Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Thursday, June 12, 2014

KJ nak hapuskan kuasa Mahkamah Syariah?!

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin mengingatkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar agar tidak mengabaikan tugas polis dalam menjunjung kedaulatan undang-undang.

Beliau mengingatkan perkara itu susulan kenyataan Khalid yang mahu mengambil "jalan tengah" dalam kes perebutan hak jagaan anak melibatkan pertembungan kes di mahkamah syariah dan sivil.

"Bagi saya, sebagai ketua Pemuda BN, agensi penguatkuasa mesti menjunjung kedaulatan undang-undang, terutamanya apabila ia jelas," katanya dalam satu sidang media hari ini.

Beliau ditanya mengenai kenyataan Khalid, yang berhasrat untuk meletakkan kanak-kanak terlibat di pusat jagaan sementara, agar kedua-dua ibu bapa berpeluang melawat anak tersebut.

Khalid merujuk kepada kes M Indira Gandhi dengan bekas suami Muhammad Ridhuan Abdullah di Ipoh, dan juga kes S Deepa terhadap bekas suami Izwan Abdullah di Seremban.

Dalam kedua-dua kes berkenaan, mahkamah syariah dan sivil membuat perintah yang bercanggah antara satu sama lain dan soal hak penjagaan anak – keputusan mahkamah syariah memihak kepada pihak bapa manakala mahkamah sivil memihak kepada ibu beragama Hindu. Selanjutnya sini.

*********

Ayat KJ, "Bagi saya, sebagai ketua Pemuda BN..."

KJ sebut beliau sebagai Ketua Pemuda BN, bukannya UMNO. Jadi apa maksudnya? Tampak seolah KJ mahu polis ikut keputusan Mahkamah Sivil berbanding Mahkamah Syariah. Iya ka???

IGP mahu ambil jalan tengah untuk serahkan anak itu kepada pihak ketiga. Zahid Hamidi pula enggan ulas tindakan IGP tersebut. Jadi apahal tetiba KJ nak campurtangan hal KDN pulak? Apa masalah lu brader?

Adakah KJ cuba nak hapuskan bidang kuasa Mahkamah Syariah yang telah sedia termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dalam Perkara 121 (1A)?

Pada tahun 1988 Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan dipinda dengan memasukkan perenggan 1A. Perenggan 1A ini menghadkan Mahkamah Sivil tidak boleh mencampuri perkara-perkara yang berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Cadangan pindaan tersebut dipelopori oleh Allahyarham Prof. Emeritus Tan Sri Ahmad Ibrahim kerana terlalu banyak campur tangan Mahkamah Sivil terhadap keputusan Mahkamah Syariah, dan campur tangan tersebut telah merendahkan kuasa Mahkamah Syariah disebabkan tertakluk kepada Mahkamah Sivil.

Pindaan itu juga telah dicadangkan sendiri oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad bertujuan untuk memartabatkan Mahkamah Syariah, sekaligus membebaskan Mahkamah Syariah daripada belenggu Mahkamah Sivil.

Jadi bagaimanakah Mahkamah Sivil boleh membatalkan keputusan Mahkamah Syariah yang dibuat mengikut hukum Islam itu? Adakah KJ benar-benar faham tafsiran Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan? Adakah KJ maklum maksud "Islam Agama Persekutuan" dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan?

Perenggan 1A di bawah Perkara 121 menyatakan Mahkamah Sivil tidak mempunyai kuasa terhadap perkara-perkara yang terjatuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah. Mahkamah Sivil juga tidak boleh mengenepikan atau menolak ataupun tidak menghiraukan apa-apa perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah.

Sejak PRU-12, wujud desakan daripada DAP melalui Lim Kit Siang serta PGayR untuk menghapuskan perenggan 1A di bawah Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan. Kini Ketua Pemuda UMNO/BN juga senada seolah mahukan 'benda' yang sama.

Adakah KJ merasakan Perkara 121 (1A) itu tidak cocok dengan jiwa liberalnya? Atau KJ merasakan perenggan 1A itu sebagai penghalang kepada bukan Melayu untuk kembali menyokong BN?

Tidakkah KJ sedar sejak Perkara 121 (1A) dipinda pada 1988, BN menang majoriti 2/3 setiap kali PRU dengan sokongan Melayu dan bukan Melayu; sehinggalah KJ dan Pak Mertuanya sendiri yang memecah rekod terburuk BN dalam PRU-12!! 

Jadi mengapa KJ tampak terdesak campur tangan perihal Mahkamah Syariah dan Polis? Adakah semata untuk memenangi hati bukan Melayu? Walhal punca sebenar majoriti bukan Melayu tidak menyokong BN di PRU12 dan 13 hakikatnya tiada kena mengena pun dengan isu pertikaian antara Mahkamah Syariah dan Sivil, mahupun Polis!!

Adakah KJ sengaja nak jadi populis di kalangan bukan Melayu? Atau sememangnya KJ spesis yang tak peduli pun akan hal ehwal berkaitan Islam di negara ini?

Manusia jelmaan Anwar seperti KJ ini perlu dihumban segera daripada UMNO sebelum UMNO hancur dirosakkannya dari dalam!!

17 comments:

  1. kj ni ngan bebudak pengampu keliling dio tu baco ko perlembagaan bro? regina lee penasihat media dio tu lupo la tu nak nasihat dio pasal apo dio per 121 1a tu? haha,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak buat macam mana Melayu dah pilih , terima je lea .

      Delete
  2. Laa budak beringus tu dah tak ada kerja lagi. Itu bukan portfolionya.

    Buang ke laut bagi umpan jerung saja.

    ReplyDelete
  3. Semua pihak kena ingat, dalam kes ini ada dua (2) perintah yang saling bercanggah antara Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Tinggi Sivil. Kedua-dua perintah (dari Syariah dan Sivil) adalah berkuatkuasa dan tidak boleh mengatasi antara satu sama lain. Sebelum menyalahkan IGP, masalah percanggahan perintah dari dua mahkamah tersebutlah yang perlu diselesaikan. Salah satu perintah perlu dibatalkan. Jika tidak, IGP memang susah, jika beliau ikut perintah mahkamah sivil, maka macam dia menghina mahkamah syariah. Jika itu berlaku, mana maruah mahkamah syariah. Mungkin bagi orang lain, mahkamah syariah tak penting tapi bagi majoriti orang Islam di negara ini, Mahkamah Syariah adalah sebahagian dari ruanglingkup amalan beragama mereka. Tindakan IGP mencari jalan tengah adalah 'option' terbaik yang beliau ada dalam keadaan dua perintah dari dua jenis mahkamah tersebut.

    ReplyDelete
  4. masalahnya bebudak umno yang undi kj masa pemilihan umno lepas bukan tau pun perangai kj ni macamana. pemuda umno undi kj sebab dapat arahan ketua pemuda bahagian dan cawangan masing2. dorg masyuk boleh la..ahli pemuda yang mengundi saja yang melopong bodoh kena catur tak tau perangai cibai lahanat pengkhianat agama dan bangsa macam kj.

    ReplyDelete
  5. masa jason lo kawan baik budak kj ni buat statement hasutan tuk buang nama islam di ic ari tu apa komen kj pada best buddy dia tu? ada ke dia hentam member baik dia tu? tarak. budus. lagi mau campur hal polis. dok diam2 la kj.

    ReplyDelete
  6. setuju dengan IGP...PDRM bertanggungjawab mengawasi dan menguatkuasakan peraturan berdasarkan pada undang-undang yang sedia ada dan bertindak mengikut keputusan yang diadili olih mahkamah...polis tidak bolih bertindak mendahului undang-undang dan keputusan mahkamah...jika polis bertindak sewenang-wenangnya ini mungkin akan menimbulkan 'provokasi' pada PDRM...keputusan dan tindakan IGP mengikut SOP.

    ReplyDelete
  7. Dari dulu,kini dan selama lamanya KJ memang tidak sesuai dalam UMNO. Saya amat mengharap KJ sedar hal ini dan untuk pertama kali dalam hidupnya lakukanlah apa yang terbaik untuk agama, bangsa dan Negara.

    Saya sokong 100% KJ masuk DAP. Saya yakin DAP akan menyambut kedatangannya dengan 'carpet' merah. Memang DAP perlukan 'window dressing' untuk parti itu. Mungkin harapan KJ untuk jadi PM akan tercapai. Tapi PM yang ikut arahan DAP lah!

    ReplyDelete
  8. Lu nk kena sepak ke kj. Lu sapa nk bising2 padal isu mahkamah syariah vs mahkamah sivil. Lu jaga budak2 belia la, jgn campur portfolio org. Dh makin tua tp otak still bodo. Buek malu org rombau la lu ni kj...

    ReplyDelete
  9. Menteri yang suka masukkan kaki nya ke Kementerian yang lain. Bukan sekali, sudah banyak kali.

    Kalau respon nya sealiran arus perdana ok juga. Biasa nya mesti timbulkan kontroversi terutama kepada Melayu Islam.

    Sikap liberal yang mengancam Perlembagaan Malaysia !

    ReplyDelete
  10. Budak Rombau ni mengado-ngado,apo yang Khalid buek tu botul la,,duox Makhamah melibatkan undang,jalan tongah yang amat selamat.

    ReplyDelete
  11. Jangan salahkan KJ atas kebiadapan dan kemerosotan midanya...kena kaji dulu...

    Siapa omaknya
    siapa bapok mertuonyo
    mana kolej budok ni..
    cikgu mano yang ajor dia ni

    ReplyDelete
  12. kepala buttuh laa kj..
    cam tungkek la lu..
    berkokok cam bagus..mende???

    ReplyDelete
  13. Artikel yg. sungguh BERNAS paneh Miang! Memang si LIBERAL-mamat-kari makin MELOYAkan itu, yg. asyik BERANGAN dia ni memang sudah jadi PM atau akan jadi bakal PM (akibat dipuja EvangeliSStar), yg. asyik nak MEMPERTAHANkan Musuh Islam/umatnya!

    Sedangkan lihat artikel yg. sungguh BERNAS ini yg.membuktikan tentang MAIN di bawah kuasa Kesultanan Melayu sbg. Ketua/Penjaga Agama Islam, lebih berkuasa dari K'jaan negeri mengikut Perlembagaan Persekutuan pun! Dan artikel yg. sungguh BERNAS ini juga membuktikan begitu jelasnya PENGIKTIRAFAN pelansongan kuasa EKSEKUTIF Raja/Sultan Melayu (Executive Monarchy - walau tidak mutlak) dari sebelum PENJAJAHAN British-ZIONIS; semasa Perlembagaan Persekutuan digubal, bukan sekadar “Hiasan/Simbol Adat“ (Ceremonial Monarchy), terutamanya dlm. MEMPERTAHANkan ISLAM/umatnya – sepatutnya PENASIHAT-PENASIHAT mcm Haji Mahamad Naser bin Disa, Peguam Kanan Persekutuan, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Dewan Amal Islami (DAMAI) - di lantik sbg. PENASIHAT TULEN dlm MT UMNO, Utusan Melayu dan JPM (ketiganya yg. disyaki sudah dikuasai si LIBERAL-plg-merbahaya) – lihat di https://akarimomar.wordpress.com/tag/perlembagaan-persekutuan/ , Hijrah Minda: Agenda Transformasi Islam , Haji Mahamad Naser bin Disa[1], 7 April, 2012!

    Tapi si mamat-lulusan-“omputih-Oxpot-you” tu pikiaq dialah paling tera dan patut jadi PM kot! Aku pun harap benar si mamat-kari-PENAKUT ni dpt.diNYAHkan dr. UMNO oleh YAB PM kita sebelum dia terus MEMUSNAHkan ISLAM/umatnya dan UMNO!

    Dan apa yg. Kem. BELIA buat utk. MENYELESAIkan masalah golongan BELIA Islam/Melayu kita, termasuk kes anak-anak Melayu sampai 20 org. MEROGOL-secara-geng mangsa, dan kes MAHASISWA-MAHASISWI kita terlibat parti SEKS- DADAH Lihat di - http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140612/ma_02/20-pelajar-IPTA-IPTS-didakwa-miliki-dadah , 20 pelajar IPTA, IPTS didakwa miliki dadah) - yg. jelasnya terus dirosakkan budaya si KAPIRDAJAL Barat-ZIONIS?! Kalau Menteri ni tak boleh buat kerja dlm. KEMENTERIAN dia pun dgn. baik - yg. nak MENYIBUK kat Kem. lain tu apasal?!

    Sebenaqnya, budaya si KAPIRDAJAL Barat-ZIONIS adalah 'BARBARIC' (tak bertamadun), akibat undang-undang dan falsafah demokrasi-hak asasi KESAMAAN-KEBEBASAN, ciptaan Barat-ZIONIS (yg. asasnya memuja nafsu BUAS individual semata), yg. menghalalkan keganasan melampau, penggunaan dadah/alkohol sesuka hati, bertelanjang/berkelakuan lucah depan awam, pelacuran/pornografi/seks bebas termasuk seks HOMO-SODOM, MEROGOL BINATANG, menggugurkan anak (abortion) dsbnya - lihat di mana penggunaan dadah di ’normal‘kan – di akhbar anti-ISLAM – di http://www.dailymail.co.uk/tvshowbiz/article-2561478/Miley-Cyrus-gives-away-gold-leaf-rolling-papers-wearing-marijuana-leaf-leotard-Bangerz-tour-Canada.html , Miley Cyrus gives away rolling papers made of GOLD before wearing marijuana leaf leotard on Bangerz tour in Canada, By Daily Mail Reporter, 17 February 2014!

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete
  14. Pemimpin UMNO yang liberal macam KJlah yang akan buat saya tak keluar mengundi pada PRU 14 nanti. Selamat tinggal, UMNO. Walaubagaimanapun, Pakatan Haramjadah Rakyat jangan perasan sebab pemimpin-pemimpin mereka lebih ramai lagi yang celaka.

    ReplyDelete
  15. Very upset with you, KJ. U'll be a factor for me not to vote BN in the next GE! Memalukan orang Rembau!

    To IGP, proud that u're from Nogori.

    ReplyDelete
  16. Hapuskan syariah lah terus lagi bagus. Undang2 sivil sudah tepat dan mencukupi untuk merangkumi semua bangsa dan agama.

    ReplyDelete

Blog Archive