Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Monday, May 13, 2013

Dah mula rasa menyesal pulak undi KJ

1. KJ tulis dalam laman twitter-nya;


2. Kenyataan KJ ini di'quote' serta mendapat pelbagai maklumbalas terutama daripada juak pembangkang di twitter dan FB yang kononnya menyokong suara 'orang muda' seperti KJ, konon BN perlu lebih ramai pemimpin muda macam KJ la, konon KJ terbaik la...bla..bla..blah la...

3. Twit yang dibuat KJ ni mungkin disebabkan kenyataan MB Terengganu yang disiarkan Berita Harian seperti di bawah;


4. Ramai maklum bahawa kenyataan Ahmad Said ini telah dijadikan isu oleh juak pembangkang untuk menempelak BN dan kerajaan negeri Terengganu khususnya.

5. Tak kisahlah kalau juak pembangkang nak bantai Ahmad Said dan BN pun, itu dah memang nature mereka. Tapi apahal pulak KJ pun nak jadi populist menyindir pemimpin dari team sendiri?

6. Adakah KJ benar-benar faham tugas sebenar pegawai pembangunan yang dimaksudkan Ahmad Said? Adakah KJ masih tidak sedar apa yang dilakukan ADUN Pas di Paroi bawah Parlimen Rembau yang mana KJ sebagai Ahli Parlimen-nya selepas PRU-12 dulu? Itulah bahananya bila jarang balik jenguk kawasan sendiri...apa pun tak tau!

7. Ahmad Said cuma kata tiada pegawai pembangunan di kawasan yang BN kalah, bukannya tiada pembangunan langsung di kawasan tersebut. Kena faham tugas pegawai pembangunan ialah menyelesaikan masalah setempat. Selama ini di kawasan yang BN kalah pun tetap diletakkan pegawai pembangunan, tetapi wakil rakyat pembangkang take for granted, langsung tak buat kerja sebab kawasan dia dah ada pegawai pembangunan yang tolong setel kerja untuk dia. 

8. Selepas ini, kawasan wakil rakyat pembangkang yang tiada pegawai pembangunan, bolehlah urus sendiri masalah rakyat sementelah dia sudah diundi untuk menjadi wakil rakyat kawasan tersebut. Inilah masanya wakil rakyat pembangkang buktikan yang mereka memang betul-betul buat kerja untuk rakyat yang mengundi mereka; dan bukannya asyik berpolitik 24/7 seperti sebelum-sebelum ini. Jika selama ini wakil rakyat pembangkang leka berpolitik tanpa peduli pun masalah rakyat di kawasan mereka rentetan BN dah tolong selesaikan bagi pihak mereka, kali ni baru mereka akan sedar betapa beratnya tanggungjawab dan amanah yang perlu dipikul sebagai wakil rakyat.

9. Itu jugalah yang sering dilakukan ADUN Pas di Paroi sejak 2008 hingga 2013 apabila mengaku menyelesaikan pelbagai masalah di kawasan Paroi, walhal yang buat kerja adalah orang BN. Inilah yang dimaksudkan 'lembu punya susu, sapi dapat nama.'

10. Apa yang gagal difahami oleh KJ ialah, Ahmad Said boleh saja buat senyap-senyap untuk tidak meletakkan pegawai pembangunan di kawasan yang BN kalah di Terengganu; tapi Ahmad Said sengaja memilih untuk beri kenyataan kepada media sebab nak sindir wakil rakyat pembangkang yang selama ini mengaku kononnya merekalah lebih baik, lebih rajin, lebih bertanggungjawab...bla..bla..boleh blah!

11. Aku Janji BN adalah bersifat 2 hala. Jika satu pihak enggan terima janji yang dibuat oleh pihak satu lagi, buat apa nak susah payah bantu orang yang tak sudi? Mungkin itulah yang cuba disampaikan oleh Ahmad Said, tetapi gagal pula ditafsir oleh KJ.

12. Tidakkah KJ faham sinikal kenyataan Ahmad Said itu kepada wakil rakyat pembangkang, atau KJ memang lombab nak faham? Itupun masih mahu demand jawatan kabinet ka?

13. Banyak sebenarnya kenyataan KJ yang selama ini kami tak setuju, tetapi ada yang minta tolong demi PRU-13 yang telah berlangsung supaya 'jangan sentuh sangat KJ'. Tapi lepas ni...belum tau brader!

14. Sebagai pengundi berdaftar di Parlimen Rembau dan DUN Paroi, kami akan sentiasa memantau perkembangan KJ sebagai Ahli Parlimen. Kalau banyak sangat perkara yang tak betul tapi perasan bagus macam betul...faham-faham sajalah.

15. Eloklah selepas ini KJ tumpu pada kerja dan kurangkan berpolitik, sebab dah ramai sangat komen yang KJ ni hanya pandai cakap saja...

47 comments:

  1. Salam

    Inilah pemikiran yang dimiliki oleh tuan blog dan kebanyakan puak2 umnobn, tidak boleh berfikiran diluar kotak !

    Wasalam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba awekaste hujah bgmana yg dikatakan pemikiran bukan diluar kotak tu?

      Delete
    2. Kalau setakat pemikiran luar kotak yg penuh najis baik dlm kotak yg tak tercemar!!!

      Delete
  2. Cybertroopers Kj marah nampak...terima lah kebenaran..ubat memang pahit bang oii...

    ReplyDelete
  3. Teruskan pergaduhan dalam UMNO - semuga terus berdarah-darah, UMNO memang punya golongan DENGKI terus, DENDAM terus, JATUHKAN yang sudah diatas terus, TAK TAHU malu yang berhak hanya RAKYAT ... pemimpin UMNO ini semua tak BERTANGGUNG JAWAB

    ReplyDelete
  4. Dan bermulalah kem-kem mahathirism utk menjatuhkan kj. Mcm mana hebat pun pun dia dihina InsyaAllah rezeki pasti berpihak pdnya. Tgklah nanti.

    ReplyDelete
  5. tapi ada benar juga tindakan mb terengganu tu..banyak kawasan yang diwakili pakatan langsung tidak diperdulikan.banyak aduan dan masalah diselesaikan penyelaras kawasan dari bn.tapi apabila pru mereka tetap undi pakatan..biarlah kali ini kita minta rakyat mohon bantuan pada wakil rakyat yang mereka undi.mampu atau tidak mereka buat kerja.

    ReplyDelete
  6. memang tepat apa Ahmad Said lakukan tetapi Ahmad Said tidk perlulah heboh dimedia dan bagi orang tahu. Kita tengok di Kelantan iaitu pas kelantan juga hanya bagi pembangunan pd orang pas sahaja manakala orang BN pula pas abaikan.Orang pas kelantan lakukan pilih bulu juga pada orang BN di kelantan tetapi mereka tidak heboh pada orang ramai dan itu sebab pas masih perintah sampai sekarang. Orang UMNO kena bijak lah berpolitik

    ReplyDelete
  7. KJ pun kena bijak, jgn buat statment ikut sedap mulut je, jgn sspai backfire kat parti....semata2 nak popular.

    ReplyDelete
  8. Sobab tu bagi den si kitol ni pandai tp xbijak...dh pulak tu xtau malu tehegeh2 tawar diri. Dio igt org dh lupo apo dio buek maso pak mentuo kaki tido bermaharajo lelo dulu? Namo yo dr oxford, apo bangang poie tembak org sendiri. Dio xtau ko tindakan Mat Said tu sentimen majoriti penyokong2 BN. Dio ni calon BN ko calon pembangkang aritu nih???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kj ni x bodoh tapi bahalol..

      Delete
  9. APA YG MB TERENGGANU TU NAK BUAT AKU SOKONGGG.. SELAMA INI YG BUAT KEJE SIANG MALAM URUSKAN MASAALAH RAKYAT BN YG DUDUK GOYANG KAKI CERAMAH SIANG MALAM KATA DIA SAJA BETUL DAN ORG LAIN SEMUANYA SALAH...

    LEPAS NI BAGI TENGOK DIORG PUNYA KEJE YG BETUL TU...

    ReplyDelete
  10. Yg penyokong kj ni den nk tanyo, salahko tindakan Mat Said tu? Tu yg dinamokn tindakan luar kotak, berani lari dr kebiasaan. Laie 1, kalau la si kj tu hebat sgt, knapo FAIL nk tarik undi gen mudo pilihanrayo lopeh? Dio ketuo pemudo bkn ahli biaso... Kok takat nk menglemer kn diri sendiri tu baik ghontikan yolah..

    ReplyDelete
  11. HE!HE!HE!

    AKU NAK MUNTAH DENGAR IDEA BUDIMAN KJ NI. SUDAHLAH. MELAINKAN KO MEMANG SUKA ORANG MAKI HAMUN DS NAJIB HARI HARI !

    ReplyDelete
  12. Den baru bercadang nak tubek atikel sembor si KJ ni sobab Tweet diatas tu hah, ekau tulis dah.

    Ingatkan orang PR jer yang bodoh, buek2 tak faham, ruponyo si KJ pun samo bodoh, buek2 tak faham.

    Si KJ takdok pitih nak talipon MatSaid tanyo cerito sebonar nyo apo? Yang gatal pi tweet macam bagus tu apo kono eh jang ?

    ReplyDelete
  13. Duit rakyat nak... Tapi bila tak menang, tak nak bangunkan kawasan yang da tak menang... Memang dasar bangsat kebas duit rakyat dalam bentuk cukai

    BN...
    Barang Naik...
    Bila Naik?
    Baru Naik...
    Berapa Naik?
    Banyak Naik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 441, abis tu pas kelantan kutip cukai pintu penyokong bn di kelantan dan pkr selangor pun kutip cukai pintu dari rakyat selangor yg sokong bn tapi x nk bantu kawasan penyokong bn tu mcmana pulak? Dah 23 tahun pas kelantan tindas org bn x kecoh pulak? Kurang2 bn tetap juga bantu org yg tak sokong bn tak kira siapa, cuma malas nak heboh je. Kau makan brg bersubsidi hari2 apa nk kecoh plak brg naik? Ke 'barang' kau yg dah tak naik smpi bini cari lain? Hehe.

      Delete
  14. anon bangsat ni nak pembangunan tapi sokongan x nak bg...bodoh mcm babi

    ReplyDelete
  15. Bagi kawasan yang PR menang, peruntukan dari Kerajaan Persekutuan disalur terus kepada wakil BN di kawasan tersebut seperti melalui Ketua Bahagian UMNO. Kalau di tiadakan wakil ini maka rugilah UMNO di kawasan tersebut.

    ReplyDelete
  16. den tengok rombau mcm tu ajo..apo kj buek majukn rombau?takat bosar cakap pembangunan x ado..ronung2kn lh pru 14 sure kono campak dlm sawah yg banyak terbiar kek rombau sanun!

    ReplyDelete
  17. cucu mamak kuttyMay 13, 2013 at 6:01 PM

    ini le cara berpikir bloger tajaan mahadeath kutty...yg memang sama sekali anti dengan cara berpikir anak muda yg berfikiran baharu...klu mcm paneh miang ni,c ara dia berfikir mcm org bangang yg dah mcm tunggul buruk yg dah reput dah di makan anai2

    ReplyDelete
  18. KJ otak tak matang lai sampai bilo pun camtu gak tapi napsu bosa. Kalau aljuburi tak kono buang ari tu dah tontu anak aljuburi dio tackle. Jalan short cut nak pegang kuaso.

    ReplyDelete
  19. Aku tetap dengan kenyataan dan pendirian yang sama yakni : KJ = ULAR jadi kalau simpan ular dalam rumah kena tahu lah apa yang bakal berlaku nanti

    ReplyDelete
  20. KJ tu lulusan Oxford.

    Pemblog lulusan apa? Sekolah pondok?

    Duduk diam-diam. Otak hang dah beku tahap zaman dinosaur.

    ReplyDelete
  21. Biarkan Paneh Miang menyosa KJ otak eh lotak kat lutuut akar pendek biarkan dio gan geng2 dio...agak eh aritu dipangkah Pakatan..cubo la hontam Anwar Ibrahim 2 yang berhimpun jo kojo kato dio yg patut jadi PM Dan macam2 lagi lah ekau dongala kat YouTube 2 yo...

    ReplyDelete
  22. Sebab kau bodoh macam lembulah sebab kau undi KJ.Kj tu bukannya pandai sangat.Berlagak belajar kat OXport, tetapi otak macam mat kampong. Kami pun dari UK juga tapi tak bodoh macam KJ.Kj pandai tipu orang macam kau pasal kau memang bodoh sejak lahir!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eleh budak pr nak nyamar belajar uk plak dah nk membodoihkan org. Hehe. Tak jadi la batu api pakatan haprak kat sini anon 1019. Org undi kj sbb nak bn monang. Bukan sobab kj tu sbb sumo pun tau kj ni lulusan oxpod yg bangang. Ntah2 lulus oxpod pun cukup makan je kj ni. Apa background edu mamat kopi jantan ni? Sastera klaseks ko? Hehe.

      Delete
  23. Apalah sangat oxpot tu kalo terbukti graduan oxpot lombab dayo pikir mcm kj. Kakakaka.

    ReplyDelete
  24. PETALING JAYA: The idea of ending race-based politics by merging Umno, the MCA and MIC as part of Malaysia’s reconciliation effort after the general election should be explored by Barisan Nasional, said Rembau MP Khairy Jamaluddin.
    KJ sudah mula berkokok...

    ReplyDelete
  25. Undi popular dah jatuh kek PR..apalai yang menjadikan UMNO tak popular dikalangan rayat? Ini lah dia keyataan-keyataan yang tak sepatutnya kluar dari mulut pemimpin yang menyatakan pekara berbaur ancaman kepada rakyat..ape orang terangganu tu bukan umat manusia atau hanya pendatang asing yang diberi IC sebagai penduduk tetap sahaja ke...macam mane nak popular kalau macamni la pemikiran pemimpin maka akan seterusnya masa hadapan berlakunya pengecilan undi lebih besar berlaku terhadap UMNO..fikir-fikirkan lah.

    ReplyDelete
  26. Paneh ni memang anti ngan KJ. Apo sobab eh.. dio yg tau. Tapi cuba lah hormat pilihan rakyat. 18 ribu majoriti bukan jumlah yg kocik. Kalau stakat berbeza pandangan/pendapat pun nak heboh.. nampak bona paneh dah kering idea. Poie lah rehat.. lopeh ni bulehlah hasilkan tulisan yang boleh mengembangkan minda.

    ReplyDelete
  27. Den ghaso bukan paneh ni yo yg anti ngan kj. Raso ey ramai lg blogger bebas pro bn yg anti ngan kj. Tak taulah kenapo. Xkn ramai bonar plak org yg bukan pemudo umno anti ngan kj. Samo ado mereko betul pasal kj atau kj n d geng yg ado masalah sebona ey.

    ReplyDelete
  28. kau orang to pokek tololong ni kenapo kau kutok KJ cam nak gilo pun tio totap ahli parlimen kau apo ado baghal...

    ReplyDelete
  29. MENYOSAL KATO EH!!!?
    KAH!!!!KAH!!!!KAH!!!!KAH!!!!

    ReplyDelete
  30. KJ kamu mesti kuat ini adalah salah satu cara provokasi terancang yang dijalankan oleh PR ..... dimana mereka merasa kamu berupaya untuk menggangu gugat apa yang di cita citakan oleh PR maju dan terus maju BN.

    ReplyDelete

  31. Harap-harap selepas ini Perdana Menteri akan mengurangkan pegawai-pegawai komiunkasi beliau yang sebahagian besarnya telah basi.

    Karakter tukang jaga artis berpangkat Datuk Seri mungkin boleh kembali kepada tugas asal dan tak perlu menjadi hamba abdi buta tuli. Jangan bodek tak tentu pasal lagi.

    Event organizer company Pasukan Komunikasi Nasional atau NCT harus dibubarkan. Penyangak NCT tidak menilai dan tidak tahu apa itu Janji DiTepati. Mereka hanya tahu salur dana kepada syarikat sendiri.

    Karakter seperti Azman Awaldin, gundiknya Jaqueline dan saudara O, harus disiasat kerana ada maklumat mengatakan kumpulan ini telah menggelapkan dana puluhan juta ringgit.

    Mungkin ada ramai yang tidak mempercayai tetapi fakta dan maklumat risikan tidak boleh ditepis lagi. Penyangak yang tikam Perdana Menteri dari belakang dengan Janji DiTepati harus diadili.

    Jika tidak percaya cuba audit aset dan pemilikan individu-individu yang disebut tadi. Jangan lupa mahligai diP.Pinang dan Australia negeri sejuk mainan biri-biri. Periksa juga siapa pengarah dan pengerusi syarikay sapu sana sini.

    Wahai bekas editor kanan berlagak penasihat memanda perdana menteri, jika ada perasaan malu dan harga diri, mohonlah maaf dan undurlah diri. Jangan khianati kepercayaan Perdana Menteri. Jangan bersekongkol dengan penyangak tak berperi walaupun gaji puluhan ribu diberi.
    Berundurlah secara terhormat jika masih ada maruah diri.

    Concerned Researchers

    ReplyDelete
  32. KJ dah nak mula berubah setelah dia mengenali hati budi rakyat selepas pasca PRU13. Dia pun nak ajak pemimpin-pemimpin lain ikut berubah kerana politik balas dendam sudah tidak relevan, tidak mampu bertahan lama dan hanya akan menambah kebencian rakyat. Wakil rakyat atau ahli Parlimen atau menteri memang datang dari berbagai parti politik, tapi khidmat mereka adalah untuk rakyat.
    Orang-orang yg tak suka KJ ini ada 2 golongan:
    (1) Geng pro Mahathir yg sedang dlm recana nak menaikkan anaknya Mukhriz jadi PM. Itu kita tak kisahlah sbb dlm UMNO sendiri pun ada banyak team dan politicking.
    (2) Geng-geng UMNO lama yang batat dgn tektik lama UMNO yg tak mahu berubah atau mengaku kalah walau pun ada buat salah.
    Geng golongan kedua inilah yg mematikan selera anak muda dan tidak terliur untuk turut serta dlm 'perjuangan' UMNO. Idea "semua dari atas adalah betul, ikut dan jangan lawan toke" sudah tidak boleh pakai dan dan tak dapat diterima oleh golongan muda yang kini terdedah dengan banyak lubang maklumat. UMNO kena terima bahawa pandangan dari lapis bawahan perlu diambil kira walaupun mungkin sedikit pahit dan sedikit mencalarkan kedudukan atau popularity 'individu atasan' tertentu. UMNO perlu lebih bersikap liberal dan terbuka dan sedikit demi sedikit kurangkan dan buangkan terus sikap "authoritarian" atau "the boss is always right", jika ingin menggarap sokongan bagi memenangi hati rakyat Melayu dan seterusnya hati rakyat Malaysia ...
    We should be proud and show respect to KJ's principe and opinion towards nowdays attitude and perception of the youth. This has to be taken into consideration since they (the youth) are the one who are going to be the next succeding leaders of the nation. In order UMNO to survive and to gain attraction of the youth, the ideas and opinions of the lower level grass root must be taken into consideration by the present UMNO leaders. KJ is one of the good example. He tries to put forward the new paradigm in UMNO's leadership, whereby sometimes we need to be apologetic and understand what really are the needs and the taste of the people. Leaders shouldn't be egoistic and thought that they are always right. If all these while we have been practicing fraud and corruption, now we have to change. We have to be more professional, mature and open to criticism. When there are UMNO leaders who invite the others towards wisdom, then the old folks in UMNO will say "baru setahun jagung, nak tunjuk pandai". This is what is happening right now and has to be faced by KJ. Never mind KJ, keep it up. Don't bother too much about your popularity, what is more important is what you can serve for the people as they have granted you the mandate and their trust. I believe if you are sincere and trustworthy in your job and in undertaking your responsibility, one day God will pick you up to be some one you have been dreaming off. Go to hell with the "frozen mind" old UMNO folks ....

    ReplyDelete
  33. Syabbas KJ! Anda berjaya membuka mata dan hati ramai orang2 UMNO dan juga bukan UMNO bahawa kita perlu sentiasa:
    1. Tidak menyimpan dendam.
    2. Bersikap terbuka kepada
    kritikan.
    3. Rasional dan tidak emosional
    dalam tindakan.
    4. Muhasabah diri dan kaji
    kelemahan diri sendiri sebelum
    menuding jari kpd orang lain.
    5. Berlaku adil kepada pihak
    bawahan kita.
    6. Berani bertindak dan tidak
    takut kpd risiko kehancuran
    popularity.
    7. Tegas dengan pendirian yg benar
    walau pun berdepan dgn tohmahan
    dan kritikan.
    Inilah pejuang dan pemimpin masa depan. Berani demi menegakkan kebenaran ...

    ReplyDelete
  34. Memberi tuguran atau nasihat kpd rakan kita (jika dia melakukan kesalahan) adalah satu perbuatan murni yang perlu disokong. Kenapa nak disalahkan KJ? Kerana teguran sesama dalam parti? Kalau tegur atau buat tohmahan kpd parti lain (walaupun tak betul) tak apa? Budaya ini perlu dilenyapkan dari pemimpin-pemimpin politik (tidak kira UMNO ke, BN ke, PAS ke atau PR ke) jika hendak memburu sokongan dan menambat hati rakyat. Rakyat sekarang mudah mendapat maklumat walaupun serapi mana pun kita cuba hendak disembunyikan.
    Cara Mat Said bertindak di Terengganu itu adalah kurang wajar (pihak PR kata kurang ajar). Tidak semua rakyat di kawasan yg BN kalah adalah pengundi pembangkang. Di 15 DUN yang BN kalah tu kekalahannya pun tipis, bermakna ada hampir 50% penyokong BN di setiap kawasan DUN berkenaan. Kalau pun nak menghukum penyokong2 PR, tidak kasihankah Mat Said kpd penyokong2 BN di situ? Rentikanlah rencana atau kaedah menghukum dan membalas dendam ini, tidak akan mendatangkan banyak faedah kpd UMNO, bahkan mungkin pula akan menjelmakan musibah pula nanti.
    Senario ‘tsunami China’ juga menjadi satu lagi contoh ketegaran pemimpin-pemimpin UMNO untuk membuat ‘post mortem’ berkaitan kehilangan sokongan masyarakat China kpd BN. Meraka tidak mahu membuat analisa dan sebaliknya memberi alasan mudah “China belot”, “China tak mengenang budi”, “China menikam dari belakang”, dsb. KJ yg cuba memberi buah fikiran dalam persoalan berkenaan bukan sahaja ditolak, bahkan dikatakan pengkhianat, ‘freemason’ dll. Kalau beginilah gayanya, bagaimana UMNO dan BN hendak ‘improve’ dalam usaha meraih kepercayaan dan menagih sokongan rakyat?
    Yg sebaiknya ialah bermuhasabah diri dan buat kajian kenapa hati rakyat tidak dapat dimenangi. Menuding jari ke pihak lain sebagai alasan menegakkan kekalahan adalah umpama cerita ‘bangau oh bangau’. Bangau mengatakan dirinya kurus adalah kerana pelbagai masalah dari ikan ... hinggalah ke katak dan ular. Bangau tidak mahu mengaku kegagalannya berusaha atau usahanya yang tidak kena cara adalah penyebab kepada keadaan tubuhnya yang kurus. Yg menjadi rintangan sekarang ialah budaya pemikiran ‘ortodok’ ramai dari pemimpin2 UMNO yg sukar hendak mangakui kelemahan diri atau menerima teguran. Sebaliknya orang yg menegur macam KJ atau saya sudah pasti akan menerima cacian dan makian. Kalau tak percaya tunggu sahajalah beberapa minit selepas artikel ini dikeluarkan. Pasti akan datang bertubi-tubi serangan dan bertalu-talu cacian bukan sahaja kpd saya yg menulis tetapi juga kpd KJ yang cuba saya pertahankan. Wahai pemimpin-pemimpin UMNO, ubahlah paradigma pemikiran anda dan cubalah untuk bersikap terbuka. Kpd KJ saya akan sentiasa memberi sokongan dan dorongan supaya sentiasa bersemangat kental dalam perjuangan. Ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya ...

    ReplyDelete
  35. Bosan la baca komen pencacai keldai jantan ni. Tipikal sangat ayat yang dibuat2 bukan datang dari hati. Sokongan berbayar. Setiakawan la sangat. Dah kaya raya masa pak mertua jadi pm. Kalau nak tahu siapa pengganti anwar lepas ni...jawapannya ahli parlimen rembau 2008-hingga kini.

    ReplyDelete
  36. Soal kaya raya adalah soal kedua. Kita tidak mahu mainkan isu berkenaan di sini. Dia pandai buat harta, itu hal kepandaian dia, buat apa kita risau. Kita nak bincang soal pemikiran dan soal pendirian. Berpendirian di jalan benar memang tidak dapat diterima oleh puak2 otak langau ni kalau tidak dapat menguntungkan toke. Maka akan berterusanlah kepimpinan stereotype UMNO yg hanya jadi yesmen, pak angguk dan tukang ampu boss2 atasan. Ta’at setia dan taksub korang kat boss seperti melebihi ta’at setia kpd Nabi. Tak salah kalu ta’at setia itu sentiasa pada jalan kebenaran dan jalan peningkatan martabat serta memperbaiki halatuju UMNO. Tapi sampai tak boleh nak suarakan pandangan dan pendapat, demokrasi pala hotak apa – demokra‘sie’ (mati). Hamba cakap bukan kerana ampu atau setiakawan, KJ pun tak kenal siapa hamba. Hamba tak dapat untung satu sen pun kalau KJ naik dan tak rugi satu sen pun kalau KJ jatuh. Hamba nampak potensi yang ada pada KJ untuk memperkukuh UMNO pada kaca mata rakyat marhaen. Kehilangan KJ dari kancah politik UMNO mungkin akan membawa seribu kegembiraan dan gelak tawa kpd orang2 mcm saudara tapi akan menjadi satu kerugian kpd UMNO ... Tak apa KJ, “Keldai Jantan” adalah lebih baik dari “Kerja Jilat” ...

    ReplyDelete
  37. hahahahaha...sat nak sambung gelak...kakakakakakaka. jadi kaya sebab kepandaian dia? hahahaha. bekas pengacara tv kawin anak bakal pm pastu jual harta benda negara, glc, sampai terjual rahsia negara itu kau kata pandai kumpul kekayaan? kau ingat orang bangang macam kau ke yang keja jilat kj? kau ingat orang buta ke? lupa ke? hahahaha. setakat buat harta dengan jual harta negara, tak payah pegi oxford, budak sekolah pun tau buat poik. budak mentah yang baru nak belajar mengundi boleh la kena tipu dengan keldai ni. generasi lama dan yang sebaya dia tau dah perangai budak ni masa pak mertua jadi pm dulu. nyaris2 bn umno lingkup sebab dialah yang berkuasa lebih dari pm 2008 dulu. kakakakakaka. keja jilat..keja jilat. tak payah nak cong sini la brader. buang masa kau cuba nak bersihkan imej keldai jantan tu. buktikan dulu dia outstanding dengan kbs tu baru boleh banyak crita. keja satu apa belum bikin suda mau kecoh. lead pemuda umno pun setakat buat jobfair yang mampu baik tak payah la. tengok prestasi lampau keldai ni pun dah tau kbs bakal menjahanamkan nama baik kerajaan. memang ketua pemuda pun pakai rasuah lagi mau kencing. bukan aku cakap haa..lembaga disiplin yang cakap dia kaki rasuah. nasib baik la pak mertua dah kawtim..kalo tak mampos la keldai hitam ni.

    ReplyDelete
  38. Wah, rancak dan gamat jugak isu KJ ni. Ini yg mombuek den toghingin nak join sokaki ni. Eden totaghik bonar ngan mamat yg golak bosar pasal KJ kayo. Mamat ni sah korjo special brach ko, special intelligent ko, Interpol ko … sobab pukul 3 pagi masih tak tidor lai. Bosomangat botul mamat ni … he he he, tapi … boleh pakai ko mamat sekor ni, biar botul, mat! Eden tak do pulo dongar coghito KJ kona tangkap ko kona ponjaro ko pasal jual harto nogaro… kah kah kah … Sah mamat ini mongigau, agaknyo sobab tak cukup tidor … he he jangan marah mat … eden gughau ajo. Sotakat yg den masih waras ni (bolum gilo lai), Malaysio ni masih lai sobuah nogagho modeko dan bodaulat, KJ jual Malaysio kek nogagho mano? Kito somuo pun masih guno IC dongan korakyatan Malaysio … Eko bukak coghito KJ jadi poghosak sampai UMNO dan BN nak tolungkup … botul ko? Mamat2 lain dlm UMNO yg buek UMNO tolungkup tak do ko … mesti eko jawab takdo punyo, sobab orang lain dlm UMNO somuo baik2 bolako. Eko tak mahu coghito ko pasal tekong bosar eko yg buet UMNO jadi bukan sajo tolungkup, tapi sampai jadi haram … tak kan nak buek2 lupo kot maso zaman porang dgn Ku Li dulu … Orang buto macam eko ni mat bukan sajo boleh buek UMNO jadi haram, silap gayonyo jadi haram jadah ... ha ha ha... Mamat, elok eko poi basuh muko copek, silap gayo mongigau dan moghapu eko boleh buek eko moroyan gilo pulak … kah kah kah kah kah … Nampak mamat ni tulih main ikut poghasaan dan domdam yg tobal bobuku di hati …, fakto takdo langsung. Main hontam sodap hati, sapo-sapo pun boleh mat… Sobolum eko nak cakap atau nak tulih, eko poi cari fakto dan bukti bawak maghi dulu. Ikut ghaso binaso mat … Mat, apo kato mari kito main balas pantun sajolah …:
    “Duduk gurindam atas buaian,
    atas buaian menyanyi pula,
    perasaan dendam jangan dilayan,
    dari meroyan kok jadi gila …”
    Kah kah kah kah kah kah kah kah kah ………

    ReplyDelete
  39. Dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Daerah atau Mesyuarat Infra Daerah .. Wakil Rakyat dari PR (untuk negeri2 di bawah BN) tak dipanggil untuk suarakan masalah rakyat. Sebab tu BN cakap YB PR tak buat kerja .. cuba bagi ruang .. hahaha gua cakap sebab gua mmg masuk meeting ni. Lu orang bising pun tadak guna sebab BN mmg main kotor

    ReplyDelete
  40. UMNO/BN mmg didik ahli2nya untuk berfahaman KOMUNISME .. yang ni real punya KOMUNISME berselindung disebalik DEMOKRASI ... sama macam tuan blog ni .. fahaman KOMUNISME tak abis2 .. tak sedar pulak tu .. pi mengaji POLITIK la wehhh

    ReplyDelete
  41. 18/5/13: Sodap bonar den baco anon9:41 hontam mamat anon3:06. Itulah jadahnyo dalam UMNO ini bilo ramai yg cubo nak tampil tunjuk pandai tapi hampeh. Somangat bokobar-kobar sajo tak cukup kalu ilmu tak ado dalam dado. Dondam kosumat dalam dado tu kalu diluohan tak kono cagho baliknyo tikam diri kito ... Den nak boyi nasihat kek mamat tu kalau nak tunjuk hero, poi cari sajolah mano2 kodai kopi dokek rumah eko, jual minyak kek situ. Dalam laman blog ni jangan cuba2 nak toghojah kalau akal bongap dan sokadar nak tunjuk paneh baran ajo ... Dalam laman ni ramai yg handal2, ponuh dongan cotusan idea yg bukan sahajo momukau tapi jugo momokul ... (podas dan podih ...) Eko punyo coghito takdo apo yg boguno, momaki dan momokak ado le. Sodih juga den tengok eko mamat... Eko dongki sangat dongan KJ tu pun, bukan boleh bagi apo untung kat eko. Eko kutuk hontam dio, tak jojas apo pado dio tak bokurang satu sen pun gheto dio. DS Najib yg pilih dio jadi montori untuk urus KBS. Kalu eko kato dio akan jahanamkan KBS, samo makno dongan eko kato DS Najib songajo nak bagi jahanam KBS. Kalau dah hero dan borani sangat, poyi lah khobar dongan DS Najib eko punyo pandangan tu .... rasonyo mau tokoncing eko ... Dongar sinilah mamat, jangan dogil sangat, ghontianlah monulih kek sini, sobab ini laman PANEH MIANG, eko ni jonih tak tahan paneh. Kalun eko gian juga nak nulih, poyi cari pulak kalu2 ado laman BODOH PIANG .... Kah kah kah kah kah kah kah .... ops kojap, nak sambung lai golak, kih kih kih kih kih kih ... oops, ..., koh koh koh koh koh koh koh ... (tobatuk sobab golak banyak dan kuek sangat), op op op ... huwaaaarrrrkkkkk ptuiiiiiiiiihhhh .... logo raso den ...

    ReplyDelete
  42. Kawe pung samo, tengoh dok tinja mano gi, tenggele ke mapuh ke ‘awe berok’ sekor ni. Tok pahe kawe pasa gapo dio jadi tengsyiong sangak ... maki oghe nu kutuk oghe ni. Kato oghe benge lo, kijo jilak la, nok maing lucoh ko? Kawe ni mulo ghaso nak naik gedebe ni kalu berdepe denge oghe biadak, mace ni. Kawe ghaso, ‘awe berok’ ni saloh didike. Tapi nok kato tok mengaji sekoloh, panda pulok masuk maghi nak begocoh dale lame blog ni. Meme tok bulih paka ‘awe berok’ ni, otok lucoh denge bengong sekali semuo cukuk. Demo dok maghoh dan maki KJ tu wak gapo? Gi maghoh, jirkoh DS Najik, tanyo dio: wat gapo gi latik budok KJ ni jadi meteghi Kementerie Belio de Suke? Dok mengamuk menate gapo dale blog ni, demo dapak gapo? Demo kok ye dapak upoh, jadi budok sughuhe nok bagi bukuh punoh KJ. Banyok ko pitih demo dapak? Lagi satu, kawe pung samo tok bekene denge cagho maing tuduh2 denge tok bawok bukti. Maing kecek kosong setakat nok bagi sakik hati oghe baik tok payoh, awe! Kawe pung di sini nok amek pelue nok bagi nasihak dekak mu, tele panado banyok2, sebak mu tu tok sihak. Kawe ghoyak gini buke gapo, sebak tulise mu tak dok gapo guno, maing hente meghapu ... ikuk emosi & dende amaroh ye tok bekesudahe he he he ...

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."
Blog Widget by LinkWithin

Blog Archive