MAHUPUN SALAFI SEMUANYA SEBENARNYA ADALAH SAUDARA...IA BERMULA APABILA SETIAP KELOMPOK MENGANGGAP KELOMPOK LAIN ADALAH MUSUH...

Fakta ini merupakan pengajaran yang amat jelas yang sebenarnya telah pun diperingatkan kepada kita oleh Allah di dalam ayat2 suci Al-Quran. Kini Afghanistan dan Pakistan pula hebat bertelagah hanya kerana isu sempadan.

Di Malaysia, Melayu yang umumnya diiktiraf sebagai Islam juga kian menampakkan pertelingkahan dan kurangnya semangat untuk bersatu. Terutama dua parti politik Melayu UMNO dan PAS. Beberapa bulan lepas, dalam satu sesi tertutup bersama bekas Presiden UIAM, Tan Sri Sanusi Junid, beliau ada memberitahu, ketika zaman Tun Mahathir dan juga bekas pemimpin PAS Allahyarham Fadhil Nor, mereka walaupun mempunyai orientasi politik yang berbeza, namun sentiasa bersatu dalam memastikan kepentingan orang2 Islam dan Melayu di Malaysia.

Namun hari ini agak malang apabila pemimpin2 Islam PAS yang kononnya Ulama' lebih selesa bersatu dengan pemimpin2 bukan Islam. Bukan sekadar itu, malah menyokong kuat polisi2 dan keputusan2 yang diputuskan oleh Karpal Singh, Lim Kit Siang, Teresa Kok, Lim Guan Eng dan sebagainya atas alasan menegakkan keadilan dan hak samarata. Lebih malang lagi, kelompok Melayu yang berada di dalam Barisan Nasional disifatkan sebagai zalim dan lebih teruk dikatakan tidak Islam.

Apakah umat Islam di Malaysia begitu bebal dan jahil untuk memahami pengajaran dan peringatan yang ada di depan mata? Mengapa harus kita berpecah hanya kerana berbeza fahaman politik? Apakah benar perjuangan UMNO dan PAS berbeza? Jika benar berbeza, saya ingin tahu apakah perbezaannya? Atau yang berbeza hanyalah 'approach'? Atau mungkin pemimpin2 kita telah termakan racun agen2 Yahudi yang menyuntik semangat perpecahan dari dalam secara senyap tanpa kita sedari yang akhirnya menjadi mangsa adalah rakyat kebanyakan?

p/s: Sungguh memalukan apabila pemimpin wanita Islam dari Ampang sanggup bersekongkol dengan pemimpin2 PKR bukan Islam menggunakan kanak2 tidak berdosa untuk berdemonstrasi di hadapan Istana Negara...Di mana maruah mereka? Sebagai wanita, saya sangat malu dengan tindakan beliau...Apatah lagi beliau adalah seorang Muslimah...

4 comments:

  1. Saya amat bersetuju dengan Neracakeadilan. Usaha merapatkan kembali ukhwah islamiah sesama kita tanpa mengira parti politik harus dimulakan oleh kita sendiri. Bagaimana? Saya fikir yang pertamanya kita elakkan menjatuhkan atau menyerang sesama sendiri sebaliknya berusaha untuk membantu. Selain itu? Sahabat2 barangkali ada idea yang lebih baik. Silakan...

    ReplyDelete
  2. Umat Islam perlu bersatu terutama di Malaysia kerana kerusi orang Melayu Islam hanya tinggal 124 sahaja di Parlimen ketika ini. Hanya 14 kerusi sahaja lagi diperlukan oleh orang bukan Melayu jika mereka berniat memerintah negara Malaysia yang tercinta ini.

    ReplyDelete
  3. untuk mereka dapatkan 14 kerusi tu bukan susah pun gua rasa...suapkan aje duit2 kat pemimpin2 macam wan azizah, hadi awang, sedara mara dolah badawi, settle....

    so. pemimpin2 PAS dan Melayu PKR, lu pikir la sendiri...

    ReplyDelete
  4. Pemimpin UMNO dulu-dulu pun ada yang kena tendang, tapi mereka tak khianati parti sebab kepentingan parti melebihi kepentingan lain

    tetapi

    pemimpin pemimpin UMNO sekarang ada yang kena tendang (contoh Anwar and kroni)sanggup khianati parti sebab kepentingan wang mengatasi kepentingan lain.

    Jadi

    susah nak percaya kepada pemimpin sekarang yang bertuhankan wang

    ReplyDelete

Blog Archive