1. Masa dok borak dengan sorang sahabat, pakar PV profesional lulusan B.Tech Electrical Engineering dan pemegang PG Certificate in Advance Solar Energy, terkeluarlah cerita pasal pembangunan loji janakuasa tenaga solar dengan kapasiti 50 megawat (MW) terbesar di Kedah.
2. Sahabat ni dok puji usaha kerajaan membangunkan teknologi tenaga solar di negara ini sebab kebanyakan negara dah mula usaha ke arah tu. Antaranya ialah negara jiran kita sendiri, Indonesia dan Burma.
3. Antara lokasi-lokasi penjana solar berkapasiti besar di Malaysia terletak di Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang dan Terengganu. Bagi penjana solar berkapasiti 8MW yang dibina di negara ini, jumlah pendapatan yang diperoleh adalah sebanyak RM1.3 juta sebulan. Jadi berapa pula agaknya jumlah pendapatan yang mampu diperoleh melalui loji janakuasa solar berkapasiti 50MW di Kedah!!
4. Merujuk Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, penggunaan tenaga solar selain boleh mengurangkan bahan api fosil yang diguna pakai sebelum ini, mampu menjana pendapatan negara hingga RM1.5 bilion menjelang 2020. Malah Malaysia merupakan negara pengeluar PV ketiga terbanyak menerusi modul dan sel solar selepas Jerman dan China. Mungkin Malaysia juga berpeluang menempatkan diri sebagai pengeluar PV solar utama global pada masa akan datang.
5. Dikhabarkan pembangunan loji di Kedah yang melibatkan keluasan 202.34 hektar, dijangka menelan kos mencecah RM1 bilion, merupakan loji tenaga bukan hidro RE terbesar di Malaysia. Satu projek bersama DuSable Capital Management LLC dan 1MDB.
6. Bila dipersoalkan kos pembangungan janakuasa tenaga solar di Kedah tu terlalu mahal, hampir RM1 billion yakni melebihi USD300 juta, sahabat tu menyangkal dengan menyatakan kos tu agak standard untuk janakuasa solar dengan kapasiti 50MW.
7. Selain kos Solar PV modules, inverter, transformer, switch gear etc. yang bergantung kepada vendor dan suppliers, nilai hartanah tempat projek itu dibangunkan perlu juga di ambil kira. Sahabat itu menerangkan di beberapa negara seperti Brazil dan Russia, kos boleh mencecah USD7 juta untuk janakuasa solar dengan kapasiti 1MW. Jadi bayangkan kosnya jika berkapisiti 50MW. Katanya lagi, kos projek power plant di Kerala yang berkapasiti 50MW pada peringkat awal juga melebihi USD600 juta. Jadi agak 'normal' sebenarnya kos pembinaan loji janakuasa tenaga solar di Kedah tu..
8. Cuma rakyat kebanyakannya skeptikal dengan 1MDB sebagai entiti pelaburan kerana menanggung terlalu banyak hutang hingga mencecah puluhan bilion ringgit dan kerajaan melalui Kementerian Kewangan sanggup pula 'serah tengkuk' jadi penjamin. Tak pasal-pasal hutang negara bertambah dan berlaku defisit dalam belanjawan sebab nak menjamin 1MDB. Auditor pun tak berani nak tandatangan akaun 1MDB kerana kebanyakan transaksi 1MDB tidak boleh dibukti kesahihannya. Malah Che Det turut mempersoalkan 1MDB.
9. Khabar terbaru Tan Sri Ismee Ismail, CEO Tabung Haji yang juga salah seorang BOD 1MDB ketika ini, disebut bakal ke PNB. Dan semua maklum PNB adalah sebuah entiti pelaburan bagi Yayasan Pelaburan Bumiputra (YPB) yang menguruskan dana amanah seperti ASN dan ASB yang pastinya lebih banyak wang berbanding Tabung Haji. Dalam dunia korporat semua tahu yang Ismee ni orang suruhan Rosmah.
10. Sama ada bebudak PERMATA akan makin senang atau Rosmah yang bakal gembira sebab nak terima Anugerah Hero STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) di Amerika!! HERO tu beb..
Tajuk lu memang tak tahannn..
ReplyDeleteOklah tu kak ros gembira..Hehe..
Rosmah dan superhero berpisah tiada. Elok diberi peluang Rosmah bertanding dlm pilihanraya.
ReplyDeleteNajib dan punasehatnya xubah spt anai2 yg sedang hancurkan negara.
ReplyDeleteRetorik demi retorik.. hapus itu ini. lepas tu nk rosakkan Tabung Haji pulak.. puak2 liberal yg memerintah negara,
Puak Liberal? Tu yang di Johor bekentutau maki memaki itu pihak mana?
ReplyDeleteOrang Melayu DENGKI berpisah tiada, ini 2014 tapi masih di takuk lama. Busuk hati. Ada je PM buat semua tak betul.
Awak tu tengok cermin? APA dah buat pada Negara selain fitanh dan main keyboard siang malam.
Baguslah kau tanggung dosa Rosmah...
Sibuk kata orang anai2 awak tu?
betul tu! depa ni hanya nak negara ni di perintah oleh dap..baru tutup mulut dan tangan takut nak main keyboard takut kena saman!
DeleteAnak cina redbin tu.... siang mlm kija hasut...benci....laga...
ReplyDeleteKimakkk....
Aku hanya mampu berdoa agar Najib di singkirkan pada Pemilihan Parti yang akan datang ...
ReplyDelete