Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Monday, August 18, 2014

Habislah Najib..

MENEGUR

1. Ada orang yang memberitahu kepada Dato Seri Najib Tun Razak yang saya telah memburukkan pemerintahannya.

2. Saya tidak akan menyangkal kerana saya telah berkali-kali menegur dasar-dasar Kerajaan sekarang.

3. Saya menegur kerana saya berpendapat pemimpin yang tidak ditegur akan percaya segala-gala yang dilakukan oleh mereka baik-baik belaka. Hanya apabila ditegur sahaja barulah pemimpin akan sedar akan kesalahan dan mungkin akan memperbetulkannya.

4. Izinkan saya mencerita cerita dongeng berkenaan seorang raja Inggeris. Ia dikelilingi dengan ramai dato-dato yang mendakwa dia adalah seorang raja yang amat berkuasa ke atas segala-galanya. Demikian pasang-surut air di laut pun akan patuh kepada perintahnya.

5 Al-kesah, maka pada satu hari raja menitah untuk meletakkan takhtanya di pantai menghadapi laut.

6. Air sedang pasang dan raja bertanya kepada dato-datonya apakah baginda boleh hentikan air pasang supaya tidak basahkan kakinya.

7. Jawab mereka, "Ya, Tuanku. Air tidak akan sampai kaki Tuanku."

8. Maka raja pun menitah supaya air laut itu tidak naik lagi.

9. Tetapi air laut itu terus pasang dan kena pada kaki baginda. Maka baginda pun murka kepada dato-datonya. Demikianlah sikap dato-dato kerana ingin menyenangkan hati raja mereka.

10. Satu lagi cerita dongeng juga ialah berkenaan dato-dato istana yang tidak pernah menegur raja. Mereka sepanjang masa mengiyakan saja apa juga yang dilakukan oleh raja.

11. Satu hari raja masuk dewan dalam keadaan bogel. Baginda bertanya cantikkah pakaiannya. Semua angguk kepala dan berkata "Ya Tuanku".

12. Hanya seorang budak yang berkata, "Tuanku bogel."

13. Maka raja pun murka akan dato-datonya yang tidak berkata yang benar apabila dia bogel.

14. Kita boleh dapat sedikit pelajaran dari cerita-cerita dongeng ini.

15. Orang Melayu mempunyai banyak pepatah yang boleh jadi panduan dalam kehidupan mereka. Antaranya ingin saya sebut di sini:

"Sayangkan anak tangan-tangankan,
Sayangkan isteri tinggal-tinggalkan."
Dengan izin saya ingin menambah sedikit kepada pepatah ini.
"Sayangkan pemimpin tegur-tegurkan."

16. Saya lihat bagaimana orang Melayu tidak mudah menegur pemimpin. Walaupun pemimpin jelas bersalah, tidak ada siapa yang sanggup menegur secara terbuka. Tetapi di belakang pemimpin mereka akan keluarkan kata-kata yang kesat terhadapnya.

17. Mungkin saya berbeza sedikit dari Melayu lain. Apabila YTM Tunku membuat beberapa dasar dan tindakan yang tidak disenangi oleh ramai orang Melayu, saya menulis surat menegur Tunku.

18. Walaupun kerananya saya dipecat, tetapi YTM Tunku meletak jawatan sebagai Perdana Menteri. Mungkin bukan kerana teguran saya, tetapi hakikatnya Tunku mengundur diri.

19. Demikian juga dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Mungkin kerana teguran, mungkin kerana prestasi buruk Pilihanraya ke 12. Tetapi hakikatnya Tun Abdullah juga letak jawatan.

20. Saya sendiri pun letak jawatan. Sebahagian dari sebabnya ialah kerana saya dengar bisik-bisik yang menyoal “Bila lagi orang tua ini akan pergi.” Saya percaya jika saya tidak letak jawatan, bisik akan jadi jeritan.

21. Pilihan saya bagi mengganti Tun Abdullah ialah Dato Seri Najib. Setelah beberapa lama dilihat bahawa dasar dan tindakan Dato Seri Najib tidak lebih berkesan dari Tun Abdullah.

22. Saya tidak sangka yang pencapaiannya dalam Pilihanraya Umum ke-13 lebih buruk dari Tun Abdullah.

23. Harapan saya Dato Seri Najib akan mengambil ikhtibar dari prestasinya yang buruk dalam Pilihanraya Umum ke-13. Malangnya sehingga kini tidak ternampak apa-apa perubahan dari segi dasar atau pendekatan walaupun saya cuba menyampaikan pendapat saya, (yang juga pendapat ramai yang datang bertemu saya) secara langsung kepada Dato Seri Najib.

24. Saya tidak ada pilihan selain dari menarik balik sokongan saya. Ini pun tidak berkesan. Oleh itu terpaksalah saya menegur.

25. Apakah dianya yang saya fikir salah. Ia bermula dengan pendirian melayani semua tuntutan musuh. ISA dan undang-undang buang daerah dimansuh. Tindakan ini tidak sedikit pun mengurangkan tentangan oleh parti lawan. Sebaliknya jenayah bertambah dengan banyaknya kerana pembebasan ketua-ketua geng.

26. Demikian juga dengan sikap merendah diri kepada negara jiran sehingga urusan dalam negeri pun tertakluk kepada pendapat Kerajaan negara jiran.

27. Tetapi pendapat kaum dan parti yang kuat menyokong untuk menyelamatkan kedudukan Kerajaan tidak diberi layanan yang saksama.

28. Wang Kerajaan diguna untuk mempengaruhi sokongan rakyat apabila sahaja pilihanraya umum diadakan. Ini menjadikan rakyat terlalu bergantung kepada Kerajaan untuk segala-galanya. Bagi yang betul-betul miskin, bantuan seperti ini memanglah wajar. Tetapi beribu rakyat yang ditawar menolak bantuan wang seperti ini. Semangat rakyat untuk bekerja menjadi luntur apabila mereka diberi ganjaran tanpa apa-apa usaha oleh mereka. Semangat ini tidak akan menolong pembangunan Negara.

29. Dasar ekonomi mengutamakan tuntutan pengguna. Impot barangan digalakan dan industri tempatan diabaikan, bahkan dihalang oleh dasar Kerajaan.

30. Cuti ditambah sehingga adakalanya pekerja bercuti lebih satu minggu. Sebaliknya gaji minimum dinaikkan tanpa mengambilkira kenaikan kos yang boleh menjadi perniagaan dan perusahaan tidak berdaya saing dengan barangan import.

31. Sesungguhnya banyaklah dasar, pendekatan dan perbuatan Kerajaan pimpinan Dato Seri Najib yang merosakkan hubungan antara kaum, merosakkan ekonomi dan kewangan negara.

32. Semua ini disebabkan penyokong Kerajaan tidak pernah menegur pemimpin.

33. Jikalau tiada siapa yang sanggup menegur, biarlah saya menegur. Saya pernah dipecat oleh Tunku Abdul Rahman, dipulau oleh Datuk Seri Abdullah dan difitnah oleh ramai. Jika kerana menegur saya akan didera, terpaksalah saya terima.

34. Bukanlah saya tidak sayang pemimpin. Tetapi saya lebih sayang bangsa dan negara saya.


P/S: Tunggu respon pengampu-pengampu Najib..

28 comments:

  1. Tun tak tahu ker yang Najib tak tidur selama dua hari dua malam kerana menangani krisis MH17 Ukraine. Jadi sepatutnya Najib wajar bercuti ke tempat-tempat menarik di Eropah selama 2 minggu.... Siapa tahu Rosmah boleh menggunakan hubungan baiknya dengan singgah ke negara teluk agar boleh memujuk raja-raja Arab yang kaya agar dapat membantu Palestine. Jadi Rosmah tak ler rasa malu untuk letak fotonya bersama-sama Najib pada setiap kotak bungkusan bantuan ke Gaza seperti yang Najib buat kepada kotak bantuan kemanusiaan hasil dermarakyat Malaysia tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro, ko nak bandingkan jasa seorang PM selama 2 hari 2 malam dengan jasa seorang bekas PM selama 22 tahun. Mana boleh dibandingkan beb. Macam langit dengan bumi.

      Delete
    2. aku rasa dia sarcasm je ni..hahaha

      Delete
    3. Dr M so call malay/nation legend already and as a PM he did very well and might be so ambitous when act as UMNO president but
      nobody can deny his effort is magnificent to any next PM
      protege to follow the inttiligent
      way , vision and thinking like him..i guess malay n malaysia need him as a advisor or mentor while we are searching some one capable to become next PM ..if after najib
      and anwar fall i foresee nobody can fill the gap or so call malay dilemma but non malay ready to grab if malay still in generously mood to share everything and anything with others..the last bullet we can choose Dr M as a Malaysia President...

      Delete
  2. Najib memang selayaknya di tegur , terlalu banyak kepelikan Najib telah lakukan setakat ini , benda ini jika dibiarkan berlarutan lama-kelamaan melayu juga yang akan menyesal .

    Najib dikelilingi oleh penasihat yang punya matlamat tersirat
    najib tak mahu/dihalang daripada mendengar nasihat dan suara akar umbi
    Najib lembik, tak tegas dan terlalu diplomatik , diplomatik sia2 ...

    akhirnya , Najib memang wajib ditegur !

    ReplyDelete
    Replies
    1. dan jugak wajib berundur.

      Delete
    2. Nak ganti dengan sapa? Muhyidin? Hishamudin? Khairi? Benda ni tak akan berkesudahan. Yang penting, Najib mesti sedia ditegur dan sedia buang orang yang kata dia segak bila dia pakai towel.

      Delete
    3. Rosmah kan ada.

      Delete
    4. Weii Romah jd PM jenuhlah mantainance tinggi.
      Dia mau spesial2 punya.. laki dia tak payah hire Menteri pon sbb Rosmah boleh buat keje semua Menteri.. so jimat jugak lah kan..

      hahaha.. Najib.. mmg rosak

      Delete
  3. So Rosmah boleh ganti dn buat kerja memanda menteri..lah. Elok pecat je menteri, bayar elaun pd Rosmah, jimat wang negara. Najib tk tidon2 hari? Rakyat yg xdpt tido berhari2 akibat jenayah menggila, ISA dihapuskn utk ambik hati kaum perosak.. Apakh najub fikir hnya golongan bangsawan sptnya shj perlu tido cekup 8jam? Then bercuti di Eropah 2minggu lepas xtido 2 hari? Wowowww.. NAJIB.. U are worst than Pak Lah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah terdengar cakap cakap yang mengatakan NAJIB adalah PM yang tak pernah mendengar nasihat dari Jabatan Perisikan yang berada dikiri dan kanan beliau...beliau lebih banyak mendapat nasihat ROSMAH. Cadangan saudara supaya elaun MENTERI yang bengap di beri kepada ROSMAH. rasanya sangat setuju sekali....sebab di setiap majlis yang berhawa dingin ROSMAH akan hadir tapi kalau di bawah khemah amat jarang sekali....lawatan ROSMAH hanya yang terpilih saja....Sebab tu NAJIB jadi lagu tu yang lebih TERUK dari PAK LAH....harap harap teguran Ayahanda TUN akan menyedarkan NAJIB untuk berubah kepada yang lebih BAIK.

      Delete
  4. kahkahkahkah...aduyai rosmahku..

    ReplyDelete
  5. Aku plg tak fym dn lihat Najib ni bahaya atau lembik bila Islam dihina jelas, bendera negara dihina, Melayu dihina, Raja dihina.. Perkauman membuak tp Najib buat bodoh. PATAIL AG jd penghalang. Kenapa Najib sengaja biar? Jika dia PM yg brtgjwb dia sudah cegah,btegas! Tp tidak..dia bg rakyat gelisah, huru hara. Negara diceroboh dgn mudah.. Lembik Najib lbh teruk dr Pak Lah.. U must step downlah klu xkompeten kg JibMah oiiiib

    ReplyDelete
    Replies
    1. NAJIB sepatutnya letak jawatan bersama dengan GANI PATAIL...dua dua gagal

      Delete
  6. Kan Sejarah Melayu moden dah terbukti. Mamak ni anggap dia sahaja yang betul, paling best, paling hebat menjadi PM selama 23 tahun. Semua yang dibuatnya, semuanya betul dan benar belaka demi Bangsa, Agama dan Negara.

    Pemimpin Melayu tulen semua dipijak dan dibunuh Mamak ni, demi kuasa Mamak dan kelangsungan dynasti Mamak senantiasa terpelihara.

    Memang bangsa dan pemimpin Melayu sejak Perlembagaan membenarkan orang Keling yang beragama Islam diiktiraf sebagai bangsa Melayu telah membuat kesilapan dengan melahirkan secara diam-diam Mamak Gunting dalam Lipatan terhadap bangsa Melayu sendiri.

    Hang Tuah lebih cerdik dan mungkin dah nampak masa hadapan bangsanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengampu najib akhirnya bersuara la che din. Hehehe..

      Delete
    2. dia tuh terlupa makan ubat atau pun tersalah makan ubat agak nyer.

      Delete
    3. Manusia paling bangang...Kisah Tuah tu dah SEJARAH....kita tak nak lah SEJARAH kebodohan melayu yang bodoh sombong macam TUAH tu berulang lagi....

      Delete
    4. Salam Tuan,

      TUN M quote,

      “Saya tidak kata dia (Najib) patut letak jawatan, saya cuma tidak setuju dengan sebahagian daripada dasar dia.

      “Ia (teguran) itu bukan bersifat peribadi. Orang lain tak tegur dia, jadi saya tegur la,”

      Apa salah orang tua tegur orang muda? Anon 5:54, kalau mamak ni nak rosak Melayu dah lama boleh dia buat 22 tahun dia jadi PM...dok tolong ingatkan Melayu macam mana nak maju fikiran, maju perniagaan, maju bangsa.....yang orang Melayu yang pandai yalah nak kaya cepat, nak lompat jadi ketua cepat....boleh dapat contract banyak..lepas tu tayang kereta besar, rumah besaq yang itu Melayu pandai

      Tun M dah berapa kali menangis ingatkan Melayu....last kali memang betul lah ungkapan Melayu mudah LUPA...

      Delete
    5. Melayu bodoh mcm di atas tu lah berbangga dgn kebodohan Melayu. Mamak ke apa janji Islam.. dan Mamak yg ko kutuk tu lah telah berjasa kepada Melayu2 bengap.. tahu makan ampu dan suap dgn duit.

      Mamak berjaya kerena mereka FIKIR.. merek USAHA.. dan mereke LAKSANA. Melayu? makan suap.. ckp pandai.. berjoget siang malam negara tergadai..

      AKu kalau boleh tukar jd mamak pun tak apa dr jadi Melayu yg bodoh sombong.. perniagaan apa pun Melayu gagal.. sbb bodoh dan sombong malas usaha. Macam tu jg dgn hal negara.

      SOkong Tun M. biarlah apa digelar Allah berkati Tun. Tun xperlu ditegur banyak. sbb dia FIKIR dan PANTAS bertindak sbb itu kita rasa Tun M mcm tak sempat ditegur sbb dia PANTAS dr Melayu bengap.

      Bila sampai masa 22 tahun signal untuk minta dia bersara.. dia dah dengar bisik.. takperlu kena paksa mcm Pak Lah atau Najib.. dia step down dlm keadaan orang sayang padanya.. Alhamdulillah.

      Jd Melayu yg cerdik, belajar pd Mamak dr jd balaci bodoh seperti PR jadi hamba DAP.

      Delete
  7. Kenapa Mamak tu tak tegur anak sendiri yang MB kat Kedah? Baik sangat ke, pimpinan dan pentadbiran beliau?

    Tak nampak bedza apa pon antara PAS dahulu dengan sekarang. Habis suara Melayu tulen ditekan sampai gagap dan bengong oleh si Mamak semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. weii Paria 3.01,
      ko skait hati dgn Mamak apa pasal?
      Sebab ko Paria ke? PAria ni kapir. xde keistimewaan macam Mamak yg Islam dan sesaudara dgn Islam lain.

      Ko nk suruh mamak mana tegur MB Kedah? Tun M adalah Melayu tulen sbb Mak dan bapak dia Melayu. Cuma sblh Atuk dia ada campuran. Ko tu paria tulen ke? confirm 100% xde campur dh?

      Nk tegur Mb Kedah? kenapa nk tegur? dia buat jenayah salah ape? dia dh tebang selweng balak mcm PASngok buat dulu ke?

      MB Kedah skrg nk tegur apa? puji lagi adalah sbb bawak pelaburan 4.1billion ke Kedah. Penang tokong Limsial tu pun kalah.

      SO ko ni wakil PARIA mana yg sakit hati dgn MB Kedah?
      Atau ko xboleh makan rasuah makan komisen dh dr Krjn Kedah mcm zaman PAS buat dulu???

      bodoh.. ckp mau pikir la.. jgn jd PARIA Mabuk!


      Delete
    2. Hahaha aku setuju pandangan tuan...memang paria dia tu.

      Delete
  8. najib suh rakyat jimat cermat tapi dia duk joli. najib nak potong subsidi minyak tapi subsidi minyak pegi bayar berjuta2 kat konsortium konon2 nak tlg kerajaan berjimat. apa pegawai2 kerajaan semua byk yg dah tak boleh nak fikir ke sampai semua kene bayar konsortium?
    kalau dikaji semua yg sebat subsidi diesel tu pun kawan2 cina najib jugak kat pahang. apa najib tak cantas je anak2 tokey hitam tu semua? adik najib cakap rakyat dah tak perlu makan subsidi, ialah pasal dia pun makan gaji subsidi hasil dari projek kerajaan abang dia dekat 9 juta setahun. jadi apa tujuan najib potong subsidi?
    ingatan dan petunjuk tu dah sampai satu persatu nak dgn taknak je bertindak. bukan pasal sapa yg bercakap, tapi apa yg sebenar berlaku hari ni.

    ReplyDelete
  9. Mahathir buat U-Turn menarik balik sokongan kepada Najib...
    Najib perlu mengadap YDP Agong untuk minta nasihat kerana beberapa kerusi Parlimen akan berpindah kepada Pakatan...Najib hilang majoriti.
    Teguran Tun sudah terlambat...

    ReplyDelete
  10. Warigh,
    Apo nak bisingx ni,boto lah apo yang orang tuo tu buek,dio togor bondox yang tak sesuai Najib buek,dan den raso togoran macam abang marah adik.Org tuo tu memang ado credential untuk menogo sobab dio ado pengalaman;Bagi Najib seharusnya berterimo kasih di atas kesudian Tun menegor dan perbetulkan apa silap dan torus concentrate kojo PM.Kato pepatah kito,menogor atau marah tu tando syang,botol tak.Ado ko Tun suruh lotak jawatan,tak ado pun.....usahlah bisingx sangat duduk ontokx,bersyukurlah kito skrg hidup aman,bolih berayo,kojo ibadah sonang.Selalunyo kito sendiri yang buek hidup susah...iolah macam kes ni,kito bortokak tak habihx walhal Najib dah pun talipon Tun,settle,mano kito tahu.

    ReplyDelete
  11. Semua PM ada misi/visi masing2. Tun M masa mula2 jd Pm pun kena tegur. Bukan semua tun M buat memuaskn hati,bukan juga menidakan jasanya yg banyak pada negara. Tp tun M memerintah dlm masa yg panjang,maka xadil membandingkn dngn paklah/dato najib. Jngn terlalu ber nostalgia,bglah ruang dn masa Pm menjalankn tugasnya memimpin negara yg cabaran dn keadaannya berbeza dngn zaman tun. Kebanyakan Pm di awal pemerintahan menerima kritikan yg hebat,mungkin musuh2 rasa masa awal pemerintahan itu lah masa yg sesuai menjatuhkn sbb Pm belum benar2 mencengkam kuasa nya. Mcm juga Tun M menang dngn majoriti tipis pemilihan umno. Bukan kah jalan cerita yg sama diawal tampuk pemerintahan,Pm belum dapat menguasai sepenuhnya parti dn politik negara. Jadi cukup2 lh mengkritik.

    ReplyDelete

Blog Archive