Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Monday, June 21, 2010

Hina daripada anjing...

1. Baru-baru ini kami terbaca satu komentar dalam salah sebuah artikel di blog yang tersenarai dalam rangkaian blog kami.

2. Komentar itu menyebut bahawa KPLI dan JQAF adalah projek membazir kerana kerajaan terpaksa membelanjakan wang yang banyak untuk membayar gaji guru KPLI dan JQAF setiap tahun, sedangkan tugas itu sepatutnya digalas graduan pendidikan sedia ada yang begitu ramai di IPTA serta Istitusi Perguruan.

3. Turut dinyatakan dalam komentar tersebut kononnya KPLI dan JQAF dilaksanakan kerana kerajaan ingin mengambil hati ramai para graduan yang mengangggur.

4. Komentar berkenaan jelas menunjukkan penulisnya adalah penyokong pembangkang yang skeptikal, kononnya tiada langsung kebaikan yang telah dibuat oleh kerajaan walaupun kebaikan itu jelas telah 'menyelamatkan' para penyokong parti pembangkang itu sendiri.

5. Kami sering berpeluang berpengalaman dengan para guru lepasan KPLI dan JQAF. Latarbelakang, corak berfikir, kaedah bertindak serta membuat keputusan guru-guru ini tertakluk dalam skop kajian dan pemerhatian kami. Dan rumusan yang kami perolehi, mereka ini rata-ratanya adalah penyokong parti pembangkang.

6. Berdasarkan pengamatan, graduan lepasan KPLI kebanyakannya memilih kerjaya perguruan disebabkan "itu sajalah harapan terakhir untuk kerja kerajaan" memandangkan mereka sukar memperolehi pekerjaan lain di sektor swasta yang bersesuaian dengan kemahiran ijazah yang dimiliki.

7. Kebanyakan graduan KPLI agak cemerlang di IPTA, namun tidak berkemahiran dalam komunikasi terutama dalam penguasaan bahasa Inggeris. Inilah antara masalah utama graduan Melayu, tapi masih tidak mahu menerima hakikat untuk memajukan diri menguasai kemahiran komunikasi. Tidak keterlaluan jika dikatakan, rata-rata (tidak semua) graduan KPLI inilah sebenarnya yang telah menggagalkan projek PPSMI. Kelemahan mereka dalam komunikasi hingga 'memaksa' mereka memilih bidang perguruan yang sebenarnya bukan pun kerjaya pilihan mereka, secara tidak langsung turut mengheret sama rakyat dalam kemelut PPSMI. Disebabkan mereka sendiri tidak kreatif dan lemah dalam bahasa Inggeris, maka diciptakan pula alasan yang murid kononnya tidak mampu menguasai Matematik/Sains dalam bahasa Inggeris dan sekaligus memperlekeh tahap kemampuan bangsa sendiri.

8. Datuk nenek moyang kita semasa zaman pra merdeka dahulu tiada kuasa untuk menentukan sekolah pilihan mereka dan terpaksa belajar bahasa Inggeris demi menimba ilmu, namun mereka tetap berupaya menjadi insan hebat tanpa meminggirkan jatidiri serta akar budaya bangsa. Jadi mengapa pelajar hari ini diperlekehkan pula kemampuan mereka sedangkan taraf pendidikan kita sudah semakin maju berbanding dulu?

9. Saban tahun kerajaan melalui GLCs, Yayasan, Majlis Agama, Baitulmal etc. telah menghantar ramai rakyat Malaysia untuk belajar di Timur Tengah. Destinasi pilihan pelajar kebiasaannya ialah Al-Azhar selaku universiti tertua di dunia, tetapi masih tidak mampu melahirkan graduan yang benar-benar hebat serta mampu bersaing dengan bangsa-bangsa lain di seluruh dunia. Fikiran sempit bahawa Islam itu hanya beribadah serta beramal semata-mata dan bukannya suatu cara hidup bagi memastikan orang bukan Islam gerun serta hormat dengan kehebatan umat Islam, adalah skema yang sekian lama diterapkan dalam pendidikan di Al-Azhar khasnya dan Timur Tengah umumnya.


10. Perkara ini sejajar dengan dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan Murabitun (bertekun di dalam rubah) yang dipimpin oleh Yusof Tafsiyin di Andalusia yang menggalakkan umat Islam belajar agama sahaja kerana berpendapat ilmu selain daripada ilmu agama akan melekakan umat Islam. Rentetan dasar itulah maka umat Islam sehingga kini menjadi lemah dan Eropah pula telah berjaya keluar dari kemelut "Dark Ages". Sehingga kini, tiada lagi negara Islam yang benar-benar kuat untuk menandingi kehebatan negara-negara bukan Islam terutamanya berkaitan teknologi dan pertahanan.

11. Kalangan kami pernah menyertai lawatan bagi menyelami kehidupan para pelajar Malaysia di Timur Tengah. Ada dikalangan pelajar kita yang lebih berminat mencari wang berbanding menimba ilmu di sana. Pelbagai pekerjaan yang dilakukan mereka dan antara yang popular ialah sebagai pemandu pelancong dan penjual minyak dhab. Ada juga dikalangan mereka yang berkahwin sesama mereka sehingga beranak pinak (yang sudah tentu membelakangi restu ibu bapa) atas alasan bagi mengelakkan maksiat dan dosa. Tanggung jawab serta tujuan sebenar untuk menimba ilmu sebagai pelajar telah diketepikan demi tuntutan survival kononnya.

12. Spesis seperti inilah yang apabila pulang ke Malaysia telah digelar 'ustaz' atau 'ulama' oleh kita. Mereka pulang ke negara ini tanpa kemahiran khusus yang menjadi tuntutan pekerjaan di Malaysia dan akhirnya menjadi 'penanam anggur berjaya' apabila tidak berkeupayaan memperoleh pekerjaan yang setara dengan tahap pendidikan. Beban semakin bertambah apabila mereka turut membawa pulang isteri yang dinikahi di sana bersama 'luggage' yang semakin sarat (anak-anak).

13. Apabila peluang pekerjaan semakin sukar diperolehi, maka 'ustaz/ustazah' ini sanggup melakukan pelbagai kerja, hatta menjadi buruh sekalipun dengan tangga gaji hanya antara RM500 ke RM800 sebulan.

14. Namun disebabkan kerajaan Malaysia yang ditunjangi BN hari ini sangat 'zalim & kejam', maka graduan IPTA dan Timur Tengah ini telah diberikan peluang menyertai sektor awam melalui KPLI walaupun dengan kemahiran serta kelulusan yang terhad. Dan kerana kerajaan BN hari ini sangat 'kejam & zalim' jugalah, maka graduan-graduan lepasan KPLI & JQAF ini mampu memenuhi tuntutan keperluan asas keluarga mereka.

15. Maka amat malanglah apabila ada dikalangan guru-guru KPLI & JQAF yang telah 'diselamatkan' kerajaan, bertindak pula menghasut anak didik mereka membenci kerajaan Persekutuan di sekolah-sekolah awam milik kerajaan.

16. Merujuk kembali komentar sebelum ini yang menyatakan projek KPLI & JQAF adalah projek membazir kerajaan, kenyataan tersebut mungkin ada kebenarannya; kerana kerajaan sewajarnya memberi peluang kepada ramai insan di luar sana yang benar-benar yakin dengan dasar serta polisi yang diperkenalkan kerajaan untuk diambil bekerja sebagai pelaksana; dan bukannya 'membantu' kalangan mereka yang langsung tidak mahu mengenang budi umpama gunting dalam lipatan.

17. Walau sehebat manapun sesuatu dasar itu dicipta, ia pasti tidak akan beroleh kejayaan sekiranya orang yang dipertanggungjawabkan tidak melaksanakannya dengan sepenuh hati.

18. Anjing yang diberi makan melalui tangan tuannya tidak akan sesekali menggigit tangan tuannya itu.

19. Maka, apakah taraf kakitangan awam yang secara senyap menentang serta memburukkan kerajaan persekutuan, adalah lebih hina daripada anjing?

17 comments:

  1. Wahai penulis, tahukah apa itu kerajaan, apakah itu kakitangan kerajaan, dan apakah itu rakyat... bagi aku yang lebih hina daripada anjing adalah orang yang diangkat untuk mentadbir, yang diberi amanah merasakan bahawa amanah itu hak mak bapak dia. duit yang dikutip dari rakyat itu, diumpamakan duit dia... itulah orang yang lebih hina dari anjing, tuhan menjadikan kita manusia.. diberi otak, diberi tangan, diberi kaki, badan kita adalah satu kerajaan dengan diketuai otak...umpamanya apakah salah tangan yang menampar nyamuk aedes yang mengigit kita ... adakah kita marah kerana sakit ditampar atau sanggup tanggung risiko kena demam denggi dengan membiarkan nyamok... jangan lah kita menjadi bodoh, dan memperbodohkan orang, anjing tidak hina... hanya manusia saja yang menghina anjing, sesungguhnya Allah menjadikan mahluknya dengan bersebab. berfikirlah dengan waras, jangan berfikir dengan sentimen..

    ReplyDelete
  2. Wahai Anon...

    Hang sendiri nampaknya tak faham dengan apa yang ditakrifkan dengan kerajaan...

    Kalau hang tak selesa dengan hidup berkerajaan, hang memang selayaknya hidup dalam hutan... di situ hang akan lebih mulia dari beruk ataupun anjing hutan....

    Hang bangang dan memang tak faham erti kerajaan. Kalau pembangkang menang sekalipun, macam ni lah jugak rupa keadaannya, tetap ada istilah kerajaan, malah mungkin lebih teruk dari kerajaan dari sekarang...

    Hang dipersilakan tinggal dihutan...silap-silap haribulan, hutan pun tak mau terima hang...

    ReplyDelete
  3. Pookey Mark mmg selayak lu.

    ReplyDelete
  4. inilah masalahnya apabila ada orang yang bernama anonymous cuba nak tunjuk pandai...entah apa kaitannya menampar nyamuk yang gigt tangan jika nak dibanding dengan anjing yang menggigit tangan...perbandingan yang dangkal dan bertaraf budak sekolah...

    badan pula diumpamakan seperti kerajaan...lagi la tak kena perbandingan nya ni...bro, gua nasihatkan kat lu, kalau nak debat,pergi belajar dulu teknik2 nak berdebat...supaya x nampak sangat yang badan lu tu dikepalai oleh otak yang tak berfungsi...

    ReplyDelete
  5. anon ni dia paham ker apa yang paneh cakap panjang lebar ni? i think the gist of what paneh is trying to say is lost on this fellow. responsenya tak keruan dan juah menyimpang dari isu sebenar..

    kama in ttdi

    ReplyDelete
  6. apa lah lu bro cakap anjing tu hina???

    kan ke ada nama surah al kahfi dalam quran tu sempena nama anjing

    bro.. tak pernh baca quran ke ( baca tapi mungkin tak faham makna kot )

    ReplyDelete
  7. juak PR ni kalau Najis bg tai pun dorang ckap sedap,tp kalau Kerajaan bg nasi pun dorang cakap tahi...
    akal dah x leh nk beza dah...

    maaf la deh ambo royak hok sbenar..

    awe donde..

    ReplyDelete
  8. Baru saya tau...orang kerajaan ni setaraf anjing ke? termasuk ke Pak Najib kat atas tu...juak2 UMNO kat luar kerajaan lagi mulia dari anjing ke..deme makan tahi anjing le camtu...

    p/s: Tahi anjing = projek kerajaan utk kroni


    harharhar...

    ReplyDelete
  9. mr paneh. aku rasa artikel ko ni masih tak mampu ditafsir oleh sebahagian pengomen kat sini. kesian plak aku tgk tahap fikir depa ni. mgkn bahasa yang hang guna ni tinggi sgt tuk depa kot. tapi apa nak heran. tahap mentaliti penyokong pas/pkr/dap mmg mcm tu. sbb tu pemimpin depa senang dok perakai depa smua ni. ikut buntut nuar jelah.

    -tom tem bak-

    ReplyDelete
  10. buta mata hanya teraba-raba umpama mencari jalan di waktu gelap dan mereka ni boleh dibimbing tapi kalau buta hati tak payahlah susah2 nak bimbing. mereka tak pernah bersyukur.

    ReplyDelete
  11. susahlah kalu ada manusia yg mcm anjing yg hanya mampu terangguk2 bila tuannya berkata2. nak menjawab takut dikatakan pembangkang.

    adakah membangkang itu satu jenayah? sama spt jenayah melesapkan wang negara?

    inilah mentaliti bangsa yg bangsat yg tahu membodek saja.

    aku tak nampak apa salahnya budak2 KPLI. mengkritik adalah perkara biasa. kerajaan yg sanggup dikritik adalah kerajaan yg telus.

    negara barat tak akan maju spt sekarang kalu dulu mereka tak berani dikritik & membuat perubahan....fikirkahlah.

    -tom tem bak kepala but-

    ReplyDelete
  12. Selepas 70an gerakan Islam berkembang dengan mendadak di Malaysia bila ramai guru-guru dari Indonesia di impot untuk memertabatkan Bahasa Melayu, dalam perjanjian penyelarasan ejaan dan pembakuan bahasa 1971. Membawa bersama mereka nilai-nilai keislaman yang sedikit mengganggu norma-norma yang telah kita amalkan sejak zaman penjajah lagi. Perubahan pemakaian skirt kepada baju kurung di sekolah sehingga kepada pemakaian tudung kepala kepada murid perempuan. Guru-guru di era 70an sedikit sebanyak telah tersentuh dengan gelombang ini. Golongan lepasan sekolah 70an ini yang sangat bersifat "Islam" ini adalah merupakan ibu bapa kepada ribuan anak-anak yang di beri didikan di sekolah-sekolah menengah agama. Niat baik ibu bapa ini untuk menjadikan anak mereka menghayati Islam yang lebih "sebenar" menjadi ramai melanjutkan pelajaran ke Mesir, Jordan, Syria dan lain-lain tempat di Asia Barat. Sudah semestinya bila mereka kembali dengan jumlah yang ramai Malaysia tidak mampu memberikan pekerjaan yang sesuai untuk mereka yang kebanyakan mengambil bidang-bidang pengkhususan dalam Agama. JQAF adalah satu peluang yang ditawarkan kerajaan untuk menyerap para lulusan ini untuk menjadi guru. Dengan jumlah yang agak ramai ini (sehingga 30,000 per tahun) sedikit sebanyak akan menjejaskan sedikit peluang bagi graduan-graduan tempatan untuk memasuki institusi perguruan dengan pengkhususan yang mereka minati. Jumlah yang ramai, dari golongan yang berpendidikan ini juga boleh menggusarkan kerajaan yang memerintah kerana ada kemungkinan para graduan ini akan meminati seruan-seruan parti pembangkang.

    ReplyDelete
  13. ni satu lagi mat sengal anon yg suka tembak kepala but mak ko. ada beza antara mengkritik dgn menghasut utk membenci. ada ka patut jika guru kpli menghasut anak murid yg masih mentah tu membenci kerajaan? itu bukan kritik namanya. itu fitnah aka membunuh. mengkritik pun biarlah kpd org yg sepatutnya dan bukannya menjadikan anak muda yg tak tau apa2 sebagai org yg dilepaskan amarah dan benci. kalo nak membangkang pun jadilah pembangkang yg baik iaitu dgn menyertakan sekali dgn cadangan. bukan membangkang membabi buta tanpa cadangan penambahbaikan. membangkang cara parti pembangkang kat malaysia ni tipikal bkn utk menjadikan negara ini lebih baik, ttp makin memburukkan keadaan. tak salah membangkang ttp biarlah secara bil hikmah. bukan dgn cara menghasut org muda membenci pemerintah. bawah hudud pun boleh kena hukum tu.

    aku setuju negara barat dulu maju sbb mereka berani mengkritik setelah sekian lama duduk bawah pengaruh gereja. tapi budaya yg dibawa oleh pas hari ini, kononnya ulama (politik) tak boleh disentuh apatah lagi dikritik mcm nik aziz tu bawak budaya paderi dulu la tu. makin rosak la umat islam hari ni jawabnya.

    -tom tem bak-

    ReplyDelete
  14. Halo bro. Lama lak tak menulis rindu pulak.

    Ala bro. Apa nak susah kok tak suka dengan majikan buat apa kerja. Berenti je la.Buat apa nak kerja. Lu saja yang betul. Anon2 yang pembangkang. Jadi je la pembangkang tala kerajaan cukup2 kalau tak betul. Tapi....... Lepas tu beri la cadangan yang sepatutnya. Jgn cakap tak betul je. Pembangkang pun sebenarnya tak de buat apa pun tau cakap tak betul jer.

    Kau org yg guru jqaf dan kpli ni. Kot tau krjn tak bagus. Kau kerja la bagus2 pastikan anak murid kau tu boleh ngaji, baca jawi, tau bhs arab dan amalkan ad-din sebagai cara hidup. Lepas tu baru boleh komen krjn. Kalau anak murid pun susah nak ajar mcm mana nak ajar krjn. fikirkan la.

    Jgn la mcm tu bro. Org pas pun dapat projek krjn juga. jgn emosi nak ckp org lain je. Adakah itu taik anjing juga. Tak kan org UMNO yg dapat tu mcm taik anjing. Kalau pembangkang yg dapat tu HALALAN TOYYIBA pulak. Mcm mana hang pikir.

    Ntah la nak cakap bnyk pun hang tak caya juga. Kau org ni pun mcm pemimpin kau org juga la. dah ada burit tetap tak sedap. Juborrrrr juga yg kau kata sedap. tak pa la jubor pun jubor la.

    ReplyDelete
  15. JQAF?tak payah buat laaa...buat pun tak guna...menyemak ajerk...tak gitu barua kerajaan?bagi aku sape penyokong Pakatan Rakyat kerja JQAF memang barua kerajaan laaa...hanya pentingkan tenggorok n tali perut sendiri...jadi mcm aku...kerja sendiri...berniaga sendiri...then baru best hentam kerajaan...kita pun tak terikat...

    ReplyDelete
  16. Kebanyakkan pembangkang ni telah diresapi oleh mahkluk syaitan dan iblis dan dibutakan hati mereka untuk melihat kebenaran dan kebaikkan.Mereka terhayal dan merasakan diri mereka lebih hebat dan maksum dari semua kesalahan kerana mereka bersolat lima waktu mengaji quran dan ilmu ugama yang hebat,namun ilmu yang tinggi tidak menjamin mereka mendapat hidayah allah kerana hidayah hanya allah yang boleh kurniakan.Jadi x hairan lah kebanyakkan ahli pas ini bukan setakat mengamalkan politik suku agama suku tp pengikut ekstrem ugama suku ,dosa suku pahala suku dan dunia suku.Buktinya mereka belajar ugama tinggi dan terdidik dengan akhlak islam tapi dalam masa sama boleh memaki hamun saudara sesama islam dan dalam menyuarakan pendapat langsung didak berhemah dan lebih terok lagi dibutakan hati oleh allah untuk melihat pada kebaikan dan kebenaran orang lain bukan kerana mereka tidak tau tetapi kerana busuk hati dan iman serta hidayah yang tandus dalam hati mereka menyebabkan mereka lebih cenderung untuk mengikut bisikan iblis dan syaitan,maka tidak hairanlah bila kita membaca komen dari orang parti berlebel islam ini merapu bunyinya dan jauh dari nilai nilai intelektual.

    ReplyDelete
  17. Nama saya Yusri aisyah, i am from malaysia, dengarlah, beberapa pemberi pinjaman di sini tidak bersedia untuk membantu anda, semua mereka hanya mahu di sini adalah untuk merobek anda wang keras anda yang diperolehi. Saya dan suami saya, mendapatkan pinjaman daripada peminjam yang berbeza dalam talian tetapi pada akhirnya, kita telah ditipu dan ditipu wang kita dengan mendapatkan pinjaman kami dari syarikat-syarikat pinjaman yang berbeza dalam talian.
    Kami juga meminjam wang untuk membayar pemberi pinjaman dalam talian ini tetapi pada akhirnya, kami mendapat apa-apa.
    Suami saya dan saya berada dalam hutang, dan kami tidak mempunyai sesiapa untuk lari ke tolong, perniagaan keluarga kami telah dimusnahkan dan kita di mana tidak dapat untuk mendapatkan wang untuk memenuhi perbelanjaan harian sehingga kita telah diperkenalkan kepada Puan Glory yang membantu kami dengan menawarkan kami jumlah pinjaman tidak bercagar $ 125,000 tanpa cagaran.
    Untuk maklumat lanjut mengenai bagaimana untuk mencapai Puan Glory atau mengikuti prosedur pinjaman, hubungi saya melalui e-mel saya: aisyahyu7@gmail.com
    Atau anda boleh menghantar e-mel kepada Puan Maha Suci: gloryloanfirm@gmail.com

    ReplyDelete

Blog Archive