Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Tuesday, February 4, 2014

Pengganti Najib

Cakap-cakap dikalangan orang UMNO mengakui bahawa Najib sangat lemah sebagai Perdana Menteri. Malah rakan-rakan dari parti komponen BN juga berkongsi sentimen yang sama. Kalau tanya orang luar UMNO dan BN lagilah menyampah dengan Najib. Masing-masing ada alasan dan hujah tersendiri, Najib penakut la, Najib tak mampu berfikir sendiri la, Najib tak habis belajar la, Najib hanya dengar cakap Konsetan la, bini Najib tak takut Najib la, Najib boros la, Najib tak tau urus ekonomi la, Najib kemaruk pujian AS dan barat la, Najib jilat Cina la, Najib kangkung la, Najib itulah, Najib inilah...sampai tak larat nak dengar. 

Tapi walaupun ramai pihak mengakui bahawa Najib tersangatlah LEMAH, tiba-tiba orang Najib matikan hujah mereka dengan bertanya soalan, "kalau Najib disingkirkan, siapa yang layak ganti Najib?..Siapa...siapa?" Terus pengkritik Najib senyap...tak tau nak balas macamana.

Sebenarnya soalan siapa yang layak ganti Najib hakikatnya telah merendah-rendahkan kredibiliti sebahagian besar pemegang jawatan dalam UMNO. Seolah tiada siapa pun penyandang jawatan bermula daripada Timbalan Presiden dan ke bawah dalam UMNO yang layak menggantikan Najib. Seolah semua pemimpin UMNO kecuali Najib adalah bodoh belaka. Itulah makna tersirat "Siapa yang layak ganti Najib?"

Tidakkah orang-orang Muhyiddin akan berasa tersinggung? Atau orang-orang di kalangan Naib Presiden, kecuali Hisham. Tidakkah KJ terasa apa-apa? Bukankah KJ menyimpan hasrat menjadi PM termuda dalam sejarah Malaysia? Atau Mohamad Hasan, MBNS yang memang bercita-cita untuk menjadi PM? Tapi kok Tok Mad jadi PM, den sokong yor. Heh!

Tiadakah dikalangan pemimpin UMNO hari ini yang rasa terhina dengan kenyataan "TIADA YANG LAYAK MENGGANTIKAN NAJIB"? Tidakkah Ketua-Ketua Bahagian UMNO yang ada di Malaysia ini terasa diperbodohkan oleh orang-orang Najib dan Najib sendiri? Atau Ketua-Ketua Bahagian UMNO terikat dengan skandal hingga tak tergamak nak 'langgar' Najib?

Sampai bila orang UMNO dan BN nak paksa rakyat berkompromi dengan Perdana Menteri yang lemah seperti Najib? Sampai bila rakyat nak dipaksa rela untuk berdiam dengan segala kelemahan Najib? Dah terang-terangan semuanya mengaku Najib lemah, terang-terangan juga rakyat dah tunjukkan rasa tidak hormat pada Najib, tapi pemimpin UMNO dan BN masih lagi nak 'simpan' Najib? Tidakkah ini kerja paloi namanya?

Mungkin dah sampai masanya kem Najib cipta isu panas untuk Najib selesaikan, sekaligus diangkat sebagai hero bagi mengembalikan kepercayaan rakyat padanya sebagaimana yang sering dilakukan Anwar. Namun jika situasi semasa dijadikan rujukan seperti isu kalimah 'Allah' pun Najib masih tak mampu menjadi jaguh, memang selayaknyalah Najib disingkirkan segera daripada parti dan kerajaan.

Walaubagaimanapun sama ada Muhyiddin atau siapa saja yang bakal gantikan Najib, ianya adalah risiko yang berbaloi untuk diambil sebelum UMNO dan BN hanya dijadikan bahan sejarah di muzium Johor oleh pengundi di PRU-14.

Bakal PM Malaysia? Heh!

Monday, February 3, 2014

Pemimpin UMNO Bangang

Dah sekor lopong jadilah...jangan dinambah-nambah kebangangan UMNO.

Presiden UMNO dah ditimpa bertubi dan berlori tan tentang kangkung...tapi sobab laskar siber UMNO tak bertenaga-bengap-sengal, maka, kelihatan UMNO Bangang dari perspektif umum.

Kini, bilo Anwar Ibrahim dijadikan "bahan berita" yang sensasi oleh pasukan perosak negara, hingga memberitahu media bahawa dio calon bertanding di Kajang...dah kau biarkan dio syok sendiri.

UMNO-BN jangan layan. Buat tak peduli, jika media tanya dalam apa juo keadaan, tak perlu balas sebarang jawapan. Cukup sekadar memaklumi, eloklah itu urusan Anwar Ibrahim dan SPR.

SPR terpaksa buat Pilihanraya Kecil kerana ini peruntukan undang-undang.

Nama manusia seperti Khairy Jamaluddin yang nampak terperangkap bilo ado hantu sebut nama Lee Chong Wei sebagai calon BN untuk Kajang, pun pedulikanlah...apo handal bonar, bilo seolah-olah dio dilabel secara terbuka sebagai Aset Negara...apo punyo bingai Menteri Belia dan Sukan Malaysia ini.

Anwar Ibrahim memancing rakyat supaya melupakan banyak kes-kes penghakiman mahkamah dan sebagainnya yang berjadual untuk dio dihakimi dalam tahun 2014.

Anwar Ibrahim dikenali sebagai "Man with 1001 faces and facets"....manusia bertalam-talam mukanya.

Pandangan terlalu ramai ahli politik emas dan purba memberikan "petunjuk" bahawa Anwar Ibrahim sedang mengalami proses "dilema Supremacy Power" yang dio masih tidak dapat menduduki jawatan paling istimewa iaitu Perdana Menteri Malaysia, dan hasratnya untuk membawa masuk RM 3 trillion daripada khazanah kekayaan Zionis yang dipusatkan di bawah Future Foundation.

Anwar Ibrahim kelihatan sedang mendorong beberapa gerakan orientalis bawah tanah Freemason, yang nampaknya sedang memenuhi Bumi Malar Hijau Kajang dan Hulu Langat. Sudah terdapat beberapa entiti kepentingan PkR-Freemason sedang beroperasi secara ad-hoc nampaknya. Ini kerja Cawangan Khas PDRM la untuk kolokaikan.

BN khasnya UMNO amat WAJIB tidak memberi sebarang responds kepada media perihal kekosongan kerusi DUN Kajang ini. Berikan SPR dan SPRM menjalankan siasatan dan kerja pilihanraya mereka. ADUN PkR yang letak jawatan ini, sedang mengurus pasport khabarnya untuk ke luar negara kerana cuti belajar. Satu escapism yang bijak, kerana status pelajar membolehkan dio secara kesian mendapat permit/visa pelajar.

Rancangan ini sudah bermula pada 5 Jun 2013 lagi, nampaknya selepas menumpaskan minda rakyat dengan "cartel" dan castelo Barang Naik (BN), kini, teknik sabotaj hidup harmoni digunakan....akhirnya gerak kerja menyatakan "rakyat mesti boleh membuktikan dan dibuktikan bahawa organisasi urusan SPR boleh diragui" adalah BENAR DAN TEPAT.

Nampaknya Najib terpaksalah bertalaqi dengan Dr. Mahathir untuk urusan Negara.

Undi Cina Kajang

Pengundi Cina Kajang rata-rata telah adjust kedudukan semula. MCA dan GERAKAN sedang melonggok segala dokumen benar dan palsu untuk mengembalikan keyakinan UMNO supaya meletak calon MCA di Kajang, walaupun menurut perisikan MCA dan GERAKAN "hanya" bekerja politik 2 jam semasa PRU-13, dan menjadikan dinding-dinding sakti DAP sebagai premis menginap dan makan tidur.

PkR galak memberi kerusi kepada Anwar Ibrahim sebagai lambang bahawa rakyat dan pengundi Kajang, bakal menerima seorang pelakon rosak akhlak dan kufur adab untuk dipilih sebagai ADUN Kajang atau lebih tepat Ahli Dewan Undangan Negeri Penjara Kajang.

Umat Melayu sudah tentu pecah berdarai. Cina kekal bersatu dalam DAP di Kajang, inilah kesan dan akibat "kebodohan" punahsihat Presiden UMNO ketika bersetuju mengadakan lawatan ke Kolej Era, Jalan Bukit, Kajang.

Apakah Johan Abdul Aziz, Ketua Bahagian UMNO Hulu Langat bakal bertindak sebagai "Panglima War Room BN" untuk perang kecil ini. Perang Kecil yang high impact mungkin?

High Impact kerana Anwar ialah bekas Timbalan Presiden UMNO, bekas Timbalan Perdana Menteri, bekas tahanan Universiti Kemunting, bekas banduan di Penjara Sungai Buluh dan Kajang, bekas Presiden Majlis Belia Malaysia dan bekas Presiden ABIM. Anwar Ibrahim memiliki pengundi simpati di Kajang dari kalangan warga pencen.

Pengundi Cina apa peduli soal main pelacur ke, main jantan ke, main bontot ke, main perempuan simpanan ke, main sendiri punya ke, main orang lain punya ke. Pengundi Cina apa peduli dengan duit, nak tabur ke tak tabur ke...

Kesilapan-kesilapan besar BN-UMNO di Parlimen Hulu Langat mesti dijadikan asas untuk Pilihanraya Kecil ini. PDM-PDM BN yang dikepalai oleh UMNO mesti bertindak sebagai markas perisikan terbaik.

MCA dan GERAKAN dijadikan kuli berahak kepada UMNO. Calon ialah calon UMNO, seperti yang pernah disaran dalam blog ini juga supaya diletakkan Dr. Jamil, pemilik KPMC sebagai Calon BN. Atau juga Dato Md. Said (Naib Pengerusi DPMM Selangor), Ketua Cawangan Sungai Kantan. Atau juga Ustaz Wan Akashah pemilik Shell simpang Taman Mesra. Atau YDP Majlis Perbandaran Kajang (pengayuh basikal keliling dunia) sebagai calon ADUN Kajang.

Pasti fenomena berbeza. Silap-silap Anwar tarik diri, meletakkan kambing hitam untuk pecah undi....

Atau Calon dari ISMA sebagai wakil BN.

Yang pasti Anwar sengaja mencetus fenomena ini, supaya rakyat leka dan bermain "wayang pacak" dengan Anwar...Pelakon Nombor Satu Malaysia. Hollywood ada offer Anwar sebagai Main Actor dalam filem terbaru Maria Ozawa! Kita tengok sama ada dia setuju atau setuju.

Blog Archive