Perkara paling MENDESAK, BERKEPENTINGAN AWAM DAN AMAT MUSTAHAK kepada sebuah Kerajaan ialah kalangan kumpulan Pengurusan Kanan yang patuh, taat dan setia kepada isme dan mekanisme pengurusan eksekutif sebuah Kerajaan baik peringkat Negeri mahu pun Negara (Persekutuan).
Sejak beberapa bulan, khabarnya setelah beberapa manusia pemimpin nombor satu di beberapa Jabatan Persekutuan yang beroperasi peringkat Negeri, khasnya Negeri Sembilan, difahamkan wujud teknik pemikiran berupa ancaman. Ancaman yang hampir sebagai seorang Agen Freemason. Bunyinya seperti tuduhan palsu, namun, melihat kepada prestasi mereka dalam jurusan perjawatan berkenaan, kelihatan banyak benarnya daripada kepalsuan.
Amalan bertakiyah menjadi ritual kepada mereka. Janji demi janji di depan pemimpin eksekutif negeri, misalnya di NSDK ialah YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hassan, dilihat meyakinkan seorang YAB MB. Sebaliknya, di belakang YAB MB, mereka melakukan gerak kerja subversif.
Misalnya, mempersoalkan kredibiliti penjawat awam lain? Mempertikai penglibatan penjawat awam dengan Institusi dan Agensi Wibawa seperti JASA, Penerangan, MKN, BTN, IIM, sebagainya? Membenci gerak kerja yang disuntik mauduk fikirnya di Pusat Pemikiran Strategik Pendidikan misalnya oleh Ketua-Ketua Pengarah Jabatan Persekutuan, yang menjawab langsung kepada YAB Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan dan YAB Timbalan Perdana Menteri selaku Menteri Pelajaran.
Jika ini dilontarkan kepada Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan, bagaimana ye...? Pengarah JASA Negeri Sembilan apa pula jadi nya? Pengarah KEMAS Negeri Sembilan, Pengarah MARA NSDK, Pengarah SERANTA NSDK, Pengarah MKN Negeri Sembilan sebagainya...apa komen mereka? Siapa memantau tingkah fikir dan diskripsi gerak kerja senyap mereka?
Wujudkan Pegawai Eksekutif Integriti di bawah YAB Menteri Besar NSDK yang boleh bantu tugasan ini, mungkin.
Apabila semua menjadi kesalahan, kesukaran, kesulitan...apakah wujud proses belajar terus belajar? Pusat penyongsangan paling bahaya dan kritikal Jabatan Pelajaran Negeri di semua Negeri dalam Malaysia. Sebab itulah pemilihan seorang Pengarah Pelajaran mesti meniti tapisan keselamatan yang ketat dan strategik. Apakah Negeri Sembilan bakal mengalami nasib malang seperti Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan?
Laporan PIBG daripada 100 buah sekolah dalam Negeri Sembilan menunjukkan bahawa "ada bau Bangkai Bernyawa" dalam Jabatan Pelajaran...kesian...kesian...
Proses pemutihan mesti dilakukan dalam tempoh 24 jam, supaya "bubur pulut hitam ini tidak menjadi BuBur Kelulut Hitam Berkilat"....Selamat mengecat Jabatan dengan Marine Blue...
Pekara seperti ini sudah lama berlaku , bukan di Negeri Sembilan sahaja malah diseluroh Malaysia sama ada diperingkat Negeri dan Daerah, tetapi yang anihnya macam siapa pon tidak ambil peduli . Tidak terkechwali badan-badan berkanon dan syrikat-syrikat GLC ,yang tindak tandok Mereka dilihat saolah-olah mesabotag usha-usha kerajaan.
ReplyDeleteDimana silapnya ?.
amat benar sekali...tapi ada sesiapa yg berani nak langgar tembuk...pecah kepala nanti..bagi saya kalau setiap pekerjaan dan tugasan yg dilakukan dgn ikhlas...insyaallah semua akan selamat...tetapi persoalannya...berapa ramai kah penjawat penjawat peringkat tertinggi itu ada mempunyai sifat ikhlas dlm melaksanakan tugasan mereka.
DeleteSumo komen macam bagus yo ..kalau handal bona ..botolkanlah ..jangan heboh komen kek blog yo ..kalau mb ikhlas sumo akan jadi baik ..kalau mb hati yahudi ..camtulah jadi eh ...
ReplyDelete