Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Tuesday, December 3, 2013

Ilmu Pengurusan Ketua Penyamun

SEANDAINYA P Ramlee masih hidup, saya yakin kita boleh nobatkan beliau sebagai “management guru” Tanah Melayu.

Beliau sangat peka mengenai P & L (akaun untung rugi) dan konsep "reward & punishment" (anugerah dan hukuman). Malah beliau adalah seorang pemikir dan pengkritik masyarakat yang sangat tajam.

Dalam filem "Ali Baba Bujang Lapok" (1960), penyamun yang membawa balik banyak rampasan diberi bonus. Yang membawa balik sedikit rampasan atas alasan cuti umum dikenakan potongan gaji. Setiap barang yang disamun disimpan di dalam gua dan dihitung.


Kalau ditakdirkan P Ramlee menjadi Perdana Menteri atau Menteri Kewangan atau kedua-duanya sekali, rasa-rasanya belanjawan negara lebih mantap, seimbang (balanced) dan kakitangan awam diberikan ganjaran mengikut produktiviti bukan mengikut musim pilihan raya.

Bertitik-tolak daripada logik P Ramlee itu maka ahli Dewan Undangan Selangor, termasuklah dari pembangkang Barisan Nasional berhak menerima "bonus" dalam bentuk kenaikan gaji, elaun dan kemudahan. Cuma yang menjadi pertikaian adalah nisbah kenaikan.

Hatta Anwar Ibrahim, boss Abdul Khalid Ibrahim pun berasa kuantum yang Abdul Khalid cadangkan itu terlalu tinggi.

Sejak menjadi Menteri Besar Selangor pada tahun 2008, Abdul Khalid telah membina dan menambah rizab kewangan kerajaan Selangor.

Baru-baru ini, Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor meluluskan kenaikan gaji bagi semua 56 ADUN bermula tahun depan, dengan Timbalan Speaker mendapat kuantum kenaikan tertinggi, iaitu 373.3 peratus.

Gaji MB naik daripada RM14,175.15 sebulan kepada RM29,250, Exco daripada RM6,109.29 kepada RM20,250, Speaker daripada RM6,109.29 kepada RM22,500, Timbalan Speaker daripada RM3,327.50 kepada RM15,750 dan ADUN biasa daripada RM6,000 kepada RM11,250. Ada 44 ADUN PR dan 12 BN dalam DUN Selangor.

Berpandukan kepada kebijaksanaan yang sama oleh P Ramlee maka Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Mohd Najib Abdul Razak wajib dikenakan potongan gaji kerana sejak beliau mengambil alih pemerintahan negara pada 2009, kewangan kerajaan pusat semakin buruk.

Walaupun gaji beliau nampak kecil tetapi beliau menikmati pelbagai elaun, kemudahan dan keistimewaan.

Kita boleh memahami mengapa ahli Exco dan ADUN Selangor boleh diberikan kenaikan gaji, elaun dan kemudahan yang besar.

Pertama, Selangor sebagai sebuah negeri kaya dan kukuh kedudukan kewangan mampu berbuat demikian.
  
Kedua, kalau dua negeri BN yang miskin (Sarawak dan Kedah) boleh buat, mengapa tidak negeri PR yang kaya.

Tetapi alasan ketiga ini rasanya lebih tepat. Abdul Khalid sebagai "lulusan" sekolah politik dan pentadbiran Umno/BN, tahu punca kelemahan pengurusan kewangan Kerajaan Umno/BN. Beliau belajar daripada pengalaman itu dan melakukan sebaliknya bagi memperbaiki kedudukan kewangan Selangor.

Bagaimanapun, Abdul Khalid nampaknya masih terbawa-bawa dengan kemewahan yang dinikmatinya ketika dalam Umno dengan memberikan kenaikan gaji yang dianggap melampau oleh banyak pihak.

Dalam banyak hal, Abdul Khalid masih Umno. Cuma dalam Umno, beliau tidak begitu berjaya di arena politik. Beliau lebih berjaya sebagai ahli perniagaan kerana keakraban luar biasanya dengan Pengerusi PNB ketika itu, Allahyarham (Tun) Ismail Mohd Ali sehingga "diserahkan" Kumpulan Guthrie dalam nyiru perak (on a silver platter).

Selangor Berhak, Pusat Tidak

Walaupun media arus perdana dan blogger pro-pemerintah serta beberapa kerat pembesar BN mengkritik tindakan kerajaan Selangor itu, saya rasa dalam hati berlainan.

Kalau boleh, negeri-negeri BN dan kerajaan pusat pun hendak melaksanakan kenaikan gaji, elaun dan kemudahan.

Cuma kerajaan pusat tidak mempunyai kemampuan kewangan dan banyak negeri BN mengalami defisit belanjawan yang kronik.

Itu pun belum tahu. Mereka boleh mencipta pelbagai alasan untuk menaikkan gaji. Wakil rakyat pembangkang yang dapat tumpang sekaki pun tentu tidak memprotes.

Cuma yang mereka mungkin tidak berani sebut sebagai alasan adalah inflasi dan kenaikan harga sebab selama ini mereka menafikan bahawa kadar inflasi dan kenaikan harga barang dan perkhidmatan sangat membebankan rakyat jelata.

Cadangan saya kepada Perdana Menteri dan para politikus yang sentiasa melaungkan slogan rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan supaya “walk the talk”. Kotakan kata-kata anda.

Caranya mudah saja. Dahulukan rakyat dalam perbelanjaan negara. Jangan suruh rakyat jimat duit sendiri tetapi mereka boros duit negara. Utamakan pencapaian dengan mengurangkan pemborosan, pembaziran dan bermewah-mewah. Kukuhkan kewangan kerajaan dan tambah rizab negara.

Lakukan semua itu dahulu sebelum rakyat jelata dan pembayar cukai dituduh tidak patriotik dan sebelum mereka dipujuk dan dirayu agar menerima GST sebagai "penawar" kewangan negara.

Lakukan Transformasi atau Berhenti

Seperti P Ramlee (selaku ketua penyamun dalam filem Ali Baba Bujang Lapok) memotong gaji penyamun yang tidak "perform" maka saya cadangkan supaya gaji anggota Kabinet dipotong.

Ketika negara dilanda krisis ekonomi pertama pada pertengahan tahun 1980-an, gaji ahli Kabinet, pegawai kanan pentadbiran awam dan pengurusan atasan GLC dipotong.

Hatta sektor swasta pun turut mengurangkan gaji pengurusan kanan mereka dan membantu mengurangkan beban negara dengan mewujudkan skim graduan menganggur.

Bezanya pada waktu itu yang jadi Menteri Kewangan adalah (Tun) Daim Zainuddin yang dituduh kedekut oleh banyak pihak. Dia kedekut sebab itu bukan duit dia. Tapi selepas itu, buruk atau baik prestasi kewangan dan ekonomi negara, gaji tidak dipotong malah terus naik.

Kesimpulannya, gaji, elaun dan kemudahan anggota Kabinet dan Exco negeri, ahli Parlimen dan DUN boleh dinaikkan jikalau ada kenaikan produktiviti serta kemampuan kewangan. Cuma kuantumnya hendaklah berpatutan.

Mana-mana menteri dan ahli Exco yang tidak perform, malas, tidak boleh bangun pagi atau asyik hendak berkepit dengan bini, silalah lakukan transformasi atau berhenti!

Sumber: A Kadir Jasin.

Monday, December 2, 2013

Wang Rakyat Muhyiddin VS Wang Rakyat Shahidan

Muhyiddin Yassin semalam komen pasal kenaikan gaji Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor. Kata Muhyiddin, "Dalam hal ini tidak ada sebab untuk Abdul Khalid tidak boleh melakukan mengikut kehendak rakyat memandangkan wang yang akan digunakan bagi membayar gaji ADUN dan anggota pentadbiran lain di Selangor adalah wang rakyat."

Muhyiddin juga mendesak Khalid Ibrahim supaya prihatin kepada masalah negeri dan pandangan masyarakat serta perlu responsif terhadap rakyat. Boleh baca selanjutnya apa Muhyiddin kata sini.

Den maleh nak komen pasal Muhyiddin suruh Khalid respons pada pandangan masyarakat, walhal BN sendiri pun kurang responsif dengan keluhan dan protes rakyat. Nak baca betapa 'responsif'nya BN, boleh baca DinTurtle sanun.

Den cuma nak komen pasal Muhyiddin guno istilah "WANG RAKYAT". Rasonyo sumo tau istilah 'wang rakyat' ini banyak disobut dan di'nyanyi'kan oleh juak pembangkang. Tak sangko pulak Muhyiddin pun guno istilah yang samo.

Baru ni di Dewan Rakyat, Shahidan Kassim melenting apabila Ahli Parlimen DAP menggunakan istilah 'wang rakyat' dalam soalannya kepada Menteri di JPM itu. Den dah lupo maso bilo, tapi korang boleh semak hansard.

Antara ayat Shahidan yang den ingat maso tu, "Kita kena selesaikan perkara ni. Acapkali 'wang rakyat'...'wang rakyat' disebut oleh pembangkang. 'Wang rakyat' apa? Rakyat dah bayar cukai pada kerajaan, maknanya duit tu dah jadi duit kerajaan. Macam kita bayar zakat. Duit yang kita zakatkan itu bukan lagi milik kita...dah jadi milik Baitul Mal."

Lebih kurang macam tulah ayat Shahidan. Bersungguh Shahidan hontam penggunaan istilah 'wang rakyat' oleh pembangkang, tapi tetibo kono checkmate pulak dengan Muhyiddin.

Mesti Shahidan tak sangko Muhyiddin akan guno istilah samo hanyo sobab nak kritik Khalid Ibrahim yang naikkan gaji Exco dan ADUN Selangor. Satu tamparan buek Shahidan Kassim.

Bila kena tang kita..tak boleh, tapi bila kena tang depa boleh pulak..kan..kan..kan?!

Disebabkan TPM sendiri dah guna istilah 'wang rakyat', maka tak salah lagilah pembangkang pun guna istilah yang sama untuk kritik kerajaan lepas ni.

Jadi alang-alang Muhyiddin dah terlanjur sebut 'wang rakyat'...boleh tak rakyat nak tau, "APA SUDAH JADI DENGAN WANG RAKYAT RM7.2 BIILION YANG NAJIB BAZIR UNTUK BAYAR KONSETAN? APA HASIL? APA MANFAAT UNTUK RAKYAT? DAN SOALAN PALING PANEH YANG RAKYAT MARHAIN SELALU DOK SEBUT...KENAPA ISTERI PM TAMPAK SEOLAH SUKA MEMBAZIR WANG RAKYAT???"

Sampai bila Kerajaan Najib mengelak nak jawab?

Sunday, December 1, 2013

Teknik Brainwash Freemason di Selangor

Dalam Akta PBT, TINDAKAN seperti ini SUDAH luar batasan.

Apa ke jadahnya Direktorat Majlis Perbandaran Selayang disuruh/dipaksa berikan tabik hormat ke atas jenazah. Sejak bila disongsangkan fikiran regimental duties ini hingga seorang awam yang dipilih sebagai Ahli Majlis apabila matinya dia, maka layak untuk diberikan "last respect" secara tabik hormat.

Kaedah dan pendekatan ini sudah SALAH. Ini masalah salah guna kedudukan dan kepentingan. Ini isu Integriti. 

Apakah YDP Majlis Perbandaran Selayang ini pengikut totok Freemason atau dipaksa rela kerana telah mengalami proses "brain wash" ideologi Freemason di Selangor.

Siapa guru kawad dan latihan PBT ini? Apakah ini kaedah yang di ajar di Pusat Latihan PBT di Morib? Apakah ini amalan ritual Selangor hingga berjaya "menipu akal budi" dan "menipu budi bahasa" manusia-manusia yang terpaksa "Sir..YES Sir", "Sir...No Sir"...

SPRM kena cepat wujudkan Akta Culas dan Cuai Integriti. Ini perkara besar yang mungkin dianggap "alahhh tak apa le"...mentang-mentang bukan kau yang mati, mamat Hindu ini mati pun kau nak kecoh!

Pembaca Malaysia dan antarabangsa, tindakan pasukan penguatkuasa Majlis Perbandaran ini ialah sesuatu yang AMAT GANJIL dalam dunia! 

Satu lagi bahan lawak antarabangsa yang sedang diintai oleh Gene Sharp. Ini salah satu teknik 198 From Dictatorship To Democracy.

Syabas SELANGOR...tahniah rakyat SELANGOR...PRU14 undi lagi Pkr...biarkan mereka ratah dan jahanamkan terus "pemikiran yang betul-tepat-baik".

PENGUATKUASA MELAYU 'TABIK HORMAT' MAYAT ORANG BUKAN ISLAM?


Apakah kewajaran seorang Ahli Majlis Perbandaran Selayang yang mati. Dalam upacara kematiannya Penguatkuasa dikerah supaya beri tabik hormat. Paling bestnya mereka ini semua Islam.

Ini tidak pernah berlaku dalam sejarah pemerintahan Kerajaan Negeri Selangor. Ini adalah merupakan sejarah sejak pakatan haprak memerintah negeri ini.

Adakah kita ingin biarkan anak Melayu sebagai Penguatkuasa di hina sebegitu rupa? Apakah mereka ini dianggap sampah oleh Boss pentadbiran negeri Selangor?

Lihat gambar di bawah:

Blog Archive