Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Monday, September 10, 2012

Sang Saka Komunis


Dek taksub dengan ma'ana yang tidak dihadam dengan baik, mudah sunggup, juak-juak hingusan didodoikan dengan erti Sang Saka!

Sang Saka Bangsa ialah Panji-panji UMNO, dicipta oleh YM Tan Sri Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib bin Ali Al-Attas di kamar ilmu, Rumah Menteri Besar Johor pada 1946 atas dorongan Almarhum Dato' Onn Jaafar. Sang Saka Bangsa mewakili gelombang kemaraan rakyat Melayu dalam menuntut kemerdekaan daripada Inggeris dan kuasa kolonial. Sang Saka Bangsa karya Prof. Al-Attas merupakan karya tangan asli dan tiada pengaruh orientalis. Ilhamnya belum lagi diteroka secara mendalam oleh Orang-orang UMNO. Kesian...

Sang Saka Biru ialah Panji-panji Polis Di Raja Malaysia sudah berumur 205 tahun. Sang Saka Biru ialah manifestasi kebanggaan pasukan dengan memulia martabat kalimah Allah dan Muhammad.

Sang Saka Perwira ialah Panji-panji Rejimen Askar Melayu Di Raja yang mula mekar pada 1933. Sang Saka Perwira ialah manifestasi kebanggaan pasukan dan kuasa Raja Melayu pada kalimah Allah dan Muhammad.

Sang Saka Malaya ialah olahan AMK mengambil iktibar Kesatuan Melayu Muda. Andai Malaya Raya berjaya, maka Sang Saka Malaya ialah simbol perjuangan. Benar, gelombang revolusi tahap kedua kemerdekaan sedang melanda Bumi Melayu. Petanda ini mula dilonjak sejak 1992 secara sembunyi.

Kesan daripada Perjanjian Hadyai 1989, Parti Komunis Malaya bubar. Wujud sikap irihati, maka, jika dianalisa secara halus, 87.5% ahli berdaftar DAP mempunyai nasab keturunan berideologi Komunis. Parti Komunis Malaya kini aktif melalui resepi "Min Chong Yuen Thong". Gelombang revolusi sedang diorientasi semula, antara percikan api yang telah berlaku ialah:

1. Reformasi rakyat besar-besaran, menggunakan perkarangan Masjid Negara pada 1997-98.

2. Perarakan demi perarakan hingga memanipulasi warna Kuning sebagai mesej kekitaan Komunisme.

3. Risalah propaganda politik parti PkR, DAP dan PAS dicetak berleluasa dan disebarkan tanpa lesen dan permit di seluruh ceruk kampung, di samping menggadai institusi agama sebagai "tapak penyamaran atau bahasa hutannya resting base".

4. Meniup kembali aspirasi Republik, antaranya Bendera ciptaan Sang Saka Malaya, Keranda 152, Cabar Perkara 3, dan Agenda Mansuhkan 153.

5. Menguasai Majlis Peguam dan meracun fikiran pegawai-pegawai kanan Kerajaan Persekutuan dengan pelbagai teknik yang dikenali dulunya sebagai "Mason Grand Plan".

6. Pengkajian para Master Perisikan berasaskan strategi semasa parti politik, "confirm" bahawa sebilangan kecil rakyat elitis ialah vektor faham plural dan liberal. Mereka yang kecil ini memiliki kekayaan yang melampaui sebilangan besar rakyat, akhirnya melacur fitrah Ahlul Sunnah Wal-Jamaah. Penguasaan mereka melata dalam industri dan media propaganda.

1 comment:

  1. UMNO bukanlah pilihan mutlak untuk orang Melayu. Orang Melayu sekarang ada banyak pilihan. Tidak ada UMNO, orang Melayu dan Malaysia tetap akan membangun dan maju. Tidak ada UMNO, kepentingan orang Melayu tetap dijaga.

    Perkara ini tidak dapat dielakkan kerana majority penduduk negara ini adalah Melayu. Dari 18 juta orang Melayu, ahli UMNO hanya 3 juta. Dari 6 orang Melayu, hanya seorang ahli UMNO. Jika seorang ahli UMNO mati, ada 5 lagi orang Melayu. Jika 3 juta ahli UMNO tidak ada, ada 15 juta lagi orang Melayu. Jadi tidaklah benar, jika UMNO tidak ada, maka orang Melayu akan terbiar.

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."
Blog Widget by LinkWithin

Blog Archive