Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Wednesday, May 14, 2014

Siapa lagi sorang?

Koi?

Keme?

Atau den?

~Kolumnis Utusan Malaysia, Awang Selamat hari ini mendakwa pentadbiran Umno-Barisan Nasional (BN) yang ditadbir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bakal membuat penukaran dua menteri besar tidak lama lagi. 

Bagaimanapun, Awang yang berkata demikian melalui kolumnya dalam akhbar milik Umno itu tidak menyatakan dua negeri yang akan menyaksikan pertukaran menteri besar. 

"Khabarnya dua menteri besar bakal digantikan tidak lama lagi. Spekulasi mengenainya mulai bertiup bagai sepoi angin petang di pesisiran pantai. 

"Tidak perlulah Awang sebut siapa menteri besar berkenaan pada peringkat ini, biarlah ia terus menjadi desas-desus," katanya dalam ruangan bisik-bisik Awang Selamat, edisi mingguan Utusan Malaysia hari ini. 
Kolumnis Utusan itu percaya Najib juga sudah mempunyai senarai pengganti calon menteri besar berkenaan. 

Jika benar, persoalan lebih menarik ialah siapa pengganti mereka? Beberapa nama calon yang dilihat berwibawa sudah pun dikenal pasti. 

"Tentu terdapat tokoh yang boleh dijadikan sandaran, yang Awang percaya Najib sudah ada bayangan calon-calonnya. Kita tunggu," katanya. 

Awang berkata, pertukaran dalam pentadbiran negeri wajar dilakukan dan ia tidak perlu dilakukan hanya semasa berlaku pilihan raya umum atau negeri semata-mata. 

"Awang berpendapat memang perlu ada peralihan bagi menyuntik kesegaran dalam tampuk pentadbiran negeri tertentu," katanya. 

Kolumnis itu juga berharap peralihan pentadbiran tidak hanya ditumpukan kepada jawatan menteri besar namun jawatan dalam parti. 

“Bukan sahaja kepimpinan negeri, ramai yang menyimpan harapan agar perdana menteri yang juga presiden Umno menampilkan muka baharu bagi beberapa jawatan (lantikan) tertentu dalam parti," katanya. – 20 April 2014.~

Welcome to the 'Mantan Club' bro!!

20 comments:

  1. apa macam kita tukar PM sekali . ...baru ada uuummmpphhh ..... sssattttuuuuuu malaysiaaaaaa

    ReplyDelete
  2. Harap pertukaran yg dua lg tu akan dibuat dengan lebih humane.

    ReplyDelete
  3. presiden umno aka ketua bn aka ds najib razak juga sudah tidak segar. so, bagi menyuntik kesegaran ............................

    ReplyDelete
  4. cara berkesan pemimpin pertengahan umno cari duit banyak ...... tentu juta-juta .... sebab balak sudah habis, pasir sudah habis, batu pun sudah habis ..... AIR PUN SUDAH HABIS .... !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  5. Sorang lagi tu sebenornya tak ada dalam list di atas.

    Orang itu ialah ........ Najib.

    Sudah tepat masanya kira tukar Najib disebabkan kegagalan dalam:
    1) PRU13.... keputusan TERburuk utk BN
    2) Gagal meletak sebarang calon di Gelugor dan membiarkan MCA membuat announcement dulu....ie Jump The Rank.
    3) Terlalu cenderung pada kemahuan kaum minoriti Cina.
    4) Gelojoh hingga Trengganu hampir dibubarkan
    5) Tidak bijak... terlalu ikut punahsihat. "Jual" petronas pada Cina.
    6) Gagal dalam issue MH370
    7) Gagal dalam kes penculikan di Sabah...kes sentiasa berulang.
    8) Gagal dalam menjaga sempadan... seludup diesel dan petrol dan pendatang tanpa izin
    9) Gagal menjaga kepentingan rakyat berkaitan isu Amah Indonesia...kos naik tapi perkhidmatan merudum dan kerajaan Indonesia lebih "power" dari Malaysia.
    10) Takut Bini....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dan boleh tangguh selepas anak kahwin.

      Delete
  6. Apa kata PR pun tukar ketua menteri P.Pinang?

    ReplyDelete
  7. Bila PM kaki kipas Cinabeng n penasihat jutaria nak diberi nafas baru?....dah BOSAN dah, asyik blurrrrr dan perasan bagus memanjang

    ReplyDelete
  8. Ye la tukar najib tu kalu tak nak umno jadi makin lemau

    ReplyDelete
  9. Jang,
    Cakap sonang,kalau tukar Najib,sapo nak ganti?.Kito pengritik kerusi [armchair critics] memang suko baik komen itu dan ini tapi habok pun tak ado.Den masih ingat lai bilo Pak Lah PM dulu komen macam di atas tu lah ditulih dan minta dio diganti.Dah diganti Najib dan sekarang ni kito bancuh Najib pulo....tak habihx.Den tengok keadaan hidop kito tak lah torok sangat.Den raso jonih orang yang meterialistik ajo yang mengoloh cost of living tinggilah,harga barang naiklah dan lainx.Den raso eloklah kito ontokx ajo dan cubo memperbaiki kehidupan keserdehanaan kito,biarlah orang politik uruskan soal politik ini.Memang betullah kito mesti ambil tahu tapi kito mesti rasional dan bukan emotional didalam merumuskan beberapo perkara terutamo mengendali spekulasi.Orang putih ado tulih Politic is a very dirty,it is a war without bloodshed.....samoxlah kito fikir sendiri.yang mano buruk dan baik.Salam

    ReplyDelete
    Replies
    1. sey ghaso mat asan pun ok waghih. dio pandai burak kampung. org pilah, rantau, rome pun suko mo dio. dio ado sikit cerodik dan berani sikit ngompare an ngan yg lain. kot yg tak suko pun paneh yolar, taktau po sobab dio tak konan ngan amat ni. agak eh dio member2 sahak kot, tak pun gang isa atau tengku husaini.
      mat asan gomar boie pojek kek brader2 dio, tu yg dorang tak suko tu, yolar jang nak ngarap an isa kau maun tak siap jalan baru kit putus pilah ngan jalan baru ocean somban2. leko dek burak yolar ''ni idea mat isa'' siap eh tidak. tp lombong convent ado den nampak tu. tp mmg iyo ckp kau waghih org melayu ni leko nak nukar bos yo, pasal lam umno mmg tak ramai yg berakal yg tinggal.

      Delete
    2. Ganti ayo dongen rosmah mansur....dia lbh tegas....dgn najib le....semua orojek dio yg pogang...termasuk tolor najib

      Delete
  10. Elok tukar seluruh kabinet. Habis beras jer.

    ReplyDelete
  11. Datuk Mukhriz kot.
    sebab politik melayu memang kotor. siapa yang bijak dan dikenalpasti sebagai threat kepada pengotor politik akan segera dicantas.

    ReplyDelete
  12. Paneh
    Poning kepalo Den,Pocat,Cantas,Gugur,...apo lai.Jangan kono kek kau dahlah,nanti tak ado lak blog ini.Macamlah kito kek blog ini ado kuaso....

    ReplyDelete
  13. poit tempek lah gambar rosmah ampangan kali poit. banggo sikit nengok.
    bila nak suruh dia ngan laki dia berambus? dah lebih setahun dah ni.
    apa PM punya post sign kontrak mati ke?

    ReplyDelete
  14. poh lak kalau sobut tok asan sahak dan isa disobut2? tapi semacam boto lak yo...mujur baik lah ado dua orang tu sahak dan isa ado gak yang berani togor tok mat asan yang suko ikut palo dia jo....kelakar tak kelakar sekarang ni yo pengerusi jkkkkkkk terdiri dari penghisap dadah, tuo2 dah tak bedayo, nak angkek pen pun tak dayo tapi poie bank didayo an eh.... yang kono tangkap basah pun ado yang menyokong pembangkang pun ado... sumo eh diiyo an jo dek tok mat asan....den cakap paneh miang ni adolah sikit macam tak kemano2 eh... kalau tepak bersulam dan lain2 tu membodek yo lah kojo eh....

    ReplyDelete
  15. ghaso sey lah yo yang mengomen bunyi macam marah bona kek pm tu mesti terdiri daripada orang2 tok mat asan yang takut bona tak mat asan eh tak jadi menteri besar lagi

    ReplyDelete
  16. Beza 8 kerusi BN dengan PR di DUN NS. Bukan satu dua kerusi macam Trengganu. Kalau MB Negeri yang PM pangkas, tak boleh nak gertak PM guna alasan keluar parti..hehe..sedangkan kat Trengganu keluarpun boleh masuk balik.

    Tapi lain kali kalau nak keluarpun janganlah sebab majlis kahwin anak. Boleh je kata kebajikan keluarga ke apa. Kata sedangkan kebajikan keluarga saya tidak diambil kisah, inikan pulak rakyat Trengganu. Kemudian kaitkan dengan royalti minyak. Barulah gempak sikit. Ni tidak. Sebab sedih majlis kahwin anak. Tapi agaknya begitulah sesetengah politician peringkat akar umbi. Tak putar belit sangat. Jujur bagitau apa yang dia rasa. Macam baik je orangnya bekas MB Trenggau tu. Tak macam DSAI yang boleh putar belitkan semua benda. Kalau DSAI kata yang biru itu sebenarnya putih, sebab konspirasi orang percaya..

    Anyway, tak de yang kekal dalam dunia ni, termasuk PM sendiri.

    ReplyDelete
  17. kita tukar najib dulu>>>>>>>>>>

    ReplyDelete

Blog Archive