Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Tuesday, December 23, 2014

Yang perlu dipertimbangkan Muhyiddin

Banyak perkara yang wajar dipersoalkan mengenai sistem PBS.

Sistem yang melatih ibu bapa dan pelajar jadi pak turut (yes sir) kerana terpaksa akur dengan apa jua keputusan guru. Kalau tak, takut anak-anak jadi mangsa diskriminasi.

Apa istimewanya penilaian berdasarkan sekolah ni kalau setakat prestasi murid dinilai mengikut pandangan guru yang buat penilaian berdasarkan angka dan huraian yang diberi. Sedangkan ia tidak pun bawa sebarang kredit dan nilai tambah kepada pentafsiran akademik.

Apa maknanya mendapat band 6 dalam semua mata pelajaran kalau keputusan masih berdasarkan merit dalam peperiksaan? Sama jugalah dengan masa lalu bila kecemerlangan diukur dengan peperiksaan, sedangkan alasan yang diberi KPM ialah semua ini atas kehendak penjaga. Ini sesuatu yang mengarut!

Disebabkan PBS dan PT3 ini sesuatu yang baru, maka banyak masa guru dihabiskan untuk berseminar dan kursus yang menyebabkan banyak juga masa murid terbiar dan merugikan.

Pelajar yang terlibat dalam PBS dan PT3 ini juga adalah murid yang sama turut menjadi perintis dalam perlaksanaan PBSMI Kementerian Pendidikan. Jangan nanti disebabkan banyak rungutan, maka tahun depan KPM akan mansuhkan pula PBS dan PT3, hanya sekadar menjadikan anak-anak sebagai bahan ujikaji.

Apakah kriteria kecemerlangan pihak KPM sebenarnya? Kriteria ini perlu jelas supaya rakyat benar-benar faham. Jika mengambil kira prestasi Kerajaan BN di PRU14 kelak, pihak KPM perlu sedar bahawa setiap pelajar yang terkesan dengan sistem PBS dan PT3 ini pasti akan menyebabkan Kerajaan BN akan kehilangan 2 undi iaitu ibu dan bapa murid yang kecewa dengan sistem yang diperkenalkan KPM ini. Maka terpulanglah kepada pembangkang untuk mengambil kesempatan memainkan isu ini.

Setelah mengambil kira KBAT band berdasarkan subjek yang kononnya melibatkan keputusan holistik, maka apa kaitan sumbangan keputusan akademik secara spesifiknya? Apa pula kayu ukur KPM untuk buat keputusan bagi kemasukan pelajar yang berminat ke asrama penuh? Patutkah diadakan ujian pemilihan kemasukan ke SBP sepertimana yang telah dilaksanakan MRSM sekian lama yang tidak sekadar mengukur pencapaian pelajar berdasarkan keputusan akedemik? Permohonan sepatutnya merangkumi keputusan PBS seiring keputusan akademik minima..barulah boleh dikatakan betul dan adil.

Bukankah keputusan peringkat awal PBS sepatutnya membawa markah tertentu untuk menentukan markah dalam peperiksaan PT3? Kenapa kini keputusan itu boleh hilang begitu saja?

PT3

Sebelum ini apabila ramai pihak mempertikai mengapa diwujudkan PT3, alasan KPM kononnya kerana mengikut dan memuaskan kehendak ibu bapa. 

Memanglah  ada kewajaran untuk diadakan suatu tanda aras bagi menentukan tahap kemajuan anak-anak kita, tapi kaedahnya perlulah ada kewajarannya. Mengambil contoh penilaian PT3, mengapa soalan bagi semua subjek mengandungi tiga set soalan berlainan? Malah bagi subjek sains, terdapat enam set soalan berlainan. Walau apa pun alasan dan kriteria penyelesaian sebagai pelarasan dalam menentukan markah, ia pasti tidak akan sama dan inilah yang dipertikaikan.

Bagaimana pula dengan pemilihan set soalan yang dilakukan oleh pihak sekolah? Yang dimaksudkan di sini, guru guru pastinya terlibat dan sudah tentu mengetahui apakah bentuk atau corak soalan lebih awal. Walaupun boleh saja diberikan alasan ianya dilakukan secara rahsia, tapi siapa boleh menafikan yang soalan-soalan ini telah diketahui dulu oleh sesetengah pihak? Sedangkan peperiksaan PMR dan UPSR yang dikawal ketat pun dikesan wujud kebocoran, inikan pula PT3.

Pemeriksa yang terdiri dikalangan guru sekolah itu sendiri juga boleh dikatakan satu kelompangan kerana ia pasti tidak dapat lari daripada sikap pilih kasih guru terhadap murid kegemarannya; sementelah guru itu sendiri maklum siapa pelajar yang dinilai mereka. 

Berbeza dengan PMR, UPSR dan SPM yang mana para pemeriksa kertas jawapan tidak mengetahui kertas pelajar mana yang disemak, adalah lebih adil method-nya.

Walaupun markah diberi mengikut format atau apa jua istilah yang diberikan KPM, pegawai penafsir yang hanya berpandukan 10% soalan dan penandaan markah daripada keseluruhan, cukup untuk dijadikan penanda aras yang kononnya boleh dianggap sebagai kaedah penandaan pemarkahan yang betul. Adakah ianya boleh diterima pakai walau apa pun alasannya?

Bagaimana pula jika tahap peratusan cemerlang bagi pelajar yang mendapat semua A merudum teruk jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya? Bagaiman pula dengan pelajar yang gagal di SBP? Adakah mereka juga patut disingkirkan dari SBP? Dan bagaimana dengan nasib pelajar yang memohon SBP?

Dalam rangka membentuk para pelajar ke arah pencapaian aras tinggi dan holistik, adakah keputusan pihak KPM diambil kira secara spesifik? Kalau setakat ikut kaedah lama saja maka tiada apalah perubahannya. Baik jangan diadakan langsung PT3 dan kekalkan saja PMR. 

Di Malaysia ni dah terlalu kerap perubahan yang dilakukan KPM. Setiap kali menteri bertukar, mesti ada perubahan sebab para menteri terlalu ghairah nak tinggalkan legasi masing-masing hingga tergamak memperjudikan nasib dan masa depan anak-anak yang tak faham apa-apa, dengan bahasa bakunyalah, clusternyalah etc. Yang jadi mangsa ialah rakyat marhaen!

Kerajaan terutama KPM janganlah terlalu mendengar pandangan pengampu-pembodek pembuat dasar yang telah banyak merumitkan perkara yang sepatutnya mudah. Kalangan pembuat dasar ni, ramai yang boleh dipertikaikan keikhlasan mereka sebenarnya.

UMNO/BN telah diberi mandat setiap kali PRU untuk menolong rakyat terutama orang Melayu luar bandar yang setia mengundi parti itu. Jangan sampai rakyat hilang kepercayaan hingga buka ruang kepada pihak pembangkang untuk memanipulasi perkara seperti ini!

Nota: Artikel di atas adalah nukilan saudara 'Apak Warisan' yang diemailkan kepada kami.

10 comments:

  1. Admin pula jgn terlalu duduk dlm kotak lama samapai perubahan takut nak dilakukan. PBS adalah idea baru yg mempunyai tujuan yg amat baik cuma mungkin belum sempurna. Maka tangungjwb pelaksana memastikan matlamat dicapai dan hasilnya rakyat akan memuji kerajaan. Sudah lama sistem pendidikan kita terlalu ekstrim bersifat exam orientated sehingga anak anak menjadi robot tp tidak ada kualiti jatidiri. Soft skil rendah dan sibuk mencapai akademik semata mata. Maka usaha baik ini mesti diperbaiki bukan diruntuhkan.

    ReplyDelete
  2. soft skill? bab ampu dan bodek ko?

    ReplyDelete
  3. Soft skill ibubapa yg perlu beri didikan kpd anak.

    ReplyDelete
  4. Bising tak dpt masuk SBP sebab org bandar yg dah srrba serbi lengkap pun mahu anak ke situ. Mampu hantarb kelas tuisyen lagi. Jak anak Skor A. Target anak masuk SHP atau MRSM macam ayah dan ibu. Puihh. Kumpulan inilah agaknya yg bising. Org kampung yg serba serbi kurang anak dpt AABBC itu yg mampu. Tak ada 20 atau 30 org dpt 5A atau sekarang Band 6 ke atsu Bsnd 1000!

    ReplyDelete
  5. Kurang-kurangkan mengampu dan membodek ni. PT3 bersifat holistik jadi kita pun kena buat perbandingan secara holistik:sekolah bantuan penuh,separuh bantuan dan sekolah cina, baru nampak gambaran sebenarnya.Majoriti rakyat masih banyak mengampu dari mencari kenyataan macam mana lisan BM boleh dapat A sedang bercakap pun tunggang-langgang begitu juga...... 'Remark' atau semak semula hanyalah ibarat melepaskan batuk di tangga. Tidak tulus. Jawapan tetap sama. B tetap B dan C tetap C. 'Remark' untuk satu subjek dikenakan bayaran RM 30. Bayangkanlah, kalau lebih 30 000 orang pelajar yang membuat semakan, berapa hasilnya? Kenapa? Nak cari duit? Lagi satu, kenapa perlaksanaan PT3 dibuat pada tahun 2014, bukan 2015? Kenapa? Sebab 2015 dekat nak pilihan raya. Trend taktik UMNO yang dah lapuk. Tahun depan dah dekat dengan pilihan raya mesti peratusan lulus cemerlang naik. Jangan cakap pula bahawa pelajar tahun 2015 lagi pandai dari pelajar tahun 2014. Sebabnya? Keputusan pra pilihan raya ke? Tak percaya? Kita tengok nanti, keputusan peperiksaan pra pilihan raya. Jangan cakap kami orang kampung tak kisah. Kami juga nak anak kami masuk SBP,MRSM dan lain-lain. Sila gunakan akal fikiran dulu sebelum bercakap. Rilekslah bro. Sekarang ni kita tak pakai lagi istilah kampung atau pekan. Nasib baik PAS tak celik strategi/taktik dan sangat banyak beremosi. Kalau tidak........... HANCUS

    Akhir kalam, kurangkan mengampu/membodek dan banyakkan mencari kebenaran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahun depan kementerian arahkan beri soalan yang senang-senang untuk menutup kelemahan ini. Biasalah, ujikaji sana sini, akhirnya yang lingkupnya pelajar juga.

      Delete
  6. Patutnya kerajaan kaji saranan saya sejak tahun 2006 masa Datuk Seri Hishammuddin jadi Menteri Pelajaran di mana saya dengan konsisten menyarankan agar pendidikan vokasional dimantapkan. Malahan bagi pelajar lepasan UPSR yang memang diketahui tak minat akademik, beri peluang mereka ini untuk belajar dalam aliran kemahiran, kerana mereka yang tak minat akademik ini malas nak fikir pasal akademik, mereka lebih minat kepada pembelajaran pasal amali, berikan peluang kepada mereka. Apa gunanya paksa mereka ini belajar dalam aliran akademik sedangkan itu menyeksa mereka dan merugikan wang sahaja sedangkan mereka ini boleh jadi aset negara iaitu buruh mahir melalui sistem pendidikan aliran kemahiran? Sedarlah bahawa sekarang ini jumlah pendatang asing di Malaysia sebanyak 5 juta orang, untuk setiap 6 orang penduduk Malaysia sekarang ini, seorangnya adalah pendatang asing dan lima lagi adalah warganegara Malaysia, tidakkan kita berasa gerun dengan statistik ini? Pekerja asing menguasai 5 juta peluang kerja dalam negara. Malahan mereka menggunakan subsidi milik rakyat Malaysia, kalau satu hari RM 10.00 subsidi yang mereka gunakan, maka kalau 1 bulan RM 300 juta, satu tahun RM 3.6 bilion subsidi ketirisan kepada pendatang asing. Dengan adanya buruh mahir dari warganegara Malaysia sendiri, maka ruang-ruang yang selama ini dibolot oleh warga asing akan diisi oleh warga Malaysia, malahan subsidi negara dapat diselamatkan, aliran wang negara ke negara-negara pekerja asing juga dapat dibasmi. Sedarlah bahawa sekarang ini setahun, penghantaran wang secara sah menggunakan sistem perbankkan oleh warga asing berjumlah RM 1 bilion setiap tahun, itu yang berekod, yang tak berekod dibawa keluar secara haram bawa naik bot pancung dan sebagainya tak tahulah berapa bilion.

    Sedarlah bahawa pelajar lepasan UPSR yang tak minat akademik itu boleh belajar kemahiran, dalam tempoh 3 tahun, dapat SKM tahap 3, mereka dah jadi pekerja mahir, bila umur 16 tahun, pelajar lain di sekolah baru habis periksa PT3 yang kononnya bagus sangat itu, pelajar pusat kemahiran tadi dah boleh bekerja, dah ada pendapatan sendiri. Mereka ini juga boleh dibentuk untuk menjadi usahawan, galakkan mereka semasa bekerja untuk mengambil Diploma Kemahiran serta Diploma Lanjutan Kemahiran (kalau dalam bidang akademik, ini setaraf ijazahlah) supaya mereka boleh menjadi penyelia dan dalam tempoh 5 -10 tahun iaitu antara umur 21 hingga 26 tahun, mereka boleh membentuk perniagaan sendiri dan menjadi majikan kepada pelajar lepasan pusat kemahiran yang lain pula.

    Kerajaan banyak membazirkan sumber, cubalah kaji dengan konsisten apa yang saya terangkan ini. Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
  7. la.ini lah kerja orang kita merungut ini salah itu salah .Tak tau lah apa benda yang betul.Tak buat perubahan kata kolot,bila buat seribu satu macam komen,kalau membina tu elok la tapi mengutuk,

    ReplyDelete
  8. Jangan risau menteri dan konco-konconya dikementerian pendidikan akan menaikan peratusan cemerlang dalam SPM dan STPM awal tahun 2015 akan datang untuk cover up apa yang berlaku pada PT3 untuk mengambil hati ibu bapa..Ini perkara biasa yang biasa mereka lakukan dari dulu lagi.Ibu bapa tak perlu risau SBP ke apa ke sama sahaja. Dalam PT3 tak ada yang cemerlang sama sahaja.Keputusan staight As MCKK 9- Seri Puteri 14,SDAR 1.STF26 TKC 11 dan banyak lagi.Murid murid yang cemerlang jadi tak cemerlang. Pelajar-pelajar PT3 diberi 3 bulan untuk memahami format PT3 tetapi apabila kertas sebenar dikeluarkan,formatnya berbeza.

    ReplyDelete
  9. Semuanya Anon tak dapat nak blogwalking :-(

    ReplyDelete

Blog Archive