BANGANG
1. "Doubt is to find truth. Those who do not have doubt cannot think. Those who cannot think, cannot find truth." - Imam Al-Ghazali.
2. Pertamanya kami nak mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi sebab tak termasuk dalam kategori "BLOGGER BANGANG" yang disebut Najib dalam PAU lepas. Sebabnya mudah..tiada siapa pun yang bayar kami. Sebab tu kami bebas kalau nak "memBANGANGkan" Najib, mahupun Menteri Besar N9..hehe!!
2. Pertamanya kami nak mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi sebab tak termasuk dalam kategori "BLOGGER BANGANG" yang disebut Najib dalam PAU lepas. Sebabnya mudah..tiada siapa pun yang bayar kami. Sebab tu kami bebas kalau nak "memBANGANGkan" Najib, mahupun Menteri Besar N9..hehe!!
3. Tapi kami juga tahu ada pihak yang pernah menggunakan nama Paneh Miang untuk buat tuntutan bayaran daripada tokoh tertentu..kononnya Paneh Miang ni wakil mereka di Negeri Sembilan. Disebabkan satu sen pun kami tak dapat..maka wal harammu till mataiii!!
4. Najib cakap Rosmah yang mengajarnya perkataan "BANGANG". Di sini ada 2 kemungkinan..satu Rosmah kerap memBANGANGkan orang lain yang secara kebetulan Najib selalu mendengarnya; kedua mungkin Najib sendiri sering diBANGANGkan Rosmah..mana la nak tau kan?!
PAU 2014
5. Kebanyakan pembahas ketika PAU lepas telah menyuarakan rasa tak puas hati mereka. Antara isu yang disentuh ialah Akta Hasutan, Ekonomi, Tanah Rizab, Penguasaan Bahasa Melayu, GST, Biasiswa, Pengangguran, Sekolah Vernakular, Isu Perpaduan, Perbezaan Antara Kaum, Isu Sentuh Anjing..bla..bla..bla..
6. Berapi-api pembahas berucap..kedengaran ucapan memasing seolah mereka ahli parti pembangkang pulak dan bukannya wakil kerajaan yang memerintah. Padahal kuasa ada pada mereka..ada pada UMNO..jadi apa ke BANGANG yang korang dok memekak? Bukankah UMNO sepatutnya jadi juara dalam segala tindakan dan keputusan kerajaan, dari dok bercakap tak sudah2..tak selesai masalah pun. Atau ahli UMNO memang tengah berlatih nak jadi pembangkang lepas PRU-14?
7. Dah berbuih pembahas berucap..macam2 isu dicakap..akhirnya ucapan penggulungan Presiden yang orang ingat ialah..Rosmah tak nak jadi Ketua Wanita Bahagian atau MB N9..serta perkataan BANGANG!! Sebab tu bila wartawan tanya komen Tun Mahathir berkenaan ucapan penggulungan Najib, dengan sinisnya Tun jawab, "Ini semua SOOOLIIIDAAARIIITIII.."
8. Kini dah lebih seminggu PAU 2014 berlalu..apa impaknya? Business as usual..wal hasil balik asal..
AMERIKA
9. Apabila Joe Biden dan Joseph Y Yun mempertikai perbicaraan melibatkan Anwar serta mengkritik keputusan Malaysia mengekalkan Akta Hasutan, Tun Mahathir dan KJ telah membidas kritikan tersebut. Maka berbondong-bondonglah pengampu Najib memetik bidasan Tun Mahathir dan KJ itu.
10. Adakah pengampu Najib tak berasa risau andai lepas ni Amerika akan mula merenggangkan diri dan menjadi kurang mesra dengan Najib? Bukankah selama ini Najib begitu dahagakan pujian Amerika hinggakan dipuji senator Amerika pun boleh jadi tajuk utama akhbar!!
11. Jika Tun Mahathir yang balun Amerika tidaklah pelik sebab seluruh dunia tahu sentimen negarawan itu terhadap Amerika. Tapi KJ? Terasa janggal dan peliklah pulak..nampak sangat macam pelakon channel Zee.
12. Bukankah pemansuhan ISA sebelum ini disebabkan Najib nak sangat bodek Amerika. Jadi tak mustahil Akta Hasutan juga akan dimansuhkan sebab PM Malaysia sentiasa terhegeh2 pujian Amerika. Lagipun Joseph Kurup dah cakap di Dewan Negara bahawa penggubalan Akta Keharmonian Nasional tetap akan dibincangkan walaupun Akta Hasutan dikekalkan.
13. Disebabkan TIADA JAMINAN berapa lama Akta Hasutan akan kekal, ditambah dengan keputusan Menteri JPM Najib yang masih mahu Akta Keharmonian Nasional digubal, maka kemungkinan untuk Akta Hasutan bakal senasib dengan ISA adalah sesuatu yang tak boleh diketepikan; Najib boleh saja nak buat alasan pada masa depan yang Akta Hasutan kononnya bertindan dengan Akta Keharmonian Nasional bagi merasionalkan pemansuhannya. Jadi apa maknanya lakonan KJ bidas Joe Biden? Nak mengaburi mata yang sedia buta?
SAMAN
14. Semua maklum yang Najib dalam proses saman Rafizi Ramli dan Tony Pua berkenaan isu 1MDB. Selaku Menteri Kewangan yang mana 1MDB adalah syarikat di bawah Kementerian Kewangan, Najib mengambil tindakan saman setelah diasak bertalu2 tanpa mampu berikan penjelasan konkrit atas segala dakwaan Naib Presiden PGayR dan Pengerusi DAPig Selangor itu.
15. Kalau tak silap (memang tak silap pun) Tun Mahathir juga mempersoalkan Najib dalam isu 1MDB. Malah Tun Mahathir terang-terangan 'menuduh' syarikat milik Kementerian Kewangan itu berjudi apabila menyimpan sebahagian dana mereka di Cayman Island.
16. Tun Mahathir juga tanpa segan silu mengatakan Malaysia bakal tergadai dan menjadi boneka Amerika disebabkan kedegilan Najib yang tetap berkeras mahu menandatangani perjanjian TPPA. Terbaru hari ini pula Tun Mahathir pertikai tindakan kerajaan dalam menangani krisis penurunan harga minyak dunia.
17. Akhir2 ni Tun Mahathir kelihatan tak jemu mengkritik kerajaan serta mempertikai sekian banyak keputusan Najib yang kelihatan merugikan negara.
18. Jadi alang2 Najib dah saman Rafizi dan Tony, apa kata Najib saman jugak Tun Mahathir. Bila Tun dah kena saman, sekurangnya dia terpaksa senyap. Takdelah sesiapa lagi yang berani nak kritik Najib. Maka mudahlah Najib nak jahanamkan negara tanpa gangguan.
19. Bila kurang kritikan, bermakna 'terbuktilah' semua tindakan yang Najib buat tu semuanya betul..tiada yang salah..negara tak rugi..rakyat tak susah..mantap..tertarik..kau memang da bomb..kan? Heh!
20. Apa tunggu lagi Ah Jib Gor..samanlah Tun Dr Mahathir Mohamed. Ada bran?!
Tokoh negara yang sangat saya hormati Tun Dr Mahathir Mohamed.
ReplyDeleteTektik menyaman ni najib belaja dengan bung nuar. Bila tak boleh jawab saman jelah. Ah jib boeing nampaknya ade persamaan ngan aljubs iaitu banyak buat salah dan mengelak jawab kebenaran. Rakyat ada banyak doubt sebab rakyat berfikir..cume pemimpin malaysia saje yang bangang.
ReplyDeleteKihkih trbaik
ReplyDeleteChannel zee untuk hisdustan kulit putih la paneh. Kj gelap..sesuai dengan channel thangathirai. Kah..kah..kah..
ReplyDeleteSobab omak eden kato kononnya eden cordik siket, eden boto2 hati2 tak guno perkataan bangang. Apo kelas ekau Najib guno perkataan bangang.
ReplyDeleteKalau kau dah tau oghang tu bangang, yang ekau poi bayar tu lagi bangang!
Osah boto lah kato pak ngah den yang Najib ni PM yang tak do kelas langsung!
Warigh,
ReplyDeleteDen ingat kau nak diam ontokx tak nak komen PAU,tapi terpancul jugok.Sobonarnyo orang Melayu ni bukan Bangang,tapi kuek MERUNGUT.Itu tak boto,ini tak boto,pandai bercakap ajo,kojo kurang.Jgn risau selagi ado org kg yang orang pokan kato bodoh tu wujud selamo tu BN akan perintah.Contoh pado GE 13,sumo kato Pilah dan Rombau akan bunkus tapi orang yang dikatokan bodoh ni monangkan jugak.Yang banyak merungut ini Orang Melayu Urbanites yang mengaku pandai sangat[Tak sodar asal dari mano].Dio orang yang sendiri menaikkan cost of living dio tinggii.Kito tak dongar orang bodoh kg merungut pasal ini,dapat BRIM bolih belanjo selamo 2 ke 3 bulan.Tot tang saman menyaman ini,apo nak bising,baru skrg Najib nak buek pada sobolah sanun tu dah lamo dah.Kalau nak saman Mahathir tu,ini baru boto BANGANG namonyo .Apo yang tuo tu cakap boto[factual],yg disaman dek Najib tu orgx biol yang buek fitnah terutama RR itu.Memang BANGANG bloggers dah hayun duit bantai tuan pula,itu khianat namonya,kalau buek kojo macam kek Arab nun,hilang kepalo kono pancung.