Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Tuesday, July 8, 2014

Potensi Pengkhianat Melayu

Ada 2 golongan yang berpotensi menjadi pengkhianat kepada Bangsa Melayu;

1. Ahli politik Melayu yang sanggup menggadaikan hak Islam dan Melayu hanya semata-mata mahu mendapatkan sokongan orang bukan Melayu.

2. Ahli korporat Melayu yang tergamak meminggirkan keupayaan bangsa sendiri semata-mata untuk menarik pelanggan bukan Melayu dan mendambakan pujian daripada orang bukan Melayu.

Semasa menagih sokongan orang Melayu, pemimpin Melayu berkata;

"Saya akan berjuang untuk orang Melayu dan agama Islam, membantu orang Melayu serta mempertahankan hak orang Melayu sampai bila-bila!!"

Namun sebaik saja dilantik sebagai pemimpin, kata-kata mereka berbunyi;

"Kamu orang Melayu pemalas! Tak nak berusaha! Tak mahu bersaing! Sampai bila saya nak tolong kamu? Dah penat saya cakap memotivasikan kamu, tapi kamu masih tak mahu berubah! Jadi terpulanglah pada kamu, kalau tak mahu berusaha, kamu akan hilang hak-hak kamu! Lepas tu jangan pulak salahkan saya sebab saya dah senang dengan pelbagai elaun dan gaji yang kamu bagi bila kamu lantik saya jadi pemimpin. Siapa suruh kamu sokong saya dulu. Padan muka kamu!!"

Pemimpin Melayu sebelum pilihanraya cakap lain, lepas pilihanraya buat lain.

Orang Melayu harus sedar bahawa mereka tidak boleh mengambil semula apa yang telah mereka beri kepada orang bukan Melayu.

Jika wujud segelintir pemimpin Melayu hari ini yang cuba untuk melepaskan hak-hak Bangsa Melayu kepada bukan Melayu, maka orang Melayu tidak mungkin mampu mengambil semula hak yang telah dilepaskan itu pada masa hadapan.

Masa depan Bangsa Melayu bergantung pada orang Melayu hari ini kerana orang bukan Melayu akan terus berusaha mengikis hak-hak Melayu dengan sokongan sebahagian pemimpin Melayu liberal. Hak yang telah hilang tidak mungkin dapat digantikan dengan apa jua dasar, akta ataupun polisi di masa hadapan.

Orang Melayu harus sedar apabila orang bukan Melayu mempromosikan meritokrasi, kesamaan atau non-racial politics, faedahnya adalah untuk diri orang bukan Melayu itu sendiri.

Orang Melayu harus sedar bila orang bukan Melayu mempromosikan kebebasan bersuara (freedom of speech/expression), kebebasan itu dimaksudkan untuk diri orang bukan Melayu samata-mata.

Pemimpin Melayu hari ini sedang sibuk membuktikan bahawa mereka adalah orang yang paling baik di dunia dengan bersungguh membodek orang bukan Melayu tanpa menyedari yang mereka sebenarnya sedang menggadaikan Tanah Melayu.

Orang Melayu rata-ratanya patuh kepada pemimpin mereka. Jadi kalau pemimpin Melayu buat dasar yang bertentangan dengan kehendak orang Melayu, mereka tidak akan menentang bermati-matian, tapi sebaliknya akan menerima saja keadaan itu sebagai 'sudah nasib', 'nak buat macamana' etc. kerana pemimpin Melayu sangat faham bahawa majoriti orang Melayu hakikatnya mudah dijinakkan.

Salah satu cara orang bukan Melayu bakal mengambil alih pemerintahan negara ini daripada orang Melayu ialah dengan mempromosikan "Malaysia untuk orang Malaysia tanpa mengira kaum" dan "Tidak perlu Ketuanan Melayu" dengan harapan ada di kalangan orang Melayu sendiri yang akan terpengaruh. Jika dilihat pada trend semasa, memang ramai generasi Y Melayu yang terpengaruh, termasuk Menteri Belia dan Sukan hari ini yang kononnya 'menjaga' generasi muda.

Kekuatan ekonomi sesebuah bangsa bukanlah sesuatu yang akan kekal atau bertahan lama. Sejarah telah banyak membuktikannya, malah dalam Al-Quran sendiri banyak disebut tentang kebinasaan sesuatu kaum. Oleh itu jika ada dikalangan pemimpin Melayu yang cuba menyuruh orang Melayu untuk menguatkan ekonomi dengan tujuan untuk melepaskan hak-hak Melayu pada masa depan, maka dia sebenarnya adalah pengkhianat kepada Bangsa Melayu.

Tiada masalah untuk orang Melayu memajukan diri dalam apa jua bidang terutama ekonomi, tetapi ia tidak boleh dijadikan alasan untuk orang Melayu melepaskan haknya. HAK Orang Melayu adalah HAK Orang Melayu!! Apa kena mengena bila dah maju nak kena lepaskan hak sendiri pulak?! Bingai ke apa...

Ku Li dalam The Sun (27 April 2008) pernah berkata bahawa hak Keistimewaan Orang Melayu hanyalah bersifat sementara. Paloi punya Ku Li!! Hak Keistimewaan Orang Melayu telah sedia termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Hak itu akan hanya jadi sementara jika pemimpin Melayu sendiri yang menjadikannya sementara!!

Kelangsungan (survival) Bangsa Melayu kini bergantung kepada kelicikan berpolitik para pemimpinnya.

Adakah generasi Melayu hari ini bakal menyaksikan pengkhianatan terhadap Hak Orang Melayu oleh pemimpin Melayu sendiri?

10 comments:

  1. Melayu memang bangsa yang lemah dan layu. Perlu tongkat seumur hidup sahingga ke cucu-cicit.

    Berbanggalah kamu senantiasa menjadi hamba seumur hidup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak ada tongkat untuk orang Melayu kecuali menuntut hak dan keistimewaan orang2 Melayu memngikut Perelmbagaan... dan itulah juga yang dituntut dan dicemburui oleh bangsa lain..Apakah mereka juga mahu merebut "tongkat" atau sekadar mereka berterusan tamak? kalau Melayu terus bertongkat diperlekehkan sedangkan dalam masa yang sama kaum lain ingin merebut tongkat yang sama tidak dipertikaikan??

      Apa yang berlaku kepada Melayu, Islam dan negara sekarang membuktikan pengkhianat sudah pun ujud, bukan sekadar potensi.

      Delete
    2. Ni RBA yang dengki dan jealous ni. Cina dan india pun pakai tongkat jugak. Kena ingat cina india jadi pendatang ke sini asalnya miskin. Tapi british bagi tongkat sampai jadi kaya. Lepas tu gov pulak bagi macam macam kontrak pada co cina yang pengerusinya melayu. Tak payah nak kencing la cina india tak pakai tongkat. Orang buta sejarah mana nak tau ni suma. Byk co cina dapat tongkat gov penang dan selangor bagi apa hat? Cina penang sngor lemah dan layu juga ka..jadi hamba seumur hidup jugak?

      Delete
    3. Kepala Otak Kamu Nieh Letak Kat Lutut ke Kat Kote Bengkok?

      Apa kamu Buta ker tak lihat sekeliling Kamu wahai Bengong in Bahalol?

      Delete
  2. sedih dan perkara tersebut sudah mula menjadi barah..sikap semangat perkongsian kuasa sebelum ini akhirnya menjadi pertaruhan pemimpin Melayu untuk mendapat sokongan bikan melayu..kita semakin hilang kuasa dan kekuatan bangsa..masih mengharap muncul PEMIMPIN MELAYU YANG SEBENAR!!!

    ipohmarley

    ReplyDelete
  3. macam mana bahasa kebangsaan nak dimartabatkan kalau pak pak menteri bila ada sidang media asyik cakap orang putih.....dak gitu Ah Jib Gor

    ReplyDelete
  4. Den ado rumah sekangkang kera kat kampong. Tanah tu la yang mak abah den guno tuk bosakan den adik beradik. Skrg kami adik beradik dah masuk kategori melayu pertengahan dan dah bejayo dlm bidang memasing. Tapi adokah den kono jual tanah sekangkang kera kat kampong tu walau mak abah den dah takdo? Sobab den adik beradik dah sonang dan mampu pulak boli tanah lain, jadi kenapo lak den nak kono jual tanah den kek kamping tu?

    Jadi den setuju amek ngan kato kao paneh...HAK Orang Melayu adalah HAK Orang Melayu! Apa kena mengena bila dah maju nak kena lepaskan hak sendiri?

    Walaupun Melayu dah pogang ekonomi dan teknologi akan datang, jangan sesekali lopehkan hak kito. Hak kito adalah hak kito. Poie mampuih la bukan kok bukan Melayu nak jeles ke apo. Kok dio nak hak dio...suh pi berambus balik negara ibunda memasing. Jangan nak memokak kek sini. Hurmat sikit.

    ReplyDelete
  5. Warigh,
    Sobonar nyo tidak ado salah atau cacat colonyo kito orang Melayu ini .Tapi olih sobab terlampau banyak dari kalangan kito yang punyo sikap PHD mako banyaklah timbul artikel dan kritikan monghomtam bangso sendiri daripado memberi sokongan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kok tak salah den baco statement ni, ini la jonih oghang yg pemimpin melayu suko, mudah diolokkan terimo ajo bulat2 walau joleh pemimpin sendiri buek salah sampai tegadai hak cucu cicit akan datang. Ghanap la melayu kok ghamai spesis camni.

      Delete

Blog Archive