Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Thursday, October 29, 2009

Banjaran MPBN 2009/2010, RELEVANKAH?




Apakah Belia Malaysia Yakin dengan Mereka?


Demikian sebuah soalan cepumas yang boleh diperaku oleh ramai Ahli MPBN 2009/2010. Hakikatnya ialah 85% pemuka yang terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Eksekutif Majlis Belia Malaysia dan Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia Malaysia akan melepaskan jawatan masing-masing berakhir Disember 2009. Ini sesuai dengan Akta Pertubuhan dan Pembangunan Belia Tahun 2007 yang berkuatkuasa sejak diwartakan.

Apakah Majlis Perundingan Belia Negara 2009/2010 memberi implikasi kepada Pembangunan Teras MPBN dalam soal-soal yang heboh dan hebah didebat dalam Sidang Ke 27, pada 22 Oktober-23 Oktober 2009 yang lalu di Marriot, Putrajaya? Apakah dengan kemaskini peruntukan RM 1 juta kepada MBM, boleh mencerminkan proses pengkayaan pergerakan dan tindak laku MBM? Apakah dengan kemaskini peruntukan dari RM 20,000 kepada RM 50,000 kepada Pertubuhan Belia peringkat Kebangsaan, boleh memberi cerminan dan lonjakan baru kepada Media Baru Pergerakan Belia? Apakah erti Sulit dan Rahsianya, kandungan dan intipati yang dibahas dan dibentang dalam Sidang Ke-27, MPBN hingga saat ini, masih belum dihebahkan kepada awam di laman sesawang MPBN, KBS. Apakah Sekretariat MPBN, hanya berperanan seperti Pahat dengan Martun?

Keahlian 20 orang Lantikan Menteri dalam MPBN, sejauh mana kelompok ini berwibawa menongkah arus yang penuh onak dan duri? Sejauh mana kumpulan erdogan dalam Ahli Lantikan Menteri dan kumpulan Faham Moderasi atau Liberal boleh menjayakan perihal Agenda Pengerak Belia Nasional, andai berkomunikasi dan berhujah dalam Bahasa Melayu pun lintang-pukang dan tergagap-gagap? Tak kan cukup dengan suara lunak untuk menyanyi...baik suruh Siti Muslihah sahaja, insan kerdil yang suatu masa dulu diangkat setingginya, entah di mana sekarang?

Pegawai Kanan dan Tertinggi KBS hingga Menteri yang bertindak sebagai Pengerusi MPBN, bukanlah penentu kejayaan KPI dan NKRA untuk MPBN. 20 orang Ahli Lantikan Menteri, semua EXCO MBM dan semua DT MBM merupakan Hati, Jantung, Kaki, Tangan dan Otak berfikir untuk MPBN. Inilah kelompok paling sensitif yang menjadi titik galang ganti KPI dan NKRA MPBN.

Untuk memberi peluang kepada YB Menteri dan kelompok menjustifkasi kelebihan MPBN kepada awam, Pak Sedaro menyarankan dengan penuh bijaksana AGAR, KBS:

1. Mula menerbitkan Jurnal Awam atas tajuk Gerakan 1 Malaysia dan diedarkan ke semua Perpustakaan Sekolah Rendah dan Menengah, Perpustakaan Desa, Perpustakaan Bergerak, Perpustakaan Awam Negeri dan Balai Perpustakaan Negara, Perpustakaan IPTA dan IPTS, Perpustakaan Hospital-Hospital Awam, Perpustakaan ATM, Perpustakaan PDRM dan apa sahaja yang dikelas sebagai Perpustakaan. Pergila menjengok ke Pusat Belia Antarabangsa dan tambahkan peruntukan sebanyak RM250 ribu ke untuk membeli bahan bacaan dan naik taraf perpustakaan ini. IYC ialah hadiah sumbangan Tan Sri Kampo Harada, kalau Ahli Lantikan YBM yang ber-20 tidak tahu? Fikir la sikit, Orang Berbudi, Kita Masih Belum Berbahasa dan Berbicara!

2. Mula menyemak dan menyusun strategi penggunaan Peruntukan dan Belanjawan 2010 secara bijaksana, dengan memberi bantuan sebenar kepada Semua Pertubuhan Belia yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Belia dengan kadar segera. Sumbangan RM 3,000 bukan sesuatu yang besar, tapi beri makna dan penghargaan kepada tugasan sukarela oleh insan sukarelawan. Di samping itu, mula fikir untuk memberi tabungan dan mencipta kaedah penabungan berkelompok atau sepusat kepada Program-Program Gerakan 1 Malaysia, mungkin sekitar RM 100 ribu setiap kawasan Parlimen.

3. Mula mengadakan hubungan akrab dan baik dengan semua Multi Nasional Corporation dan Konglomerat untuk dapat menaja beberapa Program Raksasa Tahunan misalnya, Sukan Belia Malaysia, Minggu dan Hari Belia Negara, Karnival Gerakan 1 Belia 1 Malaysia, Fiesta Budaya dan Pertukaran Belia ASEAN + 3, memberi kedudukan yang tepat kepada Program Pelayaran Kapal Belia Asia Tenggara Jepun dengan peruntukan yang wajar.

4. MPBN perlu digerak dengan lawatan setiap Negeri setiap bulan, secara konsisten dan bergilir-gilir oleh setiap yang dipandu arahkan, sebagai Agen Pemantau dan Penganalisa kadar kejelekitan belia akar umbi. Bukan duduk sahaja di KL dan sembang bertali leher dan bersepatu tinggi dalam bilik hawa dingin.

Banyak lagi yang Pak Sedaro boleh lahirkan, tapi cukup sekadar ini sebagai galakan berfikir. Yang lepas-lepas juga masih belum terpancar kepada MPBN dan KBS untuk difikir laksana. Sebenarnya, yang penting dalam kemelut berantakan sosio belia di Malaysia ialah wadah yang pelbagai dan tidak seragam serta dialirkan secara tepat dan betul. Bila mana Laporan Audit Negara 2006 dan 2007 mewartakan banyak penyelewangan di KBS, maka, ramai anak belia TAWAR HATI untuk berbakti kepada Nusa dan Bangsa.

Ahmad Shabery Cheek dan Pegawai di Pejabat Menteri kena "extra peka" bukan "extra PEKAK" dan berkhidmat penuh integriti dalam soal ini. Razali Ibrahim dan Wee Jeck Seng yang kebetulan dari Muar dan Tanjung Piai, jika Johor gagal menyambut Laungan Keramat 1 Belia 1 Malaysia di Danga Bay, dalam masa terdekat...inilah PETANDA KEGAGALAN kalian.

KBS akan kecundang dalam gelanggang retorik, jika ramai yang diberi AMANAH hanya lahir atas lantai-lantai Sandiwara dan Istana Budaya. Peruntukan kepada KBS ialah untuk warga Belia yang menokok populasi negara Bangsa Malaysia. 61.35% ialah anak berumur 15 hingga 40 tahun.

Sendiri mau ingat la....

2 comments:

  1. terima kasih dgn cadangan dan pandangan. kami ahli lantikan MPBN sedang merangka program lawatan dan kunjungan ke majlis/ persatuan/kelab/gabungan belia kebangsaan, negeri dan daerah. namun begitu, kami perlu berbincang dgn pihak sekretariat utk mendapat kebenaran dr Menteri krn kami fhm fungsi kami sbg ahli lantikan menteri. (suhasni-0122960836)

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Keluarkan semuo orang tuo yang beraso muda sedio dari memimpin belio malysia...

    kaborkan kepada budak suhasni ni..kalau kejo kamu masih tak bebas buet keputusan tak payoh la nak jalan kejo...asyik keno cakap dgn mentori ajo bilo nk solosai...

    ....

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive