Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Tuesday, July 3, 2012

TNB Tidur...

D.O.I.T (Discipline, Objective, Integrity, Teamwork) merupakan misi kerja dan falsafah pengurusan baru Tenaga Nasional Berhad. Dalam kesibukan TNB, suka Pak Sedaro nak posan, jika masih ramai kalangan pekerja Melayu yang belum jelas, mengapa mereka pilih untuk bekerjaya di TNB, hantarlah mereka berkursus.

Dulu maso Tan Sri Ani Arope, beliau meletakkan asas bahawa setiap warga TNB mesti tahu tentang makna Negara, maka setiap insan LLN/Tenaga kena ikuti kursus BTN. Hari ini, yang ke Kursus Perdana cuma Che Khalib yang dah tiada lagi di TNB. Ganti dengan Ir. Kamaruzaman, nampaknya saudara kena urus bina semula kekuatan dalaman TNB. TNB dilihat menepati makna Miskin Hayat dan Roh, Miskin Perangai dan Miskin Asuhan seperti yang dibahaskan oleh Pendeta Za'aba pada tahun 1927.

Jika TNB hendak aturan faham Integrity, ada IIM yang mungkin boleh bantu. Jika TNB hendak DOT, maka gerakan Biro Tatanegara merupakan opsyen terbaik. Makanya, pasukan pakar RAW TNB akan lebih kuat dalam faham dan makna "AGAMA, BANGSA DAN TANAHAIR".

Apa cerita bila mana orang TNB pun terikut gerakan Komunis, Freemason, Syiah, Wahabi dan Khawarij!

Monday, July 2, 2012

UDA 'Bunuh' Peniaga Melayu BB Plaza

BB Plaza sebuah pusat komersil Melayu sedang digadai oleh UDA. Apakah ini agenda miskin asuhan Kerajaan Barisan Nasional? Atau ini Agenda Miskin Perangai "pemikir dan orang yang dibayar gaji oleh Kerajaan Barisan Nasional untuk memberi pilihan kepada peniaga Melayu di BB Plaza?

Implikasinya diberikan pilihan berat sebelah. Iaitu andai Tradewinds Berhad (milikan TS Syed Mokthar Bukhari) bergabung dengan UDA Holdings Berhad, maka akan dibangunkan semula BB Plaza Imej Baru. Manakala, para peniaga Melayunya diberi pilihan/keutamaan...Bila?

Lain kali kalau nak buat sesuatu yang boleh mengugat kekuatan UNDI dan sokongan peniaga Melayu khasnya di Kuala Lumpur, berilah lokasi strategik untuk tempatkan mereka dulu. Jangan nyahkan mereka, belakang suruh depa fikir "nak meniaga kat mana". Apa punya bangang pemaju MELAYU "UDA Holdings Berhad nie" atau ini melambangkan tidak cerdiknya Nur Jazlan Mohamed, Pengerusi UDA!

Harus diingat, peniaga Melayu ini paling tidak sudah lebih 20 tahun bertapak di BB Plaza. Apalagi yang punya gerai makan di sana. Punya banyak shopping mall keliling BB Plaza, apakah UDA Holdings begitu naik benak dalam urusan penempatan semula mereka? Kumpulan peniaga ini perlu diberikan saguhati dan pampasan darurat jika wujud istilah demikian.

Sebenarnya, 15 tahun lalu senario yang hampir sama "bakal" dialami oleh para peniaga Pasar Ampangan, Seremban. ADUN Ampangan semasa Makcik Derma Taksiah telah berusaha untuk tidak bersetuju dengan agenda merobohkan Pasar Ampangan untuk tujuan kompleks komersil, walaupun agenda tersebut pada peringkat awal telah "diangguk" oleh beliau. Masuk ADUN Ampangan Zakaria Nordin selama 10 tahun, diangkat sekali lagi oleh pemaju yang rakus dan tamak haloba, namun tindakan para peniaga Pasar Ampangan jelas dengan memberi amaran dan ingatan MERAH, kiranya ADUN dan Kerajaan Negeri bersetuju, tanpa memikirkan urusan penempatan semula yang strategik peniaga Pasar Ampangan, maka DUN Ampangan akan dikuasai oleh PAS.

Akhirnya dalam PRU-12, PKR kuasai Ampangan dengan kemenangan Cikgu Rashid Mental, yang akhirnya terus keliru dalam Dewan apabila menjadi "balaci dan keldai" Freemasonary bilamana dengan penuh selamba mencadang usul supaya pembacaan talkin semasa acara pengkebumian umat Islam dibatalkan kerana dalam talkin itu ada menyentuh tentang cacing dan ulat yang memakan badan jenazah.

Pembaca Paneh Miang yang budiman, peristiwa tidak puas hati peniaga BB Plaza ini bakal menjadi barah kepada isu-isu utama BN di Kuala Lumpur. Mekanisme yang berkesan mesti dicari oleh UDA Holdings Berhad dan Kementerian Kewangan Malaysia, juga MRT Corporation. Jangan dek sebab pembangunan, kau nak gadaikan makna "Perkara 153: Perezapan Kuota Bumiputera" dan erti "Kepentingan Ekonomi Bumiputera" merujuk kepada 70 perengan resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera pada 7 Jun 1965.

Sunday, July 1, 2012

Tribute VAT 69

Semboyan hampir dibunyikan. Hadiah khas PM kepada veteran 69 yang ramai di NSDK dan tanahair serta Pasukan VAT 69 di Markas Hulu Kinta, khasnya SAC Dato' Azizan orang NSDK, SAC Dato' Rashid dan Dato' Fuad (anak-anak Negeri Sembilan) yang kini Pengarah-pengarah Kanan di Bukit Aman (semuanya VAT 69). Tidak ketinggalan dijemput khas Kept. Anuar Haji Alias, pgb (PASKAL, TLDM...anak Labu) yang kini di MinDeF. Juga kepada mantan Lt.Jen Zaini, sp, termasuk Kapt (U) Abdul Rahim bin Abdul Rahman, pgb dan kawan-kawan pgb TUDM. Sebuah sanjak ditulis oleh Ayahanda Mohd Noor bin Razak, pgb (Naib YDP, Persatuan Veteran VAT 69 Komando):

Siapakah Mereka?

Dahulu...suatu ketika dahulu
Bintang tiga lambang pembawa derita
Bandit merah membuat angkara
Mengundang darurat hidup derita
Menggugat sentosa
Mengganas mengharu tidak menentu
Mengacau menggangu
Di hilir di hulu
Mencabar Sang Saka Biru
Lambang keramat sedia berkhidmat

Namun...Polis sedia berkhidmat
Lambang biru gagah berpadu
Menadah perjuangan
Dengan darah, keringat dan air mata sayu
Memikul anamah bangku
Tidak gundah tidak terkedu
Tidak buntu tidak jemu

Hingga lahirlah
Titis-titis warisan
Darah Perwira
Lahirlah enam puluh sembilan
Lagenda penentu
Bagaikan bertemu ruas dengan buku
Tumbanglah musuh satu persatu

Sehingga ada yang bertanya
Siapakah mereka?
Manusia atau puaka?
Tiba-tiba menjelma
Menyelinap memburu mangsa
Bagai ular berbisa

Mereka?
Mereka pejuang jitu
Bukan hantu
Merekalah Komando 69
Polis DiRaja Malaysia
Pejuang Unggul Sang Saka Mulia!

Moga Allah tempatkan roh Allahyarham ASP Mohd Zabri bin Abdul Hamid yang terkorban 4 September 1975 di kalangan para syuhada dan insan fisbilillah. Inilah rakaman insan yang Allah muliakan hingga menjadi "ikon dan makna" perjuangan Lok Kow.

Blog Archive