Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Tuesday, April 8, 2014

Agen CIA Belot

Den datang lagi..kali ni dengan ayat standard. Nyampah den nengok orang N9 tak gheti baco bahaso Negori. Hahaha!! Ehem..ehem..kali ni dengan laras bahasa Persuratan.

Saudara2 yang budiman;

Amerika menyedari bahawa Asia Tenggara mempunyai populasi Umat Islam terbesar di dunia dan belum di kompromi sepenuhnya oleh mereka. Oleh itu mereka memantau pergerakan Malaysia dengan risikan yang bersembunyi di sebalik status Pejabat Kedutaan.

Malaysia cuba dikaitkan dengan Hub Pengganas dari laporan CNN. Paparan perbincangan CNN tidak lebih daripada mengundang ketawa Polpulasi Islam di Asean kerana kedangkalan dakwaan Negara yang baru terbit 3 abad ini. Kerana sangkaan mereka bahawa Populasi masyarakat Dunia Islam ini hanya tertumpu di Timur Tengah. Ini semua adalah skrip2 kantoi daripada Press Amerika yang cuba mengkambing hitamkan Malaysia sebagai Hub Pengganas.

Dan kita harus meragui 'keikhlasan' mereka kerana mereka hanya beroperasi dengan aset teknologi terhad dalam SAR atas kehilangan Pesawat MH370.

Sebagai analogi, dengan keupayaan satelit ketenteraan mereka, Amerika sebenarnya mampu mengesan kedudukan Saddam Hussien di bawah tanah, inikan pula kedudukan sebuah pesawat yang besar seperti MH370.

Amerika adalah negara yang paling kuat berahsia walau dengan warganegaranya sendiri. Dalam negara Amerika itu sendiri sarat dengan isu2 seperti Area 51, Roswell, Penampakkan U.F.O, teknologi HAARP, selain daripada keanggotaan orang2 berpengaruh mereka dalam Organisasi Rahsia seperti Illuminati, Freemason, Skul n Bones, Bieldeberg Group dan lain2 isu berbangkit.


Baru2 ini juga bekas Ketua Bahagian Maklumat CIA, Edward Snowden telah mengambil keputusan untuk berpaling tadah dan lari meninggalkan Amerika untuk bersembunyi di negara2 bukan sekutu Amerika dengan mengharapkan suaka politik daripada mana2 Negara Blok Komunis. Edward Snowden adalah induvidu yang pernah mengetuai unit Maklumat Risikan CIA, telah bertindak sedemikian kerana tidak sanggup untuk berkompromi dgn program2 Rahsia Negaranya yang dianggap olehnya boleh mendatangkan mudharat kepada warga Amerika khususnya dan Populasi Dunia amnya.

Beliau mendedahkan dalam temuramah singkatnya di Hong Kong bahawa maklumat yang beliau perolehi sangat menakutkan dan terlalu besar untuk didiamkan daripada pengetahuan Rakyat Amerika dan masyarakat Dunia. Dan beliau terkejut dengan beberapa perancangan Kerajaan Amerika ke atas masyarakat awam dan antarabangsa.

Tindakan2 balas daripada kerajaan Amerika rentetan pendedahan itu adalah dengan merekacipta kisah latar belakang keluarga Edward Snowden yang tidak sempurna, misteri yang meragukan, hingga ada ahli Kongres Amerika telah melabelkan beliau sebagai Pengkhianat Negara.

Bayangkan sejauh itu Amerika boleh bertindak ke atas kakitangan risiknya sendiri yang tidak sanggup berkompromi dengan kerja2 kotor mereka, apatah lagi untuk mengkambing hitamkan Negara kita yg merupakan rakan dagang yang ke-15 penting kepada mereka.

Satu masalah besar masyarakat Dunia adalah umum menyangka bahawa Teknologi Amerika adalah yg tercanggih setakat ini. Ianya dianggap Amerika mempunyai keterbatasan dalam perkara2 tertentu yang berkait dengan cuaca dan dimensi fizik serta biologi.

Padahal mereka menyembunyikan teknologi sebenar mereka dan mendedahkan hanya sedikit sahaja clue2 melaui filem2 mereka. Kita pula menganggapnya mustahil kerana latar belakang filem yang berbentuk Fiksyen atau Adiwira. Tetapi perlu kita fahami bahawa teknologi rahsia itu tersembunyi disebalik aksi atau paparan yang berlebihan itu. Lihat kepada aspek2 yang bersifat sokongan atau backup kepada paparan yang berlebihan itu, disitulah tersembunyinya teknologi sebenar mereka.

Akhir2 ini mereka sering memaparkan teknologi membuka ruang lompat antara dimensi seperti dalam Filem Avanger, Transformer: Dark of The Moon, Looper, The One dan yang paling awal Stargate. Aspek membuka dimensi ini boleh membantu memobalisasi ketenteraan mereka kerana mereka telah menguasai Kuantum Fizik, Nano Tech dan mampu memecahkan uraian Atom; dan kini keluar pula istilah Partikel yang lebih mikro daripada sebelumnya.

Enstein pernah meramalkan bahawa Perang Dunia Ke-3 adalah lebih pelik daripada perang2 sebelumnya. Apabila seorang saintis mengeluarkan kenyataan seperti itu, gambarannya pasti lebih jauh daripada apa yang orang awam mampu fikirkan.


 P/S: Di atas adalah nukilan pembaca blog kami di sini.

2 comments:

  1. O mang hai,dah pergi International Warigh den sekarang,Tahniah.

    ReplyDelete
  2. yo elok tu kok ado pokaro nan buleh dicaritoan.... ughang kampuang harus tau...

    ReplyDelete

Blog Archive