Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Sunday, July 1, 2012

Tribute VAT 69

Semboyan hampir dibunyikan. Hadiah khas PM kepada veteran 69 yang ramai di NSDK dan tanahair serta Pasukan VAT 69 di Markas Hulu Kinta, khasnya SAC Dato' Azizan orang NSDK, SAC Dato' Rashid dan Dato' Fuad (anak-anak Negeri Sembilan) yang kini Pengarah-pengarah Kanan di Bukit Aman (semuanya VAT 69). Tidak ketinggalan dijemput khas Kept. Anuar Haji Alias, pgb (PASKAL, TLDM...anak Labu) yang kini di MinDeF. Juga kepada mantan Lt.Jen Zaini, sp, termasuk Kapt (U) Abdul Rahim bin Abdul Rahman, pgb dan kawan-kawan pgb TUDM. Sebuah sanjak ditulis oleh Ayahanda Mohd Noor bin Razak, pgb (Naib YDP, Persatuan Veteran VAT 69 Komando):

Siapakah Mereka?

Dahulu...suatu ketika dahulu
Bintang tiga lambang pembawa derita
Bandit merah membuat angkara
Mengundang darurat hidup derita
Menggugat sentosa
Mengganas mengharu tidak menentu
Mengacau menggangu
Di hilir di hulu
Mencabar Sang Saka Biru
Lambang keramat sedia berkhidmat

Namun...Polis sedia berkhidmat
Lambang biru gagah berpadu
Menadah perjuangan
Dengan darah, keringat dan air mata sayu
Memikul anamah bangku
Tidak gundah tidak terkedu
Tidak buntu tidak jemu

Hingga lahirlah
Titis-titis warisan
Darah Perwira
Lahirlah enam puluh sembilan
Lagenda penentu
Bagaikan bertemu ruas dengan buku
Tumbanglah musuh satu persatu

Sehingga ada yang bertanya
Siapakah mereka?
Manusia atau puaka?
Tiba-tiba menjelma
Menyelinap memburu mangsa
Bagai ular berbisa

Mereka?
Mereka pejuang jitu
Bukan hantu
Merekalah Komando 69
Polis DiRaja Malaysia
Pejuang Unggul Sang Saka Mulia!

Moga Allah tempatkan roh Allahyarham ASP Mohd Zabri bin Abdul Hamid yang terkorban 4 September 1975 di kalangan para syuhada dan insan fisbilillah. Inilah rakaman insan yang Allah muliakan hingga menjadi "ikon dan makna" perjuangan Lok Kow.

2 comments:

  1. ASP Zabri ialah pakcik aku. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas semua pejuang tanah air yang seangkatan dengan ASP Zabri @ Pak Ayah

    ReplyDelete
  2. Bertuahlah mat kampaq kurang satu 70, Mat kampaq yang lain camno ko samo nasib macam matsabun hari tu yo yo dalam maso terdekat Mat sabun yang tak berpencen akan dibayar elaun khas dalam masa terdekat last apo kato mentori berkenaan Mat sabun tak layak atas sobab UMNO Haampeh. Meelopong kau skot 95 peratus melayu PR ko 13 seramai 250,000 lobih boleh jadi ponontu tak ke begitu skot..... harap veteran dan perhebat mengabihkan boreh.......

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."
Blog Widget by LinkWithin

Blog Archive