Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Thursday, October 29, 2009

Banjaran MPBN 2009/2010, RELEVANKAH?




Apakah Belia Malaysia Yakin dengan Mereka?


Demikian sebuah soalan cepumas yang boleh diperaku oleh ramai Ahli MPBN 2009/2010. Hakikatnya ialah 85% pemuka yang terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Eksekutif Majlis Belia Malaysia dan Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia Malaysia akan melepaskan jawatan masing-masing berakhir Disember 2009. Ini sesuai dengan Akta Pertubuhan dan Pembangunan Belia Tahun 2007 yang berkuatkuasa sejak diwartakan.

Apakah Majlis Perundingan Belia Negara 2009/2010 memberi implikasi kepada Pembangunan Teras MPBN dalam soal-soal yang heboh dan hebah didebat dalam Sidang Ke 27, pada 22 Oktober-23 Oktober 2009 yang lalu di Marriot, Putrajaya? Apakah dengan kemaskini peruntukan RM 1 juta kepada MBM, boleh mencerminkan proses pengkayaan pergerakan dan tindak laku MBM? Apakah dengan kemaskini peruntukan dari RM 20,000 kepada RM 50,000 kepada Pertubuhan Belia peringkat Kebangsaan, boleh memberi cerminan dan lonjakan baru kepada Media Baru Pergerakan Belia? Apakah erti Sulit dan Rahsianya, kandungan dan intipati yang dibahas dan dibentang dalam Sidang Ke-27, MPBN hingga saat ini, masih belum dihebahkan kepada awam di laman sesawang MPBN, KBS. Apakah Sekretariat MPBN, hanya berperanan seperti Pahat dengan Martun?

Keahlian 20 orang Lantikan Menteri dalam MPBN, sejauh mana kelompok ini berwibawa menongkah arus yang penuh onak dan duri? Sejauh mana kumpulan erdogan dalam Ahli Lantikan Menteri dan kumpulan Faham Moderasi atau Liberal boleh menjayakan perihal Agenda Pengerak Belia Nasional, andai berkomunikasi dan berhujah dalam Bahasa Melayu pun lintang-pukang dan tergagap-gagap? Tak kan cukup dengan suara lunak untuk menyanyi...baik suruh Siti Muslihah sahaja, insan kerdil yang suatu masa dulu diangkat setingginya, entah di mana sekarang?

Pegawai Kanan dan Tertinggi KBS hingga Menteri yang bertindak sebagai Pengerusi MPBN, bukanlah penentu kejayaan KPI dan NKRA untuk MPBN. 20 orang Ahli Lantikan Menteri, semua EXCO MBM dan semua DT MBM merupakan Hati, Jantung, Kaki, Tangan dan Otak berfikir untuk MPBN. Inilah kelompok paling sensitif yang menjadi titik galang ganti KPI dan NKRA MPBN.

Untuk memberi peluang kepada YB Menteri dan kelompok menjustifkasi kelebihan MPBN kepada awam, Pak Sedaro menyarankan dengan penuh bijaksana AGAR, KBS:

1. Mula menerbitkan Jurnal Awam atas tajuk Gerakan 1 Malaysia dan diedarkan ke semua Perpustakaan Sekolah Rendah dan Menengah, Perpustakaan Desa, Perpustakaan Bergerak, Perpustakaan Awam Negeri dan Balai Perpustakaan Negara, Perpustakaan IPTA dan IPTS, Perpustakaan Hospital-Hospital Awam, Perpustakaan ATM, Perpustakaan PDRM dan apa sahaja yang dikelas sebagai Perpustakaan. Pergila menjengok ke Pusat Belia Antarabangsa dan tambahkan peruntukan sebanyak RM250 ribu ke untuk membeli bahan bacaan dan naik taraf perpustakaan ini. IYC ialah hadiah sumbangan Tan Sri Kampo Harada, kalau Ahli Lantikan YBM yang ber-20 tidak tahu? Fikir la sikit, Orang Berbudi, Kita Masih Belum Berbahasa dan Berbicara!

2. Mula menyemak dan menyusun strategi penggunaan Peruntukan dan Belanjawan 2010 secara bijaksana, dengan memberi bantuan sebenar kepada Semua Pertubuhan Belia yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Belia dengan kadar segera. Sumbangan RM 3,000 bukan sesuatu yang besar, tapi beri makna dan penghargaan kepada tugasan sukarela oleh insan sukarelawan. Di samping itu, mula fikir untuk memberi tabungan dan mencipta kaedah penabungan berkelompok atau sepusat kepada Program-Program Gerakan 1 Malaysia, mungkin sekitar RM 100 ribu setiap kawasan Parlimen.

3. Mula mengadakan hubungan akrab dan baik dengan semua Multi Nasional Corporation dan Konglomerat untuk dapat menaja beberapa Program Raksasa Tahunan misalnya, Sukan Belia Malaysia, Minggu dan Hari Belia Negara, Karnival Gerakan 1 Belia 1 Malaysia, Fiesta Budaya dan Pertukaran Belia ASEAN + 3, memberi kedudukan yang tepat kepada Program Pelayaran Kapal Belia Asia Tenggara Jepun dengan peruntukan yang wajar.

4. MPBN perlu digerak dengan lawatan setiap Negeri setiap bulan, secara konsisten dan bergilir-gilir oleh setiap yang dipandu arahkan, sebagai Agen Pemantau dan Penganalisa kadar kejelekitan belia akar umbi. Bukan duduk sahaja di KL dan sembang bertali leher dan bersepatu tinggi dalam bilik hawa dingin.

Banyak lagi yang Pak Sedaro boleh lahirkan, tapi cukup sekadar ini sebagai galakan berfikir. Yang lepas-lepas juga masih belum terpancar kepada MPBN dan KBS untuk difikir laksana. Sebenarnya, yang penting dalam kemelut berantakan sosio belia di Malaysia ialah wadah yang pelbagai dan tidak seragam serta dialirkan secara tepat dan betul. Bila mana Laporan Audit Negara 2006 dan 2007 mewartakan banyak penyelewangan di KBS, maka, ramai anak belia TAWAR HATI untuk berbakti kepada Nusa dan Bangsa.

Ahmad Shabery Cheek dan Pegawai di Pejabat Menteri kena "extra peka" bukan "extra PEKAK" dan berkhidmat penuh integriti dalam soal ini. Razali Ibrahim dan Wee Jeck Seng yang kebetulan dari Muar dan Tanjung Piai, jika Johor gagal menyambut Laungan Keramat 1 Belia 1 Malaysia di Danga Bay, dalam masa terdekat...inilah PETANDA KEGAGALAN kalian.

KBS akan kecundang dalam gelanggang retorik, jika ramai yang diberi AMANAH hanya lahir atas lantai-lantai Sandiwara dan Istana Budaya. Peruntukan kepada KBS ialah untuk warga Belia yang menokok populasi negara Bangsa Malaysia. 61.35% ialah anak berumur 15 hingga 40 tahun.

Sendiri mau ingat la....

Mangsa Liwat Seterusnya? Atau Dia Memang Dungu?


Inikah manusia yang disanjung oleh Pemuda UMNO Malaysia? Inikah mesej perjuangan Pemuda UMNO Malaysia kepada Rakyat Malaysia? Inikah bentuk pemikiran dan gelombang perubahan Pemuda UMNO Malaysia?

Apakah Pemuda UMNO begitu dayus? Apakah Pemuda UMNO sudah hilang akar umbi dan jati diri? Apakah Pemuda UMNO masih setuju untuk orang ini Khairy Jamaluddin diangkat sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia?

Presiden UMNO, Timbalan Presiden UMNO dan Naib-Naib Presiden UMNO, Pengerusi dan Jemaah Jawatankuasa Disiplin Parti UMNO dan Veteran UMNO ambil BERAT dan PEDULI wajah ini? Apakah senyum sebagai sindiran akan ke PANDIRAN UMNO?


Mana Pak Mertuanya? Tak beri Nasihat ke budak hingusan ini? KJ telah mencemar Nilai dan Etika Tersirat, ibarat Retak Menanti Belah. Dalam sejarah kepemimpinan PEMUDA UMNO, inilah satu-satunya Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang telah membacul wadah, nahdah dan dakwah UMNO Malaysia. Ini KES BERAT. Sudahlah banyak penyakit lalu tak beres, kini H1N1 Ketua Pemuda UMNO Malaysia...pula.

Ternyata PINTAR yang tidak berTUAN, menjahanamkan Parti Umat Melayu 1946. Sudah pasti Tok Nyang Sheikh Abdullah Fahim kecewa sikap Cicit Menantu yang tak kenang BUDI.

Atau inikah manifestasi pelacuran minda oleh Anwar Ibrahim? Atau ini dia sasaran mangsa liwat seterusnya Anwar Ibrahim?

Gugurkan aja Jawatan Ketua Pemuda UMNO yang disandangnya. Sudah hilang kelayakan secara roh. Ooii...pembesar dan Bangsawan UMNO...bertindak lah, demi Roh Agama, Bangsa dan Tanahair.

MRSM & SBP ialah Intipati 153. JANGAN RUNDING!

Suara Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) dalam hal ini senada apabila beliau bersetuju sekolah satu aliran diwujudkan di peringkat sekolah menengah supaya matlamat perpaduan dicapai. "Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Ledang supaya kerajaan menjadikan peringkat sekolah menengah sebagai sekolah satu aliran," katanya. Bagaimanapun, beliau berkata, pelajar Melayu yang bijak dan ditempatkan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) perlu juga disatukan di sekolah menengah. Katanya, ia membolehkan kebijaksanaan pelajar MRSM dapat dikongsi bersama dengan pelajar lain.

Pak Sedaro menelah akhbar Utusan hari ini dan menyemak Hansard 28 Oktober 2009 berkenaan hujahan Tony Pua yang suku masak ini. Gamaknya aliran yang dipalu oleh Prof. Emeritus KKK telah diselewang ertikan oleh DAP. Inilah bahana "lebih sudu dari kuah", "lebih sampah dari isi", "bosar kulit dari buah".

Maktab Rendah Sains MARA bukanlah sebuah institusi yang boleh dirunding beli oleh UMNO, MCA, MIC, PAS, PKR, DAP atau mana-mana parti politik. Sekolah Berasrama Penuh atau SBP juga tergolong dalam kluster khas ini. Namun, Pak Sedaro lebih suka bercakap perihal MRSM ini untuk tidak lagi dijadikan bahan lelucon dan jajaan Tony Pua atau DAP yang lain atau PKR lain yang tergolong dalam kelompok kaum-kaum lain.

Mana dia Azmin Ali bekas Guru MRSM Terendak? Apahal sonyap dalam Dewan bila kisah MRSM nak dirakyatkan? Mana dia Mukhriz Mahathir, Razali Ibrahim, Nur Jazlan Mohamed, Ibrahim Ali, Nazri Aziz, Mustapa Mohamed, Poad Zarkazi dan sebagainya bila DAP mula pertikai isu MRSM..? Ini secara langsung mencabar Perkara 153. Maknanya mencabar Majlis Raja-Raja Melayu.

Prof. Emeritus Khoo Kay Kim sendiri telah menjelas dengan panjang lebar perihal MRSM dan SBP suatu masa lalu ketika beliau di Universiti Malaysia di awal tahun 1980an lagi. Beliau antara insan Kaum Lain yang setuju MRSM dan SBP diwujudkan demi kepentingan Nasional.

Aspirasi Sekolah 1 Aliran merupakan wadah sekolah 1 Malaysia yang wajar dimulakan 15 tahun lalu lagi. "Better late than never", mungkin. Jika seluruh Dewan yang bersidang di Parlimen setuju sebulat suara, maka ini merupakan kesan kemajuan pemikiran bangsa Malaysia yang cukup baik dan harus dipuji.

Namun oleh kerana ada usaha Min Yuen di kalangan segelintir manusia yang BUTA HATI,melihat MRSM wajar disama erti dengan istilah Sekolah 1 Aliran. MRSM tertubuh pada 1972 bermula di MRSM Seremban dan paling bongsu hari ini ialah MRSM Bentong. Tidak kurang 42 buah MRSM seluruh Malaysia yang mungkin akan mencecah bilangan 50 buah akan datang.

Kejayaan manusia keluaran MRSM hidup melata di muka bumi ini, antaranya Mukhriz Mahathir, Razali Ibrahim, Nur Jazlan Mohamed, Shazally Ramly, Wahid Omar, Othman Omar, Jamaluddin Ibrahim, Kamarudin Meranun, Animator Grafik Filem Spices, Mirzan Mahathir, Kamal Kamaluddin, Ibrahim Malay Mail, Dr. Azhari di IJN dan rakannya di IJN, Mohd Yusof di MIGHT dan sahabat kerjanya, Abdul Rani Achmed Abdullah di Cworks Systems Berhad, CEO CTRM yang menjalankan MEASAT, RAZAK-SAT, TIUNG-SAT, Sazmi Miah, Abdul Mutalib Alias, Sheikh Muzaffar Sheikh Mustafa Al-Basri, MD Kilang Roti Azan di Jalan Dioh, Pekan Kuala Pilah, Sheikh Muhamad Fadzly Omar Al-Hafiz, Akademi Darul Huffaz di Kajang dan ramai lagi kalangan usahawan, teknokrat, saintis, pejuang politik pelbagai faham, akademia, penjawat awam tingkatan kanan dan sebagainya. Tidak kurang 5000 orang bekas pelajar MRSM yang telah mencipta pelbagai sejarah kepada Malaysia sejak 1972. Generasi paling tua kini berumur 50 tahun.

MRSM bukan tapak elit untuk kalangan pelajar TERLALU CEMERLANG secara akademik. MRSM ialah gedung dan gudang melahirkan graduan MRSM daripada pelajar Sederhana, Rajin, Proaktif dan Cerdik kepada Seorang yang Punya sifat Ikhlas, TERBILANG, Cendiakawan, Progresif, Istiqamah dan mendalami fadhilat Ihsan. Inilah Falsafah Pendidikan Alam MRSM. MRSM sebagai pusat kecemerlangan ILMU untuk anak insan biasa dijadikan anak Malaysia yang JAUH LUAR BIASA. Orientasi MRSM bukan bersifat One Off tetapi bersifat Life-Long Learning. Inilah kelebihan 153 kepada Rakyat Raja yang cuba dirodok, dirobek, dilacur dan dirogol oleh kalangan manusia menumpang payung Seri Mahkota Negara atas nama kesamarataan atas panduan Komunis.

Sidang Dewan Rakyat jangan diperbodohkan dengan pendekatan karut-marut oleh pelaku songsang Perlembagaan Persekutuan. MRSM bukan bahan dan agenda JAJAAN. Maktab Rendah Sains MARA ialah sebuah epistimologi ilmu yang mendaulat Bangsa Malaysia secara JUJUR dan AMANAH.

Jangan tidur aja masa bersidang wahai Ahli Parlimen Rakyat Raja...

Blog Archive