Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Tuesday, November 30, 2010

Mencabar Raja-Raja Melayu


Pak Sedaro menjemput semua rakyat Raja yang setia dan taat kepada Wilayah Melayu untuk menggali liang lahat untuk Azizah dan Anwar dan Azmin termasuk Nurul Izzah. Trio nepotisme tiga beranak kini menjadi "kacang lupakan kulit" dan "api dalam sekam" kepada rumpun bangsa Melayu.

Kain kafan yang sekian lama menanti kehadiran Azizah dan Anwar semakin berbau kapur barus dan air mawar. Nampaknya PAS sedang menyiapkan kepingan-kepingan kapas sebagai pembalut perhiasan acara pekafanan.

DAP sedang mengurus imam Ngeh dan Ngor serta Lim Guan Eng untuk membaca talkin di pusara politik Anwar dan Azizah.

Marilah kita kafankan Trio PKR, termasuk DAP dan PAS. Mereka perlu diselam dalam kultus "Kembara Di Raja Sakaratulmaut" kerana hari ini mereka telah menempatkan diri dalam kancah pelacuran bangsa, apabila dakyah "Ketuanan Melayu" dijadikan bahan sindiran politik murahan.

Mereka telah membuka pusara kepada P.153, P.32, P.3, P.38 Perlembagaan Persekutuan. APAKAH akan berulang kembali kisah penjajahan 24 Ogos 1511? Majlis Raja-raja Melayu amat wajar ambil maklum kedudukan mereka ini. Jemput semula pingat dan gelaran yang dianugerahkan kepada mereka ke kamar istana tuanku masing-masing. Mereka kini harus diadili sebagai "talibarut, pengkhianat, penderhaka, dan munafiq kepada Bangsa Melayu" yang mana simbol Ketuanan Melayu itu sendiri adalah Raja-Raja Melayu.

Pak Sedaro fikir pada masa ini, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu sedang menyusun langkah untuk melunas hutang-piutang Anwar kepada "Ketuanan Melayu". Ambil iktibar segera, Pak Engku. Anwar Ibrahim melalui Azizah sudah bertaklik "Mencabar Kedaulatan Raja-Raja Melayu".

Monday, November 29, 2010

Azizah Juga Kurniaan Tuhan

Pak Sedaro amat simpati tahap gaban pada Kak Azizah The Legend, kerana bermati-matian mempertahankan Anwar Ibrahim, suaminya yang berselera luar biasa dan hidup dua alam serta dua identiti.

Benar bahawa semua insan ialah kurniaan Tuhan. Gillard di Australia pun kurniaan Tuhan. Anak-anak yang merempit itu juga kurniaan Tuhan. Tapi kurniaan Tuhan semata-mata tidak menjadikan semua orang 'wajib' diangkat darjatnya, terutama ianya sespesis Anwar Ibrahim yang terang-terangan telah menjadi musuh yang amat nyata kepada umat Islam di bumi Melayu ini. Anwar Ibrahim kini sedang menghadapi kecaman maut daripada media. Tapi untuk tugasan liberalisasi media di Malaysia, editor Mingguan Malaysia memberi "highlight" kenyataan Azizah, anak angkat Wan Ismail ini.

Nampaknya jihad songsang Anwar Ibrahim dalam impiannya untuk tidur baring dan bermukah di istana Seri Perdana seperti yang diidamkan selama ini sudah di penghujung epilog cinta .

Sekolah simpang-siur Anwar Ibrahim merupakan sekolah latihan kepada kefahaman pluralisme, liberalisme, sosialisme dan sekularisme yang ditaja oleh Zionis. Institut Kajian Dasar yang dulunya menjadi pusat kajian ilmu UMNO semasa Anwar Ibrahim sang lanun darat menjuarai kerusi Timbalan Presiden UMNO, kini menjadi markas tarbiyah politik murahan dan jembel. Pedagogi ilmu politik miskin yang dipelopori oleh PKR khususnya dalam koloni DAP dan PAS, ialah "Mencipta kehancuran dan kejahanam sebuah Parlimen Melayu di Wilayah Melayu".

Apakah peristiwa Memali moden akan kembali atau peristiwa Rundingan Baling moden akan berulang? Bilakah orientasi nasional untuk menjana kekayaan Bangsa Teras akan dimakmurkan oleh pemimpin barisan hadapan UMNO? Bilakah rakyat akan menikmati kesan kepada kekayaan harta dan ilmu yang luwes?

Ohh, Azizah...anda memang taat kepada sang suami, walaupun dia hari ini mencetak diri sebagai "The BEAST".

Sunday, November 28, 2010

Memoir MEMALI

Pak Sedaro terasuk untuk menulis cebisan sejarah dan cerita benar tentang Memali, apabila diusik dengan pukulan maut oleh seorang insan yang pernah terlibat secara langsung dalam peristiwa berdarah Memali, dek kerana "Ibrahim Libya-Ahli Neraka".

Ibrahim Libya bukanlah seorang patriot seperti yang dimomok oleh PAS. Dia tidak syahid seperti yang digebang oleh PAS. Kuburnya yang diheboh sebagai seharum bau kasturi kononnya, adalah kubur yang telah disimbah dengan Minyak Atar Subuh, yang dibeli bertong-tong oleh ortodok Ibrahim Libya.

Ibrahim Libya merupakan manusia yang kejam dan zalim. Dia memberi arahan pada pengikutnya yang berhadapan dengan pihak berkuasa, untuk membina tembok dan benteng manusia daripada kalangan perempuan tua, ibu mengandung, anak-anak kecil dan remaja yang bersenjatakan parang, pedang, tombak dan apa jua alat dan perkakas yang boleh ditakrif sebagai tajam, merbahaya dan boleh membunuh.

Ibrahim Libya seorang pengamal ajaran sesat yang mentafsirkan bahawa perjalanan rohnya sudah melewati mukjizat yang kononnya setaraf seperti seorang nabi. Dia sudah membenarkan zikir-zikir yang diputar belit, sehingga ada dikalangan pengikutnya yang taksub melampau boleh membenarkan proses "ringan-ringan" di antara mereka yang bukan muhrim.

Maklumat tentang kedudukan Ibrahim Libya yang semakin terpesong akidah dan survival umat Islam di perkampungan yang jauh ke hulu iaitu mukim Memali, merupakan lokasi pengkaderan soldadu Imam Mahadi, kononnya. Ramai ahli PAS yang sedar akan pemesongan akidah ini telah lebih awal "cabut lari", tapi mereka tidak pula membuat laporan kepada Mufti Kerajaan Negeri Kedah, mahu pun Kadi Daerah Baling.



PAS tidak layak rupanya menjadi pelapor kepada permasalahan rakyat, dan ini dibuktikan dalam insiden berdarah Memali. Ibrahim Libya mengumpan para sukarelawan RELA yang mempunyai senjata api, dan tuan-tuan miliki senjata api, untuk berjuang bersamanya dengan mempraktikkan ilmu sihir yang dipelajari daripada wat-wat Siam di Selatan Thailand. Ibrahim Libya sebenarnya dicari oleh polis khas Thailand kerana bersekongkol menyebarkan dakyah dan fahaman Komunis-Islam, serta menganjurkan keganasan sebagai medan mencari perdamaian.

Alhamdulillah, Allah memberi hikmah kepada Malaysia kerana sejak peristiwa Bukit Payung di Batu Pahat, dituruti dengan Memali, kemudian Al-Maunah di Jenalik, kita masih menjalani kehidupan yang aman dan damai. Barisan patriot yang terdiri daripada anggota tentera dan polis, yang bertugas tanpa rasa gusar, gentar dan khuatir, sanggup menggadai nyawa demi menjaga kerukunan yang WAJIB ke atas Bumi Islam iaitu Malaysia ini.

Inilah implikasi tersirat daripada kekuatan Perjanjian Hudaibiyah dan Piagam Madinah yang menjadi resepi dan ramuan penyusunan dan pengazetan Perlembagaan Persekutuan 1957.

Anak kecil yang pernah menangis semasa tragedi berdarah Memali dulu, kerana melihat bapanya seorang Koperal Polis dari Cawangan Khas ditetak dengan pedang oleh pengikut Thaghut Ibrahim Libya, hari ini, anak kecil itu sudah berumur 35 tahun. Bapanya baru pencen daripada pasukan.

Seorang pegawai penyiasat yang undercover sebagai pengikut paling setia kepada Ibrahim Libya daripada Bahagian Perisikan, kini sudah mampu tersenyum dan saban hari sujud syukur, kerana manusia derhaka dan khianat kepada tanahairnya sudah terhapus di muka bumi ini.

Inilah fahaman Syiah yang didodoi oleh PAS dengan memperalatkan Ibrahim Libya. Di gelar LIBYA kerana dikhabarkan pergi berguru di Libya. Walhal, sepatah haram bahasa Arab pun Ibrahim Jakun ini tidak tahu, tetapi diberi taraf pula sebagai Mursyid oleh pengikut kufurnya. Moga Allah ampuni dosa semua pengikut yang dibodohi Ibrahim ini. Moga semua anak dan keluarga insan yang pernah dikhianati oleh Ibrahim Libya, diberikan keampunan Allah jua.

Memoir MEMALI ialah nostalgia pahit kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad jua. Allah Hu Akbar.

Blog Archive