Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Sunday, February 28, 2010

Membelasah isteri: Pemimpin Umno Selangor mana yang mangkuk tuh? Dah tak leh sabar lagi ke jang?

Andai benarlah 'rumors' yang berlaku ini, pada hemat saya maka tidaklah layak mangkuk hayun sekor ni menjadi pemimpin bagi parti keramat Melayu terutamanya di negeri yang ditadbir oleh pembangkang. Ini kerana:-

1. Bagaimana hendak memimpin sekalian umat manusia Melayu di Malaysia ini, jika perangai panas baran bak binatang tak boleh dibawa berunding? Silap sikit, pukul. Salah sikit, pukul. Cemburu sikit, pukul. Memang bengap tahap gaban. Dah tahu beristeri muda, pepandai la didik dengan iman. Bukan dengan nafsu serakah yang buat rakyat menyampah. Buat apa nak pukul-pukul. Pasti ada hikmahnya tu. Bukan ke isteri itu pilihanmu sendiri bro...

2. Memang tak dapat nak nafikan dalam kehidupan rumah tangga pasti akan melalui saat-saat getir yang boleh memporak-perandakan keluarga. Jika tidak, masakan ada sebuah ungkapan "sedangkan lidah lagikan tergigit, inikan pula suami isteri". Tidak dapat dinafikan sebagai manusia, suami atau isteri mempunyai kelemahan masing-masing. Cara terbaik untuk mengatasinya dengan SABAR.

3. Membicarakan hal SABAR sampai 2-3 hari pun tak habis. Maksud SABAR, falsafah SABAR, rukun SABAR, nikmat SABAR. Tapi cukuplah dirungkaikan dalam kepadatan kata-kata Imam Al-Ghazali, "Sabar ialah tetap tegaknya dorongan agama berhadapan dengan dorongan nafsu. Dorongan agama ialah hidayah Allah kepada manusia untuk mengenali-Nya dan Rasul-Nya serta mengetahui dan mengamalkan ajaran-Nya. Sabar itu sifat yang membezakan manusia dengan haiwan dalam menundukan hawa nafsu. Sedang dorongan hawa nafsu ialah tuntutan syahwat dan keinginan yang meminta agar dilaksanakan."

4. Dalam Surah An-Nisa ayat 19 kalau saya tak silap (kalau silap, tolong betulkan), Allah s.w.t. berfirman, "Wahai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mempusakai wanita dengan jalan paksa, janganlah kamu menyusahkan mereka kerana hendak mengambil kembali sebahagian daripada apa yang telah kamu berikan kepadanya, kecuali bila mereka melakukan pekerjaan keji yang nyata. Dan bergaulah kamu dengan mereka (isteri kamu) dengan cara yang patut (baik). Kemudian jika kamu (berasa) benci kepada mereka (kerana tingkah lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya) kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedangkan Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak untuk kamu."

Alangkah baiknya jika si pemukul isteri itu merenung ayat ini sedalam-dalamnya. Terlalu besar pengertian dan maknanya yang tak ternilai dek akal kita yang singkat ini.

5. Renung-renungkan juga sabda Nabi dalam maksud hadis, "Mana-mana lelaki yang bersabar di atas keburukan perangai isterinya, Allah akan berikannya pahala seperti yang diberikan kepada Ayyub kerana bersabar di atas bala yang menimpanya. Manakala isteri yang bersabar di atas keburukan perangai suaminya, Allah akan berikannya pahala seperti yang diberikan kepada Asiah binti Muzahim, isteri Firaun."

6. Saya tak faham kenapa dan mengapa seorang wanita yang bernama isteri itu dipukul hanya semata-mata kerana cemburu. Teringat kisah Saidina Umar Al-Khattab r.a. yang terkenal dengan ketegasan dan sifat kerasnya.

Bagaimana seorang lelaki telah mengunjungi Umar bin Khattab untuk mengadu akan perihal perangai isterinya. Lelaki itu berdiri di luar pintu menunggu Umar keluar. Tiba-tiba dia terdengar isteri Umar sedang mengomel dan membebel, sedangkan Umar diam tidak menjawab walau sepatah pun. Lelaki itu beredar sambil berkata kepada dirinya sendiri: "Kalau beginilah keadaan Umar, seorang Amirul Mukminin yang selalu keras dan tegas, maka bagaimana dengan aku?" Selepas itu Umar keluar dari rumahnya dan melihat lelaki tadi beredar. Umar memanggilnya dan bertanya tujuan kedatangannya. Lelaki itu berkata, "Wahai Amirul Mukminin, aku datang untuk mengadu mengenai perangai isteriku yang buruk dan suka berleter kepadaku. Tadi aku mendengar isteri anda pun begitu juga. Lalu aku berkata kepada diriku, kalau begini keadaan Amirul Mukminin dengan isterinya, maka bagaimana dengan aku?"

Umar berkata kepadanya, "Wahai saudaraku, sesungguhnya aku bersabar mendengar leterannya karena dia mempunyai hak ke atas aku. Sesungguhnya dia memasak makananku, mengadun roti untukku, membasuh pakaianku dan menyusui anakku, padahal semua itu tidak diwajibkan ke atasnya. Dia juga menenangkan hatiku daripada melakukan perbuatan yang haram (zina). Sebab itulah aku bersabar dengan kerenahnya." Lelaki itu menjawab, "Wahai Amirul Mukminin, demikian jugalah isteriku." Umar pun berkata kepadanya: "Maka bersabarlah wahai saudaraku. Sesungguhnya itu semua tidak lama, hanya seketika saja."

7. Pada saya, seorang suami itu terlalu amat berat tanggungjawabnya. Setiap urusannya di dunia ini akan ditanya di akhirat nanti. Jika tersilap cara dan gaya, lelaki yang bernama suami inilah yang akan dibakar di dalam neraka. Baik isteri mahu pun anak-anak pastinya akan mendakwa lelaki yang bergelar suami mahu pun ayah inilah yang gagal membentuk mereka menjadi ahli syurga.

8. Benar, bukan senang menjadi seorang suami sementelah pula hendak mendidik seorang isteri yang telah dicorak dengan pelbagai corak oleh ibu bapa dan persekitarannya. Bagi mereka yang menerima isteri bak kain putih yang bersih maka bersyukurlah, kerana tanggungjawab si suami hanya memastikan keputihan kain tersebut terus bersih dan putih. Namun bagi si suami yang menerima isteri bak kain yang telah dicorakkan dengan pelbagai ragam seperti dengki, bongkak, sombong, ego, celupar, gedik, takabbur dan pelbagai lagi corak kehidupan yang melekat pada kain sebelum perkahwinan, maka dia perlulah kuat pegangan agamanya.

9. Risiko kegagalan membersihkan dan memutihkan kembali kain tersebut mungkin ada. Namun, suami seharusnya sedar dan insaf bahawa itulah perempuan yang diambilnya atas kalimah Allah untuk diri dan keluarganya. Suami mengambil seorang isteri atas kalimah Allah, oleh itu dia adalah amanah untuk dipelihara dan dijaga. Suami wajib redha dan menerima ujian Allah s.w.t. kerana setiap yang telah ditentukan-Nya adalah untuk meningkatkan tingkat keimanan dan kesabaran sebagai hamba-Nya.

10. Kesimpulannya mudah ajer bro. Kot rasa nak pukul tuh, agak-agaknya sama hebat tak dengan pukulan Zabaniah? Kalau rasa hebat atau setaraf pukulan Zabaniah, maka bro belasah ajer la, sebab pasti bro pun akan rasa gak dengan pukulan hebat Zabaniah. Maklumlah, bro dah belasah isteri bro yang diambil atas kalimah Allah atas apa yang dinamakan sebagai AMANAH.

11. Lagi satu bro, toksah la jadi pemimpin UMNO. Merepek makan kerepek je jadi pemimpin dalam masyarakat, dalam parti keramat Melayu, tapi punya perangan kaki belasah bini. Posanan ini jugak saya tujukan pada pemimpin-pemimpin pembangkang yang beragama Islam.

"Orang yang terbaik diantara kamu adalah orang yang terbaik terhadap isterinya, dan aku adalah orang yang terbaik di antara kamu terhadap isteriku." (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

10 comments:

  1. mcm nk tau sape. jap, google.

    merepek + kerepek. i ske combination tu. :)

    ReplyDelete
  2. Anwar Ibrahim pernah menumbuk Wan Azizah kerana Wan Azizah pernah melihat kelakuan luar tabii Anwar dengan Sukma di rumah beliau di Damansara Heights pada tahun 1994. Kesian Wan Azizah.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Paneh,

    Benar tulisan kamu.

    Memang kisah rumahtangga sampai bila bila pun penuh dengan warna. Kita hanya boleh bersimpati dalam bab ini tak kiralah yang kena tendang terajang ni suaminya parti politik apa pun.

    Masalahan rumahtangga tak kenal politik, bangsa atau agama. Sedangkan lidah lagi tergigit. APA yang kita boleh buat adalah Mahasabah rumahtangga masing masing. Mana yang baik kita jadikan tauladan dan sebaliknya.

    Mak Cik harap isu ini taklah dipolitikan juga. Ini masalah peribadi Pemimpin ini dan semestinya mesti dia selesaikan dengan bijak mengikut ajarang agama kita.

    WaAllahuAlam. Memang senang bila nak taip ini semua sebab tak kena batang hidung kita sendiri. Berdoalah agar Allah swt lindungi rumahtangga kita masing masing, berkati dengan Rahmatnya dan kita semua bersabar menghadapi apa juga dugaan yang melanda, InsyaAllah.

    ReplyDelete
  4. Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
    Akkaw cakap memangla mudah ,akkaw kalau ditompat dio ,den ingat lagi kohok akkaw buwek kat isteri mudo akkaw.
    Den rasola isteri mudonyo lupo yang suami nyo bukan lagi exco parti memerentah kat nogori nyo. Isteri mudo nyo mintak macam macam walhal suaminyo da sengket gilo dek kono gantong jawatan dan gaji oleh parit Pakatan Rakyat tempoh hari kerano kurang ajar kat Dewan.
    Suami mano tak naik angin kalau duit da tak serupo dulu tapi minta mudo mintak macam macam .Tak poneng kepala den (nyo).

    ReplyDelete
  5. org umno ni kan ke kebanyakan berperangai mcm setan,yg pukul bini,tipu bini,tak bagi makan bini,tinggalkan bini dan yg meliwat bini pun ada juga......agak2 nya serupa mcm kau juga le perangai2 mcm tu,kan paneh miang...aku tak kenalk cuma aku selalu masok blog kau,dari gaya kau menulis tu aku dah dapat agak kau hi pun perangai mcm setan juga,serupa le mcm org2 umnbo yg lain tu...yg suka buat durjana dan suka fitnahkan org,lu setakat dapat upah lepas buatentri yg memfitnahkan org dan memalu diri dan keluarga org,lebih baik kau berhenti jadi manusia lkah....kecik2 taknak mampos,ni dAH TUA NAK MAMPOS TAPI TAK MAMPOS MAMPOS...KAH KAH KAH....

    ReplyDelete
  6. Astagfirullah hal'azim. Mamat Cucu Mamat Kutty perlu banyak beristigfar. Tak layak untuk menulis sedemikian dalam forum begini, hanya melambangkan betapa rendahnya akhlak saudara...

    Hatihitam

    ReplyDelete
  7. kat si anon...ni forum ke ni.....takkan kau tu bodoh sangat....ni blog yg suka buat fitnah....blog yg suka memalukan org....anuar tu sorang bapak kepada beberapa org anak,tentu anak2 nya sedih bila ayah nya di hina sampai mcm ni sekali....klu mak bapak kau di babit2kan dlm penghinaan semacam ni tentu kau juga marah,masih lagi ke kau nak kata ni forum....sedfar lah apa yg kita tak suka ,begitu juga pada diri org lain

    ReplyDelete
  8. Wahai cucu mamak kutty, cuba periksa dengan JAWI, tahun 1996 kenapa Wan Azizah nak mintak cerai. Kerana dia tak tahan dengan perangai suaminya sondol jantan. INi fakta, wahai cucu mamak kutty

    ReplyDelete
  9. wahai mamak kutty @ hompuk. aljub tu mmg bapak kepada anak dia, tp dia juga org yg bercita2 nak jadi pm malaysia. kalau dia hanya sorang bapak yg duduk kampung jijan yg takde cita2 nak jadi pm peliwat pertama malaysia, takde la org nak peduli pun. tapi org ambil kisah sbb dia bukan saja jadi bapak budak, tapi juga bapak liwat, bapak songlap duit, bapak rasuah, bapak penghancur melayu, bapak penghancur islam dan segala jenis bapak yg buruk2 la kat dunia ni. termasuk la bapak kau wahai hompuk@kutty.

    err hompuk. pembangkang dok malukan dan fitnah najib dgn rosmah hari2 tu takpe ke? anak2 dorg rasa camna lak ye.

    -tom tem bak-

    ReplyDelete

Blog Archive