Peristiwa 4 September 1975, Fasa 2 Ops Bamboo 2 ialah bukti Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong ketika itu, ialah insan yang kini menduduki takhta Kerajaan dan Pemerintahan Tertinggi Persekutuan Malaysia iaitu DYMM Seri Paduka Baginda Sultan Al-Haj Abdul Halim juga.
Darah yang membasahi bumi Hulu Perak yang kini tersemadi tubuh insan ini di tanah perkuburan Islam Tapah sebelah sungai berhampiran Masjid Pekan Tapah, yang sering diziarahi oleh kerabat keluarga dan teman sePatrol dan sepasukan, almarhum sedang disirami bunga ingatan umat Melayu yang subur dalam pasukan, Polis Di Raja Malaysia.
Almarhum Zabri pernah ditulis panjang lebar tentangnya dalam blog ini juga. Blog ini yang menjadi "eye ball blog" kepada Pasukan (PDRM) dan VAT 69 yang berpangkalan di Hulu Kinta, Perak, mungkin salah satu elemen menyuburi dan memekari doa-doa agar di suatu hari, umat Melayu iktiraf seorang syuhada yang amat digeruni dan disegani oleh Parti Komunis Malaya.
Semoga seluruh insan yang pernah menabur bakti, menitiskan akan darah, air mata dan keringat dalam pasukan PDRM khasnya VAT69 (iaitu 40 insan kumpulan pertama VAT 69- kini Veteran VAT 69), sehinggalah seluruh ketumbukan pasukan, Pak Sedaro dan para sahabat (yang tidak diundang) merakamkan syukur dan terima kasih kerana Allah pernah menghidupkan dan mematikan "panglima perang yang sifatnya mirip Khalid Al-Walid" dalam PDRM.
Sebuah nukilan yang panjang sebagai hadiah kepada PDRM, khasnya keluarga dan kerabat Almarhum ASP Mohd Zabri bin Abdul Hamid, seluruh kerabat VETERAN VAT69 dan insan yang berkongsi makna "Warisan Darah Perwira";
Ku hadiahkan Al-Fatihah kepada Rasulullah s.a.w., keluarga dan kerabatnya.
Ku hadiahkan Al-Fatihah kepada para Sahabat Baginda dan para Ahli Syurga yang telah mahsyur dan dijanjikan tempat mereka.
Ku hadiahkan Al-Fatihah kepada para Sahabat Baginda dan para Ahli Syurga yang telah mahsyur dan dijanjikan tempat mereka.
Ku hadiahkan Al-Fatihah kepada semua para syuhada, auliya dan seluruh pejuang Islam yang menegak syiar Islam atas jalan-jalan haq dan berjuang membatalkan kebathilan.
Ku hadiahkan Al-Fatihah kepada semua pejuang Islam Bani Malayuwiyah yang sanggup menumpah akan darah mereka sejak pemerintahan Islam mekar 1200M hingga hari ini.
Ku hadiahkan Al-Fatihah kepada Mohd Zabri bin Abdul Hamid yang Allah pilih dari kalangan umat Melayu di Bumi Melayu ini, yang menjadi ikon "Harimau" kepada PDRM.
Ya Allah, jodohMu mentauliah sebuah bintang tertinggi Persekutuan Negara Malaysia ini, ialah paling tepat dalam Sejarah Moden Malaysia.
Ya Allah, moga diKau limpahkan rahmat dan kasih sayang Mu kepada seluruh kerabat dan sahabat Almarhum Zabri yang telah berada di Alam Barkzah dan yang masih hidup adanya.
Wahai seluruh anak Muda, bersemadi Zabri dipusaranya bukan untuk didewa dan dikalung dengan emas-intan permata.
Wahai seluruh anak Muda, jadikanlah pesanan Almarhum Zabri sebagai ubat penawar dan geliga fikir manusia yang cinta kepada nikmat dan faham Ahlul Sunnah Wal Jamaah.
Sesungguhnya Zabri pernah berpesan dan diingati oleh barisan sahabat dalam Patrolnya (hari ini mereka dimamah usia iaitu Haji Ahmad Dahalal, Apot anak Saad, Hamzah, Salahuddin, Haji Suhaimi (patrol sahabat),dan ramai lagi);
"Sayanglah kepada Pasukan"
"Sayanglah kepada Tanahair"
"Taat dan Setia"
"Berdisiplin Tinggi"
"Hormat kepada Yang Senior"
Moga Allah terus-terusan memncucuri rahmat, dan melimpahkan kasih sayangNya kepada Malaysia.
Lagenda zabri senantiasa berada dalam hati kami......damailah kau di sana bersama para syuhada!!!!!
ReplyDeleteAmin.
Deleteamin ... kerambit 69 teruskan membela melayu Islam..
ReplyDeleteAlFatihah. Saya amat berharap nama Almarhum dan anggota serta sejarah perjuangan mereka dijadikan bahan teks buku sejarah sekolah menengah untuk disematkan semangat patriotik dikalangan generasi baru. Cerita Peristiwa 4 September 1975, Fasa 2 Ops Bamboo 2 hanya saya ketahui melalui rencana National Geographic di Astro selepas 3 dekad. Sementara hayat mereka masih ada (bersama saksi peluru yang tertanam di tubuh) marilah kita yang dapat hidup selesa atas darah perjuangan mereka, perjuangkan sejarah ini agar generasi akan datang mewarisi semangat perjuangan mereka. Wang ringgit dan pingat bukanlah galang ganti tapi saya berharap mereka dapat hidup selesa dan tenang sebelum disemadikan bersama Almarhum.
ReplyDeleteSetuju dgn saranan tuan agar perjuangan VAT69 ini dijadikan bahan buku teks sek menengah agar generasi kita lebih faham erti perjuangan mempertahankan TANAH AIR. ....Al-Fatihah untuk ASP MOHD ZABRI
DeleteSemenjak ku di awal sekolah menengah lagi nama arwah ASP Mohd Zabre ini bermain di bibir orang tuaku, Penguasa Polis Ab Salam Yusof, (sekarang arwah),Komandan Sekolah Latihan PPH Ulu Kinta, Perak, sekitar tahun 1970 - 1974.
ReplyDelete(Kapt Bersara Ridzuan Ab Salam, RAMD ).