Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Saturday, April 27, 2013

N09 LENGGENG - BEBAS ke KEBAS?!

Apo bangang bonar BEBAS N.09, salah rujukan kau tu jang sobab panehmiang.blogspot.com tak wujud.

Osah handa' psywar calon Bebas N.09, Zulkifli Abdullah, Ketua Penerangan UMNO Cawangan di Dun Lenggeng yang kini sodang bersilat hebat dengan Tok Sahak (BN).

Paneh Miang tidak langsung kaitan mahu pun bersekongkol apalagi sudi bersenggama dengan mana-mana parti politik, khasnya BEBAS yang gomar KEBAS.

Signal ini dilambangkan pada sepanduk calon BEBAS N.09 yang kini ditayang secara terbuka di Lenggeng. Ini bermakna paneh.blogspot.com ialah blog pilihan pemuka dan political animal daripada pelbagai kumpulan siasah.

Ini bermakna input dan hebahan paneh.blogspot.com sebagai peneraju gagasan pemikiran virtual di Negeri Sembilan, sehingga ramai calon BEBAS terpaksa mengeksploitasi blog Paneh Miang sebagai "keldai dan anjing salakan mereka."

Cukup-cukup sudah, cukup sampai di sini saja...kepado calon-calon BEBAS, jangan suko hati "mak ayah" dan "datuk nenek" saudara-saudari cuba jadikan blog ini sebagai MODAL POLITIK.

Apakah tanda-tanda ini, masih tidak memberi kesan kepada BN-UMNO dalam N9?

Apakah usik-usik dan gurau senda calon BEBAS serta parti pembangkang pilihan masih dianggap "enteng dan kocik" oleh Pengerusi BN N9?

26 comments:

  1. Masuk bebas sobab eee frust tak terpilih. Jangan undi calun bebas ini.....Undilah Datuk Ishak Ismail. Calon BN. Bakal MB baru kek Nisimilan. Untuk kesejahteraan DUN Lenggeng. Hidup Tok Sahak. Hidup BN. Calon bebas ngabihkan boreh jo. Tak bulih pakai.UMNO terbaik. Sahak terbaik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehh...Mb Ns sahak ko...tak abeh@

      Delete
  2. Woii!! Pencacai Sahak bangang!! Hampeh kau! apo yg kau jilat bona Sahak Tongong tu, gilo kuaso, tak sodar diri tu.Kito org LOnggeng tau lah apo masalah sebonar di Longgeng ni,jgn nak memandai2 nak tunjuk bijak bona,SAHAK dah tak relevan dgn zaman,kesalahan dia yg paling bosar ialah SABOTAJ PARTI BN pd PRU 2008 yg hampir2 mnyebabkan kerajaan BN tumbang kpd pembngkang,dah jelas dan nyato, torang lagi bersuluh menyuruh org2 Kg pangkah bulan(PAS), apo hal ni, seorg KETUO BHGN UMNO jd pengkhianat parti pd 2008 dan dipilih semulo skrg jd cALON Longgeng sbb baik dgn Najib, terhegeh2 merayu2, menjilat2 suruh org Longgeng plak pangkah dio (BN)skrg, apo hal beb?TAK MALU KO?LOPEH TU SIBUK pencacai Sahak kato Sahak NAK JD MB PLAK??klu den jadi sahak den terjun lombong ikan yor yg byk kek pantai tu.sobab dah tontu akan kalah! kali ni kito mmg nak ajar dan tumbangkan Sahak, tau tak? Dah lah kalau tak mau pilih Bebas, kito pangkah lah PAS, janji bukan SAHAK!!Silent voters akan ajar kau Sahak! Kita tunggu dan lihat 5/5 nanti.Kami pengundi2 muda di Dun Longgeng akan tolak Sahak!

    ReplyDelete
  3. ABCD,,,,
    ASAL BUKAN CAP DACING atau
    ABU,,,
    ASAL BUKAN UmNO@UmNOPORNO
    amacam setuju?

    ReplyDelete
  4. assalam semua..disini sy ingin memberitahu kalian bahawa calon bebas di tampilkan pada pru ini adalah kerana beberapa kumpulan yang tidak berpuas hati dengan calon bn yg di calonkan.dan buat pengetahuan semua calon bebas ini sudah 29thn berkecimpung dalam umno..dengan niat yang sama..untuk memperjuangkan umno..maka oleh sebab itulah calon bebas ditampilkan.kalian HARUS tahu bahawa mb sahak tidak relevan lg menjadi calon atas sebab kesihatan yg tidak mengizinkan.dan jika kta lihat semula sudah 2 dekad mb sahak memimpin lenggeng tetapi apakah perubahan yg dicapai???smpi bila hndk di takuk lama??ayuh..KITE MENTRANSFOMASI KESEDARAN..GO CALON BEBAS..sokonglah bebas di lenggeng..

    ReplyDelete
  5. undilah calon BEBAS di lenggeng..

    ReplyDelete
  6. Hi Dato Sahak, What goes around comes around..tak gitu Dato'?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Edup tok sahak and there geng kalau perangai tak ubah den tak tau nak cakap kalau kau monang memang handa kau hak den tau kau mampu monang sobab kau bijak tipu muslihat, kalau kau monang kau jangan lupo dgn org kg sobab dah lamo kau sisih an. Selamat berjuang

      Delete
  7. Assalamualaikum, Asas perjuangan saya dan rakan-rakan adalah untuk menolak calon bukan nya BN. Saya masih sayangkan UMNO dan BN. Saya mohon agar semua menyokong perjuangan sayadan rakan-rakan.-haji zulkifli bin abdullah..

    ini adalah kata2x calon BEBAS lenggeng..beliau sayangkan UMNO dan BN...undilah BEBAS di lenggeng..

    ReplyDelete
  8. Kito Umno mesti bersatu padu. Kalau semuo ahli UMNO undi calun bebas...Amacam. Calun dipilih olih PM melalui akar umbi. Jangan donga cakap segelintir. Hidup BN. Hidup Sahak.Calun bebas kok monang, tak bolih buek apo. Bangang!!!!

    ReplyDelete
  9. kami tolak calon bukan BN.sekiranya dato sahak memikirkan suara hati org dun lenggeng,sblm hari penamaan calon dulu dia boleh undur dan bg laluan pd calon yg boleh di terima oleh semua.ini berlaku di johol,melaka dn pahang.tp kerana tamak haloba akan kuasa dunia,sanggup tengok anak buahnya bercakaran dan berpecah sesama sendiri dan mungkin jugak ini yg dato sahak suka(melihat org melayu berpecah),teruskan lah permainan mu dato.Allah bayar tunai!dulu buat org,hr ni merasalah mcmane org buat kita...sama2 mohon petunjuk dariNya.

    ReplyDelete
  10. Bilo den tgok melayu kek dun longgeng sumur eh... Bangang kau agak 2008 tok sahak pangkah pas ko... Kau tu yg jadi pecacai yg pangkah pas tu sorang laie zul bebas tak nyompek nyompek nak jadi calon gila kuaso boto lah. Den harap mono yg nak jadi pecacai sampai mampuih tteruskan mangkuk.

    ReplyDelete
  11. anon 10.56,meh baco ni,bagi faham.maso pru2008,sahak pangkah mano,tak sapo tau.dan tak sapo pun cakap sahak pangkah bulan.yg sahih ea,sahak suh cai2 dio dn org kg pangkah bulan kalau sayang umno.. konon2 mcm boikot calon BN lah masa 2008 tu..ado faham?so sebelom buek statement membanggang kan org melayu kek dun longgeng,tgk dulu diri tu banggang ke tak? :)

    ReplyDelete
  12. buat anon 7.38am..pm pilih sahak bukan atas dasar akar umbi..tp pm mmg rapat ngn sahak..wife pm pon rapat ngn sahak ni..buka lah minda anda...maaf sekiranya saya cakap anda mempunyai minda yg cetek..disini ingin saya tegaskan..

    CALON BEBAS ditampilkan kerana menolak CALON BN yang ditonjolkan..bkn menolak BN..kita perlu tau..sekiranya CALON BEBAS menang dlm pru ini..BEBAS akan memperjuangkan umno dan bn...MASA UNTUK BERUNDUR DATO SAHAK....fikirkan la...

    ReplyDelete
  13. buat anon 10.56am..(Kau tu yg jadi pecacai yg pangkah pas tu sorang laie zul bebas tak nyompek nyompek nak jadi calon gila kuaso boto lah.)

    sudah 3 penggal dato sahak mnjdi mb..xkan smpi 5 pggal..sampai x bernapeh nak tunggu ey??bkn tak nyompek..tp xkn nak tnggu laie??fikirkan la...

    calon BEBAS hanya menolak calon bn yg ditonjolkan...dan prestasi dato sahak..semua sedia maklum..dia tdak lagi berkemampuan untuk menjdai pemimpin...jalan pon tdak seperti normal..sakit sbb peningkatan umur rasanya..elok la DATO rehat dirumah saje..HANYA ALLAH MENGETAHUI SEGALANYA..skang ALLAH byr cash..fikirkan lah...

    ReplyDelete
  14. MARI KITO TOLAK SAHAK YANG GILO KUASO NI.PERANGAI SAMO MACAM ORANG PAKATAN RAKYAT.BANGSAT PUNYO ORANG.MANUSIO X BOLEH GUNO.X SODAR DIRI TU DAH NK MAMPUIH.TAPA KAU DH JATUH KAN.SKRANG TOK MAT PULAK SASARAN KAU.SKRANG KAU RASO KN CMNO KAU SABOTAJ PRU 12 DULU.NENGOK EKAU BALIK DH KONO.TUHAN BAYAR CASH PUNYO.HIDOP BEBAS!!!HIDOP BEBAS LONGGENG!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  15. undilah BEBAS di lenggeng..undilah hj zulkifli b abdullah..

    ReplyDelete
  16. belum apa2 calun BEBAS dah buat silap.. bukan calun, macai2 calun dah buat silap, lotak panehmiang kononnya pro ke pihak dia orang...

    baru masuk gelanggang dah silap, cam no nk bersilat ni? Buek malu oghang Daching jo, silap langkah silatnya...

    sudah2 hj Zul tu, petama ikut ckp bini, kedua ikut ckp, maleh lah nk tulis fikir2lah sendiri... nanti kito tgk sapo yg monang, masa tu para penaja lari lintang pukang termasuk manusia di sebalik yg buat kojo ni...

    ReplyDelete
  17. Bukan satu perkara yang mustahil kawasan yang dulu menjadi kubu kuat UMNO akan berpindah tangan kepada pihak pembangkang. Bermula pada pilihanraya umum selepas merdeka, DUN Lenggeng pernah ditadbirkan oleh parti bebas waktu itu yang berlambangkan botol. Masyarakat Melayu di Lenggeng ketika itu memangkah parti bukan kerajaan bukan kerana bencikan parti tetapi calon yang diketengahkan oleh kepimpinan atasan.

    Merujuk kepada beberapa peristiwa yang dimaklumkan kepada JS, ramai di kalangan pengundi muda di Lenggeng telah hilang kesabaran terhadap tindak tanduk calon yang dikemukakan oleh BN/UMNO untuk PRU ke 13 ini. Di sudut hati mereka daripada berketuakan seorang pengkhianat bangsa lebih baik berpayungkan parti pembangkang ataupun calon bebas. Apabila diajukan soalan kepada mereka inilah jawapan yang diberikan:

    1. Calon BN iaitu Dato Ishak Ismail bukan merupakan calon yang dikehendaki di Lenggeng berdasarkan rekod buruk beliau selama 3 penggal mewakili DUN Lenggeng yang tidak racangan atau blue print uintuk memajukan Lenggeng.

    2. Sebagai Ketua UMNO Bahagian Seremban, dia mengamalkan prinsip pecah dan perintah untuk kekuatan politiknya di Bahagian Seremban demi kelangsungan nyawa politik dia.

    3. Dato' Ishak tidak akan memberi ruang kepada golongan pelapis untuk naik kerana dia takut peluang dia menghabiskan sisa hidup dalam politik akan musnah sepenuhnya.

    4. Politik UMNO merupakan cara untuk Dato Ishak cari makan dengan menjual jawatan bagi mendapatkan kekayaan dan serta mengugut mana-mana pihak termasuk kakitangan kerajaan di Negeri Sembilan.

    5. Sudah menjadi budaya Dato Ishak dalam ucapan dia walau di mana sekali pun akan mengaibkan orang yang dia tidak sukai. Antaranya bekas pengarah JBA Negeri Sembilan Dr. Akhbar, dengan mengatakan ada di kalangan kakitangan JBA masa itu menonton video lucah. Tetapi sebenarnya dia marah sebab kontractor JBA yang terdiri daripada balaci Dato Ishak iaitu Ishak Malek telah ditamatkan perkhidmatan dengan JBA kerana menipu kerja dan membuat claim tidak masuk akal pada tahun 2006 dan 2007.

    6. Dato Ishak juga pernah mengaibkan Pengarah KEMAS Negeri Sembilan dalam satu majlis di Seremban pada tahun 2006 dihadapan isteri penjawat awam tersebut dengan mengatakan bahawa pengarah ini ada menjalin hubungan sulit dengan isteri orang di Melaka. Tetapi Dato Ishak juga mempunyai hubungan sulit dengan isteri orang yang dikenali sebagai FIONA hingga menyebabkan mereka bercerai.

    7. Dato Ishak juga memberikan tanah pertanian yang dipohon oleh sekumpulan belia di Kampung Ulu Beranang kepada ketua kampung tersebut yang dikenali sebagai Ali Janggut dan menurut kata seorang penduduk di sana tanah tersebut telah dijual oleh Ali dengan nilai 2 juta ringgit.

    8. Calon BN ini juga pernah mempertikaikan pihak Lion Group memajukan tanah di Daching yang merupakan milik mereka untuk pembangunan pendidikan dan perumahan (Bandar Akademia) tetapi sebenarnya Dato Ishak adalah salah seorang Ahli Lembaga Pengarah syarikat tersebut. Tujuannya menjerit mempertikaikan projek tersebut semata-mata untuk mengabui mata orang Lenggeng seolah-olah dialah hero.

    9. Di Zaman Dato Isa sebagai MB , beliau bersama Dato Hamdan telah dianugerahkan kawasan balak di Lenggeng yang merupakan tadahan hujan. Oleh kerana dia yang dapat tiada apa-apa suara yang mempertikaikan apa yang dia pernah perolehi.

    10. Jalan kampung Rawa tertangguh pembinaan semasa zaman YB Mustafa kenapa? Inilah usaha Dato Ishak dsan kuncu-kuncu dia bagi menggambarkan kerajaan tidak prihatin dengan rakyat kampung. Dia menghantar orang ke Kampung Rawa supaya membantah usaha kerajaan itu.

    ReplyDelete
  18. 11. Dalam apa juga ucapan dia di Lenggeng skrip ucapannya memang tidak pernah berubah daripada dulu hingga sekarang. Antaranya soal anak janda dan bini dia anak orang PAS. Malangnya semasa dia menjadi ADUN 3 penggal di Lenggeng, tiada pun ibu tunggal yang menerima bantuan JKM berbanding semasa MB usahakan dibawah program kesejahteraan rakyat.

    12. Ada atau tidak penglibatan Dato Ishak dengan kes Mohd Nor Awang dan Mustafa Salim serta Shukri ( Pemangku Pengarah Kemas NS) yang dituduh rasuah? Apabila diajukan soalan ini kepada ramai orang di Lenggeng terutama yang terlibat dalam politik , mereka mengatakan memang Dato shak terlibat. Mana-mana orang yang dia rasa menggugat kedudukannya sebagai Ketua UMNO Bahagian akan dikenakan melalui kes rasuah dan sebagainya. Apabila kes ini disebut di mahkamah Dato Ishak orang pertama bercakap memburukan mereka yang "diperangkap" ini dalam setiap ucapannya.

    13. Adakah Dato Ishak pembela orang Melayu? Dalam ucapan dia di mana-mana majlis dia mengatakan bahawa semasa kejadian 13 Mei , dia berada di Kuala Lumpur untuk berjuang mepertahan bumi Kuala Lumpur dan bertempur dengan kaum Cina. Boleh dipercayai ke? Berapa umur dia ketika itu. Kalau dihitung umur Dato Ishak masa itu baru 17 tahun dan masih bersekolah. Sekali lagi orang kampung diperbodohkan oleh Dato Ishak. Tapi penyokong dia akan terus bertepuk tangan mengiyakan penipuannya.

    14. Menjual nama PM memang menjadi kebiasaan Dato Ishak. Seandainya dia terlalu baik dengan PM kenapa soal hutang dia dengan Dato Misran sebanyak 2 juta masih tidak selesai sehingga dia akan akan dikenakan tindakan mahkamah dan muflis selepas pilihanraya ini. Kalau dia menang masa PRU ini , sekali lagi pilihanraya akan dibuat selepas itu . Seronoknya orang Lenggeng.

    15. Adakah DENDAM Dato' Ishak terhapa MB akan berakhir apabila dia di calonkan sebagai calon BN di Lenggeng. Ramai mengatakan sekiranya Dato Ishak menang dia akan mengerjakan Tok Mat hingga ke lubang cacing. Dia akan buat Tok Mat tersungkur di mana juga. Ini dendam sakai kata orang Pantai , kampung kelahiran Dato Ishak.

    16. Bagaimana penerimaan Dato Ishak kepada golongan muda? Maaf tiada agenda Dato Ishak untuk membela golongan muda di Lenggeng. Ada orang muda Lenggeng mengatakan pernah dulu semasa Dato Ishak menjadi ADUN Lenggeng, hadiah pertandingan bola sepak hingga kini tidak disampaikan. Agak lucu tetapi mereka kata ini kebenaran. Siapa yang sukakan dia? Ada kata mereka, antaranya Baharon Idris dan Mazlan Maarof kerana Dato Ishak akan bagi banyak projek selepas dia menang nanti. Begitu juga Ishak Malek dan Samsul Bahari Bahar juga dianugerahkan projek. Hismayati orang kuat KEMAS di Lenggeng telah dijanjikan oleh Dato Ishak sebagai Penyelia Kanan Kemas untuk Parlimen Seremban.

    17. Orang Minang yang dikatakan majoriti pengundi Lenggeng bagaimana? Sidek Othman juga orang Minagkabau di Lenggeng yang sebelum ini teruja nak jadi calon telah disingkirkan daripada kem Dato Ishak. Saudara Shukur Othman telah dikencing dari ubun-ubun kepalanya. Semuanya akibat terlalu taksub kepada Dato Ishak. Ada mengatakan mereka telah tempah blazer untuk dinobatkan sebagai calon tetapi kini ada yang mula moyok macam ayam berak kapor.

    18. Nordin Aziz, Nordin Yassin, Mustafa Salim, Zulkifli Rashid dan Hasan Sulan yang merupakan ketua-ketua UMNO cawangan bukan dari kem Dato Ishak akan menghadapi lawan semasa mesyuarat UMNO akan datang. Ini sudah pasti berdasarkan cakap-cakap orang kuat Dato Ishak di Lenggeng.

    Oleh itu kepada pengundi Lenggeng tolong fikirkan masa depan anda agar terus gemilang tanpa bernaung dengan manusia seperti di atas. Tidak salah untuk mengundi parti pembangkang atau bebas di Lenggeng daripada anda berhadapan dengan nasib yang lebih teruk di bawah kepimpinan orang bernama Dato Ishak Ismail.

    UNDILAH CALON BEBAS DILENGGENG...UNDILAH HAJI ZULKIFLI BIN ABDULLAH...

    ReplyDelete
  19. Anon 9.02 pm..ikut cakap bini?apo lak ni??tp bini dio pon bukan calang2x org..MASTER dari MACHINGAN, AMERIKA SYARIKAT..berpelajaran..org ketiga masuk universiti dikmpung daching tu..mesti byk idea bernas.

    kalau bini yg bwh tempurung cam bini anon 9.02pm tu laen la..kn??bukalah mata anon 9.02pm wey....sampai bilalah nak ditakuk lama..bangunlah..bukalah mata luas2x...cetek btul pemikiran anda ni...

    apepon..UNDILAH CALON BEBAS di lenggeng..undilah hj zulkifli bin abdullah...

    ReplyDelete
  20. Undilah calon BEBAS Hj Zulkifli Abdullah. Pakat ramai2 pakai camin mato maso mengundi.. Anak jati Kg Daching

    ReplyDelete
  21. SIAPO ADO DUIT BULIH ULOR MONANGLAH

    ReplyDelete
  22. saya Abdul Razak p/a kepada hj.zulkifli abdullah memohon maaf kepada mereka yang menyokong beliau untuk menang dan kepada yang mahukan beliau kalah sebenarnya hj.zulkifli menang .812pengundi tegar wajib berbangga.Kita teruskan usha dan jumpa pada PRU14 nanti dengan bilangan 812 ini akan bertukar kepada angka 8122 .amin..menang kerana berjaya menghantar mesej kepada mereka yang langsung tidak mempunyai perinsip dalam perjuangan supaya membetulkan nawaitu sekiranya mahu memimpin.

    ReplyDelete
  23. Syabas sdr ABDUL RAZAK K..lawan tetap lawan. Jangan sesiapa bicara tentang perjuangan kalau takut menanggung kesan.Masaalah nya ada yang sudah punyai KESEDARAN cuma mereka tiada KEBERANIAN.Perjuangan sebenar hanya untuk mereka yang berani bukan yang sekadar memperalat perjuangan untuk imbuhan.Bangkitlah wahai rakan rakan..masa untuk rasa selesa dengan berpelok tuboh sudah berlalu.Telah berkajang kata keramat ninukilkan..berubah atau rebah namun ahli unmo masih tidakpeduli.Biarkan lah mereka ..sdr Razak tolong bawa kami berhijrah..kan itu sunnah Rasullullah MUHAMMAD saw.Ehsan..Iman Dan Islam.

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."
Blog Widget by LinkWithin

Blog Archive