Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Tuesday, November 18, 2014

Signal untuk Muhyiddin


Begitu banyak platform dan peluang untuk Najib berucap dalam UMNO, akhirnya dia tetap juga pilih Johor untuk cakap mengenai 'beri laluan pada orang muda'.

Mengapa Johor? Adakah sebab timbalannya ahli UMNO Johor?..yang juga orang tua berumur 67 tahun?

Adakah itu isyarat Najib untuk Muhyiddin segera berundur?

Sejarah 2008 tercatat yang Muhyiddin secara terbuka pernah minta Paklah berundur..

Jadi sebelum Muhyiddin mengulangi sejarah dan minta Najib pula berundur..maka Muhyiddin secara halus perlu 'dipaksa' berundur terlebih dulu? Atas alasan bagi peluang pada orang muda kononnya?

Lagipun bisik2 pemimpin akar umbi hari ini memang ramai yang mahu Najib segera berundur. Spekulasi yang menarik untuk digosip..

Ada lagi yang Najib cakap masa Konvensyen UMNO Johor baru2 ni..moh baco..

*********

JOHOR BAHARU, 14 Nov – Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengingatkan anggota parti bahawa proses pengislahan UMNO perlu bermula dengan muhasabah diri dan seterusnya melakukan perubahan dalam usaha untuk menguatkan parti.

"Saya tak perlu muhasabah atau lakukan perubahan walaupun terbukti strategi saya GAGAL mengembalikan majoriti 2/3 BN di PRU-13. Hanya akar umbi saja yang perlu muhasabah dan buat perubahan. Saya kena kekalkan corak pentadbiran yang sama walaupun ianya melemahkan parti dan kerajaan."

Perdana Menteri berkata proses pengislahan bukan terletak kepada kepimpinan tertinggi UMNO semata-mata tetapi mesti merangkumi kesemuanya termasuk akar umbi. "Kepimpinan tertinggi UMNO yang saya maksudkan hanyalah peringkat Timbalan Presiden dan ke bawah. Untuk Presiden macam saya tak perlu proses pengislahan."

"Pengislahan bermaksud kita ada motivasi untuk berjuang demi kepentingan parti. Kalau ahli UMNO disenangi dan diyakini, itu merupakan proses pertama kebolehpercayaan pada UMNO. Selain berjuang demi kepentingan parti, saya selaku Presiden UMNO juga akan berjuang demi kepentingan Cina kerana saya meletakkan keutamaan untuk disenangi dan diyakini oleh kaum Cina berbanding bangsa saya sendiri. Saya juga mahu dipuji, disenangi dan diyakini Amerika dan pembangkang, sebab tu saya setuju tandatangan TPPA dan hapuskan ISA; tak lama lagi Akta Hasutan pula saya nak hapus," katanya ketika berucap sebelum merasmikan Konvensyen UMNO Johor di sini.

Beliau turut menegur sikap sesetengah anggota UMNO yang lebih mementingkan kepentingan diri sendiri dan kurang semangat cintakan parti.

"Macam dulu, bila Tunku Abdul Rahman tidak cukup duit untuk pergi London (runding tentang kemerdekaan Tanah Melayu), ada ahli-ahli yang menghulurkan bantuan, tetapi sekarang, bila minta buat kerja, ada yang tanya, apa yang dapat? Sebab itulah saya terpaksa bayar RM7.2 bilion pada konsultan sebab mereka juga selalu tanya apa yang dapat? Jadi saya terpaksa bagi. Saya juga bagi BR1M sebab rakyat tanya apa yang dapat. Itu tak termasuk hutang berbilion 1MDB yang terpaksa kerajaan tanggung andai syarikat itu rugi macam MAS, itu semua sebab pelabur 1MDB kerap sangat tanya apa yang dapat..dan saya pun bagi. Begitu juga dengan gaji besar jutaan ringgit staf PEMANDU, ramai sangat tanya apa yang dapat..sampai saya naik pening," kata Najib secara sinis, mengundang sorakan daripada lebih 800 perwakilan UMNO Johor yang hadir pada konvensyen dua hari itu.

"Jangan hanya kaya material tetapi tidak kaya daya juang dan semangat sayangkan parti. Kalau kita ada semangat cintakan parti, kita akan buat kerja yang luar biasa; sekaligus kita juga mampu tambah berbilion hutang negara yang luar biasa banyaknya," kata Najib.

Beliau berkata pengislahan perlu bermula dengan bermuhasabah diri dan seterusnya melakukan perubahan. "Sekali lagi saya tegaskan, pengislahan, muhasabah diri dan perubahan hanya tertakluk kepada jawatan Timbalan Presiden dan ke bawah saja. Presiden macam saya terkecuali."

"Kita harus sedar dalam mengamalkan demokrasi terbuka ini, kesudahannya, 'it's a game of numbers'. Kita harus menambah lagi sokongan kita yang seterusnya diterjemahkan kepada bilangan kerusi yang semakin meningkat untuk menjamin kekuatan kita yang lebih utuh."

"Kalau parti kuat, kalau parti masih berkuasa, perjuangan boleh diteruskan. Tapi saya rasa semua orang tahu hanya kedudukan saya selaku Presiden saja yang kuat dan kukuh tanpa pencabar, tapi parti UMNO makin lama semakin lemah bawah teraju saya," kata Najib.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata anggota UMNO perlu berfikiran terbuka sekiranya mahu menarik lebih ramai golongan muda menyertainya untuk menjadikan parti kekal relevan.

"Kalau kita terpaksa bagi laluan, bagilah laluan pada orang lain (orang muda contohnya), Barulah parti kita dilihat sebagai parti dinamik, parti segar dan parti berwibawa. Walaupun anggota kabinet dan orang yang saya lantik kebanyakannya tua; tapi saya terkecuali. Hanya orang lain saja yang perlu bagi laluan, saya tak perlu," katanya.

Merujuk ucapan Menteri Besar Johor, Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin yang menyentuh pengislahan moden dan progresif, inklusif, Melayu dan Islam tanpa mengetepikan kaum lain, Najib berkata itulah antara ramuan dan gerak kerja yang diperlukan untuk kelangsungan parti pada masa hadapan.

"Tidak salah saya cakap yang proses kebangkitan semula UMNO adalah amat wajar bermula di sini (Johor). Di bumi inilah kebangkitan semula UMNO Johor dan Barisan Nasional sebagai tunjang kekuatan kita. Saya amat sedar yang kelangsungan mesti dimulakan dengan kubu kuat UMNO. Jika dulu UMNO Johor yang memulakan langkah 'menurunkan' Paklah, jadi mengapa UMNO Johor tak boleh lakukan perkara sama pada saya kini," kata beliau.

Konvensyen turut dihadiri Naib Presiden UMNO, Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Setiausaha Agung UMNO, Dato' Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, tanpa kehadiran Tan Sri Muhyiddin Yassin. - Agensi Paneh Miang.

8 comments:

  1. Jgn. harap nak gantikan YAB TS Muhyiddin dgn. mana-mana si Islam/Melayu-LIBERAL - terutamanya si mamat-kari-ZUMBA mahupun si mudin-pro US!

    Makcik Samabl Belacan.

    ReplyDelete
  2. Bro..selalu ko tulis merah bila "ulas"..aku xperasan tulisan tu bold..

    Patut aku pelik je baca...

    dan aku harap, lepas ni paneh xperlu ulas dah benda ni, harap ada perubahan masa PAU...tapi macam xde pape je

    ReplyDelete
  3. Sapa yg naik pun sama je. Klu takde consultan....bagi orang keliling....semua makan besar. Rakyat dapat hampas. Yg kena pegawai kerajaan yg dipaksa luluskan proposal. Pernah tak korang dengar menteri kena kes rasuah? Tak pernah kan....

    ReplyDelete
  4. apa kau dok merepek meraban ni???

    ReplyDelete
  5. Tak faham lagi? Isyarat kepada Muhyiddin untuk bagi laluan kepada sepupu nya Kerismuddin!

    ReplyDelete
  6. laki rosmah, sepupu dia, dengan menantu dolah tu. kena turun secepat mungkin. bangsa tak sedar diri.

    ReplyDelete
  7. Warigh,
    Den ni nak muak baco spekulasi macam ni,tapi tak juga ado yang naik dan turun orangx politik dlm UMNO,samo ajo...kalau petrol tu adolah,naik sekojap,turun sekojap,tapi den tak teraso bonar sobab kereto kocik ajo.Hontikanlah kito ikut rontak politikus ini yang suko buat spekulasi,lastx abok pun tak ado,buang stim ajo.Semuo nak jago tokak masingx.

    ReplyDelete
  8. ada satu yb kata nak sistem pendidikan kita dipandang dimata dunia. jgn ckp sebarangan dlm internet. org tua bagi laluan pd yg muda dan terasa muda. jgn jd pelampau agama. bakar Quran takpe. tak melampau.
    lagi satu yb pulak org dah nak berhimpun sibuk pulak antar askar nak pegi setelkan taik2 tok gajah kat cameron. habis tanah dgn pokok2 kene sebat dgn kroni sapa tah. kan ke tu pahang, org johor pulak kene pegi sapu. dlm kiasan dia dkt2 nak PAU ni
    satu uncle tu ckp dia tau mastermind dia sapa, apalagi ckp jelah. tak dpt ckp banyak ckp sikit pun jadilah asalkan benar.
    org dulu2 yg tak brp tua ckp kuman seberang sungai nampak, taik tok gajah dpn mata tak nampak.

    ReplyDelete

Blog Archive