Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Wednesday, November 12, 2014

Pondan? Tak payah terkejutlah..


1. Bila mahkamah rayuan putuskan enakmen Syariah halang lelaki berpakaian wanita tidak berperlembagaan, 1 Malaysia terkejut!! Muhyiddin terkejut, Mohamad Hasan terkejut, Mufti Negeri Sembilan terkejut, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan terkejut, Persatuan Peguam Peguam Muslim Malaysia terkejut, NGO Islam terkejut bla..bla..bla!! Cuma kami je yang tak berapa nak terkejut..hehe!!

2. Kami tak tipilanjat sebab ketua hakim kes tersebut Dato’ Mohd. Hishamudin Mohd. Yunus adalah bekas pelajar MCKK. Bila sebut MCKK teringat Anwar. Bila sebut Anwar teringat Saiful. Bila sebut Saiful teringat liwat-liwatan. Tipikal..

3. Sebenarnya apa yang nak dihairankan dengan isu pondan ni? Bukankah masyarakat Malaysia yang selama ni dah terima budaya hidup pondan secara terbuka tanpa bantahan?

4. Masyarakat kita sejak dulu telah disogokkan sekian banyak drama dan filem tempatan yang mempromosikan pondan secara berleluasa. Drama seperti Sutun, Berek, Patung Kertas, Wali dan terbaru Suamiku Encik Sotong adalah sebahagian drama yang mempromosikan pondan. Bertambah pelik apabila cerita-cerita begini mendapat rating tinggi di televisyen. Tak kira lagi watak-watak sampingan pondan yang banyak terdapat dalam filem-filem Melayu.

5. Lagi pelik apabila pihak stesen tv seolah berlumba menayangkan cerita pondan, dengan 'restu' Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia pulak tu..

6. Masyarakat Malaysia juga seakan tidak kisah dengan pondan-pondan yang memenuhi industri fesyen, butik, salon, mak andam etc. malah kebanyakan wartawan hiburan di Malaysia pun ramai yang spesis pondan. Tak caya cuba jenguk UTUSAN dan BH..

7. Jadi buat apa nak terkejut dengan keputusan mahkamah rayuan yang membenarkan 3 lelaki tu meneruskan identiti pondan mereka? Bukan kita ke yang selama ni 'menggalakkan' supaya pondan ni semua berterusan celaru dengan jantina mereka sendiri. Walhal penyakit (kalaulah boleh disebut penyakit) Gender Identity Disorder (GID) itu sebenarnya hanya alasan untuk masyarakat merelakan kewujudan kaum Nabi Luth di negara ini!!

8. Berbuih mulut Datuk Harussani sekian lama mengkritik masyarakat yang berterusan memberi 'sokongan moral' kepada kumpulan pondan; berulang kali disebut oleh Datuk Noh Gadut mengenai golongan songsang yang membawa kepada dosa besar sejak dulu; TAPI mesej yang di sampaikan itu gagal menusuk kalbu masyarakat kita. Tetap juga masyarakat kita bagi layanan baik pada pondan..tetap juga masyarakat kita 'angkat' golongan songsang ni!!

9. Hakikatnya keputusan mahkamah rayuan dalam kes 3 pondan tu adalah refleksi penerimaan masyarakat kepada golongan songsang itu sejak sekian lama. Jadi buat apa kita nak purak-purak terkejut?!

10. Kalau sejak dulu bila masuk butik ka, kedai ka, salon ka, jumpa jurusolek etc. yang spesis pondan, terus kita blah..jangan layan..jauhkan diri, sisihkan mereka etc. pasti masalah sebegini tidak akan timbul. Atau kita jangan tengok langsung drama atau filem yang ada unsur-unsur mempromosikan gaya hidup pondan. Kalau sejak mula lagi kita dah boikot spesis pondan ni, pasti ianya bukan satu isu.

11. Atau jika nak berkeras sangat, gubal undang-undang baru yang membenarkan pihak berkuasa tangkap dan kurung golongan pondan atau tomboy untuk ditarbiyahkan di pusat-pusat pemulihan akhlak dan aqidah, sekurangnya hingga mereka tidak lagi keliru dengan jantina memasing.

12. Atau nak lebih mudah dalam kes ini, mungkin 3 panel hakim mahkamah rayuan tu boleh ikut saranan Imam Nawawi dalam kes khunsa, iaitu suruh 3 pondan tu kencing untuk lihat sendiri alat sulit mana yang mereka gunakan; sebagai rujukan kepada 3 hakim tu sebelum buat keputusan bersandarkan hak asasi kononnya..

13. Sekurangnya 2 daripada 3 panel hakim tu tak lah memalukan diri yang nampak sangat JAHIL tak faham ajaran agama sendiri..

8 comments:

  1. Geng2 lawak lelaki astro buat kelakar pakai baju perempuan boleh plak? Tak kena dakwa plak?

    ReplyDelete
  2. Keje gomen pn dh ada pondan, siap pasang tetek.

    ReplyDelete
  3. Zaman najib ni macam2 benda pelik tejadi..yang tak penah belaku dulu..macam kes mahkamah ni. Apa petandanya?

    ReplyDelete
  4. GERAMnya AKU! Tengok si Islam/Melayu-LIBERAL nak PUTAR-BELIT sewenangnya undg-undg Perlembagaan dgn. MENGENEPIkan kedudukan TERTINGGI, agama ISLAM sbg. AGAMA PERSEKUTUAN/NEGARA, mengikut undg-undg Perlembagaan per 3 (1) - lihat di http://thekl-chronicle.blogspot.com/2014/11/ns-kalah-kes-transgender-kerana-gagal.html , NS kalah kes transgender kerana gagal ketepi GID, buktikan perayu ‘gila’, kata mahkamah!

    Tapi lihat artikel yg. sungguh BERNAS ini (sebab itu kita perlukan Mahkamah Syariah PERSEKUTUAN dan AG/POLIS Syariah) di - https://akarimomar.wordpress.com/tag/perlembagaan-persekutuan/ :

    Hijrah Minda: Agenda Transformasi Islam

    Haji Mahamad Naser bin Disa[1]

    7 April, 2012

    Islam Agama Negara: Undang-undang Tertinggi Negara

    Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi di Negara ini memartabatkan Islam sebagai Agama Negara – Fasal 1 Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan – “Islam adalah agama bagi Persekutuan;” atau dalam teks asalnya “Islam is the religion of the Federation;”[2] Jika diterjemahkan ke bahasa Arab ia bermaksud – “Al Islam deen alDawlah”. Bersandar kepada ketinggian kedudukan Islam sebagai Agama Negara ini, Fasal 1 Perkara 37 Perlembagaan Persekutuan mewajibkan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong untuk membuat satu komitmen atas nama suci Allah dengan melafazkan sumpah – wallahi; wabillahi; watallahi untuk memelihara agama Islam pada semua masa. Lafaz sumpah ini dilakarkan secara khusus di dalam Jadual Keempat Perlembagaan Persekutuan.

    Atas sifat dan kedudukan Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Utama Negara (The Supreme Head of Federation), semua pihak yang ada hubung kait dengan pemerintahan Negara ini juga terikat untuk melaksanakan sumpah berkenaan kerana segala urusan pemerintahan dalam Negara ini bersumberkan kepada kuasa eksekutif Baginda sebagaimana yang termaktub dalam Perkara 39 Perlembagaan Persekutuan. Justeru, berpaksikan kepada kedudukan Islam sebagai Agama Negara dan komitmen Ketua Utama Negara, segala agenda Negara sama ada dalam bentuk dasar mahupun perundangan semestinya berpaksikan kepada prinsip Islam dan tidak boleh sama sekali menyanggahi atau menjejaskan ketinggian dan kedaulatan Agama Negara…..

    Makcik Sambal Belacan,

    ReplyDelete
  5. Sokong 100% pandangan Bro Paneh Miang. Masyarakat melayu kita ni cuma melatah bila ada sorang dua pemimpin melatah tak tentu fasal, walhal benda tu dah lama berlaku depan mata dan dibiar malah dipromokan sekehendak hati. Sampai ada tuan punya produk kecantikan pun sangat megah berlagak dan bersuara pondan. Pun dikurniakan gelaran Datuk lagi!! Bagaimana pula dengan Pertandingan Ratu Canti Pondan dan Mak Nyah? Kan ada sebuah parti polotik yang ghairah mengadakan pertandingan2 haramjadah tersebut!

    ReplyDelete
  6. Warigh,
    Biarlah dio tak kisah,tapi den sodih dan risau.Kito ini biarlah banhkrap di dunio ini asalkan kito tak bangkrap di Akhirat.

    ReplyDelete
  7. Da biasa telan arak makan kerang bulu free..meka x kesah apa pun..

    ReplyDelete

Blog Archive