Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Tuesday, July 15, 2014

Dah-dah la tu Najib..

1. Sebelum ni Najib buat analogi kekalahan 1-7 Brazil kepada Germany. Kata Najib - "Kalau itu yang berlaku kepada satu pasukan bola sepak, bayangkan kepada satu negara yang tiada kepimpinan berkesan, mampu menjiwai aspirasi pastinya menjadi seperti apa yang berlaku kepada pasukan Brazil."

2. Agaknya selama ni pasukan Harimau Malaya tak pernah masuk finalis World Cup sebab tiada kepimpinan berkesan yang mempunyai visi dan menjiwai aspirasi rakyat macam Najib. Ironinya, kepimpinan Najib sendiri pun selalu dikritik kerana membiarkan banyak isu kontroversi berlarutan. Banyak la kau punya kepimpinan berkesan!!

3. Semalam, sekali lagi Najib buat analogi pasal pasukan Germany yang baru menang World Cup 2014. Kali ni Najib cakap di Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013 Perbendaharaan Malaysia di Kompleks Kementerian Kewangan. Kata Najib;

"Pada pendapat saya, kejayaan pasukan Jerman boleh kita simpulkan sebagai kecemerlangan individu dan komitmen berpasukan yang luar biasa. Apabila kita dapat kumpulkan atau satukan prestasi individu dalam konteks pemuafakatan sebagai satu unit yang padu dan bekerjasama atas semangat pemuafakatan, maka pencapaian kita lebih besar daripada jumlah individu." - Klik.

4. Berbelit tak ayat Najib? Kalau bab bercakap guna ayat retorik, bombastik, fantastik, plastik..serah jelah kat Najib..ke konsetan yang tulis teks?

5. Bagi Najib, Malaysia mampu capai tahap lebih tinggi daripada sekarang hanya dengan menggunakan analogi bolasepak. Cerita pasal pasukan Germany, dah boleh setel masalah negara. Heh!

6. Pedulikan agama Islam yang dihina saban hari. Pedulikan hak Melayu yang dipersoal Chauvinist setiap minggu. Pedulikan sempadan yang kerap diceroboh. Pedulikan kadar jenayah dan harga barang sama saja naiknya. Pedulikan BNM umum kenaikan OPR 3.25% yang bakal membebankan peminjam. Pedulikan konflik kaum yang semakin nak meletup. Dengan hanya tengok World Cup saja, semua masalah boleh selesai guna analogi. Satu corak 'kepimpinan mantap' oleh Najib?!

7. Rasanya kalau sebut pasal Flo Pass, Revie Plan, Push and Run, One-Touch, Total Football, Anti-Football, Catenaccio dan Tiki-Taka etc.; sah-sahlah Najib tak akan tau apa ke benda semua tu! Kalau strategi permainan bolasepak pun Najib tak tau, macamana dia boleh guna analogi bolasepak sebagai rujukan kepimpinan negara dan organisasi? Adakah Najib benar-benar faham apa yang dia sendiri cakap?

8. Oklah, memandangkan Najib suka guna analogi permainan bolasepak akhir-akhir ni, apa kata kita guna analogi yang sama pula untuk nilai kepimpinan PM Najib.

9. Ramai tahu pasukan Germany guna konsep 'Total Football' dalam permainan mereka. Konsep 'Total Football' bertumpu kepada pergerakan pasukan tanpa mempunyai posisi yang tetap. Ini bermakna seorang penyerang tidak semestinya menjadi penyerang pada setiap masa. Bergitu juga dengan pemain pertahanan dan pemain di bahagian tengah. Pergerakan tanpa posisi yang tetap ini membuatkan pemain-pemain lawan mempunyai kekangan untuk menyekat pergerakan seseorang pemain yang menggunakan sistem ini. Inilah yang menjadi kunci kejayaan pasukan Germany.

Agaknya gambar atas ni guna konsep Total Football atau Syok Sendiri?

10. Jika dibandingkan corak kepimpinan Najib sejak 2009, adakah menyamai konsep 'Total Football'? Jika Islam, Hak Melayu atau UMNO sendiri diserang, berapa ramaikah dikalangan menteri atau kepimpinan UMNO di bawah Najib yang bangkit mempertahankan? Berapa ramaikah pula yang bersungguh mempertahankan Islam, hak Melayu dan UMNO di bawah kepimpinan Najib? Adakah Najib cakap serupa bikin?!

11. Sedangkan saman terhadap Tian Chua pun UMNO boleh tarik semula, Rayer kata UMNO CELAKA pun KJ boleh minta maaf senyap-senyap, TPM aka Timbalan Presiden UMNO kena serang pun tiada siapa yang bangkit pertahankan, isu Al-Kitab dan kalimah "Allah" pun kepimpinan Najib boleh main playsafe, Cina tak mintak apa pun Najib tetap bagi, apa saja tuntutan pembangkang pun Najib tunaikan hingga tergadai hak Islam dan Melayu, dan banyak lagilah kalau nak disenaraikan. Bak kata TDM, "Seorang pemimpin yang kuat akan tunjuk kekuatan apabila diuji. Jika kuat, pemimpin itu akan menangkis serangan bertubi-tubi dari dalam dan luar." Sejujurnya, adakah Najib kuat?

12. Dan siapakah dikalangan kepimpinan UMNO hari ini yang turut bermain dalam posisi pertahanan dan penyerang sekaligus macam konsep 'Total Football' pasukan Germany? ADAKAH INI YANG DIKATAKAN KEPIMPINAN BERKESAN JAJAAN NAJIB?

13. Apa yang Najib tak sedar sebenarnya corak kepimpinan dia selama 5 tahun ini lebih kepada konsep 'Anti Football'. Strateginya cukup mudah iaitu sesebuah pasukan akan bermain secara bertahan untuk 90 minit tanpa cubaan untuk menyerang. Cuma bezanya corak kepimpinan Najib hari ini bukan setakat bertahan saja, malah siap bagi gol percuma untuk pasukan lawan menang. Apa barang...

14. Terus-terang cakaplah yang Najib kena kurangkan bercakap, sebab makin banyak dia bercakap, makin ramai yang anggap dia paloi. Seriously bro...dah ramai yang mengolok dan mempersenda apa saja yang Najib cakap di khalayak umum. Dahlah kebanyakan pemimpin UMNO terutama Menteri apabila bercakap memang terserlah kepaloian memasing..sebab ketuanya pun lebih kurang sama..abih camno?!

15. Sudah-sudahlah tu Najib...

9 comments:

  1. Masalahnya ialah ISMA, Perkasa, JMM dll seperti pemblog bermain macam negara Afrika, Jepun, Korea, Iran, Cameroon, Nigeria dll yang haprak.

    Ingat terer sendiri jer.

    ReplyDelete
  2. Makin sakit bwh kepimpinan najib ni
    Kebanyakan keputusan dibuat semua bercirikan korporat
    X habis2 sikit2 salah nk duit,pernah ade cadangan masuk k.l kena byr pdhal motor!
    Suruh ngo keluar kalo x byr!
    Sapa menteri tu?
    Eknomi berasaskan hutang,seme benda mhl
    Kena hutang umh,kereta,motor pon hutang!
    Motor kapcai pon mhl
    Yg kaya bank,glc glc, tnb,
    Konsultan

    ReplyDelete
  3. AKuMelayuYangFikirJuly 15, 2014 at 2:02 PM

    Kepimpinan Najib amat merbhaya dan pelik dia sengaja biarkan negara dlm tak terkawal terutama dlm isu2 sensitif. Agama Islam dihina setiap hari Najib sengaja jdkan ia seperti doktrin, iaitu membiarkan supaya ia jd viral dan lama kelamaan2 jd BIASA.

    KES Penghinaan Alvin di bulan Ramadhan
    KES NameeWee menghina negara dan Islam di jemput sbg VIPP oleh Najib
    KES Penghinaa kalimah Allah, Gereja
    KES Bangsa Cina terus menghina bangsa Melayu tanpa sebab
    KES Lahat Datu
    KES MH370
    KES Penghinaan Institusi DI-RAJA
    KES Majlis Rundingan Antara Kaum
    KES demi KES Najib jd anai2 rosakkan kita dan negara...

    bila jd BIASA org Melayu dn Islam takkan kisah lagi jika ia berlaku di masa depan. Ini sama jahat dgn keadh DAP... Najib biarkan Ghani Patail, Peguam Negara yg penuh dgn penipuan dan berat sebelah ini terus berkuasa.
    Terlalu byk kes2 melibatkan umat Islam dan Melayu dilepaskan tanpa sbb.. tp kes2 melibatkan hak asasi golongan penentang diangkat..

    Najib tidak ditentang spt Pak Lah krn dia telah pasang org2 yg sekepala dgnya sbg penasihat org2 utama dlm dlm pentadbiran.

    Puak2 UMNO pualk leka dgn BRIMM dan Najib berpura2 dgn mendekati golongan Agama supaya kelihatan luarannya menyokong gerakan Islam. pdhal hakikatnya Najib sgt liberal dan perosak pd keadaan kita Melayu Islam..

    Kes Rayes RS ADUN kurang ajar Penang sampai skrg kes nya tidak dibacakan tanpa sebba.. tp ISMA yg bercakap dgn kebenaran di dakwa serta merta..

    hnya ISMA dan NGO2 Melayu Islam skrg yg merupakan tali hayat akhir. UMNO sudah jd spt PKR dan PAS.. rosak dan menipu..

    Singkirkan NAJIB. jika kita mahu Malaysia kembali aman dan berwibawa.

    ReplyDelete
  4. Ha..ha...ha..

    Memang terbaeeek punya posting!

    Oleh kerana Ahjibeng suka analogi bola, bagi saya, sekarang dia guna taktik flow-pass, atau dengan kata lainnya, follow- PAS!

    Ha..ha..ha...

    ReplyDelete
  5. AKU RASA NAK MUNTAH BILA DIA SEBUT ANALOGI TENTANG TEAM BOLA BRAZIL TU,PADAHAL SEBENAR NYA ANALOGI YG DIA SEBUT TU TEPAT TEPAT MENGENAI DIRI DIA SEBENAR NYA .BUKAN ORANG LAIN.KERAJAAN YG DIA PIMPIN SEKARANG KALAU NAK SAMAKAN TEAM BRAZIL TU TAK SERASI.TEAM BRAZIL TU LEBIH BAIK LAGI

    ReplyDelete
  6. UNDUR LER NAJIB!!! SEBELUM MU DIUNDURKAN MACAM PAK BEDOLAH DULU.

    ReplyDelete
  7. PERTUKARAN DARI REJIM PAK LAH KE REJIM DIA NI UMPAMA KITA LEPAS DARI MULUT RIMAU MASUK KEMULUT NAGA

    ReplyDelete

Blog Archive