Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Monday, March 16, 2015

Najib bergelut mintak nyawa..

1. Mad Hasan aka MBNS semalam mintak semua pihak hentikan fitnah ke atas 1MDB. Kenapa bila berkait dengan 1MDB..ia dikatakan fitnah? Dulu kes lembo kondo NFC, pemimpin UMNO kata fitnah jugak..tapi akhirnya terbukti sapo yang salah. Oh ya..apa jadi dengan kes NFC tu? Kerajaan dapat balik tak RM250 juta stanby credit pelaburan yang dah hangus tu? Kalau RM250 juta pun susah kerajaan nak dapat balik..apatah lagi berpuluh billion yang dah dilebur 1MDB..

2. Teringat cakap Mad Hasan sebelum ni yang tak setuju dengan keputusan melantik CEO MAS dikalangan orang asing yang seolah menidakkan kemampuan warga Malaysia. Mad Hasan turut mempertikai keputusan Khazanah yang mendesak MAS melakukan penerbangan ke destinasi2 yang jelas merugikan..tapi terpaksa dibuat juga sebab MAS kononnya bawa nama dan lambang negara. Jika Mad Hasan benar2 faham masalah sebenar mengapa MAS selalu rugi..maka peliklah pulak bila Mad Hasan buek tak faham dengan sekian banyak urusniaga 1MDB yang jelas meragukan..dan bila dipersoalkan rakyat..sonang yo jawab tu sumo pitnah. Kok setakat jawab camtu baik takyah jadi Menteri Besar..orang buek roti canai pun bulih cakap.."ini semua fitnah"!!

3. Macam mana la rakyat nak faham isu 1MDB..bila rakyat tanya..tak berjawab..bila rakyat kritik..dituduh fitnah..bila menteri beri penjelasan bukannya rakyat semakin jelas..tapi makin blur sebab penjelasan kebanyakannya mengelirukan dan wujud lebih banyak persoalan.

4. Sabtu lepas Najib di Konvensyen UMNO Kedah telah bercakap pasal jemuan la, tukang kipas la, batu ronsen la (sekadar menambah kata perbendaharaan baru Najib selepas popular dengan kangkong, haramjadah dan bangang). Walaupun Najib cakap pasal jangan pecah belah, jangan sengketa, mesti bersatu, jangan adu domba, sooooliiiidaaariiitiii..TAPI mesej sebenar Najib di Kedah tu mudah saja..KORANG JANGAN CUBA NAK JATUHKAN AKU!!

5. Adakah ianya kebetulan untuk Najib bawa isu itu di Kedah..di negeri kelahiran TDM, dan bercakap pula depan anak TDM..Mukhriz?

6. Hakikatnya Najib dah makin sesak nafas..perjumpaan dengan Ketua2 Bahagian (KB) di PWTC dua minggu lepas adalah petanda jelas yang NAJIB SEDANG MINTAK NYAWA. Walaupun alasan kononnya untuk menjelaskan isu 1MDB, tetapi kebanyakan KB yang hadir masih blur dengan penjelasan Najib. Malah bila KB2 ni balik ke kawasan masing2..bila anak2 buah tanya..mereka masih tak mampu nak jelaskan. Balik2 alasan tunggu siasatan Ketua Audit Negara dan PAC.

7. Semalam Salleh Keruak pula komen yang kritikan TDM akan melemahkan parti UMNO dan BN. Errr..apa kena mengena 1MDB dengan UMNO dan BN? Bukankah 1MDB hanya ada kaitan dengan Presiden UMNO dan Pengerusi BN saja? Bagaimana UMNO dan BN boleh dikatakan lemah dengan kritikan TDM..walhal yang sedang rasa lemah sekarang ni hanya Najib bersama punahsihat dan pengampunya.

8. Adakah pemimpin2 UMNO atau pembodek2 Najib merasakan TDM cakap kosong pasal 1MDB? Adakah anda merasakan TDM tiada jawapan atau bukti terlebih dulu sebelum mempersoalkan keputusan Najib berkaitan 1MDB? Adakah anda fikir TDM kini dah takde 'kaki' dalam kerajaan atau parti? Atau anda rasa TDM tak bercakap langsung dengan Muhyiddin mengenai apa yang sedang berlaku dalam kabinet dan kerajaan Najib hari ini? Tiada siapakah yang sedar dengan kenyataan2 Muhyiddin dua tiga menjak ini yang agak bertentangan dengan bosnya? Kalau anda masih rasa yang TDM buat fitnah sebagaimana sangkaan Mad Hasan dan Salleh Kruak..maka anda sebenarnya masih hijau dalam seni politik!!

9. Tapi Najib juga taklah bodoh untuk tidak menggunakan kuasanya. Rumors bergentayangan di kalangan ahli UMNO mengenai pembatalan beberapa projek Petronas dengan Sapura Kencana adalah tekanan disebabkan Mokhzani adalah timbalan pengerusi syarikat OnG itu..yang menyebabkan lembaga pengarah 'terpaksa' mendesak Mokhzani lepaskan jawatan. Permohonan dana tambahan kepada kerajaan untuk RnD Proton juga disekat disebabkan TDM adalah pengerusi syarikat kereta Nasional itu. Dijangka akan ada beberapa lagi tekanan selagi TDM buat keputusan untuk 'bermusuh' dengan Najib.

10. Apa yang ramai tak faham, kritikan TDM terhadap kerajaan dan Najib bukanlah bersifat peribadi, tetapi lebih kepada memperbetulkan apa yang dirasakannya salah (wrongdoing). Tetapi di pihak Najib menganggapnya personal dan bertindak menyerang kredibiliti berbanding cuba menjawab kritikan atau persoalan yang dikemukakan.

11. Sejak menerajui kerajaan, kerja Najib dan pasukannya hanyalah gali lubang tutup lubang. Sekarang dah takde tanah lagi untuk Najib tutup lubang yang telah digali Rosmah..eh..digalinya..

12. Najib kini bukan saja berhadapan dengan TDM sorang, tapi juga Muhyiddin, Shafie Apdal, Mukhriz, Daim, Ku Li, Otai2 UMNO dan Ketua2 Bahagian yang bermuka2..serta sekian ramai penyokong mereka sama ada di dalam atau luar kerajaan. 

13. Khabarnya Najib diberi amaran dan tempoh hingga selesai perkahwinan anak perempuannya dengan bakal suami buruan interpol tu untuk ehem..ehem. Adakah peristiwa yang pernah berlaku pada Ahmad Said..mantan MB ganu..akan berulang pula pada Najib?! Tik..tok..tik..tok..

Tak nampak pun kak Rosmelda..

30 comments:

  1. Najib’s days are numbered, according to a report by the UK-based The Economist. He has been living on borrowed time since the last General Election in May 2013 when he turned in an even worse performance than his predecessor.

    ReplyDelete
  2. Warigh
    Mano kau tau Najib minta nyawo,dio talipon kau ko?
    Tak ado apo yang akan berlaku selagi akar umbi dan MT UMNO sonyap dan duduk ontokz ajo
    Untok batu api terutama bukan pun ahli UMNO tunggulah pada tahun 2016 atau PRU 14 baru la tahu dio tumbang ko,di tondang ko atau undur diri.
    Kito kono pusing sejarah ,UMNO ini akan lobih kukuh dan kuat jiko ado cabaran dari orang luar saperti masa TDM jadi Presiden dulu
    Tontang 1MDB ni ramai yang kaki kritik ni macam burung kakak tua aja,sebonarnya dio orang sendiri tak paham apo yang dikritik nyo.TDM sobot maso nyo tak sesuai untok Kjaan buat pelaboran.Ingat tak hal KHAZANAH Nasional yg TDM ilhamkan,kono homtam jugo dulu,tapi mano tukanx homtam sekarang bilo KHAZANAH mula tunjuk hasilnyo....biaso la sumo orang melainkan burung kakak tuo ajo tahun yang pelaboran makan maso lamo,berisiko tinggi ,ado turun naikkan..kalau kito rajin baco surat khabar semalam Petrosaudi ado maklumkan 1MDB telah untung 400 juta atas pelaboran dongan dio orang.Bondo ini tak ado dalam Msikini,FMT,Msia Insider lobihx lagi Harakah atau Keldaian Daily.
    Khabar nyo.....tu lah kito asyikx kabarnyo,suko dongar berito orang ketigo,buek spekulasi,persumpsi lopeh itu berito angin.Agakx nyo sapo yang bagi warning....Mahfuz,Rafizi kok
    Den raso Najib biaso ajo,buek kojo dio sebagai PM,yg terkinja kinja caix adolah orang luar yg kepentingan mereka telah KO zaman Najib ,tidak diberi keistemewaan baik didalam jawatan di GLCs atu perniagaan.Bagi segelintir orang UMNO dalah dari golongan Ketua Bahagian yg tewas pemilihan Bahag
    ian tempoh hari setelah UMNO memperkenalkan sistem pengundian baru....itu ajo masaalah nyo.contoh baik macam mano Sahak kalah dgn Hj Abu di Sbn.
    OK la warigh,kito tengok ajolah nasib Najib saperti yg kau nyatokan di atas,hanyo maso jo akan menontukan,tapi Den raso tak ado yg akan berlakju.Dag berapo kali dah orang cakap Negaro kito akan bangkrup tapi tak jugo malah KDNK kito adalah terbaik dikalangan negaro kek sini.Serupo juga kato FELDA bungkus tapi tak pon
    Salam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengampu najib dah mai dgn taklik butanya. No wonder ahli umno senang digulakan. Ranap masa depan anak bangsa. Khazanah nak dibanding dgn 1mdb? Hahaha. Khazanah make money after 2 years operation..so nobody even oppo dare to q bout it, but 1mdb buat hutang sejak ditubuhkan sampai skrg. Khazanah open job opportunity from over 50 company bawahnya..tapi 1mdb bukak segelintir kroni family najib jadi kaya raya. Please nake your research sir b4 kena gelak dgn orang luar. Bukan sikit anak atau org bodoh yg sedang soal what d hell najib's doing to this country.

      Delete
    2. Bilo yg cerdik ponah pogang kuaso vs yg x cerdik tgh pogang kuaso
      Berlian vs berlian sentetik
      Mno yg berhargo...xkn laa dungu sgt , xtau jwapan nyooo

      Delete
    3. BTL..KORANG TAHU TAK...1MDB DAH UNTUNG RM400JUTA..RM400 JUTA..INGAT SIKIT KE TU..BYK TU...CUBA KIRA BAPE CUKAI DAPAT TU...CUBA KIRA ?CUBA KO G SAHKAN DGN LHDN BAPE BYK CUKAI DAPAT..CUBA G BANK NEGARA..BAPE BYK DUIT MASUK MALAYSIA SELEPAS KELUAR...KAMI SOKONG 1MDB..CUMA...KALO BERBUAH..JATUH DIMANA..KALO BUAH ROSAK...SALAH SBB TAK BUBUH RACUN?

      Delete
  3. Bhai 1.24
    Berapo orang pegampu Najib nak kau bodohkan 3 juta termasuklah penulis kato ahli UMNO yg dio sonyap marah kek Najib.
    Apo biangnyo kau ini bilo orang tulih sikit sokong Najib kato dah jadi mengampu dio.Ini macam caix PR jo kau ini.Bondo yg botol kito sokonglah.Kalau PAS dan PKR buek bondo yg baik kito sokong jugo tapi tak ado,macam mano nak sokong
    asyik bangkang,bangkang ajo
    Taik Kucing la Khazanah dulu tak ado Oppo bangkang,tak akan AMOK paneh buntut dibueknyo.Botol ko sumo GLC buek untung,Kilang kek Kulim apo cerito.Investment di Langkawi,Blue Aechipelago Kompeni ternakan udang macam mano Jang.Macam mano pun memang diakui Khazanah memang dah berjaya dan siapa yang menentukan bukan kah maso.Kono sabar lah Bhai.Semalam Petrosaudi dah pun beri staement 1MDB dah dapat untung lobih kurang RM 400 juta hasil pelaboran dalam syarikat dio orang
    Who"s the hell asking what d hell Najib"s doing to this country.They are mostly the anti esbalishment people notebly the urbanites who really suffers with the rise of the cost living in the town which I think by their own doing.These urbanites are materialistic lots,spendthrifts by having high tastes.They adopted the policy of buying what they want and not what they need.So in order to express their frustration they have to find the scapegoats and the best are the ruling govt and its head.Najib
    And for you Bhai tak payah lah melalak sorang kek sini,tuduh ini dan itu,buek lah report,sobab lagi kau bongang lagi kau buek doso mengumpat dan mangatokan orang lain bodoh,takut amalan kau tu besok lari kek orang yang kau kato bodoh tu.
    Salam .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus jawapab brader. Tapi defend la najib ikut celah mana pun, fakta pru13 tak pernah tipu. Najib lost majority vote, jadi apa maknanya? 52% against parti yg diketuai najib tu bodoh? Pru14 dijangka lebih teruk. Politic is a game of numbers. Suh org buat report? Kasi jawab dulu soalan2 yg org tanya pasal 1mdb, kalo itu pun tak boleh jawab mmg sah bodoh mcm lu la brader. Sbb apa org tak report? Sbb nnt bila siasat xde sapa boleh komen lagi dah. Alasan ganggu.siasatan. Cara nak tutup mulut org. Suruh audit negara dan pac siasat, belum kluar hasil, kabinet dah announce awal 1mdb xde masalah. Apa ke lancau guna pengaruh mcm tu, amaran tersembunyi. Nak sokong pun x payah sampai.bawak rebah brader.

      Delete
    2. Salam sedara, mohon mencelah. Jadi pendapat saudara bagaimana nak tarik semula sokongan urbanites yg kononnya anti establishment dan banyak beli kehendak dari keperluan tu untuk kembali sokong ubn dan najib supaya boleh dapat 2/3 majoriti? Adakah cukup sekadar hujah memperkecil dan meremehkan mereka? Ada cadangan?

      Delete
    3. Wah atuk ingusan dah kembali. Tak sudah2 suh report. Skit skit repot. Apa bila dah repot masalah selesai ka? Atau jalan mau suh tutup mulut? Kan khairudin abu hasan dah repot. Tapi apa belaku? Senyap. Bila tun ngan muhyiddin bersuara, barulah semua agensi nak gerak. Yang peliknya khairudin repot pasal 1mdb. Kenapa pulak umno nak terasa (atau presiden aje yang terasa) sampai kena pecat kwn tu dr jwtn timb ketua bhgn batu kawan. Hal syarikat dgn parti pun tak boleh nak beza nmpk sangat atuk ingusan sama najib pun tiada beza tahap kebodohannya. Chill atuk ingusan. Hahahahahahaha.

      Delete
    4. komen ni terus tak ada standard bila simpulkan Khairudin dipecat kerana dia buat report. Berilah analisis yg menghargai pemikiran dan ilmu.

      Delete
    5. Buat report tetiba muflis. Sebelum report tak muflis. Smell fishy?

      SEKILAS PANDANG: Pemecatan seorang ketua bahagian Umno Pulau Pinang, selepas beliau membuat laporan polis terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah sememangnya mencurigakan.

      Walaupun Umno mendakwa yang Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dipecat dari jawatannya sebagai naib pengerusi Umno Batu Kawan Pulau Pinang kerana beliau bankrap, cara ianya dilakukan jelas tampak berdendam dan autoritarian, jika tidak kuku besi.

      Khairuddin telah bertanya mengapa beliau tidak pernah dipanggil atau dihantar surat tunjuk sebab bagi memberikan penjelasan.

      "Saya terkejut dengan sikap ibu pejabat Umno, yang tidak pernah memanggil saya untuk mendapatkan penjelasan mengenai kedudukan sebenar mengenai isu kewangan saya. Mengapakah mereka tidak menghubungi saya?

      “Ibu pejabat Umno gagal mematuhi garis panduan perlembagaan parti," katanya dalam sebuah kenyataan pada 27 Februari.

      Khairuddin telah membuat dua laporan polis terhadap 1MDB pada 12 Disember dan awal Januari, menggesa pihak polis untuk menyiasat unsur rasuah dalam badan pelaburan milik negara itu.

      The Malaysian Insider (TMI) melaporkan pada 28 Februari bahawa Khairuddin berkata yang beliau telah dipecat dari jabatannya kerana kes bankrap.

      "Perkara itu timbul kerana saya merupakan seorang penjamin korporat bagi sebuah syarikat. Syarikat itu telah mula membayar hutangnya. Perkara itu kini sedang diselesaikan oleh peguam saya."

      Khairuddin telah diisytiharkan muflis pada Mei lalu oleh Jabatan Insolvensi Malaysia. Difahamkan yang partinya ada menerima laporan mengenainya pada bulan Disember.

      Bukankah itu satu kebetulan yang mudah bagi Umno?

      Khairuddin telah diisytiharkan bankrap pada bulan Mei, dan jabatan itu mengambil masa lapan bulan untuk memberitahu Umno secara rasmi pada bulan Disember, pada bulan yang sama Khairuddin membuat laporan polis terhadap 1MDB.

      Menurut Perlembagaan Umno, Kaedah-Kaedah 8.4 dan 28.9 menyatakan bahawa seseorang yang bankrap akan hilang kelayakan untuk memegang atau bertanding bagi apa-apa jawatan dalam parti secara automatik.

      Seksyen 9A (1) (d) Akta Pertubuhan 1966 juga menyatakan bahawa seorang yang bankrap yang belum dilepaskan, tidak boleh memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana persatuan.

      TMI juga melaporkan bahawa setiausaha Umno Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir telah mengesahkan pemecatan Khairuddin.

      Beliau berkata yang Umno Pulau Pinang telah menerima surat mengenai perkara itu daripada ibu pejabat parti itu, dan menegaskan bahawa pemecatan itu telah dilakukan mengikut perlembagaan.

      "Beliau masih merupakan ahli Umno dan dia boleh menghadiri perhimpunan agung tahunan Umno sebagai perwakilan bahagian Batu Kawan," kata Musa.

      Pemecatan itu adalah salah satu contoh yang paling jelas gaya diktator Umno, dalam hal tatatertib ahli-ahli atau pemimpinnya yang mengkritik kepimpinan parti atau menyusahkan mereka yang berkuasa.

      - See more at: http://bm2.theantdaily.com/Terkini/Apakah-sebab-sebenar-Khairuddin-dipecat-dari-jawatan-naib-pengerusi-cawangan-Umno#sthash.s6VBeV7q.dpuf

      Delete
    6. Maksud anda adalah salah mengambil tindakan berdasarkan peraturan sedia ada ? Tindakan mesti pilih masa ? Dan adalah betul untuk tidak mengambil tindakan bagi elak dikatakan membalas dendam ? Disiplin ada kalanya memang menyakitkan tapi semua kebijaksanaan manusia mengatakan ia adalah kemestian dan menjadi pembeza antara masyakat yg kuat dengan yg lemah.

      Delete
  4. WASPADA PENGAMPUAN TERBUKA

    1. Selain membaca akhbar secara konvensional, rutin saya juga membaca menerusi internet. Terutama catatan atau tulisan orang-orang yang saya anggap penting.

    2. Terbaru saya terbaca tulisan dalam blog AMPU. Topiknya berkaitan hutang berpuluh billion. Catatannya berbentuk mengampu. Dan sasarannya adalah mengampu dan membodek.

    3. Kalau kita baca tulisannya kebelakangan ini, ia menjurus kepada mahu mengampu dan bukan lagi memberi sebarang kritikan secara konstruktif. Dalam tulisan terbaru isu hutang berpuluh billion misalnya, dia terus mengampu dan membodek keputusan Odito membuat pemeriksaan, sedangkan ia baru bermula.

    4. Odito diminta untuk menyemak akaun kerana kita mahu ketelusan. Tapi, belum sempat Odito melaksanakan tugas itu, kenyataan dibuat bahawa tiada sebarang masalah dalam akaun hutang berpuluhan billion. Maka tiada perlu siasatan yang lebih meluas pula. Alasannya, beliau puas hati berkenaan hutang berpuluh billion.

    5. Maka, ramalan saya parti akan "menang lagi besar" dalam PRU akan datang walaupun isu hutang berpuluh billion tidak selesai. Justeru sokongan "membuta" oleh pemimpin bahagian adalah sangat bermakna, sebab sudah tentu mereka bukan semuanya buta.

    6. Bagi saya, tulisan AMPU mempunyai agenda tersendiri. Matlamatnya untuk mengampu. Strateginya ialah untuk membuat pembodekan. Itu saja.

    7. Membaca tulisan AMPU ini, saya rasa yang rugi adalah parti. Saya katakan demikian, kerana ia tidak akan menyelesaikan masalah sokongan ke atas parti, sebaliknya akan memburukkan lagi keadaan. Parti akan menjadi lemah dan akibatnya, kerajaan boleh menjadi goyah.

    8. Oleh itu, ahli-ahli parti perlu berfikiran terbuka dan tidak menerima bulat-bulat sesuatu pembodekan yang dilontarkan. Ia perlu dianalisa, ditapis dan dibuat perbandingan dengan pembodekan yang lain. Jika kita berpuas hati barulah boleh turut membodek dan mengampu.

    9. Lebih penting, kita perlu sentiasa waspada dan berhati-hati dengan pengampuan dan pembodekan bersifat peribadi. Jangan mudah terperangkap dengan pembodekan satu pihak sahaja. Kita perlu kaji pembodekan pelbagai lapisan. Jika berpuas hati baru kita turut membodek.

    10. Seperti di beri peringatan dulu, semua pengampu perlu bersatu dan mengekalkan semangat mengampu bagi mengekalkan kehilangan dua pertiga Parlimen dalam PRU akan datang. Kemungkinannya parti akan kehilangan lebih dari dua pertiga, mungkin tiga pertiga atau empat pertiga.

    11. Semua pengampu perlu meletakkan sasaran untuk memastikan parti terus kuat dan menang dalam pilihan raya, lebih tinggi daripada sebarang kepentingan peribadi, kecuali kepentingan peribadi pihak lain.

    12. Permasalahan dalaman parti perlu dikurangkan bagi memastikan sokongan membuta kekal.

    13. “Antara ‘pull factor’ (faktor penarik sokongan masyarakat kepada parti) adalah semangat sepasukan, kurangkan permasalahan dalaman dan jangan cantas-mencantas antara satu sama lain. Jangan wujud dua pasukan dalam satu bahagian sehingga kita serba salah nak pilih”.

    14. Untuk itu, beliau berterus-terang mengingatkan ahli supaya mengetepikan ‘pejuang bangsa’ dan ‘patriot negara’ dalam parti yang sering mengingati isu kebocoran, ketirisan, penipuan dan pembohongan sehingga menggugat perpaduan di kalangan anggota.

    15. Parti berkeupayaan untuk kalah lebih dari dua pertiga atau kalah terus dalam pilihan raya sekiranya ‘pejuang bangsa’ (bersemangat patriot) ini tiada dalam parti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. apo ko bondo yang kau melalut ni jang..tak paham sey do..kau melalut macam ni pun bkannyo dapek buek apo pun..sapo yang berkuaso, dio lah yang untung..rakyat macam kito ni, tunggu jo la pilihan rayo nanti..kok marah dongan kerajaan, haa pangkah la PR..
      manusio yang marah dongan najib ni pun sobanar ae yang projek tak dapek jo..pendek cito termasuk la dongan TDM tu..tak yo cukup2 makan lagi..lagi elok copek2 negaro ni hancur jo..baru samo2 susah kito..

      Delete
    2. APO KATO KITA WAT RULE BARU..BERGILIR 2 PAKATAN DGN BN PERINTAH MALAYSIA..10 TAHUN SORG.BOSAN LA AKU TGK KETURUNUNAN DIA JE JD PM..SPM BKN STRAIGHT 15A PUN,..LAHIR2 IQ 200 KE..PATUNYA LA..NK JD PM..KENA IQ TEST ATAS 150..BARU LA TK KENA TIPU DEK TUKANG AMPU KIRI KANA..

      Delete
  5. Anon 5.16
    Tak payah lah nak cakap 52% Undi diperolihi olih PR pada PRU 13 dulu.Undix ini datang daripada mana,bukankah dari Urbanite.Apa UMNO bangang sangat ke tak tahu strategi piluhanraya di Msia ini atau sdr memang kalangan burunh kakak tua.Bukan juml;ah undi yang menentukann siapa memerintah Malaysia tapi jumlah kerusi Parlimen yang dimenangi akan menentukannya.Guna otak sikit contohnya kwsn Puchong aja jumlah pengundinya aja telah menyamai jumlah undi di tiga kawasan parlimen luar bandar.Kalau nak tukar undangx ini suruh lah Fizi,Mahfuz,Nurul dan Tony Pua dan Badutx lain usulkan pertukaran di Parlimen
    Kalau sdr nak bincang PRU 14,sdr buka mata dan buat tafsiran ke atas situasi PR sekarang,alang kan dgn situasi begitu jitu dengan sokongan padu 90% kaum mata sepet pun jumlah kerusi Parlimen yang dimenangi olih ketiga tiga parti dicampor pun sama banyak denang dimenangi olih UMNO saja pada PRU 13 lepas
    Tidak ada banyak yang bolih dibuat olih kjaan untuk menambatkan hati golongan Urbanites selagi mereka merubah cara hidup mereka sendiri.Contoh yang baik BRIM,bagi orang town RM500 memang tan berbaloi.pergi makan di Seafood Restuarant satu famili daah habis,tetapi bagi orang Kampong ia nya berkemungkinan bolih menampong hidup mereka sebulan
    BN atau Najib tidak perlu 2/3 majoriti untuk terus memerintah,hanya dgn simple majoriti saja atau bolih memajukan negara,tidak perlu nak menggubal undangx dan peraturan lain kerana ianya sudah mencukupi bagi satu satu kjaan untuk memerintah dengan effektif..Sedition Act jika dikaji dgn teliti bolih melupuskan kekebalan Ahli Parlimen saperti kes Nurul,.
    Justeru itu kita dapat lihat sejak PRU 13 ada ke Najib atau Kjaan pusat banyak menambor wang kepada kwsn bandar terutama kwsn mata sepet,kurangkan,Najib banyak menjaga hati rural folks [votes banks] sebagai mem,balas budi dan selagi mereka ini selesa dan dijaga dengan baik,percayalah mereka tak akan kecewakan orang yang yang memberi mereka kesenangan.
    Cakapx banyak orang muda sokong Oppo,tapi tanya mereka dalam 10 hanya 1atau2 aja yang mendaftar sebagai pengundi,yg blain banyak bagi excuse.Jangan salah tafsiran yang berdemo itu ahli akar umbi Oppo,tanya mereka GST pun tak tahu,mereka join untuk samada diberi habuan atau sukax menghabiskan masa hujung minggu.

    ReplyDelete
  6. audit akaun dgn audit forensik lain kan ?
    ada sesiapa boleh beri pencerahan
    terima kasih

    ReplyDelete
  7. audit akaun...akaun tu masih hidup
    akaun forensik..akaun dan kampeni tu memang dah ghuyub

    ReplyDelete
  8. Aku bayar cukai. Aku ada hak nak tau apa jadi dengan duit aku. 1MDB pakai duit rakyat termasuk duit aku. Setakat kata fitnah ke ape aku tak boleh terima!

    Pilihanraya nanti aku tekad undi rosak. Dah ada keluarga terdekat yang agree dengan aku.

    Agak2, aku sorang je ke fikir camni? Silap2 satu kampung ok! Kalau Najib tak blah memang lingkup UMNO PRU14 ni. Lantak lah nak jadi apa pun!

    Aku kenal Tun M. Dia takkan tuduh membabi buta. Ini Tun M yang digeruni kawan dan lawan, sebab ketelitiannya. Ini Tun M ok. Bukan macai pembodek UMNO!

    Sampai Singapore pun gerun kat dia. Ko hader?

    ReplyDelete
  9. Anon 2.17
    Apa bongok kau ini,.Khairuddin tu dipecat bukan pasal dia repot kes 1MDB, dia dipecat kerana dia Muflis.Orang muflis mana bolih pegang jawatan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIREN dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIREN di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIREN saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIREN karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI....Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












      Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIREN dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIREN di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIREN saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIREN karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI....Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI

      Delete
  10. "Hari ini ketua-ketua Umno atau ahli Parlimen memperolehi pendapatan sampai RM50,000 sebulan, malahan setengahnya ratus juta... Jadi dengan kedudukan itu, sukar untuk mereka meninggalkan Najib, sebab politik Umno ialah politik perut." - TENGKU RAZALEIGH HAMZAH

    ReplyDelete
  11. Kalau Ketua Bahagian tak boleh meninggalkan Najib, maka biarlah Ketua Bahagian itu ditinggalkan pula oleh rakyat semasa PRU14 nanti!

    Paneh - boleh tolong senaraikan semua Ketua Bahagian kek Nogoghi ni? Den nak senarai hitamkan. Kalau sapo jadi calun PRU14 nanti, den pangkah muko dio biar jadi undi rosak yo!

    ReplyDelete
    Replies
    1. jgn risau..kito tak do nak cium bontot org..nasib isa samad dah takde...ns9 menhargai kerajaan negeri dan pihak istana..

      Delete
  12. Anon 5.16
    Thank you for admitting not everyone is bodoh.

    On 1MDB,I will not rebutt your arguement,cos in this type of case where there existed lots of loopholes and Iam not an economist per se,there is no point for me to go further.To find mistakes is easier than to defend .If you think you are right only time will tell and just be patience for the result for all the whatever action taken.Avoid making speculations and presumptions.

    On the 52% votes gained by Oppo was expected and these votes were mainly received in urban areas where the urbanites were known to be anti establishment lots.Additional to these during the Cinese went out in full force to topple the govt but they forgot the Constitution of Msia spelled out it is not the sum of voters gained determined for will govern Msia but the Parliament seats won will determine it.Bare in mind the total voters ia some Parlimentary constituencies e.g Puchong is equivelent three Parliament seats in rural areas.Even with the favourable situation and nearly 90% of Chinese backing PR .the total of Parliament seats won by the three parties added together were nearly the same amount by UMNO alone.
    For the coming GE 14,I would like to suggest to you to do an appreciation and assessesment of your own on the situation of PR parties now and for the coming three years.It was proven that BN esp UMNO will be more formidable if there is threat from outsiders.

    Ada yang bertanya bagaimana hendak mengembalikan sokongan urbanites terhadap kerajaan selain meremeh dan memperkecilkan.Tiada niat untuk meremeh dan memperkecilkan mereka tetapi ianya adalah satu fakta yang jelas kebanyakkan dari mereka adalah anti establishment.Tiada direct solution kepada mendapat sokongan mereka kembali melain mereka sendiri terutama yang berbangsa Melayu dan Islam kembali pada asas dan megenang kembali usul asal mereka dan mendekati lebih dekat lagi kepada pegangan Agama yang memeritah kita supaya bersikap sederhana di dalam apa jua perkara yang dilakukan.

    ReplyDelete
  13. Anon 9.37 pm, nice try, tapi masalah problemnya, i don't consider my self as "anti establishment", yet i don't think this current government is heading towards the right direction.

    Sekiranya UMNO berterusan defensif begini, bukan sahaja parti tapi negara yang menuju kehancuran!

    ReplyDelete

  14. Salam

    PM jangan peduli apa veteran Umno ni cakap. selagi 154 ketua bahagian sokong you, you buatlah apa saja. nak beli kapalterbang ke. nak simpan duit kat cayman island ke. nak bagi pinjaman kat jho low ke. nak bagi petrosaudi pinjam ke... buat saja

    ketua bhg 154 org ada sokong you.

    you jgn peduli rakyat 30 juta ni. di msia you hanya perlu jaga ketua bhg saja.

    tu pun tak perlu semua. 154 dah cukup.

    selamat bertugas DS Najib

    ReplyDelete
  15. 10.43
    I really hope that most of the urbanites have the same attitude like you,but sadly more than 3/4 are not.If you think the current govt is not doing enough,are you sure the alternate govt of your own choosing will do better,good e.g.Is Sgor state govt provide the best for the her rakyat mostly urbanites,rubbish collection not properly done,potholes which endanger motorists,constant water shortages,so on.
    Pse do not blame all the shortcoming that face by the urbanites solely on the govt,everybody has to play their part,the rakyat and esp the Oppo Reps.From what I see everytime when any new development projects planned by the govt,these politicians were the first to oppose with thousand and one reasons.There were lot of examples which I think you know yourself.
    So good luck to you ,and I hope your MP or ADUN whoever they are and which party he/she belongs to will serve you to your satisfaction or you yourself and families to change your lifestyles as fitted and affordrable for you.

    ReplyDelete
  16. I don't even know who is my ADUN. Cuma nampak gambar masa pilihanraya. Lepas tu kami bawak hidup haluan masing-masing. Tak kacau sesama sendiri kecuali masa nak dekat pilihanraya sekali lagi. Masa tu tiba2 dapat sms pulak dari calun dan MB NS hehe.

    JKKK lagi lah tak kenal. Cuma selalu dengar cerita dari orang kampung yang segala bantuan kambing ke lampu jalan atau jalan tar, semua dibolot kroni sendiri.

    Itulah realiti kehidupan rakyat kebanyakan kat Negeri Sembilan. Kami tak pernah ambik port pasal kehidupan orang politik. Sebab itu NS susah berubah angin. Tapi kalau dah melampau2 sangat orang politik buat hal, bukan sahaja berubah angin, boleh naik angin jugak!

    Seperkara mengenai orang NS, amat rapat dengan mak sedara pak sedara. Jadi virus undi mudah menular.

    Jadi Paneh tolonglah- letakkan nama semua Ketua Bahagian di NS dengan gambar sekali ok. Senang nak story kat Mak Long dengan Mak Ngah inilah orangnya yang sokong sangat bini Najib:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bangga jd anak ns9..kita mmg xde masa nak kipas2...hidup utk diri,keluarga dan tuhan aja dah penat...

      Delete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."
Blog Widget by LinkWithin

Blog Archive