Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Thursday, October 29, 2009

MRSM & SBP ialah Intipati 153. JANGAN RUNDING!

Suara Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) dalam hal ini senada apabila beliau bersetuju sekolah satu aliran diwujudkan di peringkat sekolah menengah supaya matlamat perpaduan dicapai. "Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Ledang supaya kerajaan menjadikan peringkat sekolah menengah sebagai sekolah satu aliran," katanya. Bagaimanapun, beliau berkata, pelajar Melayu yang bijak dan ditempatkan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) perlu juga disatukan di sekolah menengah. Katanya, ia membolehkan kebijaksanaan pelajar MRSM dapat dikongsi bersama dengan pelajar lain.

Pak Sedaro menelah akhbar Utusan hari ini dan menyemak Hansard 28 Oktober 2009 berkenaan hujahan Tony Pua yang suku masak ini. Gamaknya aliran yang dipalu oleh Prof. Emeritus KKK telah diselewang ertikan oleh DAP. Inilah bahana "lebih sudu dari kuah", "lebih sampah dari isi", "bosar kulit dari buah".

Maktab Rendah Sains MARA bukanlah sebuah institusi yang boleh dirunding beli oleh UMNO, MCA, MIC, PAS, PKR, DAP atau mana-mana parti politik. Sekolah Berasrama Penuh atau SBP juga tergolong dalam kluster khas ini. Namun, Pak Sedaro lebih suka bercakap perihal MRSM ini untuk tidak lagi dijadikan bahan lelucon dan jajaan Tony Pua atau DAP yang lain atau PKR lain yang tergolong dalam kelompok kaum-kaum lain.

Mana dia Azmin Ali bekas Guru MRSM Terendak? Apahal sonyap dalam Dewan bila kisah MRSM nak dirakyatkan? Mana dia Mukhriz Mahathir, Razali Ibrahim, Nur Jazlan Mohamed, Ibrahim Ali, Nazri Aziz, Mustapa Mohamed, Poad Zarkazi dan sebagainya bila DAP mula pertikai isu MRSM..? Ini secara langsung mencabar Perkara 153. Maknanya mencabar Majlis Raja-Raja Melayu.

Prof. Emeritus Khoo Kay Kim sendiri telah menjelas dengan panjang lebar perihal MRSM dan SBP suatu masa lalu ketika beliau di Universiti Malaysia di awal tahun 1980an lagi. Beliau antara insan Kaum Lain yang setuju MRSM dan SBP diwujudkan demi kepentingan Nasional.

Aspirasi Sekolah 1 Aliran merupakan wadah sekolah 1 Malaysia yang wajar dimulakan 15 tahun lalu lagi. "Better late than never", mungkin. Jika seluruh Dewan yang bersidang di Parlimen setuju sebulat suara, maka ini merupakan kesan kemajuan pemikiran bangsa Malaysia yang cukup baik dan harus dipuji.

Namun oleh kerana ada usaha Min Yuen di kalangan segelintir manusia yang BUTA HATI,melihat MRSM wajar disama erti dengan istilah Sekolah 1 Aliran. MRSM tertubuh pada 1972 bermula di MRSM Seremban dan paling bongsu hari ini ialah MRSM Bentong. Tidak kurang 42 buah MRSM seluruh Malaysia yang mungkin akan mencecah bilangan 50 buah akan datang.

Kejayaan manusia keluaran MRSM hidup melata di muka bumi ini, antaranya Mukhriz Mahathir, Razali Ibrahim, Nur Jazlan Mohamed, Shazally Ramly, Wahid Omar, Othman Omar, Jamaluddin Ibrahim, Kamarudin Meranun, Animator Grafik Filem Spices, Mirzan Mahathir, Kamal Kamaluddin, Ibrahim Malay Mail, Dr. Azhari di IJN dan rakannya di IJN, Mohd Yusof di MIGHT dan sahabat kerjanya, Abdul Rani Achmed Abdullah di Cworks Systems Berhad, CEO CTRM yang menjalankan MEASAT, RAZAK-SAT, TIUNG-SAT, Sazmi Miah, Abdul Mutalib Alias, Sheikh Muzaffar Sheikh Mustafa Al-Basri, MD Kilang Roti Azan di Jalan Dioh, Pekan Kuala Pilah, Sheikh Muhamad Fadzly Omar Al-Hafiz, Akademi Darul Huffaz di Kajang dan ramai lagi kalangan usahawan, teknokrat, saintis, pejuang politik pelbagai faham, akademia, penjawat awam tingkatan kanan dan sebagainya. Tidak kurang 5000 orang bekas pelajar MRSM yang telah mencipta pelbagai sejarah kepada Malaysia sejak 1972. Generasi paling tua kini berumur 50 tahun.

MRSM bukan tapak elit untuk kalangan pelajar TERLALU CEMERLANG secara akademik. MRSM ialah gedung dan gudang melahirkan graduan MRSM daripada pelajar Sederhana, Rajin, Proaktif dan Cerdik kepada Seorang yang Punya sifat Ikhlas, TERBILANG, Cendiakawan, Progresif, Istiqamah dan mendalami fadhilat Ihsan. Inilah Falsafah Pendidikan Alam MRSM. MRSM sebagai pusat kecemerlangan ILMU untuk anak insan biasa dijadikan anak Malaysia yang JAUH LUAR BIASA. Orientasi MRSM bukan bersifat One Off tetapi bersifat Life-Long Learning. Inilah kelebihan 153 kepada Rakyat Raja yang cuba dirodok, dirobek, dilacur dan dirogol oleh kalangan manusia menumpang payung Seri Mahkota Negara atas nama kesamarataan atas panduan Komunis.

Sidang Dewan Rakyat jangan diperbodohkan dengan pendekatan karut-marut oleh pelaku songsang Perlembagaan Persekutuan. MRSM bukan bahan dan agenda JAJAAN. Maktab Rendah Sains MARA ialah sebuah epistimologi ilmu yang mendaulat Bangsa Malaysia secara JUJUR dan AMANAH.

Jangan tidur aja masa bersidang wahai Ahli Parlimen Rakyat Raja...

1 comment:

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive