Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Friday, June 13, 2014

Najib Harmoni

Berdasarkan Website Population Clock pada 27 Februari 2014 lalu, rakyat Malaysia yang ke 30 juta telah lahir di negara ini.

Pada 31 Ogos 1957, penduduk Malaysia hanya berjumlah 6.3 juta orang sahaja. Tujuh tahun kemudian, apabila Sabah dan Sarawak menjadi sebahagian daripada Malaysia, jumlah rakyat negara ini telah bertambah kepada 10.1 juta.

Kini pada 2014, komposisi berasaskan kaum mencatatkan BANGSA Melayu (54%) dan Pribumi kekal sebagai BANGSA paling DOMINAN aka MAJORITI dengan jumlah peratusan 67.4%, diikuti oleh kaum Cina 24.6% peratus, kaum India 7.3% dan lain-lain 0.7%.

Kita bandingkan pula peratusan komposisi berasaskan kaum daripada senarai AHLI MAJLIS KONSULTASI PERPADUAN NEGARA aka MKPN yang ditubuhkan Najib pada 11 September 2013 sepertimana berikut;

1. SAMSUDIN BIN OSMAN - MELAYU
2. RAMON NAVARATNAM - India
3. LEE LAM THYE - Cina
4. PHENG YIN HUAH - Cina
5. NAPSIAH BINTI OMAR - MELAYU
6. MICHAEL YEOH OON KHENG - Cina
7. JOHAN JAAFAR - MELAYU
8. TAN SENG GIAW - Cina
9. BOON SOM A/L INONG - Siam
10. MUJAHID YUSOF RAWA - MELAYU
11. CLARENCE BONGKOS MALAKUN - PRIBUMI
12. JOHN SIKAYUN - PRIBUMI
13. LIM KOK CHEONG - Cina
14. SAIFUDDIN ABDULLAH - MELAYU
15. ZAINAL ABIDIN BIN HJ ABD KADIR - MELAYU
16. RUGAYAH BT ABDUL MAJID - MELAYU
17. KANTAYYA MARIAPPAN - India
18. DR. MADELINE BERMA - PRIBUMI
19. SURESH KUMAR A/L P GOVIND - India
20. BILSON KURUS @ BELSON BINGKU - PRIBUMI
21. TAN YEW SING - Cina
22. LIM CHEE WEE - Cina
23. LIAW LAM THYE - Cina
24. SADAR JAGIR SINGH - India/Singh
25. MARINA MAHATHIR - MELAYU
26. MOHAMED MALIKI MOHD RAPIEE - MELAYU
27. MOHAMAD ANAS BIN OMAR @ ANAS ZUBEDY - MELAYU
28. WARDINA SAFIYYAH FADLULLAH WILMOT - MELAYU
29. MOHAMAD ARIFF IRWANI BIN AZHARI - MELAYU
30. AUDREY GOH - Cina

Berdasarkan peratusan keahlian MKPN, MELAYU 40% (12 orang), PRIBUMI 13.3% (4 orang), Cina 30%  (9 orang), India 13.3% (4 orang) dan Siam seorang 3.3%.

Jika digabungkan peratusan MELAYU dan PRIBUMI, komposisi keahlian MKPN ini hanya 53.3%, (16 orang) jauh daripada cerminan sebenar komposisi penduduk  MELAYU/PRIBUMI di negara ini iaitu 67.4%.

ADAKAH INI ADIL?

SEPATUTNYA berdasarkan komposisi penduduk di negara ini, sekurang-kurangnya MELAYU/PRIBUMI mestilah berjumlah 20 orang dalam senarai ahli MKPN bagi menyamai peratusan 67.4%, dan bukannya 16 orang sepertimana sekarang.

Cina pula sepatutnya hanya 7 orang saja yang layak menganggotai MKPN, berbanding 9 orang kini.

Manakala India sepatutnya hanya ada 2 orang saja sebagai ahli MKPN berbanding 4 orang kini.

Itu belum diambil kira peratusan orang Islam dalam senarai keahlian MKPN yang SANGAT KETARA PERBEZAANNYA dengan jumlah 62% umat Islam di Malaysia. Hanya 12 orang ahli MKPN yang beragama Islam berbanding 18 orang yang bukan Islam! Tak tolak lagi 2 orang Islam liberal macam Saifuddin dan Marina yang menyebabkan tinggal 10 orang Islam saja wakil dalam MKPN.

Walhal SEPATUTNYA mesti ada sekurangnya 18 orang Islam dilantik sebagai anggota MKPN!!

Patutlah dalam sidang pertamanya, MKPN telah menyalahkan JAIS dan menyokong gereja dalam isu Al-Kitab. Kemudian MKPN menyokong penghapusan ruangan "kaum" dalam borang rasmi kerajaan. Seterusnya MKPN hentam NGO MELAYU yang kononnya extreme.

Terbaru MKPN dan Majlis Peguam adalah 'dalang' di sebalik penghapusan Akta Hasutan 1948 apabila Majlis Peguam telah menyerahkan 3 draf Rang Undang-Undang (RUU) bagi menggantikan Akta Hasutan (Akta 15) iaitu RUU Harmoni Nasional, RUU Perpaduan Nasional dan RUU Suruhanjaya Perpaduan dan Integrasi Nasional kepada Jabatan Peguam Negara untuk diteliti.

Majlis Peguam 'diarah' buat draf undang-undang bagi menggantikan Akta Hasutan?..dengan sokongan MKPN yang jelas tidak mewakili SUARA MAJORITI MELAYU dan ISLAM di negara ini?! Najib dah biol ke apa?

Orang Melayu WAJIB ambil tahu mengenai perkara ini. Azril Mohd Amin telah menggariskan 8 sebab mengapa orang Melayu dan Islam PERLU CURIGA dengan RUU Harmoni yang bakal menggantikan Akta Hasutan 1948. Boleh baca selanjutnya sini. Boleh juga saksikan sidang media PEMBELA dan NGO Islam di sini mengenai RUU Harmoni.

Peringkat awal penubuhan MKPN, hinggalah kepada penggubalan draf rang undang-undang bagi menggantikan Akta Hasutan 1948; wakil MELAYU dan ISLAM yang melaksanakannya tidak mencerminkan komposisi sebenar kaum di Malaysia. Jadi bagaimanakah HAK MELAYU dan ISLAM akan dijamin perlindungan seADILnya sedangkan si tukang buat draf pun tak ramai wakil orang MELAYU dan ISLAM???

Akta Hasutan 1948 selama ini melindungi Raja-Raja Melayu, Agama Islam, Bahasa Melayu dan Hak Istimewa Melayu. Apakah perlindungan kepada perkara-perkara tersebut akan kekal dalam draf RUU Harmoni yang bakal diwartakan? Atau ini cubaan licik sesetengah pihak RAKUS yang cuba menghapuskan legasi MELAYU dan ISLAM di negara ini?

Kita telah menjadi saksi bagaimana Raja-Raja Melayu, agama Islam dan bangsa Melayu di'serang' kiri-kanan depan belakang sejak Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) dan Akta Mesin Cetak 1984 dihapuskan. Malah negara turut diserang dalam kes Lahad Datu dan terbaru apabila kita hilang MH370, juga ramai percaya disebabkan penghapusan ISA.

Adakah bangsa MELAYU dan ISLAM akan menerima nasib sama seperti MH370 sebaik saja 3 Rang Undang-Undang bagi menggantikan Akta Hasutan 1948 diwartakan kelak? Adakah Najib bakal MENGULANGI KESILAPAN SAMA sepertimana ketika dia hapuskan ISA pada 15 September 2011? Adakah Najib masih terlalu bebal untuk faham?

Tampak seolah Presiden UMNO ke-7 ini tergamak menggadai hak agama dan bangsanya sendiri.

Ramai orang Melayu masih lena, tak sedar hak agama dan bangsa sendiri dah nak hilang depan mata dek keliberalan Najib!!


Baca apa yang ditulis Che Det mengenai RUU Harmoni di sini. Sahlah bahawa Najib bakal menjahanamkan bangsa Melayu di Tanah Melayu ini!!

21 comments:

  1. Jom senaraikan pemimpin liberal dalam umno

    1. Najib
    2. Hitam
    3. Khairy
    4. Saifuddin
    5........
    6.........
    7.........

    Maknanya tak ramai yang liberal dalam umno. Habis tu pemimpin yang tak liberal buat apa? Takut hilang kuasa atau mkn gaji buta?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pembetulan no 2 Hisham

      Delete
    2. Ni senarai puak liberal dalam UMNO dan PAS....

      UMNO

      1. Najib
      2. KJ
      3. Nazri Aziz
      4. Saifudin

      PAS
      1. Mujahid Yusof Rawa
      2. Khalid Samad
      3. Mahfuz Omar
      4. Mat Sabu

      Delete
  2. Nyata sudah dan tidak ragu2 lagi bahawa DS Najib seorang yang lemah..........Kita mahukan seorang yang tegas,disegani,berani dan berperinsip serta boleh membuat keputusan tepat tanpa bergantung kepada penasihat2 yang akan menjahanamkan Melayu dan Islam...TAKBIR..............

    ReplyDelete
  3. Bawa bertenang saudara. Kita kena terima hakikat yang Najib dan Kit Siang kini sudah tiada beza.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, betul tu. Kit Siang mahukan Malaysian Malaysia dan Ah Jib Gor pulak mahukan RUU Harmoni Nasional Kedua-duanya nampak macam berbeza, tapi matlamatnya tetap sama iaitu mewujudkan kesamarataan dan menghapuskan hak melayu.

      Delete
    2. Ah Jib trojan horse al Jubori dalam Umno,Apa yg al Jubori perjuangkan Ah Jib yg laksanakan.Mereka berdua 2X5 je,KJ jadi tukang pantau utk pastikan perjuangan liberlaisma al Jubori terlaksana.

      Delete
    3. Suka hati Najib lah , dah UMNO lantik dia jadi president ,yang melantiklah yang salah melantik ,dah dilantik sukahati dia lah.

      Delete
  4. Jangan kecoh2 kabinet belum putuskan lagi. Chill bro.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita kenalah kecoh-kecoh dulu sebelum diputuskan oleh kabinet. Jika tidak, pasti akan jadi macam ISA. Kabinet luluskan tanpa terlebih dahulu mintak persetujuan daripada NGO Melayu.

      Delete
    2. Sebelum digazetkan lebih baik kecoh dulu. Dah jadi akta sok satu sen pun x guna.

      Delete
  5. tak yah jauh2 bro..tengok le ahli majlis kat PBT.. contoh kat Majlis Perbandaran Nilai.. daripada 16 orang ; hnya 4 org je melayu, seorang mamak, seorang cina muallaf..lain semua bangsa yang tak nyokong BN!

    ReplyDelete
  6. Kalau letak Melayu semua pun dalam senarai tu tak guna juga ,jika Melayu yg di lantik adalah Melayu liberal grombolan KJ,Marina dan Sarfuddin.

    Aku dah tak mahu undi PM Najib dan Umno lagi,biarlah PR menang piliharaya nanti,aku peduli apa.Kalau sokong UMno pun sampai masa KJ nanti,Umno jadi lebih liberal dari PKR,kalau tak percaya tunggu.Bandingkan lagak Ketua AMK dgn Ketua Pemuda Umno siapa yg lebih liberal dan siapa yg lebih meragakan 'gaya'?.

    ReplyDelete
  7. Jom setuju. Semua peluang dalam kuasa kerajaan di dalam negeri in mesti dibahagikan ikut kadar pendududok dalam Malaysia kita ini. Dengan itu sector bukan kerajaan bolih di paksa mengikut teladan kerajaan.

    ReplyDelete
  8. Draf RUU-CELAKA tu semua pelansungan agenda SYAITAN si PENDATANG/PENCEROBOH KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRSODOM dan penaja mereka, si Barat-ZIONIS, nak MENUMBANGkan ISLAM/umatnya termasuk KESULTANAN MELAYU, undg-undg SYARIAH, kuasa MAIN/JAKIM, hak istimewa BUMIPUTERA ISLAM/Melayu, serta Malaysia sbg. NEGARA ISLAM! Dan kemudian terus MENJAJAH kita mcm. di Temasik!

    Baik NGO-NGO Islam/Melayu buat lapuran polis kerana ini jelas MENYALAHI Perlembagaan Malaysia, yg. mempertahankan ISLAM sbg. Agama NEGARA/PERSEKUTUAN dan hak istimewa BUMIPUTERA, terutamanya BUMIPUTERA ISLAm/Melayu yg. majoriti, dan kita patut minta kuasa EKSEKUTIF DYMM Yang di-Pertuan Agong dan seluruh Kesultanan Melayu, diKEMBALIKAN mengikut Perlembagaan Persekutuan terutamanya Perkara-Perkara 3(1), 37(1), 153 dsbnya - terutamanya kat negeri-negeri bawah pemerintahan RASIS-BUAS si KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRSODOM!

    Kalau pemimpin Islam/Melayu dlm. UMNO/PAS dah tak boleh bela lagi nasib BUMIPUTERA Islam/Melayu; pd. Kesultanan Melayulah, kita harus berpaling untuk minta pertolongan! Lihat artikel yg. sungguh BERNAS ini yg. membuktikan begitu jelasnya PENGIKTIRAFAN pelansongan kuasa EKSEKUTIF Raja/Sultan Melayu (Executive Monarchy - walau tidak mutlak) dari sebelum PENJAJAHAN British-ZIONIS; semasa Perlembagaan Persekutuan digubal, bukan sekadar “Hiasan/Simbol Adat“ (Ceremonial Monarchy), terutamanya dlm. MEMPERTAHANkan ISLAM/umatnya – sepatutnya PENASIHAT-PENASIHAT mcm Haji Mahamad Naser bin Disa, Peguam Kanan Persekutuan, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Dewan Amal Islami (DAMAI) - di lantik sbg. PENASIHAT TULEN dlm MT UMNO, Utusan Melayu dan JPM (ketiganya yg. disyaki sudah dikuasai si LIBERAL-plg-merbahaya) – lihat di https://akarimomar.wordpress.com/tag/perlembagaan-persekutuan/ , Hijrah Minda: Agenda Transformasi Islam , Haji Mahamad Naser bin Disa[1], 7 April, 2012!

    Biaq satu dunia tahu betapa fakta SEJARAH penting ini yg. telah lama diSEMBUNYIkan, betapa DAJALnya agenda PENJAJAH British-ZIONIS dan betapa makin kurang ajaqnya puak PENDATANG/PENCEROBOH RASIS – yg. tidak pernah tahu berterima kasih walau dapat MENJAJAH TEMASIK dgn.begitu mudah, dan bagaimana pemimipin ISLAM/Melayu kita dipaksa memberikan kerakyatan kepada BERJUTA mereka, dgn. begitu mudah, tanpa persetujuan TULEN dari rakyat biasa dari BUMIPUTERA ISLAM/MELAYU pun! Patutnya NGO-NGO Islam/Melayu minta hal kerakyatan ini dibicarakan di MAHKAMAH sebab yg. paling pentingnya biaq satu dunia tahu tentang KEKEJAMAN si PENJAJAH British-ZIONIS yg. MEMAKSA ketidakadilan ini ke atas BUMIPUTERA Islam/Melayu serta yg. kaum Cina/India ini ASALnya adalah golongan PENDATANG/PENCEROBOH yg. dibawa si PENJAJAH British-ZIONIS ni! Sekrg. Dunia tak tahu pun – termasuk tentang TEMASIK yg. dulunya sebahagian dari Tanah Melayu ini! Aku cadangkan FILEM-FILEM/TEATER dibuat berdsarkan fakta sejarah ni - tapi bukan sbg. dokumentari; tetapi sebg filem/teater yg. KREATIF.

    Makcik Sambal Belacan.


    ReplyDelete
  9. Seh nak buat ucapan sikit pada tok najib buleh ko?

    Teruskan perjuangan utk pasukan espana yg ato' sokong!,
    Vamos, vamos!!

    Dgn sebuah lagu khas dari brader jon denver:
    Country roads, take me home to the place I belong.
    Pekan pahang, mountain momma, take me home, country roads.
    Country roads, take me home to the place I belong.
    Pekan pahang, mountain momma, take me home, country roads

    Jgn sentap to'. Anggap jelah mcm gurau ato' ngan kj kat twiter. Parodi kata org skarang.
    Sokong spain kalah, man u kalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak lobih semangat ato' mintak an elephant army chant kan lagu atas tu ramai2. Mesti meremang bulu tengkuk.
      Part mountain momma tu suruh diorang tekan sikit suara tu. Biar gemuruh satu stadium.

      Delete
  10. Memandangkan world cup baru nak mula. Apakata kita melayu ramai2 cari sekali apa punca kekalahan pasukan sepanyol. Contohnya;;;
    Pemain berumur kurang fokus
    Management lapok guna taktik 2010
    Bayar imbuhan awal sebelum player berjuang.
    Kita cari puncanya secara terbuka. Boleh kaitkan politik tanahair. Spt
    Mgmt level byk org overage yg masih nak kuasa..
    Yg muda suka jack ketua pasukan.
    Gunakan kreativiti anda sbg melayu sebaik mungkin. Tujuannya bukan nak cari salah sesiapa. Hanya sbg petunjuk dan peringatan semua mgmt level melayu dari fam ke kerajaan pusat. Bahawasanya, juara lama belum tentu kekal di takhta.

    ReplyDelete
  11. Bila Ah Jib Gor nak bangun dari tidur dia yang lena ni??????????

    ReplyDelete
  12. Saya tak fikir Hishamuddin seorang yang liberal. Tapi dia memang seorang pengecut. Sia2 jadi cucu Onn Jaafar. Kalau sepupu sendiri tak berani nak sedarkan PM Najib, dan MT UMNO semua pengampu tegar, UMNO kena fikir apa yang perlu dibuat untuk selamatkan bangsa Melayu. Terpaksa korbankan seorang atau beberapa orang pemimpin UMNO demi kelangsungan Bangsa Melayu. Kalau akar umbi UMNO tak bertindak, confirm lingkup UMNO pada GE akan datang. The good news is, Tun M is still around!

    ReplyDelete
  13. Dihikayatkan masa zaman kegelapan Pak Lah, yang berpunca daripada angkara KJ dan geng tingkat 4, otai UMNO selalu berkumpul di pejabat Tun M, seolah-olah mesyuarat kabinet mingguan.

    Malang sekali ternyata sejarah kegelapan itu berulang lagi di zaman PM Najib, dan kali ini lebih gelap, dan negara seperti hilang arah dan kawalan.

    Harapnya negarawan Tun M dan otai UMNO tak berdiam diri!

    ReplyDelete

Blog Archive