Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Wednesday, March 25, 2009

Pengasas Rasuah dalam Umno

1. Umno kini sering dikaitkan dengan budaya rasuah yang secara tidak langsung mampu menghancurkan parti serta memberi kesan kepada negara dan generasi masa depan.

2. Sama ada kebanyakan kita sedar atau tidak, gejala tersebut mula dikesan sekitar awal 1980an dan masalah itu berterusan menjadi polemik sehingga kini.

3. Kemasukan Brader Anwar Bin Ibrahim ke dalam UMNO sejak 29 Mac 1982 turut membawa sekali amalan rasuah dengan pelbagai janji imbuhan serta wujudnya penularan sampul berisi di kalangan ahli-ahli Umno.

4. Namun disebabkan kelicikan Brader Anwar Bin Ibrahim ketika itu, penggunaan politik wang tidak dibincangkan secara terbuka seperti hari ini tetapi dilakukan secara senyap agar tidak memalukan para pelakunya.

5. Brader Anwar Bin Ibrahim naik dengan pantasnya dalam hirarki kepimpinan Umno, malahan banyak perkara pelik yang berlaku selepas kemasukannya. Antaranya Brader Anwar Bin Ibrahim berjaya menjadi Ketua Pergerakan Pemuda hanya dalam tempoh 6 bulan selepas menyertai Umno. Bermula dengan jawatan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk menjaga hal ehwal agama, menjawat jawatan Menteri Belia dan Sukan, Menteri Pertanian dan seterusnya sebagai Menteri Pelajaran; kesemuanya dilakukan dalam tempoh kurang dari 6 tahun selepas menyertai Umno.

6. Pada 1987, Brader Anwar Bin Ibrahim naik setakuk lagi dalam hirarki kepimpinan Umno dengan menjadi salah seorang Naib Presiden. Jawatan Timbalan Presiden Umno yang diidamkan Brader Anwar Bin Ibrahim akhirnya berjaya diperolehi pada 1993 melalui cara yang tidak pernah diamalkan dalam parti sebelumnya iaitu dengan memalukan Tun Ghafar Baba serta meminggirkannya secara senyap menggunakan kuasa politik wang.

7. Brader Anwar Bin Ibrahim ketika itu dilaporkan telah menubuhkan pasukannya sendiri di setiap negeri dan hampir kesemua Ketua Bahagian telah diminta bertemu anWAR secara sulit untuk menerima imbuhan yang amat besar. Kebanyakan Ketua Bahagian juga disogok dengan pelbagai janji termasuk akan dilantik menjadi Menteri Besar sekiranya mereka mencalonkan anWar sebagai Timbalan Presiden UMNO.

8. Terdapat juga Ketua Bahagian yang diugut, sekiranya menolak tawaran dan imbuhan daripada Brader Anwar Bin Ibrahim, maka individu tersebut tidak akan memperolehi sebarang jawatan seandainya anWAR berjaya menjadi Timbalan Presiden Umno.

9. Brader Anwar Bin Ibrahim ketika itu turut meluaskan pengaruhnya ke setiap negeri, sehingga dikhabarkan hampir keseluruhan Ketua Bahagian Umno Sabah pernah mendapat imbuhan bernilai jutaan ringgit serta janji untuk memperolehi jawatan Menteri dan Ketua Menteri.

10. Rentetan itu maka pada tahun 1993, sebanyak 137 (95%) daripada 145 jumlah keseluruhan Umno Bahagian telah mencalonkan Brader Anwar Bin Ibrahim untuk jawatan Timbalan Presiden, sedangkan Tun Ghafar ketika itu hanya menerima 7 pencalonan sahaja. Umno Bahagian yang asalnya menyokong Tun Ghafar telah menukar keputusan pada saat-saat akhir selepas pertemuan dengan agen Brader Anwar Bin Ibrahim.

11. Ramai ahli Umno maklum akan kenyataan media Brader Anwar Bin Ibrahim sebelum itu yang menyatakan kononnya dia tidak akan mencabar Tun Ghafar untuk jawatan Timbalan Presiden kerana mengibaratkan Tun Ghafar sebagai bapa.

12, Itulah natijah politik wang yang diasaskan Brader Anwar Bin Ibrahim dalam Umno dan ianya turut diaplikasikan olehnya dalam kepimpinan dan pentadbiran negara sehingga hampir menghancurkan Umno dan ekonomi negara yang semakin merudum selepas itu.

13. Namun, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh dilenyek juga kerana bangkai gajah sukar disembunyikan, apatah lagi pekung Brader Anwar Bin Ibrahim yang membusung busuknya.

14. Sepantas Brader Anwar Bin Ibrahim mendaki puncak kuasa, sepantas itu jugalah dia tersungkur jatuh. Maka sewajarnya ia menjadi pengajaran kepada ahli Umno dan masyarakat umumnya. Terbukti bahawa wang ringgit tidak mampu untuk mengekalkan pangkat dan kuasa apatah lagi jika agama, bangsa dan negara turut dijadikan taruhan.

15. Hingga hari ini walau ke mana Brader Anwar Bin Ibrahim pergi, isu rasuah tetap mengekorinya umpama bayang dan badi yang melekat seumur hidup di badannya.

16. Jika dulu Umno dipalitkan, kini PKR pula menjadi medan anWAR untuk membusukkan dan Pas juga turut berbau sama dengan pekung rasuah Brader Anwar Bin Ibrahim.

17. "Walaupun anjing tak makan tahi, namun tetap akan dihidunya" dan bidalan ini adalah sangat bertepatan dengan karektor Brader Anwar Bin Ibrahim serta juaknya.

16 comments:

  1. sejak 1982 apakah Brader Mahathir buat utk henti kan gejala ini.

    takkan Brader Mahathir yang mengagungkan dirinya sebagai wira org melayu islam/wira UMNO/wira dunia ketiga tiday insaf ttg pekara ini....

    makna nyer Brader Mahathir tak sehebat yang diakui kerana Brader Mahathir lah Presiden pada masa tu bukan Brader Anwar

    ReplyDelete
  2. memang benar mengenai cara anwar membunuh karier politik ghaffar baba, itu saya masih ingat bahkan saya menyertainya bersama di Besut sewaktu mesyuarat agung perwakilan bahagian. Ketika itu ada undi bonus 10 mata bagi setiap pencalonan bahagian. anwar buat kenyataan tak akan lawan ghaffar tetapi dalam diam meminta bahagian2 mencalonkannya. akhirnya ghaffar kalah pencalonan bila dicampor undi bonus. itu lah anwar dengan politik rakusnya, kini lugatlah apajadi dengan pkr? politik wang menghantui parti itu.

    ReplyDelete
  3. apakah Ghafar mempunyai karier politik ? itu ko org panggil karier ke?

    sampai hari ini klu nak calonkan pemimpin yang lemah utk jawatan timbalan presiden UMNO, semua meberi contoh En Ghafar Baba...

    apakah ko org nak sgt seorg pemimpin yang lemah drpd seorg yg berwibawa?

    ReplyDelete
  4. InsyaAllah cubab-cubalah baca The Reluctant Politician, Memoir Tun Dr. Ismail. Mungkin saudara akan lebih faham dengan rasuah dalam UMNO ni.

    ReplyDelete
  5. nampaknya ano 12.37 ni tidaklah mengenali sejarah perjuangan ghafar. sbb tu tergamak glar beliau lemah. nak dibandingkan ghafar dgn nuar ibarat ghafar tu pohon yg rimbun dan nuar tu sampah berulat.

    -tom tem bak-

    ReplyDelete
  6. Ya Pantet Miang dah mula dah nak meraban. Aku tgk kau punya blog adalah diantara blog2 yg paling lemah karangannya. Kau kena baca byk tp nak buat macam mana umur kau masih mentah.Aku ada bersama waktu kempen anuar lwn gapar. Meka dtg ramai2 kebahagian aku waktu itu kesebuah hotel. Kami semua duduk kat lantai dewan. ajk dengan barisan dream team UMNO. Yg paling laknat dan meluat aku tgk adalah tajul rosli dan shahidan kasim. Mereka dua ekor ni lah yg paling menunjol kempen Anuar. Tp pd hari ini tgk apa jd pd meka. Ha ha di halau negeri. Kau pun nanti pantet akan ikut mcm mereka 2 sbb kau tali rasuah dan kepala fitnah. Aku lebih tua dari kau org, main politik UMNO ni. Kau org masih budak2 kanyiaq lg. Tp aku dh pencen sbb tak sesuai jiwa kena hipokrit. Bapak rasuah ialah tak lain tak bukan Mahakhinzir masa lawan Ku Li.

    ReplyDelete
  7. "Beri lah saya saf baik utk saya takbir negeri" kata Najis. Bagi kau barisan najis ada, sbb 99 peratus UMNO rasuah. Kalau bagi kau saf sembahyang tak pa lah ini kan utk kau heret melayu jadi macam kau. Bini pun tak bertudung, kata nabi itu dayus tak bau syurga. aku tgk rambut palsu tinggi perm bila nak pakai telekung sembahyang. Mcm mana nak pimpin rakyat. Beri aku barisan Najis sbb aku kepala Najis ganti kepala najis tua mahshithead.

    ReplyDelete
  8. yang ngutuk tu nampak eh orang yang samo.. biasolah orang PKR baling batu sembunyi tangan..

    ReplyDelete
  9. pelik pulak tgk bapa tom tem bak yg ngaku diri tua ni tp mencarut tak hbs2. org tua yg kuat carut ni cuma org nyanyuk or latah je. disebalik latah dia tu ngaku plak si nuar tu perasuah wlpn pakai ajen. dan paling best ngutuk blog ni mentah dan lemah karangan tp dia sendiri trcabar bila bca artikel trus kasi komen. mcm dia knal je siapa disebalik blog ni. hahahahahahahahahah..lawak antarabenua la lu org tua. dah la tarak idntiti smpi pakai org punya iden. hancus ada org pencen mcm lu ni.

    -tom tem bak-

    ReplyDelete
  10. Tharieg diayuddin blum jawab lagi kepala fitnah dan bapak rasuah sobonarnyo tak lain tak bukan Mahashithead. tom tem bak pun emosi mcm parpu kari. Jangan jadi parpu kari, dia ni anak saudar sikander kutty. Meka ni maaf la ckp benih DKK. Sbb tu aku tak caya puak2 ni. Tapi hangpa ahli UMNO pantang tgk ada duit sikit, mula lah nak sembah. smlm terlihat jugak aku ceramah mengada2 Najis, Belakang dia ada dok rapat Sub bahan Kamal Hassan dan Reezal American. kau org takda org lain ka nak sokong. Yg melayu campur ni kau org sokong buat apa. Yg mami ajk wanita johor yg MB johor raba tangan dan bahu aku tak ingat tp DKK juga. Ketua puteri 5 dari 6 org anak mamak. Pening2!. Bersaatu kita bersatu. United Mamak/mami. aku dh tua tapi tak buta perut mcm Pantet Miang dan Gotah lantun penulis upahan.

    ReplyDelete
  11. salam bro paneh dan rakan2.
    1st nak ucap tahniah sbb lately ni kami tgk hit paneh blog naik mendadak. unique visitors hampir seribu sahri. tu blum plus yg repeat baca. baguih la lagu tu. sbg antara yg terawal baca blog ni kami pun tumpang bangga. patut la ano atas ni dan ramai yg panas buntut (mcm nuar lee what) bila baca posting. keep up d good work kpd smua warga paneh. call a spade a spade!!!!!!

    ReplyDelete
  12. Apa ni Najib sunyi sepi aja, tak rock la dpt PM yg pengecut. Yang kau mintak barisan padu nanti ada Solid Shit. Timbalan kau Mat tyson ada kureng sikit Bahasa Inggeris dia. Muhyiddin krg Umph. Rustam kureng sikit dia punya pelajaran. Mukriz pun kureng juga pelajarannya masuk MRSM pintu belakang tp aku heran jadi presiden MRSM. KJ pandai tp barisan Temasik. Toyol bersih ada 20kes aduan rasuah. Rfidah dah sama umur ngan samy vellu pun ada isu saham. Shah rizat pun tewas ngan wanita PKR. Puteri pulak ada 5anak mamak. Hai taktau lah inilah barisan padu. Saja aku nak bagi naik sikit Blog Pantet Miang ni sdd dia kureng sikit modalnya. Asyik bertiori aja. budak2 katakan akai pendek.

    ReplyDelete
  13. Kalau sorang tu dah tak de besok baru SEGALA nya AMAN.

    ReplyDelete
  14. saya faham siapa yg melayuangkat maksudkan.

    Wak Cool.

    ReplyDelete
  15. Hari ni KJ dah menang. Paneh dan Miang botui aku eh. Cinabe punya wakil pemuda, kalu jenis makan taik makan taik jugak. Tp pandai jugak KJ ni main ulur last minit. Weeheeheeh nangis aku macam mantan Ketuo DS Hishampondan sebijik mcm bapak mu kaki nangis atas pentas. Harap keris pun dah berapa kali cium sampai karat. Kalu jenis ponen tu ponen jugak. Cari makan!!!

    ReplyDelete
  16. atok heran sikit nengok ano-ano yang mengutuk dengan membuat panggilan yang menjijikkan tu. dio orang tu macam dah dapek tiket masuk syurga. cakap nak memulih negaro supayo lobih baik lagi, tapi apokah boleh dipulihkan oleh si tukang carut dan si tukang maki. yoo lah, tok guru eh cakap "tuhan pun mencarut"

    ReplyDelete

Blog Archive