MUBAHALAH MOHD SAIFUL BUKHARI AZLAN
Jumaat 15 Ogos 2008
“A’uzubillahi minas syaitanirrajim. Bismillahirrahmanirrahim. Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Saya bersumpah bahawa saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 iaitu pada tarikh tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam dubur saya. Jika saya berdusta atas pengakuan ini, maka saya sanggup menerima azab, dilaknat dan kutukan daripada Allah S.W.T. sehingga kiamat. Wallahualam”.
Komentar:-
“Sumpah tersebut ada pemberatnya atau taghliz alyamin kerana ia dibuat pada waktu Asar di hari Jumaat di sebelah mimbar masjid dengan nama Allah yang merupakan pemberatnya”. – Zainul Rijal Abu Bakar, Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia.
“Sumpah itu sah kerana untuk melakukan mubahalah dalam Islam cukup dengan hanya melafazkan Wallahi, Wabillahi, Watallahi”. – Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan.
“Cara lafaz mubahalah itu betul”. – Prof Madya Dr. Mohd Radzi Othman, Pensyarah Jabatan Pengajian Islam USM merangkap Ahli Majlis Fatwa Perlis dan Penasihat Syariah Bank Rakyat.
Reaksi Brader Anwar Bin Ibrahim:-
“Ini nak suruh saya bersumpah sangat ini, saya nak bagitau, suruh dia perelokkan dulu baca Al-Fatihah. Dia sendiri baca tak betul, nak dok suruh orang bersumpah”. – Ceramah Anwar Ibrahim di Kubang Semang.
“Saya bimbang sumpah saya itu akan dimanipulasikan oleh pihak tertentu”. – Ceramah Anwar Ibrahim di Kubang Semang.
“Sumpahlah sampai 50 kali pun saya tidak peduli”. – Ceramah Anwar Ibrahim di Guar Perahu.
“Dok heboh pasal sumpah. Cabar saya nak sumpah itu, sumpah ini. Nak sumpah apa? Saya sudah kata pada mereka saya boleh bersumpah dengan bimbingan para ulama’. Tapi rakan-rakan nasihatkan supaya saya tidak berbuat demikian. Ulama’ dari luar negara hantar surat berjela-jela menasihatkan saya, “Anwar jangan sesekali lakukannya, jangan persendakan agama”. – Ceramah Anwar Ibrahim di Yayasan Aman.

Nota: Anwar mesti faham akan akibat jika dia membuat mubahalah. Maka mungkin kerana itulah dia enggan bermubahalah kerana percaya laknat Allah S.W.T. itu benar, seksa kubur itu benar dan neraka itu benar. Wallahualam.