Proses menjahanamkan institusi Agama Islam di Afrika Selatan, SEDANG DIORIENTASI OLEH sarjana Liberalis dan Pluralis Muslim (Dajjal New Age) dari Oxford. Nampaknya, pusat Iluminiti sedang berpangkalan di Oxford Center of Islamic Studies...
Awas Malaysia...
*********
CAPE TOWN: Di sebalik kebangkitan kumpulan militan Islam di peringkat global, sebuah masjid untuk golongan homoseksual atau ‘gay’ telah dibuka pada Jumaat di Cape Town, Afrika Selatan meskipun terdapat ancaman agar ia tidak dibuka.
Masjid itu diasaskan oleh ahli akademik Islam, Taj Hargey yang juga adalah pengarah Pusat Pendidikan Islam Oxford di United Kingdom.
Selain golongan 'gay', masjid turut membuka pintunya untuk mereka yang beragama kristian dan wanita.
Pembukaan ‘masjid terbuka’ itu yang serentak dengan solat Jumaat mendapat lebih banyak perhatian dari pihak media berbanding jemaah, mahupun penunjuk perasaan.
Turut kelihatan, kelibat anggota polis yang bersiap-sedia sekiranya berlaku kekacauan di sekitar masjid yang terletak di kawasan kejiranan Wynberg.
Beberapa anggota kumpulan yang membantah pembinaan masjid terbabit memaklumkan kepada agensi berita AFP, mereka menunggu pihak berkuasa untuk bertindak dan akan “menghentikan perkara itu, walau apa pun yang berlaku”.
Sesi solat Jumaat bagaimanapun berlangsung tanpa gangguan meskipun sekali-sekali terdengar teriakan “anda akan ke neraka” oleh penunjuk perasaan.
Hargey menyifatkan masjidnya itu sebagai satu “revolusi agama”, susulan kepada revolusi politik yang dicetuskan bekas presiden Afrika Selatan Nelson Mandela, yang menyaksikan sistem demokrasi menggantikan pemerintahan apartheid di Afrika Selatan.
Dalam khutbah Jumaatnya, Hargey membidas penyebaran rasa benci di kalangan umat Islam dan penganut Kristian yang dikatakan semakin meningkat.
Dia meletakkan kesalahan kepada ajaran agama tidak sihat yang didakwa datangnya dari Arab Saudi dan Pakistan yang menjadi punca tertubuhnya kumpulan radikal seperti Negara Islam, IS, Taliban di Afghanistan dan Boko Haram di Nigeria.
Dakwanya "wang kotor dari Arab Saudi" telah digunakan untuk mempromosi sikap tidak bertoleransi di kalangan umat Islam .
Hargey turut mendakwa dia sendiri telah menerima ancaman fizikal dan psikologi sejurus mengumumkan rancangannya untuk membina masjid itu.
Termasuk ancaman untuk mengerat kemaluannya, memenggal kepalanya dan menggantung dirinya.
Namun semua itu tidak menghalang dari masjid itu dibuka.
Hargey sememangnya tidak asing dengan kontroversi, di United Kingdom dia pernah melancarkan kempen mengharamkan burka atau bertudung menutup muka sepenuhnya buat kaum wanita.
Afrika Selatan memiliki seramai 737,000 umat Islam, atau 1.5 peratus dari jumlah penduduknya. - Awani.
No comments:
Post a Comment