Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Saturday, February 8, 2014

UMNO baca!

KUALA LUMPUR: PAS menggesa Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) membatalkan tindakan pendakwaan terdahap Mejar Zaidi Ahmad kerana membuat kenyataan media berhubung isu dakwat kekal pada hari pembuangan undi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) lalu.


Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, pendakwaan ke atas Zaidi adalah satu tindakan yang tidak wajar malah akan memalukan institusi tentera secara keseluruhannya memandangkan anggota itu hanya menzahirkan haknya sebagai seorang pemilih yang sah.


"Kes ini adalah berkaitan hak dan kebebasan demokrasi berparlimen. Ianya bukan kes salah laku dalam tentera secara khusus.

"Dia buat atas dasar hak dia sebagai seorang rakyat, dan terpanggil untuk menyatakan kepincangan yang berlaku dalam pilihan raya yang dia alami sendiri.

"Jadi kita mintak pihak tentera membatalkan, atau tarik balik pendakwaan kes tersebut," katanya kepada Harakahdaily.


Zaidi dilaporkan akan dihadapkan ke Mahkamah TUDM Pangkalan Udara Kuala Lumpur esok atas tujuh pertuduhan kerana membuat kenyataan media berhubung isu dakwat kekal pada hari pembuangan undi PRU13 lalu.


Lima daripada pertuduhan berkenaan di bawah Seksyen 50(2) Akta Angkatan Tentera 1972 sementara dua lagi membabitkan Seksyen 51 akta sama.

Seksyen 50(2) adalah membabitkan kesalahan tidak patuh kepada pegawai atasan yang boleh dipenjara tidak lebih dua tahun, manakala Seksyen 51 pula tidak patuh kepada perintah tetap yang boleh dihukum penjara tidak lebih dua tahun atau hukuman ringan lain.

Semua pertuduhan berkenaan merujuk pada tarikh 1 Mei 2013 di dua lokasi berbeza iaitu perkarangan Balai Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kepala Batas dan Pangkalan Udara Butterworth.

Dalam pada itu, seluruh ahli dan penyokong PAS digesa mengadakan solat hajat mendoakan agar Zaidi diberi ketabahan dan kekuatan berdepan ujian ini dan semoga Allah mempermudahkan segala urusan beliau esok.

8 comments:

  1. Dakwat dijari saya hilang setelah seminggu.
    mejar ni buat lapuran polis utk bagitau sprm menipu rakyat ke?

    ReplyDelete
  2. Bodoh betul lah si mampoos ni, dia dituduh sebab buat statement tanpa mendapat persetujuan pihak atasan lah bodoh punya pas pis pus.
    Dalam tentera, mana boleh suka2 buat statement, kecuali mendapat restu dari pihak atasan dlm tentera.
    Ko doa lah kat tuhan pas ko tu...takkan makbul la...jahanam punya penganut..bodoh sampai ke taik2 ko pun bodoh jugak.

    ReplyDelete
  3. Siap dukong anak nk cover balik. Askar tu...

    ReplyDelete
  4. Jika bijak sangat jangan jadi askar...... jadi mampus... opppp jadi mahfuzzzzz

    PASPISPUSSSS FUUZZZZZZZZZZ

    ReplyDelete
  5. sejak bila pulak pas tetiba dok bela askar? bukan tak suka ka?

    ReplyDelete
  6. sesumpah cam tu lah nak bela rakyat konon

    ReplyDelete
  7. Ahli dia..boleh ajdi penceramah PRK kajang mejor tu

    ReplyDelete
  8. Warikh,
    Tak payah layan dio ni,kalau masih dalam service mano bolih terlibat dalam politik,ditakdirkan bersalah dan diberhentikan dengan keji,habih pencen,agak agak orang bosar bosar PR terutama Mahpoz ni nak tolong ko....

    ReplyDelete

Blog Archive