Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Wednesday, April 23, 2014

Masanya PAS bersatu dengan UMNO

Pasukan Komunis DAP TIDAK AKAN BERSETUJU untuk meletak maksud Agama Islam Agama bagi Persekutuan. Hudud perlu persetujuan DAP.

KUALA LUMPUR 21 April - Hasrat kerajaan Pas Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud di negeri itu terus berdepan kesukaran ekoran tiada konsensus dalam kalangan sekutu pembangkang berhubung isu tersebut.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng (gambar) menegaskan, isu sokongan pembangkang terhadap hukum hudud tidak timbul memandangkan DAP tidak menyokong pelaksanaannya.

"Pendirian pembangkang tidak berubah kerana pendirian DAP yang tidak bersetuju dengan pelaksanaan hudud tidak berubah.

"Di bawah pembangkang, mesti ada konsensus ketiga-tiga parti dalam hal dasar," katanya dalam kenyataan menerusi laman blog beliau di http://limguaneng.com hari ini.

Beliau menambah, dasar bersama dan manifesto pembangkang tidak memuatkan pelaksanaan hukum hudud atau penubuhan negara Islam.

Jelas Guan Eng, ketetapan itu telah dipersetujui oleh kesemua parti pembangkang.

Pada 13 April lalu, Kerajaan Pas Kelantan melalui Menteri Besarnya, Datuk Ahmad Yakob mengumumkan keputusan membawa usul rang undang-undang persendirian dalam sidang Dewan Rakyat akan datang bagi melaksanakan hukum hudud di negeri itu menjelang 2015.

Walau bagaimanapun, DAP yang dilihat sebagai parti dominan dalam pembangkang konsisten dengan pendirian menentang pelaksanaan hudud malah baru-baru ini, seramai 38 Ahli Parlimen dari DAP menyatakan secara terbuka bahawa mereka tidak akan menyokong sebarang usul rang undang-undang persendirian berkenaan.

Mereka juga akan melobi 46 Ahli Parlimen bukan Islam dari Barisan Nasional (BN) untuk mencabar serta menolak pelaksanaan hukum tersebut.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula berpegang kepada perjanjian yang dimeterai dalam Majlis Pimpinan pembangkang pada 2011 yang antara lain menyatakan tidak akan melaksanakan hukum hudud. - Utusan.

*********

Kini masanya PAS mesti bersatu dengan UMNO. Beberapa pemikir besar Islam banyak bersyarah secara ilmiah dan praktikal perihal kemungkinan pelaksanaan Hudud di Malaysia. Malaysia sudah di peringkat berupaya melaksana Hudud dengan kekangan kemampuan fizikal dan metafizik. Kekangan kemampuan ini mesti dijadikan usaha berterusan bersifat "affirmative actions" tanpa resah-gundah-mustahil oleh pasukan mubaligh UMNO dan PAS.

DAP tidak penting dalam urusan Hudud ini, kerana mereka sampai "kiamat" akan menentang habis-habisan perihal pelaksanaan Hudud. UMNO melalui Minit Mesyuarat UMNO tahun 1992 telah menyatakan persetujuan untuk bersedia melaksana dan menjalankan maqasid syariah yang adil, sesuai dengan kedudukan dan suasana majmuk. Lantaran demikian, hukum takzir dan qisas telah berjalan dengan baik, kini satu peringkat untuk membulatkan usaha seperti yang pernah dinaqalkan oleh Sheikh Ahmad AlFhatani di awal tahun 1900. Juga usaha ini diteruskan oleh Al-Alim Sheikh Al-Marbawi, bahawa Negara Melayu (Persekutuan Tanah Melayu) mesti boleh melaksana program khusus tentang hukum mandatori hudud sebagai Alat Pencegahan, Pendidikan dan Pembelajaran Berkesan kepada rakyat Malaysia.

Parlimen Malaysia mesti boleh membuktikan bahawa ikatan Islam sahaja yang boleh memberi kekuatan fizikal dan membatalkan dakyah Komunis-Freemason melalui DAP dan PkR. DAP bercita-cita untuk menghasut semua Ahli Parlimen Bukan Islam supaya tidak bersetuju. Yang pastinya...semua ini tidak mustahil apabila unsur Ancaman digunakan oleh DAP.

DAP sedang mengalami dilema, kematian panglima perangnya, hingga terpaksa membuktikan bahawa manusia yang tidak layak diberikan penghormatan bertaraf kebangsaan, digunakan segala unsur politik pemerintahan kiasu untuk MENGHALALKAN proses pengkembumian, Karpal Singh.

UMNO yang ortodoks dan PERKASA atau mana-mana Agen Transformasi Melayu tidak buat laporan SPRM atas SALAH GUNA KUASA dan KEDUDUKAN anggota pentadbiran eksekutif di Pulau Pinang!? Heran?

Apakah yang melayakkan Karpal Singh seorang kafirun yang terbuka menentang Negara Islam Malaysia, diberikan sedemikian penghormatan? Inikah nilai manusia politik yang berjuang memusuhi Agama Islam Agama bagi Persekutuan? 

Ontah-ontah prosedur rasmi dan resmi turut diingkar oleh Lim Guan Eng...Sewajarnya Pejabat TYT Yang Di Pertua Negeri yang boleh memberi izin untuk penghormatan bertaraf Negeri, mengibarkan bendera separuh tiang, bendera terbalik, bendera tak bertiang  sebagainya...!

Bondo mudah macam ini pun...tak ghoti!!! Atau inilah manifestasi Kerajaan Komunis Sosialis Demokrat sedang BERMAHARAJALELA...di bekas tanah jajahan Kerajaan Kedah.

10 comments:

  1. Pelik juga nak sebok2 dgn parti DAP yg bukannya kerajaan Malaysia. Presiden UMNO yg memegang tampuk pemerintahan terus terang menolak hudud (www.youtube.com/watch?v=GJMm-i7HWRI‎) & kamu gunakan isu ini utk melemahkan PAS & cuba menguatkan UMNO? Cuba lagi la ye, tektik ni tak berjaya nampaknya...kesian UMNGOK, rakyat elite tak mau dah pada UMNO sbb penipu besar!

    ReplyDelete
  2. Hello Bro
    Hudud di Kelantan apa perlu kelulusan dari Penang. Takut pada Allah bukan tokong.....

    ReplyDelete
  3. Ramai kakitangan kerajaan nanti jadi OKU kalau Hudud dilaksanakan apabila PAS menalukki Putrajaya.

    Curi termasuk curi wang rakyat, kan?

    ReplyDelete
  4. Hoi,Brother 5.57,
    Guno otak,buka mato dan telingo.DUN Ktan lluluskan enakmen Undangx HUDUD tahun beberapa eh,tak ado pun kerajaan Persekutuan halang.Yang kita ingat Tun Mahathir hanya menulis surat pada Nik Aziz membuat kajian dengan teliti sebelum ianya dilaksanakan.Mano ado bantahan,yang bagai nak gilo bantah rakan PAS iaitu DAP.Dan raso apo yang bro tulis itu terbalik,sebonarnya rakyat elit dah tolak PAS sobab sodih tengok PAS sonang ajo dikudakan olih DAP dan dikeldaikan olih PKR.Bos kono saman pun akar umbi sonyap.Tapi cuba kalau DAP atau PKR beri arahan,sampai gulingx tongah jalan pun sanggup....sodih.

    ReplyDelete
  5. Hari ini di Perhimpunan Lebai Pondok dengan Najib di Alor Star,Najib kata Hukum hudud tidak sesuai untok di laksanakan di Malaysia.

    Pemimpin peminpin PAS ini memang tak ada otak.

    ReplyDelete
  6. Mat Kluang,
    Janganlah sdr nak pusing fakta.Baca statement yang Najib buat.Quote..The Federal Govt is not against implementing Hudud.However in order to achieve justice,which is the ultimate goal of the Islamic law,it is important first that both Muslims and non-Muslims understand the whole concept..Unquote.

    ReplyDelete
  7. Yang TYT biarkan MB bermaharajalela tu pasal apa. TYT Ketua Negeri bukannya MB.

    ReplyDelete
  8. Sedarlah wahai PAS. DAP adalah musuh yang nyata.

    ReplyDelete
  9. Kalau baru kuasai Penang sudah begitu gaya DAP, bayangkan sekiranya ia mengusai Malaysia sama ada secara langsung atau melalui proksi, tak gerunkah kita?

    ReplyDelete
  10. Warigh,
    Dah keadaan macam tu pun orang Melayu Png terutama penyokong PKR dan PAS masih tak sedar lagi....tak dapat nak tolong lai.

    ReplyDelete

Blog Archive